Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kawan tetapi ada jurang - Almy dan Fizz Fairuz

AWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu. Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang. Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang. Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu. Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing. Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih. Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi. Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak. Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya.
Canggung "Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz). "Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur. Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula. Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja. Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali. Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa. "Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya. Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan. "Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah. "Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan. "Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai. Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar. Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz. "Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah. "Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan. Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi. Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan. Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit. "Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy. Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Takdir Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir. Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya. "Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan. "Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya. Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka. Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah. Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini. Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu. "Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini. "Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails