Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fasha Sandha Sanding Bersama Orang Ketiga

Selesai sudah majlis persandingan selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha dan suami Rizal Ashram Ramli yang berlangsung dengan meriahnya di tempat asal ibunya iaitu di negeri Perlis Indra Kayangan. Majlis resepsi santai itu mengambil tempat di Tasoh Lake Resort & Retreat menyaksikan kehadiran sahabat handai dan kaum keluarga yang dijemput bagi meraikan hari bahagia pelakon yang kini sedang hangat dengan drama siri Seindah Sakura itu. Apa yang menarik perhatian adalah pasangan ini bukan bersanding berdua tetapi 'bertiga' dengan kandungan yang kini sudah berusia lebih satu bulan dan Fasha ternyata sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang telah dilalui kini. "Syukur Alhamdulillah kerana majlis ini sungguh meriah dan terima kasih diucapkan kepada orang yang hadir. Saya berasa sungguh gembira kerana saya berbadan dua dan kami dapat bersanding bersama-sama. Ini adalah sebuah kenangan yang unik dan indah bagi saya,"ujar pelakon yang diijabkabulakan pada 27 April lalu di Crowne Plaza Hotel Kuala Lumpur. Bagi Rizal Ashram pula ini adalah pertama kali dia menjejakkan kaki di negeri terkecil di Semenanjung Malaysia itu dan dia berasa gembira apabila kedatangannya dialu-alukan oleh saudara mara di sebelah isteri itu. "Saya rasa bersyukur diraikan dengan begini meriah dan tempat ini sangat cantik. Kali pertama saya datang ke Perlis dan saya rasa negeri ini dekat sahaja apatah lagi ini tempat di mana isteri saya dibesarkan,"ujar Rizal Ashram atau lebih kenali dengan nama Jejai. Pada hari ini Fasha mengenakan busana kebaya moden rona keemasan hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini yang dilihat sedondon dengan Jejai yang segak lengkap bertanjak dan tengkolok. Manakala wajah pengantin ini ditambah serikan oleh jurusolek Ferry Karisma. Turut hadir bekas menteri besar Perlis iaitu Dato' Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain yang turut hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan bahagia ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails