Ayu Raudhah Keguguran


Baru sahaja peminat pasangan Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha dikhabarkan dengan berita baik tentang kehamilan Ayu raudhah yang berusia enam minggu tetapi kini, berita buruk pula yang harus dikhabarkan oleh Ayu raudhah kerana janin yang dikandungnya itu mengalami keguguran. Walaupun kami agak terkejut dengan berita ini, tetapi hakikat harus diterima dengan redha. Kami juga menantikan anak dari pasangan ini yang semestinya secomel ibunya dan sekacak papanya. khabarnya, Ayu Raudhah mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun dia sibuk berlatih. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,”

Sungguh sedih dengan berita yang dibawakan Ayu Raudhah ini. apapun diharapkan mereka bersabar dan tabah, nasihat kami… Usaha lagi!!