Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nurul ‘sorok’ bakal suami

PASTINYA ramai yang menumpang gembira apabila penyanyi Nurul Wahab mengumumkan akan berkahwin dengan seorang lelaki Perancis pada 6 Jun ini. Ini yang ditunggu-tunggu kebanyakan peminat kerana sebelum ini, Nurul dilihat lebih selesa mengunci mulut mengenai siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya. Lebih-lebih lagi selepas kisah perceraiannya dengan Ajai menjadi bualan dan berita hangat sejak lima tahun lalu. Memilih Eric Daniel Depp, 47, sebagai pasangan hidupnya, Nurul yang bakal melangsungkan perkahwinan di Duchess Place, Jalan Ampang, Nurul mengaku bahawa lelaki itu cukup banyak persamaan dengannya. Merupakan perunding kesihatan di sebuah syarikat nutrisi antarabangsa di ibu kota, Eric selain pandai menjaga hati, dia juga merupakan lelaki yang begitu memahami diri Nurul sebagai seorang wanita. “Mengenali Eric, dia adalah seorang yang realistik, penyayang dan dia menerima saya seadanya. Paling penting kami saling memahami. “Mungkin juga dia pernah mengalami kegagalan dalam rumahtangganya 10 tahun lalu, jadi dia tahu bagaimana rasanya hidup di atas satu gelaran dan status yang rata-rata orang tidak mahu. “Dia tidak punya anak hasil perkahwinan pertama, dan saya juga nampak dia melayan anak saya Ayu Nazirah dengan baik. Mereka juga semakin rapat sekarang," katanya. Sorok bersebab Ditanya mengenai isu sorok bakal suami, kata Nurul dia tidak berniat untuk berbuat sedemikian. Apatah lagi memahami situasi bila mana kebanyakan media tentunya teruja untuk bertemu mata dengan lelaki berkenaan ketika Nurul mengumumkan berita gembiranya itu. Pun begitu, wanita berkulit hitam manis ini lebih suka untuk membentangkan sebab mengapa dia `menyimpan’ Eric dari sebarang pendedahan media. “Ia sebenarnya permintaan daripada Eric sendiri. Dia tidak mahu gambarnya diambil mana-mana media sebelum kami berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. “Jadi apa yang saya buat ini adalah lebih kepada menghormati permintaannya. Tunggulah majlis kami berlangsung. Masa tu nak ambil gambar banyak-banyak pun tak apa, “selorohnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails