
LOS ANGELES - Penyanyi Taylor Swift dilaporkan cuba mengurat Justin Bieber selepas berpisah dengan seorang daripada anggota kumpulan The Wanted, Harry Styles.
Menurut satu sumber, Swift sudah lama meminati Bieber, walaupun tahu penyanyi pop itu merupakan bekas kekasih kepada rakan baiknya, Selena Gomez.
Perkara itu boleh menjejaskan hubungan baik Swift dan Gomez," ujar sumber tersebut
Bagaimanapun, Swift menafikan khabar angin tersebut.
Saya dan Bieber hanya berkawan baik dan saya tiada niat untuk menguratnya
Bieber merupakan sahabat yang baik dan dia memahami apa yang saya perlukan dan sebaliknya," katanya.
Jelas sumber itu lagi, Swift beranggapan bahawa dia dan Bieber merupakan pasangan yang secocok.
Bieber dan penyanyi berusia 23 tahun itu merupakan sahabat baik dan mereka sering berhubung bagi berkongsi cerita mengenai kerjaya masing-masing.
Swift turut beranggapan Bieber merupakan seorang lelaki yang romantik," menurut sumber itu lagi. - AGENSI