Zain Saidin Tertekan Kerana Terlalu Cari Duit Untuk Kahwin

Aktor berdarah kacukan Zain Saidin mengakui dia tertekan gara-gara terlalu berkerja keras demi mengumpul wang secukupnya agar dia boleh merealisasikan sebuah majlis perkahwinan yang cukup sempurna untuk bakal isterinya, Rozita Che Wan. Majlis pasangan ini dijangka bakal berlangsung pada Disember depan. "Saya tension cari duit... Kalau ada tajaan tu, tajaan lah, itu lain. Tapi saya yang nak kahwin dengan dia (Rozita) jadi saya lah yang kena buat persiapan macam cincin kahwin, barang hantaran dan mas kahwin", "Bagi saya, saya sedaya upaya nak bagi yang terbaik untuk majlis kami nanti. Saya kerja keras sebab nak cari duit hantaran dan saya nak pastikan hantaran yang saya beri pada dia nanti, buat dia gembira. Ada barang yang saya beli di sini dan ada yang saya akan beli di Singapura", katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Laugh Out Loud (LOL) Entertainment, bertempat di RD Binjai 8, petang semalam. Zain berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dia dikhabarkan mengalami tekanan kerana terlalu gigih memenuhi dari satu tawaran ke satu tawaran berlakon demi mengumpul wang semata-mata mahu mengadakan sebuah majlis pernikahan yang serba sempurna. Ditanya mengenai persiapan setakat ini, Zain berkata dia belum membuat persediaan sepenuhnya namun merancang akan mula melakukannya mulai penghujung November nanti.
"Tak lama lagi saya akan ke Cape Town kerana terlibat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia musim 2. Sekembalinya dari sana, saya akan berangkat ke Amerika Syarikat pula bagi menjalani penggambaran Oh! My English. Jadi mungkin lepas selesai semua penggambaran, pada awal November nanti saya akan memperlahankan sikit aktiviti seni saya untuk tumpukan pada persiapan perkahwinan. ", katanya yang kini sedang mejalani penggambaran drama bersiri Cucur Bawang dan Kopi O terbitan RTM. - mD