Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kisah Pahit Juliana Evans Beraya Di Amerika

Pelakon Juliana Evans berasa bertuah dapat menyambut Aidilfitri di negara sendiri selepas dua tahun terpaksa berhari raya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans, 26, ini berkata, pengalaman menyambut Syawal di perantauan adalah detik paling menyedihkan dalam hidupnya kerana tiada ahli keluarga atau kenalan rapat di negara itu. "Perasaan gembira itu tidak dapat saya gambarkan kerana berhari raya di perantauan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. "Demi memujuk hati, pada pagi raya saya memakai baju kurung dan mengambil gambar 'selfie' sebelum bersiap-siap untuk ke kelas," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Juliana berkata, pengalaman di luar negara banyak menyedarkannya untuk lebih menghargai budaya dan pengertian Ramadan dan Syawal itu sendiri. "Apabila sesuatu benda itu tiada di depan mata baharulah kita sedar betapa penting dan istimewanya perkara itu.
"Ini termasuklah ketika menyambut Ramadan dan Aidilfitri tetapi ia menyedarkan saya tentang pelbagai perkara dan pengorbanan yang saya terpaksa lakukan," jelasnya. Sementara itu, Juliana berkata, dia ada merancang untuk kembali ke Los Angeles bagi menyambung pengajian dan mencuba nasib dalam bidang lakonan tetapi ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Jelas Juliana, buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada karier di Malaysia dan jadualnya penuh dengan pelbagai aktiviti seni selepas hampir tiga tahun tidak tampil dengan sebarang projek. "Insya-Allah saya masih mahu mencuba nasib di Amerika tetapi hasrat itu ditangguhkan seketika kerana karier di sini juga perlu diberikan perhatian. "Tambahan pula bukan mudah untuk mendapatkan visa pekerjaan Amerika," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails