Cara Kilafairy & Rohana jaga wajah


WANITA ini tidak memerlukan cinta untuk menaikkan seri pada wajahnya. Bahkan dia juga tidak gusar jika tidak berteman hanya kerana inginkan wajah yang cantik dan bersinar.

Baginya, penjagaan dan pemilihan produk yang sesuai itu penting.

Itulah prinsip pelakon baru yang kian meningkat, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khannaik apabila pertama kali diberi peluang mencuba produk kecantikan Zmasha.

Sebelum ini, Kilafairy sibuk dengan pelbagai kerja sebagai anak seni yang membataskan masanya ke spa atau salon untuk melakukan rawatan wajah.

Namun, dengan kehadiran produk baru ini, ia menjadikan kulit wajah Kilafairy kekal tegang dan segar.

"Seminggu selepas menggunakan produk ini, kesan pada wajah saya amat ketara. Saya tidak perlu lagi memakai solekan, cukup sekadar maskara dan gincu, wajah saya sudah nampak segar," katanya.

Banyak mengikut petua ibunya, Rohana Jalil, Kilafairy percaya penjagaan wajah melalui produk kecantikan amat penting tetapi pengguna perlu bijak memilih produk yang sesuai.

Menurut Rohana pula, sebelum anaknya mencuba produk Zmasha ini, dia sendiri telah menggunakannya selama tiga bulan.

"Ramai yang bertanya perubahan kulit wajah saya. Justeru saya yakin dengan produk ini. Selain itu, saya tidak ketinggalan menjaga kecantikan dalaman seperti meminum kolagen dan suplemen lain," ujarnya yang sering diasak dengan soalan penggunaan botox.

Sabun dan bedak wajah ini mengandungi 24K emas tulen dan 99.9 peratus serpihan hablur emas tulen yang padat membuatkan ia istimewa untuk merawat dan kebersihan wajah yang sebenar.

Dengan formula pelbagai fungsi, ia turut melindungi sistem pemuliharaan kulit serta mengurangkan kedutan, meningkatkan kelembapan dan merangsang pemulihan kulit

Selain hablur emas, sabun berbentuk jongkong emas itu turut mengandungi bahan-bahan seperti lemon dan soya.

Teknologi ekstrak emas 24K membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolagen untuk keanjalan kulit.