Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Scha, Awal elak berlakon bersama


MEREKA mengakui ada menjalinkan hubungan cinta. Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tidak merahsiakan hubungan mereka itu yang sudah terjalin sejak tahun lalu lagi.

Selain sedang melalui saat-saat yang cukup indah dan bahagia sebagai pasangan kekasih, tiada sebarang gosip atau kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, para peminat pastinya agak sukar untuk melihat kelibat mereka bergandingan berdua sama ada melalui drama ataupun filem tempatan.

Malah, kali terakhir Scha dan Awal dilihat bergandingan bersama adalah menerusi telefilem berjudul Prebet Jamilah. Dalam telefilem tersebut, mereka turut berlakon sebagai pasangan kekasih.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Scha yang ditemui pada pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu memberitahu bahawa dia sememangnya mahu mengelak untuk berlakon di samping kekasihnya itu.

“Sebelum ini memang banyak tawaran berlakon yang mahu menggandingkan saya dan Awal, namun kami sebenarnya mempunyai prinsip iaitu seboleh-bolehnya mengelak berlakon bersama-sama.

“Walaupun kami merupakan pasangan kekasih, tetapi itu tidak bermakna kami juga perlu berlakon bersama kerana risau peminat akan muak kalau selalu digandingkan,” jelasnya.

Tambah Scha, biasanya kalau masing-masing mendapat tawaran berlakon yang sama, dia dan Awal selalunya akan berbincang terlebih dahulu sama ada menerima ataupun menolaknya.

Jelasnya, meskipun mereka berprinsip sedemikian, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak akan berlakon bersama-sama. Cuma mereka sekadar mahu menghadkan penampilan bersama dan masih menerima sekiranya mendapat watak yang bersesuaian.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia dan Awal akan berkahwin pada tahun ini, jelas bekas juara Dewi Remaja itu lagi, buat masa ini masih belum ada perancangan ke arah itu lagi.

Ujar Scha, ketika ini masing-masing terlalu sibuk dengan jadual lakonan dan kalau berjumpa sekali pun, mereka tidak pernah berbincang tentang soal perkahwinan.

“Pada usia saya yang menjangkau 28 tahun memang sudah sesuai pun untuk mendirikan rumah tangga. Kalau tiada apa-apa halangan, saya sasarkan tahun hadapan untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya.

Dunia Kita

Mengenai perkembangan terbarunya ketika ini, Scha memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mimi Mencari Cinta.

Dalam tempoh terdekat ini pula dia akan mula menjalani penggambaran drama berjudul Dunia Kita yang bakal ke udara di saluran Astro Ria pada 27 Mei akan datang.

Selainnya, pelakon yang membintangi drama berkenaan adalah Marsha Milan Londoh dan lebih istimewa lagi, Awal juga ditawarkan untuk berlakon dalam drama tersebut.

“Dalam drama Dunia Kita ini, saya difahamkan akan memegang watak sebagai seorang pereka fesyen. Cuma buat masa ini saya masih belum lagi menerima skripnya.

“Menariknya, turut berlakon dalam drama ini adalah pemenang utama dalam pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu iaitu Nur Amalina Ajaian,” ujarnya.

Sementara bagi Nur Amalina pula, peluang untuk berlakon bersama dengan pelakon popular seperti Scha adalah saat-saat yang dinantikannya selama ini.

Menurut peserta yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini, dia begitu meminati bidang lakonan dan tidak menyangka impiannya itu bakal terlaksana menerusi pertandingan berkenaan.

“Sejak dari dahulu lagi saya teringin untuk berlakon dan keluarga juga turut menyokong. Bagaimanapun, saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” ujarnya yang bercita-cita mahu bergelar akauntan.

Dalam pertandingan itu, Nur Amalina terpaksa bersaing sengit dengan lima orang peserta lagi di peringkat akhir. Selain dapat berlakon dalam drama Dunia Kita, dia juga turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails