Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Erra dan Family




















Malam Terang Merah





Sarah mangsa fesyen


Terlebih bulu pulak!

Dalam berfesyen ni kalau terlebih-lebih sangat nampak over juga. Itulah yang dinamakan mangsa fesyen. Gaya Siti Sarah ketika menghadiri Anugerah Skrin baru-baru ini nampak over sikit. Macam tak kena pula dengan Sarah yang genit dan comel tu.

Kalau Sarah memang ingin nampak menyerlah kira dia berjayalah sebab warna merah menyala memang membuatkan Sarah nampak ketara dari jauh dan menonjol daripada orang lain.

Tapi bulu ayam yang banyak sangat menampakkan Sarah sedikit gempal dan pendek.

Macam lari pula daripada imej Sarah sebelum ini yang sentiasa tampil dengan gaya yang menarik.

Fesyen di red carpet AJL23





Eira Syazira makin berani




Ini dia gaya terbaru pelakon muda Eira Syazira. Nampak semakin berani tampil dengan gaya seksi Eira sekarang.

Rahsia Bob susut


Bob sekarang semakin hari semakin susut badannya. Walaupun belum lagi boleh dkatakan langsing namun Bob sudah nampak banyak perubahan.

Apa amalan Bob ya? Jangan pula buat fitnah Bob sedut lemak pula, sia-sia Bob berhempas pulas di pusat kecergasan Finess First.

"Sekarang berat badan saya sekitar 80kg sahaja, dulu saya pernah mencecah 95kg. rahsia saya... saya amalkan dietlah, bukan tak makan nasi langsung, tapi makan juga sekali sekala dalam jumlah yang sikit.

"Saya juga aktif di gym. Kalau tak sibuk, saya akan ke gym lah. Kalau ada banyak kerja sebelah siang, saya ke gym lewat sikitlah," kata Bob yang seronok bercerita pasal berat badannya.

Sekarang Bob sudah boleh bergaya dengan baju yang mengikut susuk tubuh. Bob akui sejak badan semakin kurang berat ini dia boleh bergerak dengan lebih aktif.

Baju Sama-Siapa lebih bergaya?



Siapa lebih bergaya apabila menggayakan kot yang sama? Macam satu cita rasa pula mereka dalam memilih busana.

Lihatlah gaya Datuk Siti Nurhaliza dan pengacara RTM yang sensasi, Zamzarina apabila menggayakan pakaian yang sama.

Bezanya pakaian yang digayakan di dalam kot mereka. Siti memilih kemeja putih dan baju kecil berwarna hitam di dalamnya.

Zamzarina pula gayakan dengan t-shirt putih di dalam. Kedua-duanya memadankan dengan seluar panjang berwarna hitam.

Siti menambah aksesori rantai leher bermanik besar warna putih sebagai pelengkap gayanya, manakala Zam pula pilih loket empat persegi yang berpermata hitam.

Gaya Dalam Pantang


Inilah fesyen dalam pantang. Salina Saibi tetap hadir majlis tayangan perdana filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam lakonannya walaupun masih dalam pantang.

"Ini kira fesyen dalam pantanglah, saya pakai stoking tebal untuk mengelak kesejukan," kata Salina yang baru sebulan melahirkan anak.

Itulah namanya artis komited. Sanggup redah juga walaupun dalam pantang demi tanggungjawab terhadap filem lakonan mereka.

Jangan kelak timbul masalah sudahlah.

Pendeknya gaun Sarah



Pendeknya gaun Siti Sarah ni. Seksinya. Beraninya Sarah sekarang ya. Sarah nampak hot dalam gaya ini, apatah lagi gaun tersebut berwarna merah menyala.

Sarah muncul dalam majlis makan tengah hari sempena Minggu Setiausaha anjuran Lord's Tailor di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itru ramai artis lelaki yang diundang menggayakan rekaan baru Lord's Tailor. Sarah dan artis wanita yang diundang semua dipakaikan gaun berwarna merah menyala.

Wow Jasmin!Mengancamlah




Wah Jasmin Hamid semakin mengancam sekarang. Inilah gaya Jasmin kembali setelah solo. Jasmin laris dalam drama bersiri sekarang. Dengan imej sedemikian, acap kali Jasmin melakonkan watak wanita Penggoda.

Tak jemukah Jasmin dengan watak-watak yang sama setiap kali? Apabila wanita Penggoda melakonkan watak dalam drama, penampilan seseorang bolehlah kalau pelakon di atas sikit. Agaknya sebab itulah pelakon kita gemarkan watak macam tu.

Kalau nak nak pakai seksi dan bulu mata Kenakan tiga inci pun tak ada yang komplen sebab memang ituah imej wanita Penggoda. Lihatlah gaya Jasmin ni ... kan persis wanita yang sedang menggoda lelaki.



Ini dia Fesyen rambut terbaru si Ahmad Dhani Dewa 16 Vokalis kumpulan Ketika datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun terkenal pemuzik Sebagai seorang yang berbakat besar, namun bab berfesyen, Dhani ni tak kurang hebatnya.

Bab Fesyen baju kalau ke Akhbar sidang majlis tu biasalah ... penyanyi rock ni suka pakai kemeja-t sahaja.

Dhani tapi ada tempat lain untuk berfesyen. Lihatlah bagaimana Menggunakan daya kreativiti Dhani pada rambutnya. Ada yang nak tiru ke nanti?


Bolehlah diukir Corak bunga raya barulah nampak sikit patriotik. Ada ke yang sanggup?

Tajamnya kasut Pasha


Tajamnya kasut Pasha, penyanyi kumpulan Ungu ni. Jarang pakai Pasha tengok kasut berfesyen macam ni.

Yalah kalau bersama kumpulan Ungu Muncul imejnya lebih kepada gaya musik rock.

Ni dipilih Kasut Menyanyi semasa dia bersama Rossa. Muncul dalam apabila konsert pop, gayanya gaya pop pun jadi lah.

Kemunculan Pasha bergelar duda yang kini hangat di Indonesia Memikat hati peminat wanita.

Serina makin berisi


Serina Redzuawan anak dara chef selebriti terkenal, Chef Wan nampaknya semakin berisi apabila semakin meningkat dewasa ni.

Semasa zaman kanak-kanak dulu Serina memang gempal. Mungkin sekarang ni dia senang hati dengan kehidupan membuatkan susuk badannya makin segar.

Apabila memakai dress berwarna terang dengan kain jenis lembut macam ni semakin ketara nampak susuk tubuh Serina yang sihat tu.

Tapi Serina tetap kelihatan cantik dan pandai bergaya.

Lenka ayu berbaju batik


Ayunya penyanyi dari Australia Lenka ni apabila mengenakan baju batik. Lihatlah gaya dia. Ayu dan sopan kan?

Inilah namanya perihatin. Walaupun Lenka kadang-kadang tampil dengan gaya pelik, tapi dia menghormati budaya tempat yang dilawatinya.

Lenka berada di Kuala Lumpur mulai 1-5 Ogos untuk mengadakan promosi, sesi bertemu peminat dan showcase.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails