Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tugas ibu paling utama - Mawi

KETIKA hatinya berbunga menunggu hari diijabkabulkan dengan jejaka pilihan, tiada apa yang dapat menutup resah hatinya terhadap segala kata-kata kesat yang terus dilemparkan ke atas dirinya. Melalui pengalaman tersebut hampir enam tahun lalu, Nora' Ashikin Rahmat, 34, mengakui kini dia semakin bahagia dengan kehidupan pilihannya. Tidak pernah menyesal dengan segala suratan yang sudah ditentukan buat dirinya, mengahwini Asmawi Ani,32, atau lebih dikenali sebagai Mawi merupakan keputusan paling tepat buat dirinya. Jika beberapa tahun lalu suaminya pernah menerima jolokan artis paling popular di negara ini, bagi Ekin dia tidak malu untuk mengakui turut menerima tempias dari kelebihan tersebut. Bagaimanapun kini populariti yang diraih suaminya melalui program realiti Akademi Fantasia semakin surut. Menyedari kelapangan ini, Ekin mengambil keputusan meneruskan cita-citanya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun di sebalik pengenalan diri terbarunya ini ada sesuatu yang tetap mahu dikekal Ekin. "Saya tetap mahu dikenali sebagai Mawi Ekin. Biarlah nama saya dibelakang suami saya, dari dahulu ia memang begitu dan saya selesa untuk mengekalkannya," katanya ketika bertemu di butik jualan Unequein, di Bangi, Selangor baru-baru ini. Memberitahu tiada sedikit niat di dalam hati untuk mengatasi kedudukan suaminya kini, menurut Ekin jika ada yang mengatakan dia kini lebih popular dari suaminya, mungkin itu hanya persepsi sebilangan kecil peminat mereka. "Mana mungkin saya lebih popular dari suami? Dia masih lagi seorang artis berbanding yang hanya menjadi pembantunya, isteri dan ibu kepada anaknya. "Mungkin wajah saya bersama jenama tudung Ariani masih lagi dipaparkan di mana-mana menyebabkan saya masih dikenali sehingga kini, selain itu saya memang tidak terlibat lari dalam bidang hiburan," katanya. Setelah lima tahun membawa nama Ariani, boleh dikatakan Ekin begitu sinonim dengan jenama tudung tersebut. Bagaimanapun menurut Ekin, mungkin sudah sampai waktunya dia memberi ruang wajah baru menghiasi poster jenama tudung tersebut memandangkan dia kini juga mempunyai komitmen yang lebih besar. "Setelah lima tahun bersama Ariani, tidak dinafikan banyak memperkenalkan saya kepada pelanggan mereka. "Bagaimanapun tempoh lima tahun sudah cukup lama untuk saya. Mungkin tiba masanya wajah baru pula diberi peluang," katanya yang turut memberitahu kontraknya bersama jenama tudung tersebut akan tamat hujung tahun ini. Sokong suami Sedang suatu ketika dahulu pasangan suami isteri itu sering menjadi pilihan paparan majalah mahupun akhbar, namun kini Ekin akui tiada apa yang kekal termasuklah populariti yang pernah disandang suaminya sebelum ini. "Kita perlu tahu tiada apa yang kekal. Mawi pernah melalui zaman itu dan itu merupakan kelebihan yang pernah dia ada. "Secara optimis kami sudah menjangkakan keadaan ini. Kini fokus kami adalah untuk meletakkan perniagaan sebagai persiapan masa hadapan buat keluarga," katanya. Berdiri teguh di belakang suaminya, menurut Ekin , sungguhpun mereka berdua kini lebih memberi fokus buat perniagaan, namun itu tidak bermakna dia mahu suaminya meninggalkan terus apa yang pernah diperjuangkan. "Mawi masih lagi menyanyi, saya pasti itu antara perkara yang akan diteruskan dirinya. "Macam dikatakan tadi, saya hanya membantu dia. Jika dia tidak sempat untuk menguruskan perniagaan saya merupakan insan pilihan dia untuk membuat sebarang keputusan," katanya. Pernah menerima tamparan hebat apabila dikatakan menggunakan Mawi untuk kesenangan dirinya suatu ketika dahulu, bagi Ekin dia kini membuktikan tugasnya lebih dari hanya hidup di atas kemewahan suaminya sahaja. "Pada mulanya Mawi agak gusar untuk memulakan perniagaan ini. Namun saya yakinkan dia bahawa saya akan membantunya. "Alhamdulillah, kini semuanya menjadi mudah berkat hasil perbincangan kami berdua," katanya. Memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pengusaha, bagi Ekin tiada apa yang dapat menafikan kegembiraannya kini hadir dari kurniaan Allah melalui anak tunggalnya Cahaya Malaika. "Tanggungjawab utama yang paling saya titik beratkan adalah amanah sebagai seorang ibu. Menunggu cahaya mata selama tiga tahun, pada saya cukup menerangkan bahawa tugas sebagai ibu merupakan tugas utama . "Selain itu juga saya percaya rezeki Allah juga sebenarnya ada kaitan dengan kehadiran Cahaya ke dalam kehidupan saya dan suami," katanya. Ditanya sama ada dia kini sudah bersedia untuk membesarkan keluarganya, bagi Ekin walaupun fokus utamanya tetap kepada keluarga, namun dia tidak boleh memungkiri janji yang sudah dibuat kepada suaminya untuk menjaga perniagaan mereka. "Kami tidak merancang, bagaimanapun buat masa ini keadaan agak sibuk dengan urusan perniagaan kami. "Mungkin dalam dua atau tiga tahun lagu adalah tempoh yang sesuai," katanya tersenyum.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails