Berhubung dengan artikel Eksklusif : Fida & Mamat Putus Cinta, pihak OHBULAN! cuba mendapatkan respon Mamat mengenai hubungan cintanya yang putus di tengah jalan. Bagaimanapun, Mamat enggan memberikan sebarang respon terhadap kenyataan mengejut Fida hari ini.
“Minta maaf, saya tak berani nak berikan sebarang komen atau respon berkaitan putus cinta. Saya harap pihak media faham dengan situasi yang saya hadapi sekarang,” ujar Mamat dalam nada sedih.
Menurut Fida yang dihubungi sebentar tadi, dia memaafkan segala tindakan Mamat yang memuatnaik gambar kontroversi itu.
“Saya maafkan dia. Setiap manusia memang tak lari daripada kesilapan. Namun, untuk kebaikkan kesemua pihak, lebih baik saya putuskan sendiri hubungan ini.
“Lagipun, hubungan kami memang agak rengang sejak kontroversi berkenaan timbul. Mamat pun tidak menghubungi saya untuk menjelaskan segalanya,” ujar Fida.
“Setelah berbincang daripada ahli keluarga, mereka pun bersetuju dengan langkah yang saya ambil. Kami masih muda, perjalanan karier pun masih jauh.
“Insyallah, saya merancang untuk bertemu dengan Mamat sebaik sahaja keadaan reda,” kata Fida tanpa kesal.