
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penyanyi dan pelakon remaja Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali Adira memberitahu dia tidak akan membuka mulut untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Aliff Aziz.
Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga tidak kisah jika spekulasi mengenai gambar tersebut terus diperkatakan peminatnya.
"Ia hanya (sekeping) gambar. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan saya dengan Aliff," katanya.
Laporan penuh temu bual bersama Adira akan dimuatkan dalam Hits akhbar Utusan Malaysia esok. - UTUSAN