Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Asmirandah tutup mulut

ISU perkahwinan Asmirandah menjadi tajuk utama media Indonesia selepas pelakon berdarah kacukan Belanda itu mendedahkan keseriusan cintanya bersama Jonas Rivonno sejak tahun lalu. Biarpun banyak gosip mengatakan Asmirandah bakal menamatkan zaman solo dalam tempoh terdekat namun tiada sebarang jawapan daripada wanita berusia 24 tahun itu. Berkali-kali wanita yang mesra disapa Andah ini menafikan tentang majlis perkahwinannya bagaimanapun tiada siapa yang mempercayai. Ini kerana Andah dikatakan sudah membuat persiapan menjelang majlis perkahwinannya dengan Jonas. Perkara itu turut menyebabkan ramai yang berteka-teki tentang tarikh sebenar hari bahagia mereka. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa Andah terpaksa berdiam diri kerana perkahwinannya itu bakal mencetuskan kontroversi berkaitan persoalan agama. Lebih-lebih lagi situasi tersebut mampu mencetuskan kemarahan umat Islam di Indonesia biarpun amalan berkahwin tanpa menukar agama diizinkan di negara tersebut. Andah seorang Islam manakala kekasihnya penganut Kristian tidak mahu perkahwinannya mendapat reaksi negatif. Justeru dia dikatakan tidak mahu memperbesarkan soal perkahwinan kerana mahu mengelakkan spekulasi dan seribu pertanyaan. Malah pelakon Kahwin Gantung ini kerap merayu untuk tidak berbicara soal tersebut kerana dia tidak mahu perkara itu mengganggu aktiviti harian seninya. “Saya tidak tahu mahu isu berkahwin ini menjadi besar apabila ada kenyataan balas daripada saya," kata Andah yang kini bergelar sutradara, penyanyi dan penulis ini. Adakah Andah sehebat Christine Hakim yang menolak cinta Broery Marantika yang tidak mahu memeluk Islam suatu waktu dulu? Mungkinkah Andah sanggup menggadai agama demi cinta?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails