Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Percikan Darah, Macam Tak Percaya” - Fizo Omar

EMPAT tahun menanti kehadiran zuriat pertama, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui ia pengalaman luar biasa dapat melihat sendiri kelahiran bayi sulungnya pada Jumaat lalu. Fizo, 32, menerusi Instagramnya memberitahu perasaannya bercampur baur apabila diberi peluang melihat sendiri proses kelahiran selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum isterinya, Mawar Abdul Karim disahkan hamil. "Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama serta pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu. "Aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik pembedahan mengharungi setiap saat, getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.
Katanya, sudah menjadi impiannya untuk bergelar seorang bapa dan saat dia bertentang mata dengan bayi perempuannya itu, Fizo memberitahu air matanya mengalir. "Yalah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri kerana mempunyai cahaya mata adalah salah satu impian utama dalam hidup aku. "Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ. "Subhanallah aku macam tak percaya, Weh! Aku dah jadi Daddy! Itulah yang bermain di kepala aku," ujarnya.
Bagaimanapun kata Fizo, walaupun teruja namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk memegang anaknya itu dan hanya memerhatikan sambil mengalirkan air mata. "Aku sampai tiada kekuatan nak pegang baby masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang jururawat sedang buat kat anak aku. "Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus menangis, lagi kuat baby menangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah," katanya lagi. Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Dah Hilang Sabar, Roslan Shah Dedah Cerita Sulit Sahabat Artis

PENGACARA Roslan Shah sudah tidak dapat menahan sabar dengan tindakan seorang artis popular yang didakwa cuba memburukkan dirinya di laman sosial. Roslan menerusi video secara langsung di Facebook pada malam Ahad turut menyifatkan tindakan artis tersebut sebagai melampau dan telah merosakkan reputasinya. "Apa lagi tak puas hati, cerita pekung aku semua di laman sosial. Memang dia tidak menyebut nama aku tetapi semua orang tahu itu aku. "Aku mengaku dahulu aku jahat tetapi mengapa perlu dedahkan semuanya sehingga sanggup memfitnah aku? "Aku sudah hilang sabar, dia sudah melampau kerana selama ini aku diamkan sahaja tetapi kali ini memang aku perlu bersuara," katanya. Roslan menerusi video itu juga turut mencabar artis berkenaan untuk menonton video secara langsung itu selain menjawab beberapa tuduhan dilemparkan terhadapnya. Malah Roslan turut mendedahkan beberapa perkara dan rahsia peribadi mengenai artis tersebut sepanjang mereka berkawan sebelum ini. "Jom kita buka pekung kau pula... kalau aku cerita semuanya kau akan mendapat malu," ujarnya. Dalam pada itu, Roslan berkata, dia tidak melihat sebarang ruang untuk menyelesaikan masalah di antara mereka kerana sudah bersikap tawar hati terhadap artis tersebut. "Saya bila-bila masa boleh berjumpa dengannya kerana perkara ini pun dia yang mulakan dahulu tetapi rasanya isu ini tidak boleh selesai dengan baik dah. "Saya sudah tawar hati... kalau ada orang tuduh dan fitnah anda macam-macam, boleh ke anda bersabar? Cuba beritahu saya!," katanya lagi. Sementara itu, Roslan menerusi video sama meminta agar artis berkenaan insaf dan bertaubat atas perbuatannya selain berhenti memburuk-burukkan namanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails