Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Salma (Mentor 5) Sukar Berjauhan Dengan Anak


Penyanyi Salmah A. Asis (Salma), 21, akui sukar untuk berjauhan dengan anaknya, Puteri Nurul Huda, 4.

Atas sebab itu, kadangkala juara Mentor musim kelima ini terpaksa membawa anak tunggalnya itu ke mana-mana acara. Salma ditemui di sesi ramah mesra Anugerah Skrin (ASK) 2011 bersama anaknya di One Utama, Ahad lalu.

“Ini merupakan kali pertama saya membawa anak ke acara seperti ini. Sebelum ini, saya meminta kakak menjaga anak saya di rumah,” kata ibu tunggal ini kepada pemberita.

Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu.

Menyentuh tentang perkembangan seninya, Salma sedang berurusan dengan syarikat rakaman Nova Music.

“Saya belum menandatangani kontrak dengan Nova Music tetapi setakat ini saya sudah berbincang dengan mereka sebelum membuat album.

“Bagi saya, bukan mudah untuk membuat keputusan kerana saya masih baru dalam industri seni ini,” katanya lagi.

Jelasnya, sebelum ini bukan dia sengaja mendiamkan diri dan bertindak membuat keputusan sendiri sebaliknya terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bergerak sendiri tetapi keluarga memerlukan saya sebelum ini dan sebab itu saya sering pulang ke kampung.

“Apabila keadaan sudah stabil, saya akan menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman,” ujarnya yang masih berhubung dengan mentornya, pelakon dan penyanyi Erra Fazira.

Tetapi mereka belum mempunyai masa untuk keluar bersama-sama disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing.

“Kadangkala, saya sempat menghubungi Kak Erra dan bertanyakan tentang show,” katanya yang lebih banyak membuat persembahan di negeri kelahirannya, Sabah berbanding di ibu kota.

Alyah selamat dibedah


BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.

“Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!” katanya ketika ditemui semasa sesi penggambaran klip video lagu Boomerang bersama kumpulan Chocolate di Roller Sports World, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hasan yang dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Damansara menambah, selepas diperiksa oleh doktor yang merawatnya, dia terpaksa dibedah dengan segera ekoran apendiks di dalam perutnya sudah pecah.

Dalam pada itu katanya, kesan daripada umbai pada usus sebelah kanan itu telah pecah, ia juga telah merebak dan menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.

“Oleh sebab itu, saya terpaksa menjalani dua kali pembedahan, pertama sekali pembedahan apendiks dan yang kedua pembedahan membersihkan jangkitan pada bahagian ovari,” ujar bintang kelahiran rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 2000 itu lagi.

Disebabkan kesakitan yang dialaminya, Alyah terpaksa menolak beberapa undangan menyanyi berikutan kebimbangannya beraksi di depan orang ramai.

“Saya tidak mahu mengecewakan peminat dengan memberikan persembahan yang sambil lewa dan main-main, lebih baik saya tolak pelawaan menyanyi kerana saya yakin tidak mampu menyanyi dengan sempurna daripada menghampakan mereka,” ujar ibu pelantun lagu Kisah Hati yang kini baru pulih selepas menjalani pembedahan apendiks tersebut dua minggu lepas.

Selepas pembedahan, Alyah bagaimanapun tetap bertegas untuk meneruskan semula aktiviti nyanyiannya biarpun kadang-kala masih terasa ngilu di bahagian perut.

“Sampai hari ini saya masih lagi mengambil ubat-ubatan tahan sakit yang diberikan doktor, tapi saya tidak boleh membatalkan semua janji temu dan aktiviti yang awal-awal telah saya rancangkan,” tekad Alyah berbicara.

Atas alasan itu juga, Alyah sentiasa menghadiri sesi perbincangan mahupun latihan bersama kumpulan Chocolate di bawah syarikatnya, Like Music Entertainment juga sepanjang pembikinan klip video itu.

Menerusi single pertama kumpulan Chocolate, Alyah diundang sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu berjudul Boomerang.

Lagu yang berkonsepkan pop retro itu digubah oleh komposer terkenal Audi Mok dan Omar K manakala lirik pula ditulis oleh Ad Samad.

Kisah hati

Sementara itu, Alyah turut ditebak dengan ramalan ramai mengenai lagu ciptaan sepenuhnya Manusia Putih yang dikatakan berhantu dan telah terpilih ke peringkat semi final Muzik-Muzik 26, malah lagu itu juga dikatakan bakal layak sekali gus ke peringkat akhir.

Dalam pada itu, ujarnya video klip single Kisah Hati kini mencapai antara penonton paling ramai di laman YouTube dan hal ini sama sekali di luar jangkaannya.

“Saya baru dapat panggilan yang menyatakan video klip Kisah Hati mendapat jumlah penonton paling ramai di YouTube.

“Tiada apa yang lainnya dalam klip video itu, mungkin orang ramai boleh lihat kesungguhan saya memberikan yang terbaik dalam setiap shot sekali gus menzahirkan jiwa saya dalam lagu, itu yang menarik minat penonton dan peminat.

Tambahnya: “Syukur Alhamdulillah saya dapat masuk ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 dan persiapan saya lebih kepada menjaga kesihatan, harap dapat stabilkan diri saya menjelang tarikh pertandingan.

“Rezeki di tangan Tuhan, kalau dapat ke final juga syukur Alhamdulillah” getusnya yang bakal berentap pada 18 November ini bersama 29 buah lagu lain untuk layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26.

Teman lelaki kongkong Rozita


DRAMATIS cantik, Rozita Che Wan tidak lekang dengan pelbagai cerita yang tiada pasang surutnya. Baru-baru ini Diva dapat cerita daripada seorang teman yang mahu mengadakan sesi fotografi membabitkan Rozita dan beberapa rakan artis lain.

Tetapi katanya, Rozita menolak pelawaan itu dengan cara baik dan memberi alasan bahawa dia tidak lagi bergambar dengan lelaki. Diva jadi hairan kerana sejak bila pula pelakon cantik ini menolak untuk bergandingan dengan mana-mana selebriti lelaki.

Tetapi menurut kawan Diva, kini Rozita merasakan tidak manis baginya untuk bergambar dengan lelaki. Dia terpaksa menolak dengan cara baik dan jujur pelawaan teman Diva untuk berfotografi.

Okeylah kalau macam itu. Bersikap jujur dan memberitahu sebab. Cuma Diva masih tertanya-tanya sebab sebenar Rozita sudah tidak mahu lagi bergambar dengan lelaki. Adakah sebab dirinya sebenar atau tidak dibenarkan oleh si buah hati? Apa-apa pun, Diva pun turut hormati keputusan Rozita.

Lidah Sabhi kelu depan wanita


SABHI Saddi bukanlah artis program realiti walaupun hakikatnya dia banyak menari mengiringi Adam dalam pertandingan Akademi Fantasia 2 (AF2).

Dia pernah menjadi penari hip hop di bawah kumpulan Edsco yang sentiasa mengiringi persembahan Adam.

Bersandarkan kepada paras rupa dan suara, dia mengikut jejak langkah Adam selepas terhasilnya single yang berjudul Nadiku pada 2009.

Sehingga kini, lagu yang pernah menjadi runut bunyi dalam drama Tari Tirana di TV3 itu masih kuat di bibir peminatnya.

Nyata, jejaka berbadan tegap itu tidak hanya mahu berjudi nasib dalam bidang nyanyian sahaja kerana dia mula menjadi penghias layar lebar.

Diberi kepercayaan menggalas watak bernama Zakri dalam filem Klip 3GP arahan Aidilfitri Mohd. Yunos, Sabhi yang mulanya tidak yakin menyahut cabaran yang diberikan itu, biarpun ia tugas sukar.

"Menjadi pelakon ternyata tidak semudah yang dijangkakan apatah lagi ia tidak pernah ada dalam perancangan saya.

"Tetapi pengalaman berlakon dalam video klip Nadiku bersama pengarah sama memberi sedikit pengetahuan buat saya bagaimana untuk beraksi di depan kamera," kata jejaka kelahiran Sandakan, Sabah itu kepada Sensasi Bintang.

Di dalam filem yang masih ditayangkan itu, Sabhi menggalas watak sebagai seorang lelaki lurus yang tidak dapat membantu teman wanitanya yang dirogol.

Bukan sahaja tidak dapat membantu kekasihnya itu, bahkan dia turut dipukul sehingga mati dalam keadaan tragis.

Jelas Sabhi yang kini berusia 26 tahun itu, pengalaman bertentang mata dengan pelakon wanita menjadi cabaran yang besar buatnya.

Sabhi mengaku bahawa dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada lakonan saat menjayakan babak seperti itu.

"Saya memang pemalu dengan wanita. Begitu susah nak meneruskan kata-kata apabila bertentang mata dengan mereka," katanya yang masih pekat dengan dialek Sabah.

Nyata, rezeki jejaka berbintang Virgo ini dalam dunia hiburan semakin menjadi-jadi kerana menerima banyak tawaran berlakon di samping persembahan pentas.

Jelasnya, dia menerima beberapa tawaran untuk berlakon dalam telemovie dan drama tempatan selain bakal muncul dengan album penuh tidak lama lagi.

Memey tinggalkan Norman


SELEPAS mendirikan mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim sejak lebih sebulan lalu, Memey Suhaiza kini sedang melalui hari-hari penuh bahagia.

Justeru dia yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Nilapura untuk slot Aksi TV3 di Batu Gajah, Perak sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur demi suami tercinta.

"Tanggungjawab sebagai isteri mesti didahulukan biarpun sibuk dengan kerja. Abang (Norman) tidak kisah, tetapi saya merasakan yang tanggungjawab itu penting," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Dalam drama yang bersiaran pada pukul 9 malam itu, Memey diberi peranan menggalas watak sebagai Dayang Ningsih.

Selesai sahaja penggambaran drama Nilapura, Memey bakal berlepas ke Semporna, Sabah untuk penggambaran drama berjudul Layar Impian bagi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Khabarnya Memey akan digandingkan bersama pelakon Adi Putra dalam drama yang bertemakan kehidupan masyarakat di perkampungan nelayan itu.

"Jika penggambaran di Perak, saya masih boleh berulang-alik untuk menjaga suami, tetapi kali ini saya terpaksa meninggalkan abang sepanjang 22 hari penggambaran.

"Kami sudah berbincang dan dia faham. Insya-Allah abang Norman akan turun ke Sabah untuk melawat saya," katanya yang bakal berlepas pada awal bulan November ini.

Berdebar tunggu 11.11.11 - Lan A To Z


Apatah lagi setelah mengetahui kewujudan perbezaan status dan jarak usia selama 18 tahun pasangan ini yang pasti menjadi modal bualan sepanjang zaman.

Perbandingan tersebut juga turut mengaitkan kisah rumah tangganya dahulu bersama bekas isteri, Marcella Casissi Shariff atau Cella, wanita kacukan yang cukup jelita dan pernah bertugas sebagai pramugari penerbangan Royal Brunei.

Selepas cerita 'sebenar' mengapa Cella meninggalkan Lan dan kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka iaitu Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun didedahkan di media.

"Terus terang, saya dah lali apabila orang nak bercakap tentang saya. Mulut tempayan bolehlah ditutup tapi kalau mulut manusia, saya tak ada kuasa.

"Sebab itu, saya buat 'persiapan' awal-awal. Pekakkan telinga kalau ada masih ada orang yang skeptikal tentang saya. Biarlah mereka nak cakap sampai penat. Bila nak penat, senyaplah mereka," hujah artis yang pernah digilai ramai satu ketika dahulu.

Pemilik nama Norazlan Abdul Aziz ini juga enggan menyingkap kisah silam kerana apa yang berlaku tidak wajar diungkit kembali buat dirinya yang bakal membina kehidupan baru bersama Ain.

"Saya sendiri mencari-cari di mana penghujung kehidupan ini selepas solo lebih kurang empat tahun. Adakah saya akan terus sebegitu atau bina kehidupan baru?

"Tapi semua igauan ngeri itu terhenti selepas pulang dari membuat persembahan bersama Datuk A. Rahman Hassan dengan isteri (Datin Azizah Mohammad) di Perth, Australia pada Mei lalu. Kemesraan mereka telah membuka mata dan hati saya untuk kembali berumah tangga.

"Sekembali pulang ke tanah air, saya terus hubungi Ain dan ajak dia kahwin. Alhamdulillah, dia tak menolak. Saya cukup gembira dan berdoa setiap hari agar keputusan ini adalah yang terbaik dan direstui semua pihak," dedah lelaki ini satu persatu.

Penyanyi Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini turut mengkhabarkan berita baik itu kepada Cella yang tumpang bahagia dengan pertimbangannya tersebut. Rasa teruja apabila tiga puteri Lan dengan Cella turut menerima merestui kehadiran Ain dalam kehidupan bapa mereka.

"Cella ada cakap, 'Ini adalah masa Ain. Saya tak nak kacau' bila saya jemput dia datang kenduri kahwin kami pada 11 November ini. Saya terharu dengan sikap dia yang cukup memahami dan mendoakan kebahagiaan kami.

"Ain juga tak jadi masalah untuk berkomunikasi dengan anak-anak menerusi Facebook. Jarak umur bukan alasan mereka untuk bertanyakan khabar antara satu sama lain.

"Begitu juga dengan ibu bapa saya (Abdul Aziz Suratman dan Kamsini Abu Bakar) serta bakal mentua (Zainon Mat) yang tidak henti-henti memberi nasihat berguna buat saya yang bakal jadi ketua keluarga untuk kali kedua.

"Semuanya mahu saya untuk tidak membuat perbandingan antara kisah rumah tangga saya sebelum (bersama Cella) dan selepas ini," jelas Lan yang disusuli dengan senyuman penuh pengertian.

Ditanya rancangan Lan selepas bergelar suami menyebabkan kedengaran nada bahagia sewaktu penjelasan tersebut dibuat.

"Kami merancang menziarah anak-anak dan keluarga Cella di England pada April tahun depan. Saya nak mereka berkenalan lebih rapat antara satu sama lain. Itulah impian saya.

"Boleh juga bawa Ain berbulan madu dan lihat keindahan negara orang. Pun begitu, masih dalam perbincangan. Saya tak berani cakap panjang takut tak jadi," katanya berterus terang.

Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 November 2011 pada pukul 11 pagi. Majlis persandingan dilakukan pada keesokan harinya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, Rawang Selangor bermula pukul 11 pagi.

Pasangan ini bakal mengangkat adat Melayu sepenuhnya sepanjang majlis persandingan mereka yang menggunakan tema Pembentukan Tradisional Melayu.

Farahdhiya mengamuk di hotel


BETUL ke Farahdhiya mengamuk di hotel? Terkejut juga Syed dengar cerita yang disampaikan oleh peminat daripada Pantai Timur ni.

Kata mereka penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati tu memang cukup marah dengan layanan yang diterimanya dalam satu pertunjukan fesyen di sana.

Kata mereka Farahdhiya memang dijemput ke satu pertunjukkan fesyen di sana. Tapi berlaku salah faham yang menyebabkan penyanyi itu terpaksa menunggu di lapangan terbang sampai satu jam.

Alamak, lama tu. Kalau Syed di tempat Farahdhiya pun Syed akan marah. Tapi yang tak sedapnya bila sampai sahaja di hotel dia terus mengamuk dan memarahi petugas yang sedia ada di situ.

Kalau mengikut sumber yang memberitahu Syed macam-macam perkataan yang tak sedap didengar keluar daripada mulut Farahdhiya sampaikan semua orang yang ada terdiam begitu sahaja.

Mujur ada orang yang berjaya mententeramkan dia dan bawa masuk bilik. Lepas tu berlaku lagi satu insiden yang sepatutnya tak patut berlaku. Ketika sesi nak cuba baju, dia hanya mengenakan seluar jeans dan baju yang sedikit seksi.

Iyalah, kalau dah berada di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tu, memang perkara macam ni akan menjadi satu isu. Lantas menyebabkan pihak penganjur rasa kecewa dengan tindakannya itu.

Entahlah, Syed yang mendengar cerita ni pun rasa serba salah. Bukan apa sebab tak sangka Farahdhiya sanggup buat macam tu. Harap-harap cerita yang disampaikan oleh sumber Syed ini tak benar sebab rasanya dia tak macam tu.

Syed: Selalu amuk nyamuk.

Giliran Faezah Elai mengamuk


ARTIS mengamuk di Twitter bukan perkara asing bagi masyarakat kita. Setakat nak tulis bermacam-macam perkara yang tak baik tu dah jadi lumrah pada golongan anak seni kita yang hebat ni.

Terbaru pelakon Faezah Elai pula menggunakan Twitter sebagai tempat meluah perasaan. Tak pasti pula Joyah apa yang dah berlaku kepada Faezah. Apa yang bersarang di hatinya sampai sanggup twit ayat yang kurang enak didengar.

Itu hak Faezah nak luah perasaan. Itu Twitter dia dan ikut suka hati dia nak tulis apa pun. Dia juga manusia biasa dan ada perasaan. Lalu, apa yang pengikut Faezah baca, itulah dirinya yang sebenar.

Tapi pada pada pandangan Joyah sedikit berbeza. Maaf cakaplah, kalau twit perkara yang kurang elok sedikit sebanyak tempiasnya kena batang hidung kita balik. Artis yang bijak tidak akan buat perkara yang tak elok memandangkan dia tahu impaknya pada diri sendiri.

Joyah tak kata Faezah tak bijak. Hanya tindakannya sahaja yang nampak tak bijak. Nak mengamuk sakan macam mana pun janganlah sampai nak beritahu satu dunia. Ala, bukan dia sahaja yang dah buat macam ni, ramai lagi artis kita berperangai sama. Tak gitu?

Aishah kuruskan badan demi karier


Sebaliknya, ibu tunggal kepada dua anak itu kini lebih banyak berusaha untuk mengembalikan berat badannya dengan mengikuti pelbagai program diet sewaktu berada di rumah di mana pada masa sama dia tidak putus-putus menerima tawaran menyanyi di merata tempat.

Penyanyi bersuara lantang ini berkata, dia telah berusaha pelbagai cara dan berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23 kilogram (kg) daripada 94 kg selepas mengamalkan diet pemakanan secara intensif sejak Disember tahun lalu.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Janji Manismu itu, dia antaranya mengamalkan diet dengan mengamalkan pemakanan produk De Bella di mana sekali gus merupakan jurucakap produk itu yang berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Pada mulanya saya kurang percaya diet dengan mengamalkan pemakanan produk kerana terdapat terlalu banyak produk seperti itu di pasaran. Bagaimanapun selepas diperkenalkan dengan produk De Bella memang ada perubahan pada berat badan saya sekarang ini.

"Walaupun saya telah berjaya mengurangkan 23kg daripada berat badan saya tetapi sasaran saya untuk mengurangkan 10 kg lagi sebelum hujung tahun ini. Kalau berjaya saya mampu mengembalikan berat badan sama macam suatu ketika dulu," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Wan Ariffin ini baru sahaja mengadakan persembahan pada Malam Gala Seribu Bintang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bagi mengisi dana kebajikan persatuan tersebut.

Biarpun sedang berusaha menurunkan berat badannya tetapi pada persembahan itu penyanyi bertudung labuh ini tidak menghampakan para penonton menerusi dua lagu popular nyanyiannya berjudul Syurga Di Telapak Kaki Ibu dan Janji Manismu.

Jelas Aishah yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak iaitu Arman, 17, dan Azhad, 11, dengan penurunan berat badannya itu dia kini semakin mudah untuk bergerak ke sana sini termasuklah menerima tawaran menyanyi.

Selain itu kata bekas penyanyi kumpulan Aishah And The Fan Club yang pernah popular di New Zealand pada penghujung tahun 1980-an ini, dia mengamalkan diet kerana mahu kelihatan sihat selain mahu memudahkan urusan kehidupan sehariannya.

"Saya mengurangkan berat badan juga kerana untuk memudahkan saya solat. Dulu kalau mahu bersolat saya terpaksa duduk tetapi sekarang saya boleh melakukannya seperti biasa. Satu lagi masalahnya ialah pakaian.

"Kalau dulu semasa badan saya gemuk kalau membeli-belah saya hanya boleh beli beg tangan dan kasut sahaja. Kalau mahu mendapatkan pakaian baru saya terpaksa menempah daripada tukang jahit kerana susah mendapatkan pakaian saiz badan saya," ujarnya.

Sepanjang bersama The Fan Club yang ketika itu dianggotai oleh Paul Moss (gitar), Dave Larsen (dram) dan Malcom Smith (keyboards) mereka sempat menghasilkan dua buah labum bertajuk Sensastion (1988) dan Respect The Beat (1989).

Pada masa sama kata Aishah, inisiatifnya menurunkan berat badan itu sedikit sebanyak diharap dapat melupakan seketika masalah rumahtangga yang bergelora sejak Februari lalu di mana dia kini tabah mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

Apatah lagi, selepas bercerai dengan suaminya Faizal Sazali pada 19 Mei lalu, dia terpaksa bekerja lebih keras termasuklah dengan menjadi jurucakap kepada beberapa produk kesihatan dan pakaian sebagai tambahan mata pencariannya.

Namun, jauh di sudut hatinya yang paling utama dua anaknya yang kian membesar selain dia kini semakin sibuk dengan aktiviti membabitkan De Bella serta sebagai duta tudung produk Pearl Haya.

"Bagi saya, hidup mesti diteruskan begitu juga dengan tawaran-tawaran menyanyi akan berjalan seperti biasa. Malah, jadual seharian saya semakin sibuk. Anak sulung saya sekarang ini pun sudah besar dan akan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak lama lagi.

"Setakat ini anak-anak menyokong saya. Tentang soal jodoh, saya serahkan kepada Allah. Kalau ada jodoh saya lagi maka adalah. Saya redha. Apa yang penting anak-anak semakin membesar dan kami dapat terus melalui kehidupan seterusnya dengan baik," katanya lagi.

Remy Ishak akui cerewet


Pelbagai gelagat dan reaksi lucu dilakukannya yang mana akhirnya mengundang derai tawa para krew dan artis-artis lain membuatkan suasana di lokasi penggambaran bagaikan sebuah keluarga bahagia.

Hampir sehari mengikuti Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak, 29, nyatalah dia seorang yang sentiasa cuba menceriakan suasana dan mereka yang berada di sekelilingnya.

Hadir ke sesi penggambaran terakhir filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd., 29 Februari arahan Edry Abdul Halim, baru-baru ini, S3 tidak melepaskan peluang untuk merakamkan beberapa aksi spontan jejaka berkulit hitam manis ini.

Memegang watak sebagai Budi di dalam filem muzika 3D ini, ia mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki di dalam pelbagai era yang berbeza.

Melihat kepada cara kerjanya yang profesional boleh dikatakan Remy sentiasa mencari peluang untuk dirinya mencuba sesuatu yang baru.

Menurut Remy, antara cabaran besar sepanjang berlakon di dalam filem ini dia terpaksa mengurangkan berat badannya sebanyak lima kilogram.

"Saya terpaksa mengawal pengambilan makanan saya sepanjang proses penggambaran ini di jalankan. Maklumlah watak saya ini memerlukan saya berada di era yang berbeza-beza," katanya.

Mengakui merupakan seorang yang sangat cerewet ketika memilih skrip, Remy memberitahu dia memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk membaca skrip sebelum penggambaran.

"Saya amat mementingkan skrip kerana sebagai pelakon saya tidak mahu mengambil sikap sambil lewa tanggungjawab yang diberikan kepada saya.

"Bagaimanapun untuk filem 29 Februari, saya buat pertama kalinya akan menyanyi," katanya sambil tersenyum.

Setelah berada di set penggambaran selama 38 hari, menurut Remy, ada perkara penting yang ingin dilakukannya selepas menamatkan lakonannya di dalam filem 29 Februari.

"Saya akan menjalani pembedahan kecil di bawah tapak kaki saya. Bagaimanapun kecederaan yang dialami bukanlah besar sangat. Namun bagi mengelakkan saya terus menanggung kesakitan semasa berjalan, doktor meminta saya agar segera melakukan pembedahan ini," katanya.

Berkongsi sedikit rahsia sisi 'lelakinya', Remy memberitahu jika ada waktu lapang dia mempunyai hobi tersendiri iaitu mengemas rumah.

"Jika saya berada di rumah, aktiviti utama saya adalah mengemas rumah.

"Bukanlah mahu mengatakan saya seorang yang pembersih, cuma saya lebih suka jika setiap barangan di dalam rumah itu berada di dalam keadaan yang teratur," katanya yang kini tinggal bersama adiknya.

Diana Danielle Selongkar Ilmu Dunia Seni


MENGENALI pelakon muda Diana Danielle Danny Beeson, dia seorang yang begitu komited dengan kerja seninya.

Memiliki disiplin kerja yang tinggi juga membuatkan gadis berusia 20 tahun ini dianggap berpotensi besar untuk pergi jauh dalam karier lakonan mahu pun bidang-bidang lain yang diceburi.

Dan jika dilihat perwatakan dan cara kerjanya, Diana tidak ubah seperti pelakon senior Sofea Jane yang cukup komited dalam mana-mana filem yang dilakonkan. Malah cara penyampaian mereka dalam sesebuah watak juga hampir sama.

Bakal menjadi pengganti Sofea satu hari nanti? Anggapan itu dirasakan sebagai satu kata-kata semangat buat anak muda kacukan Melayu-Inggeris ini.

“Terima kasih jika ada yang beranggapan begitu. Ia mendorong saya untuk terus maju ke depan. Lagipun saya meminati lakonannya (Sofea) sejak kecil lagi.

“Bayangkan, pada hari pertama latihan filem Hanyut diadakan pada tahun lalu, Sofea sudah pun menghafal keseluruhan skrip! Melihat komitmen kerjanya membuatkan saya juga mahu bekerja bersungguh-sungguh.

“Bekerja dengan Sofea memang tak boleh nak main-main. Apatah lagi dengan pengarah kami, U-Wei. Pelakon-pelakon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke set penggambaran. Mereka sangat profesional dan mengajar saya mengenai etika kerja,” ujarnya teruja.

Justeru itu, kata Diana, dia juga memastikan untuk perbetulkan cara kerjanya seperti mengawal diri daripada bergurau senda dengan krew agar tidak lari fokus.

Jadi Pengacara

Bakal muncul dengan empat buah filem iaitu Azazil, Hanyut, Barajiwa dan Spilt Rice On Gravy pada tahun depan, pelakon ini juga mula menjinak-jinakkan diri di bidang pengacaraan pula.

Diana kini sibuk mengendalikan sebuah program hiburan sukan berjudul MyEG Extra Time bersama dengan Sazzy Falak dan Hannah Tan menerusi saluran sukan Astro, ESPN HD, setiap Jumaat, pukul 8 malam.

“Selepas penggambaran filem Azazil selesai dua bulan lalu, saya lebih selesa untuk berehat seketika sebelum memulakan projek baru. Tambah pula sekarang ini rumah saya sedang dalam proses pengubahsuaian, meluangkan masa di rumah amat diperlukan. Lagipun saya tak boleh nak berjauhan dengan keluarga terlalu lama.

“Bagaimanapun, tawaran mengacara MyEG Extra Time membuatkan saya berfikir panjang sebelum meletakkan keputusan. Malah saya tolak habis-habisan pada mulanya.

“Ini kerana saya agak segan apabila berada betul-betul di depan kamera. Sebenarnya untuk temu bual TV pun, saya akan rasa menggigil tau sebab tak boleh nak cakap sesuka hati di depan kamera.

“Tetapi saya perlu fikir tentang masa depan juga kerana kehidupan seorang pelakon bukannya stabil sentiasa. Lebih baik kita buat pelan sokongan dengan mengambil peluang ini (mengacara) sebagai percubaan pertama,” katanya.

Langkah satu-persatu bermula dari model iklan, pelakon, penyanyi dan kini pengacara, ia sudah boleh dikira pakej lengkap untuk bergelar anak seni sejati.

Namun bagi Diana, banyak lagi perkara yang perlu digali dan selongkar tentang ilmu dunia seni yang dikira masih baru buatnya. “Sebenarnya belum cukup bagus untuk digelar apapun. Apa yang dibuat sekarang baru permulaan. Bidang nyanyian pun saya belum memberikan sepenuh perhatian lagi.

“Ya, mungkin tahun depan, tapi rasanya saya belum layak lagi digelar seorang penyanyi. Nak diikutkan, boleh saja saya muncul untuk beberapa buah lagu. Tapi saya lebih senang kalau dapat membabitkan diri dengan proses pembikinan sepenuhnya.

“Apa lagi yang boleh saya ceburi ya dalam karier seni? Cukuplah setakat ini...Tapi ada juga hasrat nak mencuba di bidang penerbitan pula,” selorohnya.

Wan Sharmila Puas Hati Bermekap Tebal


SISI antagonis Wan Sharmila, 30, semakin menyerlah menerusi lakonannya di kaca televisyen.

Antara drama yang menyerlahkan lakonan antagonis Sharmila adalah Kashaf Imani, Nora Elena dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Mengikut maklum balas penonton yang diterima, kebanyakannya menggemari lakonan antagonis Sharmila sehingga berjaya membuahkan perasaan benci terhadapnya.

Ini menunjukkan satu kejayaan yang mampu mengukirkan senyuman lebar buat Sharmila lebih-lebih lagi sekiranya para peminat mengingati watak yang dilakonkan.

“Kebetulan saya sesuai untuk membawakan watak jahat. Bukan saya tidak pernah membawakan watak baik, tetapi penonton akan mengatakan saya hipokrit atau ‘plastik’.

“Saya lebih berpuas hati dengan lakonan apabila karakter yang dilakonkan itu mendapat maklum balas yang bagus daripada penonton.

“Saya selalu cuba melakukan yang terbaik untuk melakonkan setiap watak yang diberikan. Sedangkan penonton tidak tahu yang saya juga pernah kena marah dengan pengarah,” katanya.

Bukan sahaja tidak pernah berputus asa untuk membaiki lakonannya, wanita berkulit hitam manis ini juga tidak pernah jemu mencantikkan diri agar sedap mata memandang.

“Saya tahu diri ini tidak cantik, jadi sebab itu saya kena lebih mencantikkan diri kerana saya selalu berhadapan dengan orang ramai.

“Apabila saya berdandan, saya gemar memakai warna-warna terang dan ceria seperti gincu merah dan baju merah jambu.

“Untuk keluar rumah atau menghadiri acara bertemu peminat, saya selesa mengenakan solekan sendiri tanpa bantuan jurumekap artis.

“Ini kerana saya pernah menjadi penari dan mengetahui selok-belok solekan. Jadi, saya perlu bersolek sendiri. Walaupun bersolek sendiri, tidak bermakna saya perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli alat solek,” katanya kepada OopStarz!

Daripada sudut fesyen, Sharmila berani mengenakan fesyen yang seksi dan jarang dicuba oleh sesetengah wanita.

Walaupun pernah ditegur gara-gara berpakaian menjolok mata, Sharmila tidak pernah serik untuk memakai pakaian mengikut keselesaannya.

“Saya masih lagi memakai skirt pendek dan gaun pendek tetapi saya akan berhati-hati untuk memakai pakaian seperti itu mengikut kesesuaian tempat.

“Ini kerana saya mahu menjadi diri-sendiri dan tidak boleh menjadi orang lain. Selain itu, pakaian yang dipakai perlu bersesuaian dengan usia saya.

“Lagipun pereka fesyen sendiri mengatakan saya tidak berseri jika tidak seksi,” ujarnya.Beralih kepada teman hidup, Sharmila yang berstatus janda ini akui belum menemui pasangan yang sesuai.

“Sekarang ini, saya lebih selesa berkawan dan selalu berjumpa di kalangan kawan-kawan rapat. Ini kerana saya jarang berjumpa dengan orang,” ujarnya.

Fizo Omar Pakar di Dapur


TATKALA pelakon Fizo Omar lalu di depan bangunan Menara Star dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki warna hitam, ramai mata yang memandang pada figura muda ini.

Manakan tidak, lagak Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar yang bergaya lengkap dengan jaket dan sarung muka khas persis seorang pelumba motosikal profesional.

“Ini (motosikal) bukan saya punya. Ia ditaja oleh Kawasaki khas buat sesi fotografi ini. Saya punya warna merah jenis Naked Bike,” ujarnya memulakan bicara.

Bersungguh-sungguh pelakon ini menceritakan perihal motosikal kesayangannya itu sehingga membuatkan penulis juga berasa teruja.

Kata anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini, minatnya menunggang motosikal berkuasa tinggi sudah lama dan selepas setahun mengumpul duit hasil titik peluh daripada kerja lakonan, barulah dia dapat membeli motor yang diidamkannya itu.

“Membeli motosikal berkuasa tinggi adalah cara saya untuk menghargai diri sendiri. Sejak membeli motor tersebut, ‘dialah’ yang menjadi kekasih saya,” selorohnya.

Kata Fizo, masa lapangnya akan diisi dengan menunggang motosikalnya itu. Malah Fizo juga sanggup berjalan jauh semata-mata ingin mendapatkan kepuasan ketika menunggang.

“Saya sukakan kelajuan. Jika mahu menunggang laju, saya akan masuk trek. Kadang-kala saya akan ke Genting Highlands semata-mata untuk minum petang.

“Jika secara berkumpulan, kami akan merancang ke luar kawasan Kuala Lumpur untuk menikmati makan tengah hari atau makan malam dan pulang pada hari yang sama,” katanya.

Pakar bisnes dan di dapur

Selain obses pada motosikal berkuasa tinggi, Fizo akui dia juga cukup gemar dan pakar dalam hal masakan.

Malah pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Soffiyya ini bakal muncul dengan buku resipi eksklusif yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

“Memang dari kecil lagi saya suka memasak sampaikan ibu sendiri perli saya kerana suka buat kerja perempuan.

Tapi pada masa sama saya juga seorang yang lasak.

“Memandangkan kepakaran saya lebih pada masakan Thai, buku tersebut lebih pada resepi makanan Thailand dan Melayu, tetapi diajar cara yang lebih ringkas.

“Saya turut memasukkan tip-tip tambahan dari segi penjagaan kesihatan dan petua memasak,” katanya.

Di samping itu, buku resipi tersebut turut memaparkan foto-foto eksklusif Fizo dan keluarga buat tatapan peminat.

Tidak mahu mensia-siakan kepakaran yang dimiliki, lelaki berusia 26 tahun ini memasang impian untuk mengusahakan sebuah restoran sendiri.

Dalam pada itu, Fizo sudah pun memiliki perniagaan sendiri di mana dia dan keluarganya menjual makanan tradisional dan serunding selain merancang untuk mengusahakan tanah arwah ayahnya bagi penternakan kambing dan itik.

Katanya, walaupun memperoleh hasil pendapatan yang lumayan dalam kerjaya lakonan, ia sukar untuk bertahan lama dan tidak semua pelakon memiliki tuah untuk bertahan di bidang tersebut hingga ke tua.

Justeru itu, pelaburan awal dalam perniagaan menggunakan pendapatan kerjaya seni amatlah penting agar kedudukan kewangan tidak terjejas pada masa depan.

“Saya dibesarkan dalam suasana keluarga bisnes, dan ia sudah sebati dalam jiwa saya. Arwah ayah pun meniaga macam-macam benda.

“Bagi seseorang artis pula, memulakan perniagaan pada masa kita tengah laku dengan tawaran kerja-kerja seni adalah masa yang sangat sesuai.

Ia seperti membuat pelaburan di mana kita akan meraih keuntungan pada masa depan.“Satu bonus buat para artis kerana mereka dikenali ramai dan ia sekaligus memudahkan perjalanan perniagaan kita dari sudut promosi,” katanya yang juga pernah menjadi pengedar tambah nilai telefon.

Sementara itu, pelakon ini juga bersyukur, hampir empat tahun bergelar pelakon, rezekinya semakin bertambah setiap tahun.Walaupun peningkatan karier sedikit lambat berbanding rakan seperjuangannya, Kamal Adli, Fizo selesa bergerak perlahan.

Malah target muncul di filem juga tercapai di mana filem-filem lakonannya iaitu Halimunnan, Minyak Dagu, 7 Petala Cinta dan Azazil bakal ditayangkan tahun depan.

“Alhamdulillah, buat masa ini, target saya tercapai seperti yang diinginkan. Filem-filem saya juga akan ditayangkan tak lama lagi. Cuma tinggal satu lagi impian yang belum dicapai, iaitu menjadi seorang penyampai radio,” katanya.

Qalisha Ray Tolak Godaan Vip


PETALING JAYA: Biarpun kerjaya masih lagu hijau dalam industri ini, pendatang baru, Noor Qalisha Ahmad atau Qalisha Ray, 20, mengaku pernah beberapa kali dilamar oleh orang kenamaan (VIP).

Menurut Qalisha, dia terpaksa menolak lamaran-lamaran tersebut dengan cara yang baik supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

"Saya faham apabila masuk dalam industri ini sudah tentu kita bakal menjadi perhatian, tapi saya anggap itu sebagai salah satu ujian kecil.

"Sebelum menjadi artis lagi memang ada ganggaun seperti ini, mereka beri macam-macam hadiah dan kad ucapan setiap hari," katanya ketika ditemui selepas melakukan persembahan di PJ Half Marathon 2011, di Stadium Kelana Jaya, Ahad.

Katanya, dia tekad memasuki industri ini adalah dengan satu matlamat iaitu berjaya meletakkan diri dalam industri muzik tanah air.

"Kalau saya ingin masuk dalam industri ini kerana ingin mencari jodoh sudah lama saya kahwin, tapi saya ingin capai dulu cita-cita untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

"Bagaimanapun apabila saya jelaskan perkara tersebut baik-baik pada mereka barulah mereka faham dan saya harap mereka terus meminati saya biarpun hanya sebagai peminat," katanya.

Penyanyi berasal dari Kelantan yang baru melancarkan mini album pertamanya berjudul Qalisha menganggap perjalanan seninya baru sahaja bermula. Malah dia sudah menyiapkan diri dari segala kontroversi atau gosip yang menjadi lumrah sebagai anak seni.

"Saya buat keputusan untuk berada dalam industri ini kerana saya sudah sedia dari segi mental dan fizikal.

"Oleh itu setiap kali keluar dari rumah saya sudah mengingatkan diri sendiri agar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang mengundang padah," katanya yang popular dengan lagu Satu Januari.

Dalam pada itu, Qalisha yang menganggap pertemuan dengan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza semasa penggambaran iklan Simply Siti sebagai satu pengalaman berharga.

"Kenangan paling berharga ialah dapat berbual dengan penyanyi pujaan saya Datuk Siti Nurhaliza, banyak rahsia dan nasihat yang diberikan.

"Antara perkara paling utama yang dia pesan adalah banyak bersabar dengan apa juga rintangan dalam industri ini," katanya.

Iqram Dinzly Ajak Peminat Bercuti Ke Turki


KUALA LUMPUR:Pelakon, Iqram Dinzly mengajak peminat setianya untuk menyertai rombongan percutian selama 10 hari sembilan malam di Turki pada November ini.

Iqram berkata, selain ingin menghabiskan masa bersama-sama peminat di sana, Turki dipilih kerana negara itu mempunyai pelbagai tempat bersejarah menarik selain dapat mempelajari mengenai sejarah Islam.

"Lawatan ini bukan sahaja terbuka untuk peminat Iqram tetapi juga untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai rombongan itu nanti.

"Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton rancangan terbaru Media Prima 2011 di sini, Jumaat.

Iqram berkata, pakej untuk dua orang ditawarkan dengan harga RM5,770 (satu bilik) manakala RM6,180 untuk seorang dengan satu bilik.

"Permohonan untuk mengikuti rombongan ini masih terbuka sehingga 11 November depan dan untuk maklumat lanjut mereka boleh melayari www.safirgotravel.com," ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Iqram memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani beberapa penggambaran drama untuk siaran tahun hadapan.

"Alhamdulilah rezeki dalam bidang lakonan masih ada dan berharap dapat mengembangkan lagi kerjaya lakonan ke tahap lebih membanggakan," ujarnya.

Iqram juga gembira apabila laman Twitter miliknya kini telah mencecah 72,000 pengikut dan berterima kasih atas sokongan peminat yang di gelar 'pencinta'.

"Itu adalah antara bukti saya diterima oleh 'pencinta' Iqram dan melalui Twitter kami dapat berhubung antara satu sama lain," ujarnya.

Shah Jazle Akui Rancang Bertunang Dengan Miera Liyana


KUALA LUMPUR: Pelakon yang sedang meningkat naik, Shah Jazle memberitahu memang merancang untuk bertunang dengan kekasihnya, pelakon Miera Liyana.

Shah bagaimanapun memberitahu perancangan untuk bertunang itu bukan dalam masa terdekat.

"Ya benar saya dan Miera ada berbual-bual mengenai hubungan kami dan salah satu perkara dibincangkan adalah mengenai ikatan pertunangan.

"Tetapi kami tidak mahu terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktviti. Itu hanya perbincangan sahaja," ujarnya ketika ditemui pada pada majlis pra-tonton rancangan terbaru Media Prima 2011 di sini, Jumaat.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Miera, Shah memberitahu dia dan kekasihnya itu masih mengenali hati budi masing-masing dan percintaan mereka berada di tahap baik ketika ini.

"Percintaan saya dan Miera baik setakat ini walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami juga tidak mahu memberikan tekanan kepada hubungan itu kerana bimbang ia tidak akan menjadi. Kami serahkan kepada jodoh," ujarnya.

Sementara itu, Shah memberitahu dia bakal berada di luar negara selama lima bulan bermula Disember bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem iaitu Bunga April arahan Along Kamaruddin dan drama bersiri Adam dan Hawa.

"Bunga April akan menjalani penggambaran di Australia selama sebulan manakala drama bersiri Adam dan Hawa akan dirakamkan sepenuhnya dibeberapa lokasi seperti India, Australia dan Mekkah.

"Penggambaran Adam dan Hawa yang mempunyai lebih 80 episod dijangka mengambil masa lebih kurang empat bulan ," katanya.

Pun begitu, Shah berkata, peluang berlakon dilokasi luar negara adalah sebagai bonus buat dirinya kerana selain mengutip pengalaman baru dia juga dapat berjalan-jalan di negara orang.

"Sudah pasti saya akan merindui keluarga dan teman-teman di sini tetapi ini adalah satu peluang besar buat diri saya dalam dunia lakonan," ujarnya.

Maya teruja main salji


Penyanyi Mya sudah lama impikan bermain salji. Bukannya tak pernah ke luar negara,

tapi dia belum berpeluang cuti pada musim sejuk.

Baru-baru ini Mya berpeluang ke Kashmir yang sudah mula masuk musim sejuk.

Kebetulan sehari sebelum menjejakkan kaki ke Kashmir,

salji mula turun di puncak pergunungan Himalaya.

Pergunungan Gulmarg di Kashmir juga mula dituruni salji. Ia membuatkan Mya sangat teruja bermain salji.

Mya mengikuti rombongan percutian tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMD)

bercuti selama lapan hari di beberapa negeri di India iatu Srinagar (Kashmir),



Delhi, Jaipur dan Agra.

Turut bersama Jaafar Onn dan beberapa stokis syarikat pengedar herba tradisional terkenal itu.



Heliza Mangsa Internet


SELEPAS pelbagai kontroversi menerjah dirinya awal tahun ini, agak lama juga Nur Heliza Helmi mendiamkan diri. Bagaimanapun, wajah manisnya tiba-tiba muncul menjadi pengacara program Man Jadda Wajada di TV AlHijrah (TVAH) untuk 13 episod.
Heliza juga dipilih mengacarakan sesi uji bakat Ustazah Pilihan di Astro Oasis.

Justeru, apakah yang sudah berlaku kepada perniagaan diusahakan gadis ini sehingga akhirnya dia membawa haluan menjadi perantara beberapa program televisyen?



Ditemui pada sesi fotografi bersamanya, baru-baru ini, Heliza memberikan penjelasan. Katanya, perniagaan diusahakan masih lagi beroperasi. Malah,
segala urusan berjalan lancar sebagai pembekal bahan binaan kepada pelanggan.

“Bagaimanapun, pada masa sama rezeki saya nampaknya ada dalam pengacaraan apabila Astro Oasis dan TVAH memberi peluang. Saya hadir pada uji bakat diadakan dan syukur memperolehnya. Selain itu, saya juga terbabit dengan forum dan ceramah.

“Saya suka belajar dan mencuba perkara baru. Ia bukan saja menambah ilmu di dada tetapi turut memberikan banyak pengalaman. Dalam hidup ini, bukan mudah meraih kejayaan sekiranya tiada usaha untuk memajukan diri.

“Apapun, buat masa ini rezeki untuk saya menyinar dalam nyanyian belum lagi terlaksana. Namun, saya tidak berputus asa. Ini kerana saya harus terus berusaha mendapatkan lagu yang sesuai dengan vokal dan ia bukanlah mudah,” katanya.

Tidak menaruh sebarang harapan tinggi, Heliza hanya mampu berdoa dan bertawakal kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Katanya, ini perancangan Allah dan sebagai manusia biasa, kekuatan diri sangat penting termasuk sokongan keluarga.

Berbicara lagi mengenai perkembangan dirinya, Heliza berkata, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini yang dipraktikkan golongan muda dengan berniaga secara online, dia juga tidak melepaskan peluang berbuat demikian.

Menerusi blog Heliza Helmi Hijab (HHH), gadis bermata bundar berusia 25 tahun ini menjual aneka jenis tudung dan busana Muslimah manakala Heliza Instant Telekung (HIT) pula menjual pelbagai rekaan telekung terkini pada harga berpatutan.

Menurut Heliza, dia sangat berminat dalam perniagaan. Oleh itu, dia tidak gentar mencuba dan semuanya dilakukan mengikut perancangan. Ujarnya, dalam kehidupan perlukan perancangan bagi memastikan apa saja yang dilakukan mendapat manfaat.

Mengenai bidang lakonan, Heliza yang pernah membintangi filem Syurga Cinta di samping Awal Ashaari berkata, dia sememangnya rindu untuk berlakon.

Jelasnya, tawaran masih diperoleh tetapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan aktiviti seni lain.

Discover Europe with KLM offers!



Mangsa penyamaran individu tak bertanggungjawab

DI sebalik kecanggihan teknologi maklumat masa kini, ada juga negatifnya. Ini kerana ada pihak sanggup mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ dengan menyamar diri sebagai Heliza. Menerusi laman sosial facebook, Heliza menjadi mangsa.

Penyamar terbabit yang menggunakan namanya membuat onar dengan menipu orang ramai termasuk ahli kelab penyanyi itu. Si penyamar menagih simpati dengan pelbagai masalah yang membabitkan kewangan dan dia memerlukan bantuan.

Sudahlah mengaku diri sebagai Heliza Helmi tetapi nama pemegang akaun dimaklumkan adalah individu lain. Tidak mahu dirinya terus menjadi mangsa, Heliza sudah membuat laporan polis. Liciknya penyamar itu, dia juga mampu meniru suara Heliza.

“Perkara ini baru saja berlaku beberapa bulan lalu dan saya ketahui pun menerusi ahli kelab yang memaklumkannya. Begitu juga panggilan telefon diterima daripada orang ramai yang menjadi mangsa penyamar itu. Justeru, saya membuat laporan polis.

“Nama baik saya bukan saja tercemar tetapi menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan. Oleh itu, saya meminta mereka yang sudah ditipu si penyamar itu supaya tampil membuat laporan polis juga,” katanya.

Menurut Heliza, ia penting untuk membersihkan namanya dan menangkap individu terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya, dia sangat kesal dengan apa yang berlaku. Malah, akuinya dia bukan seorang yang suka menagih simpati.

Berbicara soal jodoh, Heliza berkata, biarlah semuanya ditentukan Tuhan.
Ujarnya, kursus perkahwinan pun masih belum diambil memandangkan dia mahu memberi tumpuan pada karier sebelum berumah tangga.

“Sampai waktu, adalah jodoh,” katanya.



PROFIL:

NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Heliza Helmi
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
STATUS: Bujang
USIA: 25 tahun
KARIER: Ahli perniagaan, Penyanyi, Pengacara, Pelakon & Model
SYARIKAT: Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP)

SINGLE: Antaranya Cinta Di Lautan Lalang, Doa Dalam Lagu (duet dengan Mawi), Warna Sendu Tarian Jiwaku, Selalu Ada, Panggil Namaku

FILEM: Syurga Cinta (2009)
DRAMA: Doa Ibu (2009)

PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 5, calon Aktres Terbaik
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), calon Anugerah Pelakon Harapan Wanita FFM22

PROGRAM TV: Ustazah Pilihan, Man Jadda Wajada
MODEL IKLAN: Sunsilk, Garnier
BLOG: Heliza Helmi Hijab (HHH), Heliza Instant Telekung (HIT)

Gambar Ning Baizura Bertudung


Satu demi satu artis wanita tanah air kita sudah bertudung.

Kali ini Ning pula muncul dengan image bertudung.

Tapi kemunculan Ning dengan bertudung ini hanyalah sebagai lakonan saja.

Dia akan berlakon dalam telemovie yang bertajuk Haji Bakhil.

Memang telemovie yang bakal menjadi perhatian memandangkan kali pertama

Ning berlakon disamping memakai tudung.Tapi apa yang kita harap Ning

Tap into a fun new experience

akan dapat mengekalkan image bertudung ini.

Apa-apa pun tunggu kedatangan telemovie ini pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Tiz Zaqyah Melenting Marahkan Seorang Blogger


KL, 24 OKT 2011: Hai kalau dah namanya artis, mestilah semua pergerakan anda mahu diketahui umum. Tambahan pula zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini, segala informasi didedahkan dalam internet.

Terbaru Murai Batu mendapat tahu pelakon yang selalunya membawa watak baik-baik Tiz Zaqyah ini tengah melenting kerana segala gambar-gambar mesranya bersama kekasih hati, Remy Ishak yang disiarkan di dalam internet diambil oleh seorang blogger.

Kemudian, gambar tersebut telah pun dijaja dan pelbagai cerita yang tidak sedap dan tidak enak turut keluar. Hal tersebutlah yang membuatkan Tiz Zaqyah sedikit meroyan tak puas hati. Katanya kalau nak follow, follow sajalah tak payah la nak ambil dan sebar-sebarkannya. Segala kemarahannya dicurahkan di fanpagenya.

Bagi Murai Batu senang saja, kalau tak nak mengaku bercinta tak payahlah tunjuk secara umum gambar mesra awak, paling senang print besar-besar letak di rumah untuk tontonan sendiri . Ini awak tangkap gambar berdua kemudian ditayang kepada umum, apabila orang ambil awak nak marah-marah.

Patutnya Tiz Zaqyah sendiri perlu mengawal sikapnya yang suka menayang segala gambar di twitter. Tidak silap Murai Batu, Tiz ni memang ketagih sikit dengan dunia siber ini. Dulu dia sangat aktif bertwitter tapi sebab terlalu ketagih dan pernah ditegur, terus dia tutup akaun twitter tersebut.

Discover Europe with KLM offers!

Apa yang pasti, Murai Batu memang pelik betul dengan perangai si Tiz ni. Kalau awak tak mahu pergerakan awak diperhati tak payahlah jadi artis. Baik jadi kerani saja kerana tak akan ada orang nak sibuk-sibukkan hal anda.

MURAI BATU: Tengah fikir rantai berlokek Z yang dipakai oleh Tiz itu sempena namanya Zaqiah atau kekasih hatinya Zalimei.

murai

ni kes pix kat instagram tu ke??
xsetel lagi??

Fasha Sandha Dan Yuri SNSD: Macam Kembar Tak??




Nampaknya Yuri dari kumpulan all-girls K-pop SNSD sudah memakai gaun Bottega Veneta untuk Cosmopolitan isu Korea September 2011 seperti yang dipakai oleh Fasha Sandha untuk majalah Glam isu November 2011.

Apa pun, dua-dua tetap nampak elegan gitu. Yuri menggayakan gaun tersebut dengan mood ‘berani’ manakala Fasha menggayakannya dengan mood ‘santai’. Biarpun gaun yang sama, tetapi membangkitkan mood yang berbeza, jadi kedua-dua model telah berjaya dengan gaya masing-masing. Kredit pada komentator manja momok yang memberitahu mengenai persamaan ini.

beautifulnara

Pengurus Najwa Latiff Maki, Tuding Jari Ke Muka Saya Tanpa Sebab


Bukan kami tiada gambar Najwa Latiff yang lebih elok & berkualiti tinggi untuk di’letakkan bersama artikel ini.

Tetapi, gambar ini sebenarnya ada kisah tersendiri. Najwa Latiff meninggalkan kata kata romantis bersama gambar ini di’blog rasmi beliau tidak berapa dahulu. Mungkin ada makna tersendiri.

Hari ini bukan kita mahu bercerita tentang gossip cinta (oops) Najwa Latiff yang masih menuntut di Tingkatan Empat, tetapi ini kisah tentang pengurus kerjaya beliau.

Semalam, seorang rakan media datang mengadu tentang nasib beliau yang di’layan bukan seperti media oleh pengurus Najwa Latiff yang juga bekerja dengan NAR Records — Azahari.

Sudah menjadi tugas seorang wartawan untuk bertanyakan perkembangan isu hubungan Najwa Latiff dengan bapa’nya namun persoalan mudah tentang status hubungan mereka kini di’balas denagan herdikan ‘manja’.

Azahari di’katakan mengeluarkan kata kata kurang manis terhadap wartawan cantik manis ini sambil menuding jari memberi amaran supaya tidak lagi menulis apa apa berkaitan isu hubungan Najwa Latiff dengan bapa beliau.

Wartawan yang sudah malas untuk melayan karenah pengurus artis yang tidak tahu batas melayani kehendak media ini sempat mendengar yang si Azahari mahu menyaman sebuah tabloid harian kerana menjadi yang pertama menyiarkan kisah sensasi tersebut.

Mati’lah kami selepas ini. Kalau kisah artis sendiri keluar di media cetak pun mahu bawa sampai ke mahkamah — apatah lagi artikel tulisan kami yang terang terangan di’tujukan kepada empunya badan. Boss, saya berhenti kerja!

Farina AF8 Kini Berkasih Dengan 4 Lelaki Secara Serentak?


Anda masih ingat dengan pelajar pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8)? Masih ingat akan peserta bernama Farina? Ya, kami pun.

Sekitar 2010 lalu, ketika nama Farina AF8 masih boleh di’kenal orang ramai — beliau popular dengan penyebaran gambar seksi sedangkan beliau merupakan seorang ibu tunggal.

Hari ini dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, seorang peminat hiburan tampil memberikan maklumat yang boleh di’kategorikan sebagai gossip — Farina AF8 sedang berpacaran dengan empat lelaki.

Menurut sumber, Farina AF8 yang merupakan seorang janda intaian ramai ini sedang berpacaran dengan salah seorang pemain bola sepak dari Kelab Bola Sepak Sime Darby (SDFC).

Dalam masa yang sama, Farina AF8 ini di’katakan mempunyai hubungan teman tetapi mesra lain macam dengan beberapa orang ahli perniagaan — setakat ini tiga di’kenalpasti — atas sebab wang & tajaan.

Bohong mulut si sumber yang cantik manis ini, bohong juga’lah penulisan kami di’tengah malam ini. Lagi pun, itu guna’nya ruangan gossip untuk selebriti. Gambar di’sertakan buat tatapan anda. Enjoice!


Tidak pernah ada teman lelaki - Diana Amir


SATU perubahan cukup bermakna untuk status kesopanan. Dari perubahan itulah nanti akan terus wujud keunggulan garis kredibiliti dan arca paradigma. Bukan mudah mencari sisi sebenar dari dalam diri.

Namun bagi figura berbakat besar dalam dunia lakonan, Diana Amir, 25, sinar hijrah yang dilaluinya lebih sebulan lalu semakin dirasakan sebati dalam aliran arteri darahnya.

"Saya tidak mahu buat benda separuh jalan, kalau kita tak kuat mungkin boleh tergelincir," tutur itu yang berbuah di mulut anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu.

Nama yang meniti di bibir penonton sejak kemunculan di kaca televisyen melalui Impian 2, Antaranya Impian, Sari Maya, Adam Maya, Laila Asyikin dan Jalan Pinang Sebatang ini memperlihatkan diri asalnya yang berpakaian kasual, rambut beralun gemalai berserta karakter serba moden.

Namun, pilihan tekad dirinya untuk bertudung dilihat oleh pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim ini bukan mengecilkan skop kerjaya lakonannya.

Bagi Diana, kualiti lakonan seseorang pelakon tidak bergantung kepada penampilan.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang telah saya pilih, kita perlu terus melihat ke depan.

"Dari segi karakter atau watak dalam sesebuah filem atau drama, saya tidak melihat penampilan terkini penghalang untuk saya memberikan hasil yang terbaik.

"Malah, ia satu cabaran buat saya mengembangkan sesebuah watak yang diberi dan lakonan juga sebahagian daripada dakwah saya kepada penonton," ujarnya yang ditemui ketika majlis pelancaran dan doa selamat tiga filem serentak iaitu Assalamulaikum Cinta, Laki-Laki dan Aji Noh Motor di Wisma MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sudah selesa dengan imej terkini yang diraihnya, bagi gadis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang itu, ada tekad yang disemai dalam jiwa.

"Kita berhijab bukan di kepala saja, tapi di hati. Kalau kita ikhlas, apa-apa dugaan kita boleh tempuhi asalkan kita menjaga hati.

"Menyesal sebelum bertudung itu ada, tapi kita kena teruskan hidup, filem-filem lama (yang ditandatangani kontrak sebelum bertudung) masih sokong (kerjaya lakonan) saya," luahnya.

Memandangkan perubahan yang telah dipilih katanya, pengarah sendiri sudah tahu akan karakter dan kesesuaian watak sebelum memanggilnya berlakon.

"Syukur Alhamdulillah, tawaran berlakon masih lagi sama seperti dulu cuma jenis watak yang ditawarkan lebih bersesuaian dengan siapa diri saya sekarang

"Pengarah akan faham, tak perlu cakap apa-apa sebab mereka tahu perubahan diri saya ini," singkap Diana.

Sokongan

Keputusan Diana bertudung katanya lahir daripada hati kecilnya yang mendambakan untuk lebih dekat dengan Maha Pencipta, selain itu hasratnya sedikit sebanyak dipengaruhi dan disokong oleh insan sekeliling.

"Ayah dan ibu suruh pakai tudung, kawan-kawan dan peminat menerusi Twitter dan Facebook pun banyak bagi maklum balas dan syukur Alhamdulillah mereka sokong apa yang saya lakukan dan saya yakin mereka mahukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, sokongan oleh rakan artis terutamanya Wardina dan Irma Hasmie tetap tidak putus-putus.

"Mereka (Wardina dan Irma) sangat banyak membantu saya mencari diri saya sebenar, kadang-kadang kami ke usrah, kuliah agama dan sejujurnya mereka lebih faham apa yang kami lalui," ceritanya menyelak lapisan kehidupan satu demi satu.

Kriteria teman hidup

Diana bagaimanapun menegaskan dirinya masih solo ketika ditebak persoalan mengenai teman hidupnya.

Tambahnya, dia sebelum bertudung pun dia sememangnya belum mempunyai teman lelaki apatah lagi sekarang ini selepas dia mengambil keputusan untuk lebih memberikan fokus terhadap kerjaya lakonannnya.

"Tak bertudung pun tak ada teman lelaki istimewa, inikan pula sekarang.

"Pastinya itu (teman lelaki) bukan matlamat saya sekarang, tapi saya tengah mencari sasaran saya sendiri dalam hidup dan kerjaya.

"Seelok-eloknya biar saya stabilkan kewangan saya dulu," bicara si cantik manis itu lagi.

Namun, jika dibuka sedikit ruang dalam lubuk hatinya, Diana tidak menolak sekiranya ada cinta yang bertemu di kalbu.

"Kalau boleh, lelaki itu boleh membimbing saya, menjaga saya betul-betul dan menghormati keluarga saya terutama ibu bapa saya.

"Saya harapkan sebuah keluarga yang bahagia atas nama kasih sayang terhadap Allah," pintasnya yang tidak mengharapkan wajah sebaliknya kembali ke fitrah semula jadi penciptaan Adam dan Hawa.

Ditebak juga soalan nakal, apa perancangannya sepuluh tahun lagi ketika berusia 35 tahun, jawab Diana: "Ada keluarga sendiri, sudah ada anak dan waktu itu lebih baik daripada sekarang dari segi rohani, famili, duniawi dan akhirat."

Bisnes fesyen muslimah

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Biar usia baru menjengah ke angka 25, Diana sudah mempunyai pelan bisnesnya sendiri.

"Saya rancang nak buka perniagaan pakaian sendiri awal tahun depan, tapi cuma melalui online (dalam talian)," getus pelakon drama Aloy dan Lu'Lu ini.

Menamakan bisnesnya 'dam.c', Diana menerangkan lebih lanjut makna di sebalik jenama pakaian muslimahnya itu.

"Diana Amir Collection atau dam.c adalah busana muslimah rekaan Anizam Yusof, signifikan saya memilihnya kerana saya selesa bekerjasama dengannya.

"Malah, saya selalu menggayakan pakaian rekaan Anizam, rekaan dia simple, kemas dan bersesuaian dengan fesyen muslimah yang saya inginkan," katanya yang tidak tergesa-gesa dengan perancangan yang mahu dibikinnya itu.

Itu cerita pencarian sisi sebenar seorang Diana Amir, kisah dia yang melalui evolusi setapak demi setapak. Biar berubah sisi pandangan mata kasar, di sebalik hijabnya hanya jauhari yang mengenal manikam.

Gosip itu tidak benar - Ning Baizura


DUNIA artis memang tidak boleh dipisahkan daripada gosip yang sentiasa mengekori mereka dalam setiap langkah yang diambil, tidak kira artis baru ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni.

Gosip kadangkala boleh menjurus kepada kebaikan seseorang artis itu sama ada ia mampu menambah lagi populariti mereka atau sebaliknya.

Adakala gosip juga boleh menjatuhkan maruah dan karier seseorang artis itu jika mereka tidak tahu selok-belok untuk kembali bangkit setelah nama tercemar.

Terpulang kepada bagaimana seseorang artis itu meletakkan diri mereka selepas dilanda gosip dan mengorak langkah seterusnya dalam meneruskan karier seni mereka.

Itulah yang dialami Ning Baizura, 37, baru-baru ini apabila timbul gosip mendakwa suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar) menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya, seorang wanita berketurunan Cina.

Gosip itu bukan sahaja memeranjatkan Ning, malah apa yang nyata ia lebih menguatkan rasa cinta Ning terhadap Omar.

Penyanyi itu yang ditemui pada sidang akhbar pelancaran muzik video terbarunya berjudul Bila mengakui agak terkejut dengan gosip itu sambil berkata;

“Mana mungkin Omar menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya kerana Omar sudah berhenti kerja sejak beberapa bulan lalu untuk menguruskan kerjaya seni saya sepenuh masa.

“Itu semua gosip liar dan saya tidak perlu risau atau curiga terhadap Omar kerana saya tahu dan kenal siapa suami saya.

“Lagipun saya bersetuju untuk diuruskan oleh suami sendiri kerana dia mempunyai perancangan dan strategi untuk masa hadapan saya dalam meneruskan langkah dalam bidang seni.

“Gosip-gosip seperti ini adalah normal dan setelah 18 tahun menceburi bidang seni saya sudah lali dengan pelbagai gosip.

“Kalau nak tahu, sewaktu gosip liar itu bertebaran, suami saya sendiri lebih terkejut berbanding saya kerana sebelum dia menguruskan kerjaya saya, dunia kami terlalu berbeza,” kata Ning dalam nada tenang.

Menyentuh siapakah wanita Cina yang dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya, Ning secara jujur mengatakan bahawa dia tidak tahu siapa wanita tersebut dan dia berharap agar gosip liar ini dihentikan segera.

Menurut Ning, setelah Omar menjadi pengurusnya sepenuh masa dia merasakan perjalanan seni dan kehidupan rumahtangganya semakin bahagia kerana Omar sudah mula memahami akan dunia seni dan tugasnya.

“Saya gembira kerana suami saya terlibat secara langsung dengan perjalanan seni saya dan ini membantu meningkatkan lagi komunikasi dan persefahaman serta kasih sayang antara kami,” cerita Ning sambil memandang mesra Omar di sisinya. Omar pernah bekerja dengan sebuah syarikat cari gali minyak yang terkenal di ibu kota.

I love my wife, the one and only - Omar

Omar yang ditemui ketika menemani isterinya, Ning Baizura di majlis itu menzahirkan bahawa rumah tangga mereka sedang bahagia dan tiada masalah orang ketiga seperti dikhabarkan baru-baru ini.

Ketika ditanya berhubung gosip tersebut, pantas Omar menegaskan bahawa tiada insan istimewa dalam hidupnya selain daripada Ning Baizura.

“Saya sendiri tidak tahu siapakah wanita berketurunan Cina yang digosipkan dengan saya.

“Saya terkejut apabila mendengar gosip tersebut tetapi saya tahu perkara seperti ini adalah sesuatu yang biasa bagi seorang artis,” katanya.

Berfikiran positif

“Saya tiada ramuan tertentu untuk terus bertahan dalam industri ini tetapi saya sentiasa berfikiran positif bahawa setiap tindakan saya akan mendatangkan hasil pada kemudian hari.

“Sejujurnya pada awal penglibatan saya dalam bidang ini, saya tidak pernah terfikir akan dapat bertahan selama ini,” kata Ning apabila ditanya rahsia beliau terus bertahan dalam industri ini.

Ning Baizura yang bakal menyambut ulangtahun ke-20 sebagai anak seni dalam masa dua tahun lagi, tidak menafikan sepanjang kariernya pernah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi yang mampu memadamkan terus namanya dalam industri muzik tempatan.

“Peminatlah yang banyak memberikan saya inspirasi untuk terus mencipta nama dan segala yang saya lakukan adalah untuk membalas jasa dan kepercayaan yang telah mereka berikan kepada saya.

“Selain itu, saya juga banyak mengambil contoh yang baik dari artis yang lebih dahulu mencipta nama seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dalam mempertingkatkan cara saya berkomunikasi dengan peminat,” katanya.

Konsert selepas 15 tahun

Kali terakhir Ning Baizura mengadakan konsert solonya, Konsert Teguh adalah pada tahun 1996 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Selepas itu, dia tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar kecuali persembahan korporat termasuk majlis makan malam.

Maka itu, kata Ning, sekiranya tiada aral melintang, pada penghujung tahun ini dia bakal mengadakan sebuah konsert, Ning @ KL Live bertempat di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kata Ning, konsert itu nanti bolehlah dianggap sebagai menamatkan penantian peminat-peminat tegarnya yang mahu melihat anak jati Selangor ini beraksi diatas pentas berbayar.

“Persiapan untuk konsert yang bakal diadakan pada 2 Disember ini sudah 80 peratus siap. Hanya tinggal 20 peratus lagi untuk melengkapkan persiapan menjelang konsert saya itu.

“Istimewanya konsert saya itu nanti, ia menceritakan perjalanan seni saya selama 18 tahun dalam bidang ini dan saya berharap peminat akan terhibur dengan persembahan saya pada konsert itu nanti.

Pada malam tersebut, Ning bakal menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu yang telah dinyanyikan sepanjang perjalanan seni beliau dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, jualan tiket sudah hampir 50 peratus dan tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman web www.tickethotline.com.my pada harga bermula RM150 hingga RM375.

Muzik video terbaru

Pelancaran muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bila adalah sesuatu yang berbeza berbanding kebiasaan yang dihidangkan oleh penyanyi ini.

Ning berkata, lagu ini yang membawa irama pop rock lebih kepada konsep kemanusiaan dan ia menyentuh kepada penglibatan kita dalam hidup seseorang itu tanpa kita sedari.

“Sememangnya lagu ini menampilkan sesuatu yang baru dan saya berpuas hati dengan hasilnya.

“Terdapat perbezaan yang ketara berbanding dengan lagu-lagu saya yang terdahulu dan saya pasti, peminat pasti akan menghargainya,” kata penyanyi yang juga popular kini bersama 3 Suara.

Pengurus Jatuh Cinta Pada Anuar Zain?


Gosip yang disampaikan oleh Murai Batu agak panas juga. Kadang-kadang berjumpa setiap hari, boleh tak sedar telah jatuh cinta. Itulah yang dikatakan telah berlaku antara penyanyi kacak yang masih single, Anuar Zain dengan bekas pengurusnya, Rohila Tahir. Dengar cerita dah lama juga perkara ini berlaku tetapi Anuar menantikan masa yang sesuai untuk bertindak.

Kalau jatuh cinta tapi suka sama suka pasti tak jadi masalah, tapi mungkin bagi Anuar hubungan mereka sekadar profesional. Diberitahu juga ada sebab-sebab lain yang berlaku beberapa tahun sebelum ini yang menyebabkan keretakan antara mereka. Kalau betul, kami tak hairan sangat sebab setahu kami memang ramai perempuan yang jatuh suka pada Anuar Zain. Harap-harap dia akan bertemu pilihan hatinya tak lama lagi.

Nana Nafi Bercerai Dengan Brian


Kebelakangan ini, angin tak ada, ribut pun tak ada pun tiba-tiba boleh terkeluar cerita artis bercerai-berai. Nana adalah seorang lagi artis yang dikatakan telah bercerai dengan Brian oleh seorang kaunselor, seperti yang disampaikan oleh pengunjung Forum Cari yang menghadiri ceramah kaunselor itu. Menurut kaunselor yang disebutkan, Nana dan Brian bercerai kerana menjadikan gitar sebagai hantaran perkahwinan.

Walau bagaimanapun, Nana telah membuat satu entri agak panjang di blognya yang berita tersebut adalah satu fitnah. Nana menerangkan yang dia, Brian dan bayinya Althea sedang bahagia dan tiada apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Kepada Nana, sabor je lah. Mungkin kaunselor tersebut tidak membuat homework dengan betul, hendak bercakap tentang Nana lain, Nana yang tidak kena mengena pula yang dikatakannya bercerai. Kredit foto Facebook Nana Mahazan.

Ayu Raudhah Hamil 6 Minggu, Tahniah


Walaupun baru-baru ini dilanda gosip mengenai keruntuhan rumah tangga, Ayu Raudhah dan suami telah menafikannya dan mendakwa rumah tangga mereka masih utuh. Malah Zaquan juga sempat tweet yang dia sayangkan isterinya selama-lamanya. Berita yang kami baca dari Kak Pora Berita Harian semalam walau bagaimanapun mengatakan yang Ayu Raudhah kini mengandung 6 minggu. Kredit foto ixoraprestige.

Untuk itu tahniah diucapkan, Ayu pernah berkata dia mengimpikan sepasang kembar sebagai anaknya. Kami berharap dia akan berjaya mencapai impiannya itu.

Majlis Perkahwinan Yasmin Hani Dan Sha’arin

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson, 32, telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Sha’arin Razali, 41, Jumaat lepas. berikut adalah gambar-gambar perkahwinan mereka dari jurugambar rasmi,





[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails