2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7


PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 mencatat sejarah apabila sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan siaran secara langsung perkahwinan hebat kerabat Diraja Britian, Putera William dengan Kate Middleton (gambar) pada 29 April lalu.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu memperlihatkan bahawa stesen berkenaan berjaya mencari pengaruh dengan menyiarkan acara berprestij itu terus menerus dari London.

ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan menerusi perkahwinan tersebut selain menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards.

Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin DiRaja dan keluarga mereka.

Liputan perkahwinan itu juga boleh ditonton secara dalam talian selama seminggu menerusi www.tonton.com.my. Setakat ini, jumlah tontonan video sudah mencapai 25,000.

Lagi Berita
Hiburan Headlines Tempelak Wartawan, Remy Ishak Akui Salah Faham Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung Ibu Desak Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia Amanda Imani Wakili Negara Ke Bulgaria Konsert D'lloyd Imbas Kegilaan Tahun 1978 2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7 Pemenang ABPBH 2010 Terima Hadiah Filem Pemburuan Osama Dihasilkan Go
« Kembali