Aaron Aziz Sahkan Sudah Pun Terima Status Penduduk Tetap Malaysia

Seperti yang semua peminat hiburan semua sedia maklum dan ketahui situasi agak tegang selepas kenyataan Zed Zaidi di Twitter beliau kelmarin. Berbalik kepada ISU yang berbankit sebelum ini, Aaron Aziz berkata yang beliau sudah pun di’terima sebagai penduduk tetap Malaysia & kini menanti dokumen sah. “Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, ujarAaron Aziz ringkas apabila di’tanyakan status permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia. Zed Zaidi menerusi akaun Twitter beliau menulis yang beliau akan merasa lebih bangga jika selebriti kelahiran Malaysia yang berjaya menggenggam anugerah Bintang Paling Popular ABPBH25 kelmarin. Kenyataan Timbalan Presiden Seniman itu mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat Aaron Aziz dan pelakon kacak ini berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kenyataan Zed Zaidi itu.