Ida Nerina enggan bergambar


INGAT lagi tak kepada aktres Layar Lara, Ida Nerina yang meletup lakonannya dulu. Diva kagum setiap kali tengok lakonan mantap Ida tak kiralah dalam drama, filem, teater ataupun komedi. Bagi Diva, Ida seorang sahaja pelakon yang boleh buat mimik muka kartun tanpa menjengkelkan.

Tapi lepas berita Ida terjatuh dalam rumah, bercerai dengan suami, lama betul peminat di luar sana tak dengar perkembangan terbaru tentang Ida. Diva tahu, walaupun Ida sekarang masih belum dapat berjalan normal, hanya berkerusi roda, tapi Ida aktif bergerak di belakang tabir. Dia jadi penerbit untuk buat teater dan drama.

Baru-baru ini, rakan Diva terserempak dengan Ida kat majlis pencalonan untuk anugerah teater. Ida nampak sihat, sedikit berisi dan bersemangat. Wajahnya ceria sambil beramah-mesra dengan kawan-kawan sambil tangannya tak berhenti petik kamera DSLR ambik gambar sepanjang majlis. Kata rakan Diva itu, dia cuba jeling-jeling, mana tahu ada peluang untuk rapat. Cuba-cuba juga suruh jurufoto ambik gambar Ida untuk tatapan peminat tapi sayangnya, Ida menolak secara baik.

Tak mengapalah, kalau bukan sekarang mungkin satu masa nanti bolehlah wartawan temuramah Ida secara eksklusif. Bukan apa, cuma nak berkongsi khabar sahaja.