Nad Zainal Mahu Mengorak Langkah Lebih Jauh
KUALA LUMPUR – Pelakon yang dikenali menerusi drama Memberku Hawa, Nad Zainal atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin 22, ingin terus mengorak langkahnya lebih jauh dalam dunia lakonan.
Dia yang kini menerajui drama terbaru ‘Bukan Bidadari’ diberi kepercayaan memegang watak utama dalam slot Lestari TV3, dan merasakan peluang yang datang itu sangat bermakna buatnya kerana dia sudah menceburi bidang seni ini sejak 2007.
Walaubagaimanapun Nad berkata dia agak gementar untuk menanti reaksi penonton terhadap lakonanya dalam drama bersiri Bukan Bidadari yang akan ditayangkan pada jam 9 malam setiap hari Selasa bermula pada 19 Jun ini.
“Terus-terang saya katakan, walaupun saya sangat gembira dengan tawaran lakonan ini, tetapi sebenarnya saya sangat gementar juga untuk melihat respon penonton.
“Bagaimanapun, saya perlu bersedia menerima segala kritikan membina demi memajukan kerjaya saya.
“Lagipun saya akui tahun 2012 telah membuka peluang lebih banyak kepada kerjaya lakonan saya.
“Memang saya sudah mula menceburi bidang ini sejak tahun 2007, tetapi berlakon secara serius baru tahun lalu.
“Itu pun selepas saya tamat belajar dalam jurusan seni teater di Aswara pada 2010,” katanya yang ditemui selepas pelancaran drama Bukan Bidadari, kelmarin.
Nad yang digandingkan dengan pelakon Sharnaz Ahmad memberitahu dia melalui beberapa cabaran untuk melakonkan wataknya sebagai Inas di dalam bukan bidadari.
Mencabar dan penat itu yang dapat disampaikan dalam drama ini kerana saya terlalu banyak bermain dengan emosi, namun Nad berasa bersyukur kerana dapat melakukan dengan baik.
Tambahnya pula dia berasa gembira digandingkan dengan Sharnaz, jelasnya lagi Sharnaz seorang pelakon yang bagus dan senang dibawa berbincang
Drama bersiri yang merangkumi 13 episod itu mendapat sentuhan dari pengarah Faizal Ishak, serta turut dibintangi oleh Azlee Khairi, Sara Ali, Fiza Halim, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.