Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dina tak gagal


HAI Dina, apa khabar? Harap Dina sentiasa sihat dan diberkati Allah. Saya merupakan peminat Dina sejak dahulu lagi.

1. Apa perkembangan terbaru Dina?

2. Menjadi deejay, berlakon dan menyanyi, yang mana satu lebih Dina minati?

3. Kenapa Dina dah kurang menyanyi? Adakah Dina merasakan Dina gagal dalam bidang nyanyian?

* Maria,

Seberang Perai, Pulau Pinang.

DINA

1. Alhamdulillah sekarang kerjaya Dina berkembang, bekerja sebagai seorang penyampai radio Era, mengacara Era TV. Selain iti Dina juga berlakon beberapa drama dan tele filem. Filem pertama Dina pun sudah habis ditayangkan, Jangan Pandang Belakang Congkak. Dan baru habis pementasan Impak Maksima The Musical di Esplanade, Singapura. Dina juga sedang menyiapkan album kedua yang bertajuk ‘2’.

2. Ikut urutan sudah pasti menyanyi, penyampai radio dan pelakon. Tapi menyanyi akan tetap menjadi cinta pertama Dina

3. Ada sebenarnya, tapi mungkin awak tak perasan sangat sebab Dina nyanyi di majlis majlis tertutup. Dan mungkin juga sebab nampak Dina lebih cenderung kepada radio kerana Dina keluar radio setiap hari. Jadi nampak lebih menjurus ke arah itu.

Mahu jadi artis intelek

Assalamualaikum Dina, apa khabar? Harap Dina terus maju jaya dalam semua lapangan yang Dina ceburi. Saya ada beberapa soalan dan harap Dina sudi menjawabnya.

1. Apa perasaan apabila terpilih berlakon dalam teater Impak Maksima di Singapura?

2. Apa hala tuju Dina selepas ini?

3. Apa strategi Dina untuk bersaing dengan nama-nama besar yang ada dalam industri?

* Halim Hamid,

Slim River, Perak.

DINA

1. Rasa bersyukur sangat yang watak Dina dikekalkan untuk Impak Maksima di Singapura. Walaupun Dina dah tiga kali buat pementasan di Esplenade Singapura tetapi kali ini lebih istimewa sebab Dina sebagai sebahagian dari sebuah kumpulan.

2. Kalau boleh Dina nak dikenali sebagai seorang artis yang serba boleh. Supaya boleh menjadi bukti kepada orang lain yang ada bakat tetapi takut untuk tampil ke hadapan semata-mata pasal faktor penampilan. Jadi hala tujunya adalah untuk membuat apa-apa yang yang ada di depan mata.

3. Menjadi lain dari yang lain dan menjadi seorang artis yang lebih intelek.

Nak tubuh kelab peminat

Hai Dina, semoga terus maju jaya dan mendapat rezeki yang berlipat kali ganda. Seronok melihat lakonan Dina dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak tempoh hari.

1. Siapa idola Dina?

2. Bagaimana nak berhubung secara terus dengan Dina?

3. Dina ada kelab peminat tak? Kalau ada macam mana nak sertai ye?

* Azizah Aziz,

Sungai Besi, Kuala Lumpur.

DINA

1. Dalam bidang nyanyian Dina amat meminati Christina Aguilera dan Nora. Manakala dalam bidang lakonan pula Cherlize Theron dan Vanidah Imran

2. Awak boleh pergi ke laman sosial Twitter/ Facebook di kekotak carian, taip DinaNadzir atau layari www.era.fm untuk maklumat lanjut.

3. Dina belum ada la sayang. Insya-Allah satu hari nanti janji Dina buat.

Tak rasa terpinggir

Assalamualaikum Dina. Apa khabar? Harap Dina terus berjaya dan tidak lupa diri dengan apa yang Dina kecapi hari ini.

1. Tak ada perancangan nak kuruskan badan?

2. Pernah tak Dina rasa terpinggir atau kurang mendapat perhatian kerana berbadan besar?

3. Siapa yang menjadi pendorong kepada Dina untuk menjadi anak seni?

* Zara Ismail,

Desa Pandan, Kuala Lumpur.

DINA

1. Sudah tentu ada. Dah tak terkira dah berapa kali. Tapi seminggu dua je Dina ingat lepas tu mesti lupa balik. Hahaha...

2. Dina tak pernah rasa terpinggir kerana berbadan besar. Bagi Dina ia merupakan satu keunikan dan sama ada suka atau tak ia tetap unik.

3. Sudah tentu bonda Dina, Hajah Nafisah Adam. Dialah yang banyak memberikan inspirasi kepada Dina untuk terus menjadi anak seni yang berjaya.

Cari lelaki wangi

Assalamualaikum Dina.

Saya merupakan peminat Dina sejak dahulu lagi dan tahniah kerana Dina telah berjaya mengembangkan bakat Dina menjadi deejay pula.

1. 10 tahun akan datang, apa agaknya yang akan terjadi kepada Dina?

2. Dina sudah berpunya atau belum? Jarang dengar kisah cinta Dina dimainkan di media.

3. Lelaki macam mana yang menjadi pilihan Dina?

* Shahril Suhairi,

Bandar Bahru, Kedah.

DINA

1. Mungkin masih seorang penyanyi, pelakon dan penyampai radio, tapi dalam masa yang sama. Dina dah ada produksi Dina sendiri dan artis-artis bawah syarikat Dina sendiri.

2. Jarang dengar sebab masih single lagi. Kalau ada lelaki yang awak nak kenalkan, saya tak ada masalah. Dina tak cerewet tau. Hehehe...

3. Dina mahu mencari lelaki yang kelakar dan matang. Tapi syarat utamanya dia mesti wangi tau.

Nak tembusi pasaran luar

Hai Dina, apa khabar? Dina ni comel sangat dan saya sangat meminati Dina sejak Dina menyertai Malaysian Idol lagi.

1. Apa hala tuju Dina menjejakkan kaki dalam bidang seni ini?

2. Siapakah yang Dina rasakan menjadi pesaing terdekat Dina dalam bidang lakonan?

3. Impian Dina dalam karier nyanyian?

* Pemuda Comel,

Bandar Baru Bangi, Selangor.

DINA

1. Sudah pasti apabila menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan Dina ada banyak perancangan. Dina nak jadi seseorang yang penting dalam industri hiburan tak kira dalam aspek apa sekalipun.

2. Alamak. Dina tak pernah terfikir pun sebelum ini. Mungkin Queen Latifah agaknya. Hahaha...

3. Bila dah bergelar penyanyi, hala tuju Dina semakin jelas. Sudah pasti Dina mahu menembusi persada muzik antarabangsa dan berdiri atas kaki sendiri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails