Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tiada lagi rambut kembang - Hafiz

BAGI memulakan tahun baru 2013, Hafiz muncul dengan imej baru, menampilkan potongan rambut yang kemas dan segak. Meunculan pertama dengan imej itu dilihat sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24). Sebelum ini, penampilan Hafiz sering dikaitkan dengan imej rambut kerinting yang menggerbang. Menurut Hafiz, penampilan baru itu adalah untuk mencari kelainan supaya tidak bosan dengan penampilan yang sama sahaja. "Saya memang sengaja membuat rambut begini sebab mahu lari dari imej berambut kembang. Tidak salah rasanya kita mencuba sesuatu yang baru dan mencari kelainan," jelasnya. Selain itu, Hafiz turut memberitahu akan muncul dengan album barunya yang sedang dalam pembikinan. "Antara lagu dicipta untuk album kali ini termasuklah daripada Ajai dan saya sendiri ada mencipta lagu untuk album ini yang bertajuk Mungkinkah," katanya. Tambah hafiz lagi, lagu yang termuat dalam album itu juga belum ditentukan lagi dan kemungkinan akan mempunyai sebanyak sembilan ke 10 buah lagu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails