Lan A to Z, artis duda berusia 42 tahun akan berkahwin 11 November ini dengan gadis pilihan hatinya, Siti Nur Ain, 24 tahun dari Dengkil, Selangor. Lan mengenali Ain sejak 3 tahun yang lalu apabila Ain menghadiri sesi ujibakat di studionya di Gombak.
Ingat lagi kes di mana bekas isterinya, Marcella melarikan diri ke rumah keluarganya di England membawa bersama tiga anaknya hasil perkahwinan mereka tiga tahun lepas kerana menuduh Lan A to Z tidak pandai memberi nafkah walhal artis tersebut sedang mengalami masalah kewangan.