Lisa Surihani sudah semakin berlagak


SEPERTI tak percaya pun ada apabila pelakon cantik, Lisa Surihani kini dikatakan berlagak atau lebih tepat lagi `kekwat’. Setahu Kak Pora, Lisa mahupun ibunya mudah didekati dan sangat merendah diri. Sejak mengenalinya, Kak Pora sukakan Lisa, sudahlah comel dan berbudi bahasa pula tu, kalau ada anak lelaki, mahu saya dijodohkan dengan Lisa.

Bagaimanapun, sejak namanya meningkat naik, Kak Pora dapat Lisa sudah banyak berubah. Jika bertemu peminat, Lisa acuh tak acuh saja menjawab teguran, nampak seperti kekwat dengan muka masam. Lisa tak seramah dulu lagi, betul ke Lisa? Kak Pora rasa macam tak percaya pula. Dengan Kak Pora dan teman wartawan lain OK saja. Tak tahulah pula kot dengan peminat, Lisa dah tak kuasa nak layan mereka.

Nak jadikan cerita, ada seorang tauke kosmetik yang ingin sangat menjadikan Lisa sebagai model untuk produk terbarunya. Beliau berkenan sangat pada keayuan dan kelembutan Lisa apabila melihatnya di kaca TV, layar perak dan akhbar. Bagaimanapun, tauke kosmetik itu dikatakan terkejut besar ketika bertemu Lisa pada satu majlis hari raya, baru-baru ini. Beliau tak sangka, Lisa macam berlagak dan acuh tak acuh saja melayan orang.

Yalah, kalau sekalipun tidak mengenali seseorang, takkan bila disapa orang yang tidak dikenali buat muka `kekwat’ dan nak tak nak saja melayan. Rasanya tak rugi Lisa senyum sedikit atau sekadar menjawab pertanyaan sepatah dua. Jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain lebih-lebih lagi peminat.

Nak dijadikan cerita, yang terkena itu adalah tauke kosmetik itu. Tentu hatinya terguris dengan tindakan Lisa yang dikatakan berlagak, daripada nak menawarkan rezeki menjadi model produk terbarunya yang meletup di pasaran, langsung tauke kosmetik itu beralih arah pada pelakon lain yang lebih baik budi bahasanya. Kak Pora harap dengan apa yang berlaku, dengan teguran dan nasihat, Lisa cepat berubah. kalau nak pergi jaunh dalam bidang ini, Lisa kena pandai bawa diri dan bijak melayan peminat atau orang ramai. Kena faham, bukan mudah jadi orang glamor ni, dik!

KAK PORA: Tetap menyukai sikap dan budi bahasa Datuk Sharifah Aini yang peramah dan tak pernah sombong sejak dulu...