Norish Karman kembali panas

RASANYA tahun lepas sudah kecoh dengan cerita kononnya pelakon Norish Karman dituduh mengandung dan melahirkan anak. Kalau tak silap Syed ada beberapa pihak media yang menceritakan perkara tersebut secara samar-samar tetapi ditujukan kepadanya. Namun Norish telah pun membuat penafian selepas itu mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya di Mstar Online bertarikh 10 Disember 2011 melalui artikel "Norish Karman jawab tuduhan hamil luar nikah". Tapi minggu lalu Syed terlihat beberapa keping gambar wanita mirip Norish seperti baru melahirkan anak, duduk di atas katil hospital bersama bayi dan tertera tag nama penghuninya Nor'Ashikin Karman. Kalau mengikut cerita yang disebarkan dalam beberapa blog hiburan, kata mereka wanita yang mirip Norish itu telah melahirkan bayi pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di ibu negara. Malah, siap dengan nama anak tersebut didedahkan kononnya bayi terbaru Norish. Yang menimbulkan persoalan adakah benar itu memang gambar Norish? Masa bila pula dia berkahwin lain kerana semua orang tahu status janda yang dipegang oleh Norish sejak berpisah dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir. Bila melibatkan isu maruah, ini bukan perkara kecil dah boleh buat main. Kalau tak benar, ia adalah fitnah dan sangat mengaibkan. Apa yang pasti, Syed berharap sangat Norish tampil mendedahkan perkara yang sebenar.