Zul Huzaimy Terkejut Dakwaan Rujuk Bekas Isteri

Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi dekat sini selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak kedua. Sementara itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya dan keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. "Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara ini dan saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal dan difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti. "Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki. "Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu serupa berulang lagi," katanya. Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.