Naik pelamin sama-sama - Watie

JARANG dibuat artis kita naik pelamin serentak. Tapi usaha yang dilakukan dua pengantin baru ini memang wajar dipuji sebab jarang dibuat orang. Itu tandanya mereka memang bersahabat baik walaupun sudah tidak bersama dalam sebuah grup lagi. Syed dapat berita yang mengatakan Watie Sadali dan Azza Zawari bersanding berdua pada 1 Mei ini. Dua anggota Elite yang sensasi dan masih laris di pentas walaupun banyak persaingan. Orang kata kalau kerja ikhlas tetap akan murah rezeki. Tak gitu? Majlis yang akan mereka buat ini pun khabarnya atas usaha bersama dengan kakak angkat mereka, Datuk R yang akan diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kiranya akan jadi sejarah sebab tak pernah majlis persandingan dua aartis dibuat serentak. Yang jadi tumpuan tentunya Watie dan Joey sebab dah hampir setahun nikah, tapi baru nak buat acara bersanding. Bila ditanya pada Watie dia cakap inilah masanya yang sesuai untuk dia dan Joey berkongsi detik manis bersama keluarga, sahabat dan peminatnya. "Orang pun dah tahu perkahwinan kami bukan lagi rahsia. Jadi, sementara ada kakak angkat kami yang memang berhajat untuk menyaksikan majlis persandingan Watie dan Azza secara serentak, saya dan Joey ikutkan saja. "Saya sangat seronok sebab dapat sama-sama naik pelamin dan bersanding dalam waktu dan lokasi yang sama dengan kawan baik saya, Azza," kata Watie yang bernikah secara rahsia dengan penyanyi Exist, Joey pada pertengahan 2011. Selepas bersanding, Syed dengar cerita Watie sudah merancang untuk terus mengandung. Amboi sudah tak sabar nampaknya. Baguslah tu Watie, kita pun bukannya semakin muda. Umur dah lanjut, masih tak nak beranak sebab nak jaga badan memang rugilah bila sudah tua nanti. Betul tak?