Natasha Hudson disahkan hamil
Pelakon Natasha Hudson dan suaminya Carleed Khaza menerima berita gembira apabila Natasha disahkan kini hamil.
Dipetik daripada Mynewshub, pasangan ini nyata gembira apabila mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi, dan Natasha begitu teruja dengan kandungan pertamanya itu bersama Carleed.
Natasha dan Carleed selamat diijabkabulkan pada April lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa wang hantaran dan majlis resepsi.
Natasha sebelum ini pernah dua kali berkahwin namun terkandas di pertengahan jalan, dimana pada perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada tahun 2006 hanya bertahan selama empat bulan sahaja, manakala perkahwinan keduanya bersama Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 pula hanya bertahan selama dua tahun, dimana mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Neesa Helena.