Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Rindu arwah bapa - Fouziah Gous
BERCAKAP tentang bulan bulan Ramadan, pastinya ada saat-saat yang sentiasa menjadi kenangan indah atau sukar untuk dilupakan.
Begitu juga dengan pelakon yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tahun ini, Fouziah Gous yang kehilangan bapanya pada Ramadan tahun lalu.
Menceritakan detik-detik kehilangan bapanya, Mohd. Gous Ghulam, 76, jelas butir-butir perkataan yang keluar dari mulutnya juga dengan nada yang cukup sayu.
Bagi Fouziah, kehilangan bapa beberapa hari sebelum puasa memang mengejutkan dirinya.
"Dalam kehidupan, saya tidak pernah rasa kehilangan yang sebegitu besar. Tetapi, rasa kehilangan itu datang pada saya dengan tiba-tiba. Pemergian itu membabitkan orang yang sangat dekat dengan saya," katanya.
Tambah Fouziah, memang saat-saat kehilangan itu memberi kesan pada dirinya. Apatah lagi menjelang hari pertama di bulan Ramadan.
"Sudah menjadi kelaziman setiap kali bulan Ramadan, hari pertama puasa, kami sekeluarga termasuk adik- beradik akan berbuka bersama. Walau sibuk bagaimanapun, tetap semuanya akan balik dan berbuka puasa bersama ibu dan ayah.
"Saya sendiri sepanjang hidup tidak pernah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di luar rumah. Begitu juga semasa sudah bekerja.
"Namun, kali ini, berbuka puasa hari pertama kami menjadi sangat sayu apabila melihat kehilangan satu tempat duduk yang selalu berbuka puasa bersama kami sekeluarga," jelasnya dengan nada sayu.
Walaupun sedih dengan kehilangan itu, bagi Fouziah, dia reda dengan pemergian ayahnya ke rahmatullah.
"Saya bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan adik-beradik yang rapat dengan saya dan itu juga sangat membahagiakan," katanya yang akan menyambut ketibaan Syawal di Kuala Lumpur.
Gila kurma
Satu lagi perkara yang menjadi perhatian ketika bulan Ramadan ialah berkenaan dengan makanan dan Fouziah turut menyimpan cerita yang pelik mengenai dirinya.
Berkongsi dengan Hits mengenai perkara ini, si cantik ini bercerita bagaimana dia yang pada awal tidak menggemari kurma kini menjadi peminat setia makanan berkhasiat itu.
"Kalau hendak diikutkan, saya memang tidak pernah suka dengan buah kurma sejak dulu lagi. Tapi, sejak dua tahun yang lalu, saya menjadi penggemar pelbagai jenis kurma. Setiap kali saya nampak kurma, mesti saya rasa nak makan dan keinginan itu mengejutkan diri saya sendiri sebenarnya," katanya.
Mengimbas kembali detik itu, katanya, peristiwa itu berlaku ketika dia sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.
"Masa itu, saya terdetik untuk makan kurma. Ketika itu saya rasa itulah makanan yang paling sedap dan mengenyangkan sepanjang saya berada di sana.
"Sebab itu bila orang tanya saya juadah apa yang paling saya cari ketika berbuka, saya akan jawab buah kurma," jelasnya.
Tambah Fouziah, dia juga bukanlah seorang yang suka membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa.
"Saya memang tidak suka hendak beli banyak makanan. Lagipun saya cuma beli makanan yang ingin dimakan sahaja," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]