Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Azad, Eira nafi berstatus jutawan

BAGAIKAN sudah menjadi lumrah, kejayaan atau rezeki yang datang bergolek kepada seseorang pasti akan mengundang pelbagai andaian dan skeptikal khalayak sekeliling. Itulah yang dialami oleh pasangan pelakon suami isteri, Azad Jazmin, 38, dan Eira Syazira Shuhaimi, 30. Selepas berjinak-jinak dengan bisnes berkonsepkan pemasaran rangkaian, sekitar pertengahan tahun 2014, kini pasangan tersebut didakwa sudah menyandang status jutawan. Telahan itu dibuat setelah ramai merasakan bisnes yang mereka usahakan mula membuahkan hasil lumayan. Bertemu dengan Azad dan Eira pada majlis pelancaran album duet sulung mereka, Azad Eira di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Azad menjelaskan, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Belum sampai ke tahap jutawan seperti yang diperbesarkan, namun tegas pelakon filem Kolumpo itu, benar, bisnes yang diusahakan bersama isterinya sejak enam bulan lalu itu, sudah menunjukkan peningkatan positif. Kosmo!: Benarkah ada dakwaan mengatakan Azad kini sudah bergelar jutawan? AZAD: Dakwaan tersebut tidak benar. Saya sendiri terkejut apabila mendengarnya. Tapi, apa yang benarnya, perniagaan yang kami ceburi telah menunjukkan perkembangan yang positif. Adakah bidang baharu itu lebih menguntungkan daripada bidang lakonan? Apa yang boleh saya katakan, saya dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih banyak rezeki kami datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, menjadikan kami lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini. Tidakkah anda berdua gusar dengan ancaman yang bakal berlaku apabila orang ramai sewenang-wenangnya melabel kalian sebagai jutawan? Sejujurnya, saya dan Eira berasa sedikit cuak. Iyalah, kita tidak boleh jangka apa yang difikirkan oleh orang lain. Sebagai langkah keselamatan, kami akan lebih berjaga-jaga apabila keluar berseorangan mahupun bersama-sama. Benarkah anda sudah terlalu selesa dengan dunia perniagaan sehingga enggan kembali berlakon? Buat masa ini, saya mahu fokuskan sepenuh perhatian terhadap bidang perniagaan. Sudah hampir tujuh bulan saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan. Tambahan pula, saya dan Eira kini dilantik sebagai duta jenama Kopi Mamu Galak dan Jus Mami Donna Rapat. Bukan mahu melupakan terus dunia lakonan, tetapi saya sedikit selektif terhadap skrip yang ditawarkan. Apakah perkembangan terbaharu anda? Selain album duet bersama Eira, dalam masa terdekat ini juga saya bakal ke Itali untuk penggambaran filem Poscard From Italy tidak lama lagi bersama Keith Foo dan Lara Dutta. Bercerita mengenai album duet yang baru dilancarkan, dramatis yang popular dengan watak air mata, Eira Syazira berkata, idea terlahirnya buah tangan sulung bersama Azad itu tercetus secara tidak sengaja. Kosmo!: Bagaimana Eira boleh terfikir untuk menghasilkan album duet? EIRA: Selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, kami merakamkan lagu Sajak Dari Hati ciptaan Adi Priyo Sambodo. Lagu itu asalnya dihasilkan sebagai hadiah sentimental untuk meraikan status kami sebagai suami dan isteri. Namun, belum sempat menjalankan sebarang promosi, saya hamil anak sulung kami, Amarra Sofea Rose yang kini sudah berusia satu tahun. Akibat kekangan masa, projek tersebut ditangguhkan. Apakah yang anda lakukan selepas tertangguhnya projek berkenaan? Setelah merakamkan beberapa single, Adi memberi cadangan supaya mengumpulkan lagu-lagu tersebut ke dalam sebuah album untuk diterbitkan. Pada awalnya, album ini hanya memfokuskan kepada lagu solo nyanyian saya sahaja. Tetapi, setelah Adi menilai keserasian vokal kami berdua, Adi mencadangkan agar Azad turut terlibat sama dalam pembikinan album yang mengandungi lima buah lagu ini. Adakah ini percubaan pertama anda dan suami sebagai penyanyi? Ini merupakan percubaan pertama Azad, tetapi tidak buat saya. Sebelum ini, saya pernah dilamar untuk merakamkan album oleh syarikat rakaman FGM dua tahun lalu, namun, album tersebut terkubur tanpa khabar berita. Siapakah yang memberikan tunjuk ajar kepada anda ketika merakamkan lagu? Azad yang banyak memberikan teguran jika nyanyian saya salah. Walaupun dia dikenali sebagai pelakon namun, dia tahu tentang selok- belok nyanyian. Adakah anda tidak kisah disamakan dengan pasangan duet popular, Nurul dan Ajai? Kami anggap Nurul dan Ajai sebagai idola kami dan mereka juga banyak memberikan inspirasi kepada kami untuk menyanyi.

Fouziah Gous Tidak Tertekan Belum Timang Anak

Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31. Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing. "Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu. "Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir," ujarnya kepada mStar Online. Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis. Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff. Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya. "Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal. "Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini," ujarnya. Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan. "Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja. Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi. Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga. "Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi. "Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga," ujarnya. Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit

Bapa kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berasa terkejut apabila anaknya itu terkait dengan gosip kononnya bersikap hipokrit. Ridhuan berkata, dia berasa pelik dengan segelintir pihak yang sanggup bercakap buruk dan menyebarkan gosip mengenai Mia yang baru berusia sembilan tahun, seperti pelakon-pelakon dewasa lain. "Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip. "Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis. Sebuah akhbar mingguan pada 23 November lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Mia bersikap hipokrit apabila membuat kenyataan kononnya mengagumi kejayaan pelakon cilik, Balqis yang menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 pada 7 November lalu.
Sedangkan Mia dilaporkan tidak menegur atau bercakap dengan Balqis ketika mereka bekerjasama dalam produksi yang sama sebelum ini. Sementara itu, Ridhuan berkata, dia sememangnya mendidik Mia untuk tidak terlalu banyak bercakap ketika menjalani penggambaran kerana risau tingkah laku anaknya itu mengundang rasa kurang senang terhadap pihak lain. Malah, bagi memudahkan perjalanan penggambaran, dia turut menyediakan semua kelengkapan termasuklah set barangan solek, beg dan baju sendiri selain ada orang menjaganya sepanjang berada di lokasi penggambaran. "Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah. "Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap. "Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya," Muhammad Ridhuan.

'MAYA DELAILA', NAMA ANAK KEDUA MEMEY SUHAIZA

Meskipun baru mengandung empat bulan, namun Memey Suhaiza sudah mempunyai nama untuk anak kedua yang masih di dalam perutnya iaitu 'Maya Delaila'. Difahamkan, nama tersebut terilham dari nama perniagaan pakaiannya. Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya itu. Tambah Memey, cuma anak sulungnya Mohamed Darwisz Hakim yang mula menunjukkan pelbagai ragam. "Awish terlebih manja. Memang lain macam jadinya. Awish nak perhatian lebih daripada saya. Mungkin juga sudah mula terbit perasaan cemburu. Gelagatnya memang mencuit hati saya dan suami. Lebih melucukan, dia nak dekat sangat dengan perut saya," ujar Memey dipetik sebagai berkata.

JOHAN RAJA LAWAK DAPAT ANAK PEREMPUAN

Tahniah diucapkan buat Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak yang dikhabarkan sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Waahhh... akhirnya dapat juga mereka anak perempuan setelah mempunyai tiga anak lelaki sebelum ini. Apa yang menarik, baby terbaru mereka itu lahir seberat 4Kg dan ia menyamai berat anak sulung mereka yang ketika lahir juga seberat 4Kg. Untuk info, usia anak Ozlyn dan Johan yang sebelum ini sudah mencecah lebih setahun, tiga tahun dan lapan tahun.

ISU GAMBAR CUMBU : "SAYA TAK TAHU GAMBAR SIAPA" - TAUKE JAMBU

Ekoran tersebarnya gambar tak senonoh yang diambil daripada kad memori telefon yang dibaiki, ramai yang menuduh Tauke Jambu sebagai empunya diri. Memetik laporan 'Harian Metro', Tauke menafikan yang dia pernah memiliki gambar sebegitu rupa. Dakwanya: Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut. Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya. Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.
Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih. Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Tauke. Mana tahu ada pihak yang cuba nak sabotaj dirinya yang sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega? Apa-apapun, sabar ajalah Tauke. Bak kata pepatah, berani kerana benar... takut kerana salah!

Chacha Maembong Tidak Sedar Aksi Mesra Dirakamkan Kamera

Pelakon Chacha Maembong memberitahu aksi mesra yang disaksikan penonton ketika program Maharaja Lawak 2014 pada 21 November lalu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaanya di khalayak. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera. "Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu. "Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki yang dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 pada 17 November lalu. Tambah Chacha, ketika aksi tersebut dirakamkan dia sedang bercakap dengan pemuda tersebut ketika keadaan dalam dewan agak bising. "Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan," ujarnya. Sementara itu, Chacha berkata, dia baharu tiga bulan mengenai pemuda tersebut dan masih dalam peringkat untuk saling kenal mengenali.

Tiada Cemburu Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait

Adegan romantik dan berpelukan yang dilakokan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin dalam Bencinta tidak menjadi penghalang walaupun kedua-duanya mempunyai pasangan kekasih. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 27, berkata, soal cemburu kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza tidak timbul kerana pemuda itu juga seorang pelakon. “Apabila di set penggambaran, saya akan menjadi seorang yang profesional kerana dalam sesebuah drama, sudah tentu banyak adegan peluk,” katanya kepada mStar Online. Fathia ditemui ketika sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di Kuwait.
Penggambaran di negara teluk itu dilakukan bermula 16 November lalu dan dijangka berkahir pada Khamis ini. Selain Fathia dan Fattah, pelakon baharu dari Singapura iaitu Erwin Dawson dan Abdul Rahman Suhud yang berasal dari Iraq turut terlibat. Dalam pada itu Fathia berkata, sebagai seorang artis, sikap professional seseorang amat penting untuk menghayati watak. Malah adegan peluk di antara dia dan Fattah dilakukan selepas mereka berbincang dan membuat latihan terlebih dahulu sebelum diminta untuk beraksi di hadapan kamera. “Kami berbincang dahulu apakah dialog-dialog yang dirasakan sesuai sebelum diminta beraksi. Insya-Allah, kami faham tugas dan peranan masing-masing,” katanya.
Sementara itu Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Amin, 24, berkata, kekasihnya iaitu aktres Sherry Ibrahim tidak pernah mempersoalkan adegan-adegan peluk yang terpaksa dilakonkan. Malah bagi Fattah apabila tiba pada peringkat diperlukan untuk melakukan perkara sedemikian, dia bersedia melakonkannya asalkan adegan itu tidak keterlaluan ataupun melampaui batas. “Saya dan Fathia amat profesional dalam melakonkan watak masing-masing. Saya pun percaya produser dan pengarah pun tahu apa yang mereka mahukan,” jelasnya yang turuit memberitahu Sherry juga memahami situasi berkenaan. Berkongsi pengalaman melakukan penggambaran Bencinta di Kuwait pula Fathia berkata, ia merupakan drama kelimanya yang dilakonkan di luar negara selepas Indonesia, London, Paris dan Turki.
Peluang itu katanya amat menarik kerana seseorang pelakon dapat merasai banyak pengalaman termasuklah dari segi budaya, stail dan sikap seseorang. “Ini merupakan kali pertama saya menyertai penggambaran di negara Arab dan ia amat menarik kerana saya juga berdarah keturunan Arab iaitu sebelah emak. “Apabila sampai di sini, ada juga orang yang bertanya adakah saya ini orang Arab atau sebaliknya dan saya beritahu mereka saya orang Malaysia yang berdarah Arab,” katanya. Jelas Fathia, sepanjang berada di Kuwait, dia benar-benar menimati keindahan negara itu terutamanya makanan Arab selain berbelanja membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.
Tidak lupa hadiah untuk Aiman Hakim iaitu jubah dan minyak atar turut dibelinya untuk kenang-kenangan. Dalam pada itu bagi Fattah, penggambaran di luar negara banyak menguji kesabaran seseorang pelakon sekiranya berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diduga. Bagaimapaun dia berpuas hati kerana pelakon dan kru drama berkenaan dapat memberikan komitmen yang baik menyebabkan penggambaran berjalan tanpa masalah. Apa yang menarik kata Fatah, drama Bencinta itu memberikan sisi berbeza dalam kerjaya lakonannya apabila diminta melakonkan watak jahat. “Kalau sebelum ini saya banyak melakonkan adegan-adegan cinta tetapi kali ini watak saya agak berbeza apabila mempuyai sifat dendam yang tinggi terhadap bapa angkat yang memelihara saja sejak kecil,” katanya.
Ditanya apakah buah tangan dibelinya sepanjang berada di Kuwiat ini Fattah memberitahu, dia tidak banyak berbelanja sebaliknya membeli jubah untuk ibu dan juga minyak atar buat kekasihnya, Sherry. Bencinta mengisahkah bagaimana seorang pemuda bernama Nabil (Fattah) yang mempunyai perasaan dendam terhadap Datuk Majid (Eizlan Yusof) apabila usahawan itu telah melanggar ibunya. Datuk Majid yang simpati dengan nasib Nabil kerana statusnya sebagai anak yatim piatu mengambil pendektakan menjadikannya sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa. Sikap Nabil yang memberontak kerana rasa marah tidak kesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid.
Ketika Fathia menyambung pelajaran di Kuwait, dia telah bertemu dengan pemuda beranma Adam (Erwin Dawson) namun hubungan mereka itu dihalang oleh Nabil yang sememangnya mempunyai perasaan terhadap Nabila dan sanggup ke negara itu untuk menemuinya. Bencinta dijangka disiarkan menerusi slot Samarinda (TV3) pada Januari atau Februari 2015. Penggambaran Dapat Tajaan - Fadzil Teh Produser Zeel Production, Fadzil Teh yang gemar memilih lokasi luar negara untuk melakukan penggambaran drama-drama terbitan syarikatnya berkata, pemilihan lokasi luar adalah bertujuan menunjukkan suasana berbeza dalam karya-karya tertentu. Katanya, tidak ada syarikat produksi drama yang melakukan penggambaran di negara berkenaan dan pemilihan lokasi itu tentunya akan memberi kelainan kepada drama 15 episod itu.
“Kami memilih Kuwait untuk menyuntik elemen baharu dalam drama-drama Zeel Produsctions selain tujuan kami untuk meluasklan pandangan dengan melihat tempat orang,” katanya. Dalam pada itu jelas Fadzil, setiap produser juga harus menurut skrip yang ditulis agar karya berkenaan benar-benar dekat dengan hati penonton. Malah lebih menarik pihaknya mendapat tajaan tertentu daripada agensi pelancongan ataupun pihak-pihak swasta yang ingin mempromosikan produk mereka di negara yang dikunjungi. Selain Bencinta drama-drama Zeel Productions lain yang menjalani penggambaran di luar negara antaranya Atas Nama Cinta (Perth, Australia), Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Abu Dhabi, UAE), Cinta Agra (Agra, India) dan Kiah Pi Jepun (Jepun).

Fasha Sandha Tolak Buat Ulasan Produk Di Instagram

Pelakon Fasha Sandha menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran bagi membuat ulasan jualan produk di Instagram tidak kira sama ada ianya dibayar atau tidak. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, menyifatkan perkara itu tidak sesuai dilakukannya memandangkan ia bukanlah satu tugasan yang wajib dibuat sebagai seorang pelakon. "Ada sesetengah artis menerima bayaran untuk membuat IG Review (ulasan produk), tetapi ada juga yang tidak berbuat sedemikian. Bagi saya, terpulang pada pendapat masing-masing. "Tetapi saya tidak mengenakan sebarang bayaran atau menerima tawaran membuat IG Review kerana itu bukanlah kerjaya saya," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Fasha, dia tidak mempunyai masalah sekiranya mana-mana pihak ingin mempromosi barangan pada setiap gambar-gambar di akaun Instagram miliknya itu.
Kata Fasha, promosi jualan di laman sosial itu sedikit sebanyak pasti dapat membantu peniaga-peniaga online untuk meningkatkan jualan masing-masing. "Jujurnya, ia sedikit pun tidak menganggu saya. Menerusi konsep 'visit my IG' di setiap gambar-gambar saya itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk berniaga. "Ianya tidak menganggu rezeki saya, maka saya benarkan. Asalkan ia tidak keterlaluan. "Andaikata saya kekurangan modal untuk mempromosikan barangan, dan sekiranya seseorang artis itu membenarkan saya meletakkan komen di laman Instagram mereka, saya juga akan buat perkara yang sama," ujarnya. Ditanya apakah pandangan Fasha mengenai segelintir artis yang meletakkan harga yang tinggi bagi membuat ulasan produk, katanya, ia terpulang kepada cara pihak peniaga dan seseorang artis berkenaan berurusan. "Setiap artis berhak membuat apa sahaja di laman sosial masing-masing dan saya percaya ramai peniaga memerlukan khidmat artis bagi tujuan promosi. Jika ia membantu, tak salah untuk mereka berbuat demikian. "Cuma saya pula tidak terlalu 'tunduk' pada laman sosial dan kerana itu tidak banyak gambar yang saya kongsikan di Instagram. "Apa-apapun, saya mendoakan agar mereka (peniaga) berjaya dalam bidang masing-masing dan hormatilah laman sosial artis. Jika mereka tidak membenarkan pihak peniaga mempromosikan barangan di laman sosial itu, buat promosi dengan cara lain pula. Insyaallah, saya percaya banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk tujuan promosi," tuturnya.

Intan Ladyana Nafi Sudah Ada Kekasih Baru

Pelakon Intan Ladyana menegaskan lelaki di sampingnya dalam beberapa foto yang disebarkan di dalam blog bukan kekasihnya seperti yang didakwa beberapa pihak. Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berasa terkejut apabila dia diandaikan sudah mempunyai kekasih baharu hanya berdasarkan foto yang diambil bersama rakan-rakannya itu. "Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih. "Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi Whatsapp pada Isnin. Intan kini sedang menjalani penggambaran Gugurl Propa di Switzerland. Ia akan disiarkan menerusi siaran Hypptv pada 1 Disember ini.
Pada Ahad lalu, foto Intan bersama rakan-rakannya yang dimuat naik di Instagram milik pelakon itu telah disebarkan di beberapa blog. Foto tersebut menjadi tanda tanya beberapa pihak apabila Intan dilihat sering bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu. Penyanyi Yuna turut berada dalam foto berkenaan. Sementara itu, Intan berharap foto-foto yang disebarkan itu tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan ia hanyalah foto biasa. Ditanya adakah Intan masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta, katanya, dia lebih selesa menikmati kehidupan solo buat sementara waktu ini. "Belum lagi buat masa ini, tunggu dululah," ujarnya yang baru saja selesai penggambran filem Adik Abang bersama pelakon Farid Kamil, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim. Terdahulu, Intan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun. Namun aktres itu mendedahkan mereka telah pun putus pada pada akhir Ramadan lalu.

Didie Alias Rancang Mengarah Drama Tahun Hadapan

Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah terpaksa membawa anak keenamnya, Muhammad Dayyan ke tempat kerja kerana tidak mempunyai pembantu rumah. Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 40 , berkata, dia tidak merasakan ada keperluan untuk mengupah pembantu rumah kerana masih mampu menjaga Dayyan yang kini berusia empat bulan tambahan pula suaminya, Norisham Ismail sentiasa berada disisi untuk membantu. "Tidak rasa beban pun terpaksa membawa Dayyan ke tempat kerja kerana memang kami tidak merancang untuk mengambil pembantu rumah bagi menjaga anak. "Bukan tidak mahu ambil pembantu tetapi memandangkan lima anak saya yang lain sudah pun besar jadi rasanya saya dan suami masih boleh menguruskan Dayyan," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Didie berkata, permintaan suaminya supaya Dayyan diberikan susu badan tanpa dicampur dengan susu formula sekurang-kurangnya untuk enam bulan turut menjadi faktor dia membawa anaknya ke tempat kerja. Katanya, dengan cara itu lebih mudah dia menyusukan anaknya itu dan bersyukur kerana Dayyan tidak banyak meragam seolah-olah memahami situasinya yang perlu bekerja. "Dia seorang anak yang baik dan jarang sekali menangis apabila berada di mana-mana acara yang melibatkan saya sebagai pengacara atau pun dilokasi penggambaran.
"Sebelum memasuki set atau naik pentas saya akan menyusukan dia terlebih dahulu dan selalunya selepas itu dia akan tidur sehingga saya selesai bekerja," jelasnya. Tambah Didie, biarpun pada awalnya dia berasa penat dengan rutin tersebut namun kini dia sudah terbiasa dengan situasi itu selain enggan berenggang dengan anaknya. "Pada usia sekarang memang ada terasa penatnya namun saya lebih puas dapat melihat dia depan mata saya membesar dan suami juga banyak membantu ketika saya sibuk bekerja. "Dialah orang yang paling sibuk sekali apabila berkaitan dengan anak kami dan sentiasa memanjakannya," ujarnya. Sementara itu, Didie juga memberitahu, anak-anaknya yang lain juga turut ringan tulang dalam menjaga adik mereka sehingga dia tidak berpeluang memegang anaknya itu. "Mereka bergilir-gilir menjaga Dayyan sehingga kadang-kadang berebut nak jaga adik. Alhamdulillah anak-anak memahami keadaan saya yang kadang-kadang sibuk dan sentiasa membantu," katanya. Dalam perkembangan lain, Didie berkata, kerjaya seninya kembali rancak dengan pelbagai aktiviti selepas dia selesai berpantang selama 100 hari dan sudah bersedia untuk kembali aktif. Bagaimanapun kata Didie, buat sementara waktu, dia hanya akan menerima tawaran yang tidak memerlukan dia bekerja dalam jangka masa panjang kerana perlu mengutamakan anaknya yang masih kecil. "Alhamdulillah rezeki semakin bertambah sejak melahirkan anak namun saya terpaksa memilih terutamanya lakonan kerana keadaan anak yang masih kecil. "Bagaimanapun sepanjang November hingga Disember depan, saya banyak menerima undangan sebagai pengacara dan akan aktif berlakon pada Januari depan," katanya.

Perkahwinan Punca Amelina Tinggalkan Dunia Nyanyian

Misteri kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan akhirnya terjawab apabila mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian. Bagaimanapun penyanyi dangdut yang popular sekitar 90an itu enggan mendedahkan lebih lanjut pengalaman yang disifatkannya sebagai 'pembunuh' kerjaya seninya itu. "Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa. "Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar Online pada Khamis. Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu. Enggan mendedahkan lanjut mengenai kisah perkahwinannya yang terus menjadi tanda tanya, Amelina yang mesra dipanggil Alin hanya selesa berkongsi tentang kebahagiaannya dengan enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif di bidang nyanyian. Menurutnya, perasaan rindu untuk kembali memegang mikrofon dan merakamkan lagu terlalu tinggi hingga memaksa untuknya nekad melupakan apa saja alasannya mengenai 'kehilangannya' sebelum ini. "Semua yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu yang jauh lebih tabah, kuat dan bersemangat. "Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi cukup jika saya katakan ia pengalaman yang tak mungkin saya lupakan," katanya.
Mengulas mengenai gambarnya yang dimuat naik di laman sosial, kononnya Amelina sudah bertudung, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu, Asyik dan Seri Langkat itu akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar. "Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. "Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramaimengenali saya. “Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya. Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur,” katanya.

Bekas Vokalis Exist, Ezad Didakwa Miliki Syabu

Bekas vokalis utama kumpulan Exist, Ezad, pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas. Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas. Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan. Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Ezad tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Mimi Loma Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di dalam badannya dalam masa terdekat ini. Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 68, berkata, dia akan membuat beberapa rawatan susulan terlebih dahulu pada minggu depan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit batu karang pada 1 November lalu. "Dan minggu depan saya akan melalui beberapa siri rawatan sebelum doktor memilih tarikh untuk saya menjalani pembedahan membuat batu karang tersebut," katanya kepada mStar Online. Mimi Loma ditemui di rumahnya di Flat PPR Seri Semarak di sini pada petang Selasa. Bagaimanapun tambah Mimi Loma, sekiranya pembedahan tersebut perlu dijalani pada bulan Disember, dia akan menangguhkan ke tahun hadapan memandangkan dia perlu menghadiri undangan persembahan nyanyian di Singapura pada bulan tersebut.
"Mungkin saya akan tangguh ke bulan lain jika doktor memberikan tarikh pada bulan Disember ini untuk saya jalani pembedahan itu. "Yang penting persembahan itu akan saya utamakan dahulu. Ia sebahagian daripada mata pencarian dan saya enggan melepaskan peluang itu begitu sahaja. "Lagipun risau pula jika pembedahan itu menganggu kesihatan dan suara untuk saya membuat persembahan," ujarnya. Dalam pada itu, dia berharap selepas menjalani pembedahan itu, ia tidak akan memudaratkan dirinya atau muncul pula penyakit lain yang tidak diingini. Sementara itu, kata adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani itu, dia tetap bersyukur kerana tidak diberi penyakit-penyakit lain yang lebih serius. "Alhamdulillah, saya dia beri kesihatan yang baik. Cuma Allah mungkin nak uji saya dengan penyakit batu karang ini. Apapun saya menerimanya dengan hati yang reda, tuturnya.

Azza (Elite) Dedah Keguguran Tiga Kali, Tiub Fallopio Dibuang

Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya berada di luar rahim. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata. "Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja. "Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi pengacara dan pelakon Roslan Shah di Sri Kembangan pada malam Isnin lalu Azza turut memberitahu dia pertama kali mengalami keguguran pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013.
Dalam pada itu, Azza berkata, dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia hamil buat kali ketiga pada Disember tahun sama namun mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya. Jelas Azza, biarpun sedih namun dia optimis dia masih mampu hamil lagi selepas ini biarpun hanya terpaksa bergantung kepada satu tiub fallopio sahaja. "Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," ujarnya. Tambah penyanyi itu lagi, suaminya juga turut menjadi pendorong semangat kepadanya dan memastikan dia tidak melakukan kerja-kerja berat dan mendapat rehat yang cukup. Malah kata Azza, pelakon Rozita Che Wan dan Didie Alias banyak memberinya nasihat dalam mengharungi masa sukar tersebut selain memberikan tip untuk terus mencuba mendapatkan zuriat. "Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. "Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa," ujarnya. Sementara itu, Azza berkata, dia kini sibuk menguruskan butik pakaian muslimahnya di Busana Mall di ibu negara dan bersyukur perniagaannya itu semakin berkembang maju. Malah kata Azza, dia bakal tampil dengan rekaan pakaian muslimahnya sendiri yang bakal diberi nama PAJ by Azza Elite dalam masa terdekat ini. "Alhamdulillah berkat usaha saya dan suami bisnes semakin bertambah baik dan saya baharu sahaja membuka sebuah lagi butik di Busana Mall yang mengkhususkan penjualan pakaian," katanya.

LEBIH DUA BULAN NIKAH - ISTERI ALIF SATAR KINI HAMIL

Tahniah kerana bakal Bergelar Ibu! Demikianlah ucapan rakan-rakan isteri Sha Dila Halid (Shad) di laman Instagramnya baru-baru ini. Mereka mengucapkan tahniah kerana teruja apabila mengetahui Shad dan suaminya Alif Satar bakal bergelar ibu bapa. "Yes it is but still so early to announce," kata Shad ringkas. Untuk makluman, Alif dan Shad telah bernikah pada 15 September lalu dan majlis resepsi mereka telah diadakan pada 20 September. Tahniah diucapkan buat mereka!

Perkahwinan A Rahman Hassan & Fadilah Mansor Dapat Restu Anak

Penyanyi era 60-an Datuk A Rahman Hassan bersyukur kerana keputusannya untuk berkahwin dengan aktres Fadilah Mansor pada Disember ini mendapat restu daripada tiga anaknya. A Rahman berkata, anak-anaknya yang menggalakkan beliau supaya berkahwin segera dengan wanita berkenaan kerana tidak mahu dia keseorangan sejak kematian isterinya, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu. "Alhamdulillah anak-anak semua setuju dengan perkahwinan ini malah mereka menyuruh saya mempercepatkannya kerana mereka bimbang saya seorang diri tanpa teman. "Malah saya juga meminta nasihat daripada rakan-rakan dan mereka juga gembira dengan keputusan saya untuk melamar Fadilah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Allahyarham Azizah meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir selain penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sementara itu, bercakap mengenai perkenalannya dengan Fadilah, A Rahman berkata, mereka bertemu buat pertama kali setahun lalu dalam sebuah majlis hiburan sebelum hubungan itu semakin rapat dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin.
Jelasnya lagi, dia sebenarnya berasa malu untuk bercakap mengenai perkara tersebut kerana sedar pada usianya sekarang tidak manis untuk berbicara secara terbuka soal hati dan perasaan. "Saya bukan muda lagi malah sudah tidak popular untuk bercakap mengenai soal ini namun Alhamdulillah pada usia begini saya dipertemukan dengan seorang wanita yang dapat menjadi teman hidup selain menerima saya dan keluarga. "Apa yang boleh saya katakan Fadilah ada ciri-ciri yang saya mahu dan kami selesa bersama. Doakan yang baik-baik buat kami berdua," katanya. Dalam pada itu, ditanya mengenai majlis itu nanti, A Rahman bagaimanapun masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh dan lokasi kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun kata A Rahman, majlis itu nanti hanya akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga, kenalan dan rakan media. "Saya sebenarnya terkejut apabila berita mengenai perancangan saya untuk berkahwin tersebar begitu cepat namun saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan tarikh dan lokasi buat masa ini. "Biarlah kami siapkan dahulu semua persiapan dan Insya-Allah saya akan maklumkan kemudian tarikh dan lokasi kepada pihak media tidak lama lagi," ujarnya.

Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai

Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003. Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup. "Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang. "Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online. Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi. Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994. Dia juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan. "Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti. "Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini. "Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel. "Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya. Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla. Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin.

Nad Zainal Buang Gambar Di Instagram Elak Kontroversi

Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad Zainal pula mengambil tindakan yang sama. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu. "Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai," katanya yang dihubungi mStar Online.
Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu. Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin. Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni. "Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas. "Dengan cara itu juga saya dapat 'membuka buku baru' bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nad kini sibuk dengan penggambaran drama Street Vendetta siaran RTM. Selain itu lakonan Nad menerusi drama Antidot akan bersiaran di TV3, bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam.

TAHNIAH - AMYZA AZNAN TIMANG ANAK KETIGA

Giliran Amyza Aznan pula menimang cahaya matanya di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Untuk makluman, bayi tersebut dilahirkan secara normal seberat 3.7 kilogram. Amyza telah memberi nama 'Ayden Andika Bin Khairil Izhar'.
Dengan kelahiran Ayden, Amyza dan Kahiril kini mempunyai tiga anak. Dua anak mereka sebelum ini bernama Andre Mikhail dan Andrian Adam. Tahniah diucapkan!

CERAI BULAN FEBRUARI - DYNAS MOKHTAR PECAH RAHSIA

Teka-teki terjawab jua! Jika sebelum ini Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar menyembunyikan statusnya, kali ini dia sendiri mendedahkan yang dia dan suaminya Mohd Hafizy Hafiz sah bercerai talak satu pada 25 Februari lalu. Apa nak dikata, mungkin sudah tiada jodoh.
Bagi penjagaan anak pula, Dynas dan suaminya bergilir-gilir menjaga dua anak mereka iaitu Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2. Untuk rekod, Dynas dan Hafizy mendirikan rumahtangga mereka pada 15 Mac 2008.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails