Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sebak Siti Nurhaliza, Tiada Dendam Terhadap Sharifah Aini

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap biduanita negara Datuk Sharifah Aini, 61, walaupun pernah terjadi krisis diantara mereka sebelum ini. Siti, 35, berkata, dia tetap menghormati biduanita tersebut sebagai seorang kakak yang banyak mengajarnya mengenai dunia muzik selain memberi jasa besar terhadap industri seni tanah air. "Yang dah lepas itu lepaslah. Saya tak simpan dalam hati dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika beliau muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan imej bertudung," katanya. Siti ditemui di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sharifah Aini. Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain virus Influenza A H1N1. Siti dan Sharifah Aini sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai krisis sehingga membuatkan mereka tidak bertegur sapa.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas beberapa wartawan hiburan memainkan peranan untuk mejernihkan kembali hubungan mereka dan detik itu dirakamkan untuk satu sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010. Sementara itu, Siti yang ditemubual media selepas dia membacakan surah Yasin kepada Allahyarham dengan reaksi wajah yang cukup sedih sehingga membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila bercakap mengenai biduanita itu. "Sejak disatukan bersama dalam sebuah sesi fotografi sebelum ini, hubungan kami seperti adik beradik. "Subhanallah, dia pergi ketika di bulan Ramadan dan ia berlaku hanya kepada insan-insan yang terpilih. "Terlalu banyak kebaikan beliau lakukan membuatkan saya begitu kagum dengannya. Bukan hanya saya, arwah ayah saya juga menyanjunginya," ujar Siti. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Awie Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri

Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula. Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin. Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim. Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.
Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaaan. Perkarangan mahkamah dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar seawal pukul 9 pagi dan penyanyi itu hanya muncul sejam kemudian. Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain. Sementara itu, Awie ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada peguamnya. Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. "Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai kes ini kerana tidak mahu menggangu proses mahkamah dan menyerahkan semua kepada peguam saya," katanya.
Tambah Awie, biarpun kes berkenaan mendapat perhatian ramai namun ia tidak menggangu perjalanan seninya. Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan. Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005. Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan tudung Fareeda dengan memfitnah kononnya mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian. "Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai? "Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.
Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan. Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25. Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan. "Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia juga sibuk menguruskan perniagaan Hot Burger yang kini mempunyai sebanyak 150 buah cawangan. "Sekarang ini memang saya terlalu sibuk dengan pengurusan perniagaan. Sampaikan saya terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan. "Saya juga merancang untuk meletakkan sasaran di mana Hot Burger akan mempunyai sebanyak 200 cawangan di seluruh Malaysia pada hujung tahun ini. "Selepas itu, barulah saya boleh aktif semula dalam lakonan," tuturnya.

Ada Pihak Masih Pertikaikan Raja Azmi Bertudung

Penerbit filem Raja Azmi memberitahu masih ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mempertikaikan niatnya bertudung. Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, bagaimanapun berkata, dia reda dengan segala persepsi buruk yang diberikan kepadanya kerana dia yakin Tuhan lebih mengetahui niatnya untuk berubah. "Persepsi orang, kita tak boleh nak bendung dan saya tak risau pun jika masih ada lagi yang mahu mempersoalkan niat saya berhijrah. "Macam mana saya nak nafikan bahawa keputusan berhijab adalah kerana mahu membuat bisnes tudung? Sedang itu yang saya rasakan ketika itu, hasrat bertudung dan berbisnes datang seiring. "Saya lebih risau dengan persepsi Allah terhadap diri ini. Yang penting Allah tahu saya ikhlas," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Raja Azmi, kritikan yang diberikan oleh segelintir pihak tidak pernah membuatkan dia berkecil hati sebaliknya lebih bersikap positif untuk berdepan dengan setiap perkara. Sementara itu, ditanya pula mengenai kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, Raja Azmi berasa gembira kerana ini adalah pertama kali dia berpuasa bersama suami baharunya, Mohd Eddie Ghazali. "Ini merupakan Ramadan fasa kedua saya di mana yang pertama adalah ketika bersama bekas suami saya dahulu iaitu Jalani Sidek dan kemudian fasa kedua pula saya berpuasa tanpa suami. Ketika itu rasa sedih saja lebih-lebih lagi apabila mahu berbuka puasa. "Dan pada fasa ketiga ini, Alhamdulillah, Allah memberikan kebahagiaan untuk menjalani Ramadan dengan Eddie bersama lima orang anak kami (dua daripada merupakan anak Eddie daripada perklahwinannya terdahulu). "Saya berharap agar kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila," ujarnya. Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, bulan Ramadan turut menjadi satu keistimewaan buat keluarganya kerana dia akan memasak pelbagai juadah kegemaran anak-anaknya seperti kari hijau, sambal daging dan kupang serta sayur Sabah. "Saya ini bukanlah seorang yang suka memasak. Kadang-kadang sebulan hanya dua hingga tiga kali sahaja saya akan ke dapur. "Tetapi apabila tibanya bulan Ramadan, saya akan rajin sikit untuk memasak dan anak-anak pun seronoklah," selorohnya.

Sempena Ramadan, Adam Corrie Maafkan Penabur Fitnah

Pelakon Adam Corrie melakukan tiga solat sunat iaitu solat Taubat, Istikarah dan Hajat bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah dalam usahanya untuk memaafkan pihak yang telah menabur fitnah terhadapnya sebelum ini. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 45, berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan dia sudah pun memaafkan pihak terbabit dan sentiasa berdoa agar individu tersebut mendapat hidayah atas kesalahan yang dilakukannya. "Saya lakukan tiga solat sunat bukan sahaja untuk mendapat petunjuk malah berdoa agar individu berkenaan diberikan hidayah agar dia insaf terhadap perbuatannya terhadap saya. "Saya tidak mahu berdendam dan telah pun memaafkan atas perkara yang dilakukan terhadap saya sehingga menyebabkan saya dikecam dan periuk nasi saya sebagai pelakon terganggu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis. April tahun lalu Adam pernah membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas oleh pihak tersebut. Kata Adam, gara-gara kejadian tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan dan keadaan itu masih berlarutan sehingga ke hari ini. "Sehingga ke hari ini kejadian itu masih memberi kesan kepada periuk nasi saya tetapi tidak mengapa kerana rezeki itu ditentukan Allah," ujarnya. Dalam pada itu, Adam berkata, pihak berkenaan tidak pernah tampil memperbetulkan keadaan apatah lagi meminta maaf kepadanya atas kesalahan itu. "Pihak yang menabur fitnah terhadap saya itu sehingga hari ini tidak meminta maaf kepada saya apatah lagi untuk berjumpa saya. "Saya tidak pasti sama ada dia sengaja mengelak daripada bertemu dengan saya atau sebenarnya malu untuk berbuat demikian,” katanya. Dalam perkembangan lain, Adam berkata, selepas tujuh tahun bergelar seorang mualaf dia kini semakin selesa dan yakin menjalani ibadah puasa berbanding semasa mula-mula memeluk agama itu kerana pengetahuan mengenainya masih cetek. Jelas Adam lagi, setiap kali tiba Ramadan dia sentiasa cuba meluangkan masa untuk solat Terawih berjemaah di masjid berdekatan. "Menjalani ibadah puasa, saya tiada masalah kerana sejak kecil memang sudah terbiasa ikut berpuasa jika tiba Ramadan cuma pengetahuan tentang solat Terawih dan perkara-perkara lain membuatkan saya kekok kerana tiada yang membimbing saya. "Alhamdulillah selepas tujuh tahun saya semakin selesa dan yakin untuk menjalani ibadah berkenaan dan sentiasa ternanti-nantikan waktu solat Terawih," katanya. Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008. Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie juga telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina. Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.

Neelofa Ambil Keputusan Berhijab

Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung. Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25, membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya. "Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa). "Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online. Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam. Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu. "Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini. "Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya

Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta Untuk Elak Kontroversi

Pelakon Siti Saleha menjelaskan dia bimbang sekiranya terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi. Saleha berkata, sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi. "Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka. "Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai," katanya kepada mStar Online. Pelakon drama bersiri Ramadan Jangan Pergi itu sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.
Bagaimanapun Saleha enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki berusia 27 tahun itu namun mengakui dia seorang jejaka yang budiman. Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya. Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi. Selain Ramadan Jangan Pergi yang sedang bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam, Siti Saleha juga bakal muncul dengan drama bersiri berjudul Manis di Astro Ria.

Tiz Zaqyah Elak Terima Watak Menangis

Pelakon Tiz Zaqyah akan mengelak untuk mengambil sebarang tawaran lakonan yang memerlukan dia kerap menangis. Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan bakatnya dengan watak-watak lain kerana sudah penat untuk memabwa watak yang memerlukan dia mengeluarkan air mata sepanjang masa. "Memang sejak dahulu lagi saya mendapat watak cerita-cerita sedih dan cinta. Kalau boleh saya mahu elak untuk mendapat tawaran-tawaran seperti itu. "Cukuplah rasanya, dari dulu sampai sekarang asyik watak jiwang saja. Bukannya saya tidak bersyukur dengan rezeki yang datang, tetapi saya penat nak menangis dan terlalu beremosi," katanya kepada mStar Online. Tambah pelakon drama Kusinero Cinta itu, dia berharap ada pihak penerbit yang sudi memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas watak-watak seperti perempuan jahat atau gangster. Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.
Katanya, menerusi syarikat itu, dia mahu cuba mengubah persepsi masyarakat mengenai kebaikan aktiviti-aktiviti kegemaran golongan muda yang antaranya seperti bermain 'skateboard' dan melukis grafiti di mana ia boleh menjadi satu hobi yang sihat. "Sebenarnya banyak aktiviti golongan belia sekarang ini tidak disokong kerana kebanyakan ibu bapa risau ia boleh membawa keburukan. Tetapi saya mahu menunjukkan apa yang mereka buat ini bukan sahaja boleh jadi sebagai hobi tetapi boleh menjadi satu kerjaya. "Selain itu, KL Calling juga menjual kemeja-T dan cenderahati di bazaar-bazaar sebagai perkenalan jenama dan sebahagian wang jualan akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah (RECTAR) "Secara tidak langsung saya turut berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat menerusi bantuan amal ini," ujarnya.

Lufya Kesal Dikecam Kerana Muat Naik Artikel Salah Lapor

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar kesal tindakannya memuat naik satu artikel mengenai dirinya yang didakwa sebagai salah lapor dianggap sebagai tidak matang oleh pengikut laman Instagram miliknya. Lufya, 29, berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan kepada peminatnya serta orang ramai yang berkemungkinan tersalah tafsir dengan artikel yang ditulis itu. "Saya ada memuat naik artikel itu dalam Instagram saya kerana tidak mahu orang baca dan salah faham kenyataan saya di artikel itu. "Apa yang saya cuba betulkan ialah ayat berbunga-bunga yang digunakan dalam artikel itu mengambarkan seperti saya sedang berangan untuk menjadi puteri raja, walhal ayat saya ringkas sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Lutfya diminta mengulas teguran sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu tentang tindakannya menafikan kenyataan yang dibuatnya di akhbar berkenaan. Laporan tersebut turut menyebut pelakon drama Ramadan Jangan Pergi itu seharusnya merujuk kepada pihak akhbar berkenaan terlebih dahulu tentang aktikel yang dianggap sebagai salah lapor itu. Sementara itu, Lutfya berkata, dia ada menghubungi pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan perkara berkenaan namun tidak mendapat kerjasama. "Dalam ruangan pojok semalam mereka kata saya tidak cuba hubungi untuk selesaikan cara baik, sebaliknya saya sudah hubungi mereka namun banyak alasan diberikan. "Tidak mengapalah ia bukan sesuatu perkara yang baharu, cuma saya tidak mahu terus dikecam tentang perkara sebegini," katanya. Jelasnya, perkara tersebut menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu yang sensitif seperti itu. Dalam pada itu, menjelaskan tentang hubungannya dengan seorang kerabat Johor, Lufya berkata hubungan tersebut hanya sekadar kawan biasa sahaja.

Amar Baharin Kesal Fitnahnya Dengan Izreen Azminda Masih Tersebar

Pelakon Amar Baharin kesal apabila masih ada pihak yang menyebarkan fitnah mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda apabila mereka dikatakan sedang hangat bercinta sejak sama-sama terlibat dalam drama bersiri, Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR). Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana hubungan mereka hanya sekadar teman biasa seperti mana diperjelaskan oleh Izreen sebelum ini. "Saya tidak nafi kami bercinta tetapi cuma dalam KTAR sahaja dan di luar kami sekadar kawan baik dan saya kesal dengan tindakan sesetangah pihak yang menyebarkan fakta-fakta yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya. "Saya harap di bulan baik ini (Ramadan) hentikanlah daripada terus bercakap tentang perkara tidak benar dan saya berharap pihak berkenaan insaf," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Drama bersiri yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof itu sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.
Dalam pada itu, Amar berkata, pandangan negatif sesetengah pihak selepas mereka memuat naik gambar bersama bagi tujuan mempromosikan drama berkenaan di laman sosial Instagram turut menjadi faktor mereka dipandang serong. Kata Amar, biarpun sudah dijelaskan tentang tujuan berkenaan namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan melemparkan kata-kata negatif. "Bagi yang memandang negatif terhadap tindakan memuat naik gambar kami di laman Instagram untuk tujuan promosi, maka jadi negatif la ia. "Bagaimanapun majoriti peminat yang mengecam tindakan itu adalah sebahagian sahaja kerana selebihnya menyukai dengan cara kami mempromosikan drama ini," ujarnya.
Sementara itu, Amar berkata, dia tidak terkejut sekiranya namanya kembali suram apabila gosip melandanya itu reda kerana itu adalah hakikat dunia hiburan. "Saya rasa terkejut juga apabila nama 'Amar Baharin' menjadi tumpuan kerana gosip berkenaan sedangkan sebelum ini nama saya hendak keluar setahun sekali pun susah. "Tapi itu adalah hakikat dunia hiburan dan saya sudah terbiasa dengan kehidupan seperti ini dan andai kata lagi sebulan dua nama saya kembali suram, saya tidak terkejut pun," katanya. Dalam perkembangan lain, Amar berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun ini dia akan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti amal bersama keluarga dan peminatnya. Malah dia akan meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Singapura bersama peminatnya. Dalam pada itu Izreen kini masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Muhammad Riza pada 10 Jun lalu. Pasangan berkenaan berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 11 bulan.

Adira Bimbang Kisah Cinta Jadi Sebab Peminat Meluat

Penyanyi Adira tidak mahu terus menceriktakan hubungan cintanya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, kerana bimbang masyarakat akan meluat. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, jika cerita itu terus disogokkan, peminat juga akan terus menyimpan perasaan bosan kepada seseorang artis. "Saya rasa saya ni bukanlah terlalu berahsia. Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat. "Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau mereka ingin tahu selanjutnya boleh tengok gambar-gambar di Instagram saya", katanya kepada mStar Online.
Adira ditemui pada majlis pelancaran dan showcase album sulung berjudul Dewi Cinta yang diadakan di Restoran Saloma Bistro, di sini, Khamis. Dalam persembahan tersebut Adira menyampaikan sebanyak 10 buah lagu yang terdapat dalam album Dewi Cinta. Bercerita tentang album tersebut, Adira berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengumpul bahan yang terbaik untuk album itu. "Proses pembikinan album ambil masa memang agak panjang iaitu dua tahun, ia adalah berikutan proses memilih bahan-bahan terbaik sahaja. "Dalam album ini terdapat lima buah lagu lama iaitu Ombak Rindu, Ilusi, Kuada Kamu, Juwita, dan Ombak Rindu dan lima lagu baru iaitu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ruhi Cinta dan Sekadar Mimpi," katanya. Sementara itu, mengulas tentang tajuk album tersebut iaitu Dewi Cinta, Adira berkata tajuk lagu tersebut adalah melambangkan dirinya sendiri. Tambahnya, kebanyakkan lagu dalam album tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Ramai Artis Takut Bekerja Bawah Sheila Rusly

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly mengakui ramai artis baharu takut untuk bekerja di bawah syarikat terbitanya JS Pictures kerana menganggap dia terlalu cerewet. Sheila, 43, berkata perkara itu dibesarkan lagi apabila ada pihak yang cuba menakut-nakutkan artis kononnya dia bersikap tegas tidak bertempat. "Saya tidak nafikan kebanyakkan artis yang baru pertama kali kerja dengan kami agak takut kerana mereka mendengar desas-desus tentang cara kerja saya. “Memang saya agak teliti dan serius bila bekerja kerana saya mahu hasil yang baik agar stesen televisyen berpuas hati dengan produk terbitan kami," katanya ketika ditemui pada pelancaran program-program Ramadan dan Syawal terbitan syarikat produksi milik Sheila iaitu JS Puctures di Hotel Renaissance, di sini, Khamis. Antara drama dan program yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan ini ialah Di Pintu Neraka, Lima Ramadan, Ramadan Jangan Pergi, Ketuk-Ketuk Ramadan dan Ketuk-Ketuk Syawal. Selain itu katanya, karakter dan watak garang yang sering dilakonkan sebelum ini turut memberi persepsi buruk kepadanya.
Bagaimanapun, dia akui sentiasa menitik beratkan soal disiplin ketika berada di lokasi penggambaran. "Bukan pelakon sahaja malah semua yang terlibat dengan produksi saya perlu ikut cara saya bekerja. "Paling penting ialah disiplin dan mereka perlu buat kajian dulu tentang watak sebelum berada di set. "Saya mahu orang luar menilai dan dapat rasakan hasil kerja itu, jika cerita sedih biar ia sampai betul-betul dalam hati mereka," katanya. Dalam pada itu, Sheila mengakui menitikberatkan soal pemilihan pelakon dalam membintangi drama dan program terbitannya. Katanya, dia banyak mengambil muka baharu dalam sesebuah watak penting supaya tidak dipengaruhi oleh kontroversi atau kehidupan peribadi artis yang sudah diketahui umum. "Saya sangat pentingkan pemilihan pelakon dan watak mereka, contohnya jika watak itu sedih dan orang miskin saya akan mengambil pelakon baru yang tidak dikenali lagi. "Penonton akan lebih menjiwainya berbanding saya letak pelakon yang sudah biasa di lihat di laman sosial yang sering berpakaian seksi dan berjenama," ujarnya. Antara artis yang hadir pada majlis tersebut ialah Nad Zainal, Lutfya, Rabecca Nur Islam, Sharul Ridzuan, Syafiq Kyle dan Ryzal Jaafar.

Diana Danielle Enggan Ulas Isu Cemburu

Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya. Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut. "Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih," katanya ringkas. Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat. Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.
Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang. Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut. Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu. Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja. "Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi," katanya.

Jimmy Shanley Luah Rasa Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak

Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya, Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal. Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa. “Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri,” demikian kesimpulan luahan Jimmy.
Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan. Terdahulu, bekas ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kasim dalam sebuah akhbar mendedahkan Jimmy digambarkan seolah-olah tidak menyayangi anaknya apabila tidak memeluk kanak-kanak berkenaan ketika dipertemukan di sebuah pusat beli belah. Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti. Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.
Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah. Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini. Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada Nursuhaila Eliani.

Hadiah Kasut Tanda Cinta Aiman Hakim Buat Nur Fathia

Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.
"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun. Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online. Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa. Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.
Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain. "Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya. "Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya. Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.
Bagaimanapun, dia terpaksa berehat selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang bakal dihadapinya. "Saya cuti sekejap dua minggu untuk peperiksaan dan selepas ini sambung balik penggambaran yang tertangguh itu. Filem saya Insya-Allah keluar Ramadan ini berjudul Darah Panas lakonan bersama Sharnaaz Ahmad," ujarnya.

Fasha Sandha Terluka Dibandingkan Dengan Nora Danish

Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu. "Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial. "Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.
"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa. Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini. Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya. Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.
Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut. "Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen. "Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.

Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak

Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu. Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu. "Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu. "Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.
Jehan ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan syarikatnya berjudul Seludup di restoran Serai, KL Life di sini pada Rabu. Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu. Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri. Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If. Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini. "Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan. "Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.
"Sembilan bulan saya buat kajian dan ini pun saya belum habis siapkan skripnya lagi. Ia sebuah drama yang serius tetapi tetap akan menarik minat penonton untul menyaksikannya," ujar Jehan. Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri. Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Diana Luah Rasa Cemburu, Farid Kami Harap Tiada Pihak Terasa Hati

Farid Kamil berharap tiada pihak yang terasa hati apabila isterinya, Diana Danielle meluahkan rasa terkilan kepada seorang artis yang dikatakan sengaja memegang tangannya ketika melakukan fotografi memprosmosikan sebuah filem. Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun dia tidak menolak perasaan cemburu isterinya yang menjadi punca kepada kejadian itu. "Saya maafkan dia dan berharap semua pihak yang terasa hati dengan tindakannya itu dapat memaafkan Diana. "Tidak dinafikan perasaan cemburu menyebabkan Diana membuat keputusan itu tetapi ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada mStar Online.
Farid ditemui pada majlis pelancaran Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Filem Lagenda Budak Setan 3 di Redbox Sogo di sini, Rabu. Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem. Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam. Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang. Dalam pada itu, Farid berkata, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu namun menganggap ia adalah perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Jelas Farid lagi, dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran pada masa hadapan. "Saya tidak salahkan dia kerana biasalah, wanita berhak mempunyai sedikit perasaan cemburu terhadap suami mereka. "Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut dan kita juga masih baharu dalam perkahwinan jadi ia satu proses pembelajaran buat kami berdua," jelasnya. Sementara itu, Farid berkata, kejadian tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya seninya tambahan pula pihak MIG telah pun menjelaskan perkara itu. Namun Farid tidak menolak tanggapan kejadian itu sedikit sebanyak memberi promosi percuma kepada filem Pengantin Malam yang sedang ditayangkan di pawagam.

Elfaeza Ul-Haq Sedar Zul Ariffin Kekasih Orang

Pelakon yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul-Haq menegaskan dia masih solo dan tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor Zul Ariffin seperti didakwa sebuah blog hiburan. Elfaeza, 29, berkata, dia dan Zul tidak mungkin bercinta kerana dia tahu lelaki berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit filem, Gayatri Su Pillai. "Saya dan Zul bercinta? Tidak mungkin kerana semua orang tahu dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri dan kami tidak lebih dari sekadar kawan. "Gosip berkenaan sama sekali tidak benar dan apa yang pihak lain dengar mungkin itu hanya salah faham sahaja," katanya kepada mStar Online. Tambah Elfaeza lagi, mereka berdua sentiasa menghormati hak peribadi masing-masing dan perkara itu menyebabkan mereka selesa dan serasi sebagai kawan. Dalam pada itu, Elfaeza berkata, dia mengenali Zul ketika sama-sama menjayakan sebuah penggambaran drama berjudul Janji Adam dan sejak itu hubungan mereka kekal rapat.
Elfaeza turut mengakui dia dan Zul juga ada beberapa kali keluar makan bersama-sama memandangkan mereka tinggal berdekatan namun turut ditemani oleh rakan-rakan lain. "Zul adalah seorang kawan yang baik dan kelakar malah kami sering berdebat tentang pelbagai perkara sehingga kadang-kala timbul perbalahan tentang sesuatu topik yang diperbualkan. "Kami pernah keluar bersama dan turut ditemani rakan-rakan lain dan ingin saya tegaskan hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja malah buat masa ini fokus saya hanya kepada kerja," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Elfaeza berkata, bersempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dia bakal muncul dengan beberapa buah program istimewa

Neelofa & Hans Isaac Berpakat Rahsiakan Putus Cinta

Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap kesedihan itu. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut. "Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu. "Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin. Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin. Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut. Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.
"Saya hormat dia atas segala kebaikan dan tunjuk ajar dia selama ini kepada saya dan disebabkan itu saya merahsiakan punca kenapa kami berpisah. "Bagaimanapun, ia tiada kena mengena dengan campur tangan pihak ketiga sama ada saya atau dia, kami berbincang dan selesaikan ia secara baik," ujarnya. Tambahya, dengan penjelasan yang diberikan ini, dia tidak mahu terus dikaitkan dengan Hans lagi. "Umum tahu tentang hubungan kami biarpun kami tidak pernah beritahu kami bercinta, jadi selepas penjelasan ini harap-harap tiada lagi perkara yang mengaitkan saya dengan dia. "Saya sudah boleh terima kenyataan dan selepas berpisah saya banyak sibukkan diri dengan kerja dan bisnes, Alhamdulillah semuanya sudah baik sekarang," katanya. Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan dia sedang mengenali dan rapat dengan seseorang lelaki. Bagaimanapun, dia mengakui jika ada lelaki yang bersesuaian dengannya, dia tidak mahu menunggu tempoh yang lama untuk bercinta. "Saya belum ada lelaki istimewa lagi buat masa ini, masih terlalu awal untuk fikir perkara itu. "Namun kalau ada lelaki yang sesuai dengan saya daripada segala sudut apa salahnya dan saya tidak mahu buang masa lama-lama untuk bercinta," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang produk berkenaan Neelofa berkata, dia menerima tawaran sebagai duta berikutan keyakinannya terhadap kualiti produk tersebut bertaraf antarabangsa. Jelasnya, produk itu juga bagus untuk semua kulit yang bermasalah atau tidak. "Saya yakin dengan produk ini setelah mencubanya beberapa bulan dan hasilnya sangat memuaskan. "Selain itu, cara pembuatan dan kualiti produk ini boleh dipercayai dan mempunyai taraf sama dengan produk berjenama mewah dan terkenal antarabangsa," ujarnya.

Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nordin

Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing. "Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing. "Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya kepada mStar Online. Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin. Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh. "Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki. "Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Lisdawati Komen Langgar Pantang Bersalin

Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif apabila dilihat muncul pada majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Isnin. Lisdawati, 36, berkata, kehadirannya pada majlis itu adalah bagi memberi sokongan kepada pengasas produk tersebut Datuk Mohd Aizuddin Ghazali. "Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya. "Sebelum ini ketika sarat mengadung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka," ujarnya kepada mStar Online. Lisdawati selamat bersalin anak ketiga pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang dekat sini yang di beri nama Ahmad Nur Fyrdaus. Sementara itu, Lisdawati berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat. "Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan. "Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," katanya. Menyentuh soal kerjaya lakonan, Lisdawati berkata, dia sedang menunggu tawaran dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin. Dalam pada itu, Lisdawati berkata suaminya pelakon Fauzi Nawawi banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga. "Abang Fauzi banyak tolong jaga anak bila dia pulang daripada kerja dia akan bantu untuk buat kerja rumah. "Dia juga slalu urutkan kaki saya," katanya.

Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung

Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. "Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu. "Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya kepada mStar Online. Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya. Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak. "Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun. "Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri," katanya. Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau. Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya.

"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan

Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungi mStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu. Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat. Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun. Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online: Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan? Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini. Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus? Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial. Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak? Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak. Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu? Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya. Kesal dengan tindakan Rita? Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis. Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini. Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak? Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini? Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails