Sein Bakal Timang Cahaya Mata Yang Ke-3?
Bertemu pelakon Sein, di Majlis Pra Tonton Filem Psiko Pencuri Hati di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia sedang menantikan cahaya matanya yang ke-3. Menurutnya kini kandungan isterinya telah memasuki 4 ke 5 bulan.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui buat masa sekarang kerana bagi saya semuanya cukup sempurna dan sungguh bahagia. Terasa semuanya lengkap. Tambahan lagi isteri saya akan melahirkan anak yang ke-3 kami. Usia kandungannya pula telah memasuki 4 ke 5 bulan,”katanya.
Sementara itu, ketika ditemui dia yang diberi peranan sebagai Dr. Khai dalam filem terbaru arahan pelakon dan juga pengarah Namron telah sedikit sebanyak mengubah watak-wataknya sebelum ini.
“Saya sangat suka dengan watak ini kerana ia berbeza dari watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini dan bekerja dengan Namron amat menyeronokkan dan juga pelakon-pelakon lain yang hebat. Jadi saya berharap peminat-peminat di luar sana jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 5 September ini,”.
Para peminat-peminat filem tempatan jangan lupa untuk saksikan filem yang bercorak thriller ini kerana banyak aksi yang mencabar dan berlainan dalam filem ini yang perlu anda tonton sendiri. Ayuh jangan lupa untuk singgah ke pawagam-pawagam seluruh tanah air untuk menyaksikan filem terbaru berjudul Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini.
-rotikaya