Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Lepas Aaron Aziz, Aliff Aziz pula!
TENGOK pada nama, sekali pandang macam adik-beradik. Seorang Aaron Aziz, seorang lagi Aliff Aziz, tapi yang nyata, kedua-dua pelakon dan penyanyi itu tiada kaitan darah, cuma berkongsi tanah tumpah darah, Singapura sahaja!
Minggu lepas Aliff buat pelancaran album ketiganya yang diberi judul Aliff Aziz. Bukan tak tertarik dengan produk terbaharu penyanyi lagu Sayang Sayang itu, namun Diva pelik mengapa tiba-tiba isu tukar warganegara yang dibangkitkan. Budak Aliff tu baru dua tahun menapak di Kuala Lumpur, walaupun popular, Diva rasa dia belum ada impak yang kuat kepada seni muzik tempatan. Jadi tak payah nak tukar jadi warga negara sangatlah, buat susah-susah saja.
Diva tak marah, cuma belum masa dia ditanya pasal perlu ke nak tukar jadi rakyat Malaysia atau tidak. Ingat tukar kewarganegaraan macam tukar baju atau tukar cover album? Aaron Aziz tu layaklah dia buat permohonan, dah bertahun-tahun dia duduk Malaysia dari zaman drama Haryati lagi. Itu pun nak dapat taraf penduduk tetap belum tentu lulus.
Ini kalau Zed Zaidi nak buat isu, jadi isu besar lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]