Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jambu bertahta dihati


BUNGA tawa dan kelucuan menjadi selingan dalam sesi temu bual bersama duo Jambu baru-baru ini. Selebihnya nada mereka berbaris serius, menunjukkan bahawa kumpulan Jambu duduk pada suasana dan ketika yang benar. Kata Yus, mereka ini pelakon watak kelakar, seperti istilah khalayak, pelawak.

Gelombang Jambu pernah sampai ke radius yang lebih luas, mereka pernah mencipta stail dan fenomena sendiri. Lawak-lawak pecah perut mereka banyak yang boleh menjadi bahan hipnosis untuk membawa penonton masuk ke dalam lawak luar dimensi.

Di awal kemunculan, demam merah jambu di mana-mana, tanda ada peminat setia di mukim tersendiri. Mengambil peluang kedua yang diberikan umum dengan serius, Jambu memberi dan terus memberi jenaka pada setiap minggu Maharaja Lawak disiarkan. Tidak mahu mensia-siakan waktu kerana bukan hanya mahu dilihat maharaja di gelanggang sendiri, Jambu serta Taukeh ada misi dalam menggeletek hati umum.

Itu kuasa dua lelaki merah jambu itu, seorang pernah bergelar Juara Raja Lawak musim pertama manakala seorang lagi hanya mampu berada di tangga keempat pertandingan yang sama.

Kalah undian menang di hati

Sayangnya Jambu hilang momentum. Dua tiga minggu sebelum final Jumaat lalu, ramai menyifatkan termometer komedi mereka menunjukkan kemerosotan. Sedang elok menjadi peserta kegemaran ramai serta pihak juri, Jambu pudar sentuhan. Menjelang keputusan diumumkan, mereka menjadi finalis tercorot, di tangga keempat daripada empat finalis lain.

Mahkota Maharaja Lawak serta hadiah utama wang tunai bernilai RM350,000 akhirnya menjadi milik Sepah manakala Jambu hanya redha dengan hadiah bernilai RM50,000 untuk dikongsi dua.

Hadiah tempat kedua bernilai RM250,000 milik Jozan manakala satu-satunya peserta solo Nabil, di tempat ketiga membolot hadiah RM150,000 secara mutlak.

“Kami tidak kecewa tapi siapa tak terkilan, sedikit rasa terkilan itu tetap ada bila sudah kalah begini. Apa yang penting, kami (Jambu) sudah mencuba dan mempersembahkan apa yang terbaik. Kami kalah di pentas ini tetapi rasanya kami menang di jiwa peminat kami. Saya yakin peminat Jambu juga tidak patah hati dengan persembahan kami semasa malam final,” beritahu Taukeh sehabisnya Maharaja Lawak mengakhiri persaingan.

Mengakui berpuas hati dengan tugasan kedua berkonsepkan muzikal pada malam final, Yus akui, reputasi Jambu kurang impak untuk tugasan pertama yang bertemakan bebas. Dia juga menangis gembira apabila Sepah diumumkan juara.

“Memang saya sudah agak Jambu akan berada di kedudukan ini, saya juga jangka Sepah akan menang. Bila ramai yang kata Jambu merosot sejak beberapa minggu terakhir, saya juga akui perkara itu. Dapat berada di kalangan finalis Maharaja Lawak pun sudah satu kemenangan buat Jambu,” katanya tenang.

Buat lawak mesej bonus

Regu merah jambu mewakilkan dua lelaki berwajah persis gengster, seorang berbadan gempal dan seorang lagi berfizikal sederhana, berkulit sawo matang. Bukan jejaka jambu, ironinya, mereka cuba menjadi jambu dengan pakaian warna merah jambu yang menjadi uniform mereka.

Rata-rata yang baru jatuh cinta atau sudah lama tersulam rasa dengan jenaka Maharaja Lawak terbuka perspektif.

Selama ini ada yang menganggap jenaka hanya satu sisi hiburan yang kecil, ada juga yang menganggap itu hanya sisipan. Maharaja Lawak membuka satu gerbang lebih besar ke dalam dunia jenaka.

“Apabila mula berjenaka, ia bermaksud penonton sudah separuh terhipnosis. Ini sebahagian daripada elemen psiko. Kalau mereka berjaya memberi respons dengan gelak, maksudnya mereka sudah terhipnosis. Wujud perasaan suka, ini sudah menunjukkan kepandaian pelawak tersebut. Apa lagi kalau satu Malaysia ketawa bersama. Ini sudah menunjukkan sisi bijak pelawak. Itu adalah bonus,” ujar Taukeh apabila dipetik faktor intelek dalam membikin jenaka.

Mengangguk dan mengiakan sahaja hujah Taukeh, Yus banyak berdiam. Sepertinya dia tidak memerlukan banyak dialog untuk membikin lawak, wajah serius serta mimik muka sahaja mampu untuk menggeletek mangsa.

“Dulu saya pemain teater, saya melakonkan watak lawak. Memang saya berwajah serius tapi kalau dalam jiwa itu ada komedi, tetap seseorang itu boleh jadi pelawak,” seloroh Yus mengakui dirinya lelaki daripada spesies ‘cute’ kerana banyak memiliki sisi sensitif dan mudah terasa.

Melissa Saila diperlekeh produser hebat


HENDAK dikatakan hangat tidaklah sampai jadi kontroversi kecoh satu Malaya, tapi ramai juga yang panas telinga dengan kes terbaharu melibatkan seorang tauke kilang filem. Kali ini, dengan tidak menggunakan kepandaiannya berniaga, dia sudah buat satu kenyataan yang berbunyi sangat tidak cerdik.

Bukan nak kata Melissa Saila itu nama gah yang harus dijulang dalam industri, tapi dia telah bertapak dalam industri sejak berdekad lamanya. Mula dikenali sebagai pelakon cilik yang popular sekitar tahun 1980-an, kemudian bergelar aktres, kini pengarah dan berjinak-jinak dengan penerbitan filem, Melissa Saila kira orang popular dalam industri. Dia anak seni Seniwati Mariani dan anak saudara Biduanita Saloma, status itu meletakkan Melissa dalam statusnya yang tersendiri.

Melissa tahu sekarang bukan zamannya untuk dipuja sebagai selebriti tapi dia tetap ada hak dan air muka. Jadi, bila seorang penerbit dengan sesuka hati mengakui tidak kenal siapa Melissa, perkara itu mungkin bukan satu masalah yang besar. Bagaimanapun, ia akan jadi masalah bila penerbit itu beri kenyataan bahawa, sekiranya dia tidak mengenali si Melissa tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan Melissa. Boleh gitu, yakin diri tahap dewa namanya.

Black bakal akhiri zaman solo?


ADUH.. dengarnya protege Mas Idayu ni bakal mendirikan rumah tangga? Hah! jangan buat-buat tak tahu pula siapa protege ratu gelek Malaysia tu. Ni mesti tak tengok program Mentor musim ketiga nih, si Black.

Sama ada ini cerita betul atau sekadar khabar angin, Joyah tak pastilah. Tapi kalau cerita yang Joyah dengar ni betul, wah..tumpang seronoklah Joyah.

Dengarnya bakal isteri Black tu cantik dan manis orangnya. Hai...pandai Black sorokkan daripada orang media ya? Bukan apa, sebelum ini Black pun tak pernah menceritakan mengenai soal hati dia kepada umum.

Iyalah, sudah berpunya atau tidak. Setahu Joyah dia masih lagi sedang mencari. Entahlah. Kalau betullah Black bakal menyarungkan baju pengantin tak lama lagi, cuma satu saja pesan Joyah, jangan lupa jemput Joyah datang ke majlis tau!

Tak kenalah Memey


DALAM duduk menunggu kad jemputan kahwin pasangan sejoli Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang entah bila nak sampai ke meja Joyah ni, tup tup ada seorang teman Joyah ni menyampaikan cerita mengenai si Memey ni.

Kisahnya baru-baru ni, teman Joyah yang putih gebu ni menghadiri sebuah majlis tertutup yang cuma dihadiri oleh kaum hawa sahaja.

Dalam ramai-ramai tu, ternampaklah kelibat Memey. Yang pastinya dia tak datang berseorangan.

Sebaliknya dia dilihat turut membawa dua anak perempuan Norman ke majlis tersebut.

Maka banyaklah mata yang memandang. Tak tahulah kalau pandang sebab Memey malam itu nampak cantik sangat atau bagaimana. Tapi yang pasti, ramai juga yang tak berkenan tindakan Memey membawa dua kanak-kanak itu.

Bukan apa, majlis tu pun difahamkan tak menggalakkan kehadiran kanak-kanak atau suami.

Tak tahulah kalau Memey ni tak faham atau dia terlupa, tapi kata teman Joyah, rata-rata jemputan yang datang kurang selesa Memey buat begitu.

Iyalah, kot ye pun nak tunjuk diri tu penyayang atau boleh jadi ibu tiri yang baik, tapi tak payah kot nak bawa ke majlis begitu. Macam tak kena tempat pula.

Tak mengapalah, Joyah harap lepas ini Memey akan lebih prihatin dalam bab-bab macam ni. Suka hati Memeylah nak terima atau tidak teguran ini. Tapi jangan sampai hal begini berbunyi lagi okey?

Cinta rahsia rahsia - Awi Rafael


HUBUNGAN mesra yang terjalin di antara Awi Rafael, 26, dan Sheila Amzah bukan lagi satu rahsia walaupun mereka tidak pernah mengiyakan status hubungan yang terjalin.

Bagi mendapatkan penjelasan, Hits berkesempatan bertemu Awi selepas dia membuat persembahan di Konsert Katakan Cinta Wall’s Cornetto minggu lalu.

Selain Awi, ramai lagi artis yang menjayakan konsert tersebut termasuk Tomok, Farah Fauzana, Stacy, Akim, Black, kumpulan Sofazr dan Tilu.

Seperti yang dijangkakan, Awi agak keberatan untuk menjawab soalan tentang hubungan mesranya dengan anak penyanyi ND Lala itu.

Bahkan muka pelantun lagu Pulanglah ini menjadi merah padam apabila dia tetap diminta untuk memberikan penjelasan.

“Beginilah... saya memang rapat dengan Sheila tetapi sekadar berkawan. Mungkin hubungan itu menampakkan kemesraan antara kami berdua.

“Bagi saya, tiada salahnya jika kami teman tapi mesra kerana untuk berbicara lebih jauh soal cinta, kita lihat sahajalah nanti.

“Insya-Allah, kalau diizinkan Tuhan, hubungan ini mungkin boleh melangkah ke satu tahap lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami dan kita tengok sahajalah nanti” kata Awi yang cuba menyembunyikan perasan malu.

Tolak ke tepi status sebagai artis, sebagai insan biasa, Awi juga ingin merasai kehidupan seperti orang lain.

Maka itulah, daripada berbicara terlalu banyak soal cinta, lebih baik dia tumpukan perhatian kepada kerjaya yang baru dibinanya itu.

Dalam pada itu, Awi juga tidak hipokrit apabila secara terus terang mengakui, dia mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Buat masa ini, biarlah saya utamakan kerjaya dahulu sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

“Apabila sudah berkeluarga kelak, tanggungjawab yang perlu digalas amatlah besar. Kita akan menjadi pemimpin keluarga.

“Untuk membuat persiapan ke arah itu, saya perlu lengkapkan diri terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya yakin untuk membimbing sebuah keluarga bahagia,” katanya.

Fouziah Gous meracau






Waktu Solat Laporan Cuaca
Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah

Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan S3 Polis & Tentera Sastera
Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum
Classifieds Utusan Airtime Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya Laman Xtive
Liga M 2010 PRK 2010 UMNO 2010 Sharlinie Salam PerantauanHIBURAN Fouziah Gous meracau

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR



FOUZIAH Gous memberikan ekspresi yang meyakinkan kerana dirasuk.

--------------------------------------------------------------------------------



GARA-gara ingin menanam pokok bunga di halaman rumah, Fouziah Gous diganggu oleh makhluk halus yang merasuk ke dalam tubuhnya sehinggakan dia sering meracau.

Tragedi itu berlaku selepas dia mengorek tanah untuk menanam bunga tanpa mengetahui sejarah hitam yang pernah berlaku di kawasan rumah barunya itu.

Sebenarnya Fouziah sendiri tidak pernah mengetahui, rumah pusaka peninggalan arwah datuknya itu menyimpan misteri yang selama ini, ternanti-nanti akan kepulangannya.

Persekitaran kawasan rumah itu yang dikatakan 'keras' kerana wujudnya elemen mistik, roh dan seram, menanti saat untuk membalas dendam yang selama ini, tidak tertunai.

Apabila Fouziah bertindak mengorek tanah di kawasan larangan, tindakannya itu sebenarnya telah membebaskan roh yang terperangkap di dalam tanah berkenaan.

Fouziah menjadi mangsa kejadian yang pernah berlaku di zaman silam apabila roh yang terlepas, merasuk dan mengganggu kehidupannya.

Hampir menderita dengan kejadian rasukan itu, dia akhirnya pulih setelah mendapat pertolongan daripada seorang imam dari sebuah masjid berdekatan dengan rumahnya.

Begitulah karakter yang dihidupkan oleh aktres cantik ini menerusi filem terbaru lakonannya, Rasuk.

Menerusi Rasuk, dia mendukung watak sebagai isteri kepada aktor Iqram Dinzly.

Filem arahan Baldev Singh ini telah pun menemui penonton di pawagam sejak 16 Jun lalu dan itulah kali pertama, Fouziah digandingkan dengan Iqram sebagaimana yang diinginkan oleh para peminat mereka.

Biarpun Fouziah dan Iqram menafikan mereka bercinta namun para peminat tetap mahu pasangan ini bercinta di layar perak.

Selaku pengarah filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, Baldev bijak mengambil 'kesempatan' di atas kehangatan khayalan peminat Fouziah-Iqram.

"Saya berpuas hati dengan lakonan yang ditonjolkan oleh Fouziah dan Iqram. Bahkan penampilan pelakon-pelakon lain juga memuaskan.

"Filem ini memanglah sebuah filem seram tetapi Rasuk tidak menampilkan hantu secara mata kasar.

"Sebaliknya, garapan hantu ditimbulkan menerusi perasaan takut yang menyelubungi penonton yang duduk dalam panggung untuk menonton filem ini," kata Baldev.

Plot cerita Rasuk, jelas Baldev, bertitik tolak daripada rumah pusaka yang mengalami gangguan roh askar Jepun mati dibunuh oleh moyang Fouziah.

Kekuatan lakonan Fouziah yang dirasuk itulah yang menjadi sandaran Baldev dalam usahanya untuk lari daripada klise filem hantu arahan pengarah lain.

"Apa yang cuba diselitkan dalam Rasuk adalah kepercayaan-kepercayaan yang wujud dalam masyarakat kita berkaitan dengan alam ghaib.

"Maka itulah, tidak ada watak hantu yang dilakonkan tetapi mainan roh yang saya cuba tonjolkan.

"Roh yang tidak diterima bumi dan berada di awang-awangan, mahu membalas dendam," jelasnya yang memberitahu, Rasuk adalah filem seram pertama arahannya.

Katanya lagi, filem berdurasi satu jam setengah itu sedikit sebanyak mengupas dan memaparkan diri Baldev yang sebenar.

"Saya seorang yang penakut, sebab itulah saya sanggup mengarah filem ini bagi menghilangkan perasaan itu.

"Filem ini saya rasakan lain daripada yang lain kerana tiada elemen kejutan disebabkan hantu muncul di hadapan mata," kata Baldev yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Kecoh Betul.

Sebagai pengarah, pasti dia mahu melihat hasil kerjanya diterima penonton namun begitu, dia tidak meletakkan sasaran yang tinggi dari segi kutipan.

Walaupun kehadiran aktres Fauziah Nawi dan Sidek Hussin dilihat mampu memperkemaskan lagi filem Rasuk tetapi dari segi kutipan tiket, Baldev lebih selesa membiarkan penonton yang menentukannya.

"Apa yang penting saya telah lakukan yang terbaik dan semua pihak termasuk pelakon dan krew juga memberikan kerjasama yang sangat baik.

"Harapan saya, cukup sekiranya filem ini mampu untuk mengutip pulangan RM1 ke atas," terang Baldev yang mungkin berseloroh.

Cinta dan harapan Alyah


DAHULU, pelantun lagu hit Kau Bisu, Alyah pernah bertunang dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya.

Malangnya, harapan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan berkecai apabila ikatan itu terlerai di pertengahan.

Ekoran itu, ia mengundang kekecewaan hati Alyah yang cuba untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan ramai khususnya peminat.

Alyah tegar untuk meneruskan kehidupannya tanpa mahu berbicara panjang apabila disoal tentang perancangan perkahwinannya yang tidak menjadi.

Kata Alyah, kalau boleh dia tidak mahu kisah peribadinya dijaja atau diberikan publisiti kerana itu akan menenggelamkan usahanya untuk memajukan lagi karier nyanyiannya.

Selain itu, Alyah juga tidak mahu kisah peribadinya mengundang simpati masyarakat yang mungkin akan merasa jelak untuk membacanya.

Namun dia tidak dapat mengelak daripada disoal tentang hubungan intim yang pernah terjalin antaranya dengan komposer popular, Datuk Ramli MS.

"Bukankah itu kisah lama yang saya rasakan tidak perlu untuk kita singkap semula kerana sememangnya antara kami, tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti pasangan kekasih.

"Kami cuma bersahabat dan saya sentiasa menghormati kebolehan dan kedudukan Ramli sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam bidang muzik.

"Memang saya akui, saya suka meminta pandangan daripada beliau khususnya berkaitan muzik dan penerbitan lagu.

"Tetapi setakat itu sahajalah hubungan kami dan tidak lebih daripada itu," tegas Alyah yang letih untuk menjelaskan keadaan sebenar yang pernah dihebohkan sebelum ini.

Kini, bagi Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 30, setelah mendapat ruang dalam industri hiburan tanah air, dia mahu tampil sebagai salah seorang penyanyi wanita yang diingati peminat untuk tempoh waktu yang panjang.

Bagi bintang kelahiran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini, perjalanannya masih jauh untuk mencapai ke satu puncak sebelum mampu menjadi seorang penyanyi yang disegani ramai.

Bermula dengan single pertamanya, Tak Mungkin Kerana Sayang, nama Alyah mula meniti di bibir pemerhati dunia muzik tanah air.

Boleh dikatakan, dalam sekelip mata, nama Alyah sebaris dengan nama-nama penyanyi popular sedia ada seperti Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.

Tidak alpa dengan sedikit kejayaan yang diciptanya, Alyah merangkul kejuaraan bagi program Gah 1 terbitan TV2 tahun lalu.

Kejayaan itu sekali gus menobatkan single pertamanya itu sebagai lagu terbaik pada malam penganugerahan yang berlangsung pada 29 Mei 2010 di Sunway Lagoon, Subang.

Ramai yang melihat, kejayaannya itu sebagai pengubat kekecewaan setelah Alyah gagal mendapat sebarang pengiktirafan ketika bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24).

Biarpun ramai yang menjangkakan prestasi vokalnya ketika melantunkan lagu ciptaan Ajai itu bakal mencipta kejutan, namun rezeki tidak memihak kepadanya.

Rentetan daripada itu, Alyah mula mendapat perhatian ramai pihak dalam industri muzik tanah air termasuk lagu-lagu yang dinyanyikannya, mendapat permintaan daripada pendengar untuk dimainkan di corong-corong stesen radio tempatan.

Antara lagu hitnya yang pernah menghuni tangga teratas carta pilihan stesen radio tempatan ialah Ku Pinjam Satu Bintang, Realiti Dewi, Kau Bisu dan yang terbaru, Kisah Hati.

Bukan itu sahaja, malahan lagu dendangan Alyah tidak sekalipun pernah terlepas daripada dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik Muzik sejak 2009.

"Mungkin itu adalah hikmah yang diberikan kepada saya setelah 10 tahun berada dalam bidang ini.

"Berkat kesabaran, akhirnya saya berpuas hati dengan kedudukan saya sekarang," kata juara Bintang HMI 2000.

Bercerita lanjut mengenai Kisah Hati, Alyah menghela nafas lega apabila klip video lagu berkenaan yang dimuat naik di laman YouTube berjaya menggamit perhatian lebih 100,000 penonton dalam masa sebulan disiarkan.

Namun, Alyah ditebak persoalan, adakah pemerhatian penonton terhadap klip video itu sudah cukup untuk menjamin karier seni seseorang artis sedangkan jualan album kini, kian merosot.

Alyah menjawab, respons penonton tersebut itu penting dan menunjukkan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi.

"Tetapi, saya akui, industri hiburan tempatan terutamanya bidang muzik 'berperang' dengan laman web muat turun haram yang membuka peluang kepada peminat muzik mendapatkannya secara percuma.

"Perkara ini di luar bidang kuasa saya untuk menghalangnya. Hanya pihak yang bertanggungjawab sahaja yang mampu mengekangnya.

"Namun, baru-baru ini, tindakan kerajaan mengharamkan beberapa laman web yang menawarkan khidmat tersebut adalah cara terbaik dan saya berterima kasih kerana membela nasib kami," kata Alyah.

Alif dan Afiqah isi kekosongan

BICARA mengenai cintanya yang tidak kesampaian, Alyah menegaskan, ia bukan isu penting baginya kerana kehadiran Muhammad Alif dan Naziatul Afiqah, masing-masing berumur lima dan tiga tahun sudah cukup membuatkan hatinya bahagia.

"Kedua-dua anak angkat saya itu diambil ketika mereka masih bayi lagi. Masa itu, Alif dan Afiqah masing-masing berumur sebulan lebih.

"Hati saya telah pun dimiliki oleh anak-anak saya," jelas Alyah menjawab persoalan mengenai jodoh yang diajukan kepadanya.

"Jadi, merekalah yang menjadi pengubat rindu saya kala ini. Tiada istilah kekosongan hati dalam kamus hidup saya.

Tidak puas dengan jawapan 'selamat' yang diberikan Alyah, dia terus didesak untuk memberikan komen mengenai perihal jodohnya.

Jawab Alyah, biarlah perkara itu ditentukan oleh Allah SWT. Akuinya, sebagai seorang wanita, keinginan untuk dicintai oleh seorang lelaki itu amat diperlukannya sementelah umurnya semakin meningkat.

"Akan tetapi apakan daya, jodoh itu bukan ketentuan saya. Saya hanya reda dan menyerahkan 'kerja' itu kepadaNya," ujar Alyah yang keberatan untuk terus membicarakan topik jodoh.

Bukan kaki gaduh

KONTROVERSI pertikaman lidah dengan seorang juru solek artis tahun lalu sehingga membuatkan Alyah bertindak membuat laporan polis, memberi tamparan hebat buat penyanyi ini dalam membina kariernya.

Alyah dituduh memperdagangkan diri dan memiliki anak hasil daripada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang disebarkan melalui laman sosial Facebook oleh juru solek berkenaan.

Itu benar-benar menguji kesabaran Alyah. Bagaimanapun, cerita menconteng arang di mukanya itu kini hanyalah sejarah hitam yang perlu dipadam dari lipatan memorinya.

Usai isu pertelingkahan itu senyap dengan sendirinya, Alyah tekad untuk membersihkan semula namanya.

Kemudian, timbul pula cerita yang mengatakan Alyah berpaling tadah dengan bekas pengurusnya, Sam Kassim.

Namun, Alyah tampil membuat kenyataan demi menjaga nama baiknya. Tegasnya, tiada apa-apa yang berlaku antara dirinya dan bekas pengurusnya.

"Sebaliknya, ia adalah salah faham yang diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melaga-lagakan kami.

"Sehingga kini, saya masih lagi berhubungan dengan Sam Kassim," jawap Alyah ringkas.

Disebalik segala kejadian yang melanda dirinya, Alyah tetap berfikiran positif kerana dalam setiap kehidupan itu tidak sunyi daripada cabaran.

Zakiah Anas Dipanggil “Wanita Pistol”


PENGLIBATAN selama 20 tahun dalam bidang penyiaran banyak mematangkan Zakiah Anas, 45, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.

Wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini pernah menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum meluaskan destinasi pengacaraannya menerusi rancangan 999, Bersamamu dan yang terbaru, 360.

Malah, disebabkan wajahnya sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai yang menggelar dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program tersebut.

Sebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain kehidupan ibu kepada tiga orang anak ini.

Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, dia akan menjadi sedih dan suram.

“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” katanya kepada OopStarz!.

Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah akui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak serta rakan terdekat.

“Saya suka menyendiri dan tidak menunggu sesiapa. Sekarang ini, saya sedang melalui proses penceraian dengan suami di mahkamah,” ujarnya menjelaskan tentang statusnya sekarang.

Pada Rabu lalu, dia melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbang tara) bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.

Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai ini.

Tidak hanya menumpukan kepada karier penyiaran, wanita cantik ini turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan. Dia akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

10 Soalan Menarik

1. Gimnasium atau padang?

Saya lebih suka bersenam digimnasium. Ikutkan saya tiada masalahdengan berat badan tetapi saya nakmenegangkan dan membentuk badanmenjadi lebih cantik. Tetapi saya taknak nampak terlalu kurus.

2. Menyanyi atau berlakon?

Jika tidak mengacara, mungkin sayaakan memilih bidang nyanyian keranaia sudah menjadi darah daging saya.

3. Penyanyi wanita yang palingdisegani?

Sudah tentunya Datuk Sheila Majidkerana dia merupakan seorangpenyanyi yang tidak ‘over’ danmempunyai cara nyanyian tersendiriwalaupun lagu bernada rancak atauperlahan.

4. Suka menonton filem di televisyenatau pawagam?

Saya pilih televisyen sebab lebih relaksapabila menonton di rumah. Apabilastres, saya akan meluangkan masauntuk menonton DVD seorang diriataupun dengan anak-anak.

5. Baju kurung atau baju kebaya?

Baju kurung pesak atau moden keranasaya masih mengekalkan ciri-ciritradisional danberasal dari kampung iaitu di BaganSerai, Perak.

6. Lelaki Melayu atau kacukan?

Melayu kerana lebih mudah untuksesuaikan diri dengan pasangan kita.Jika ditakdirkan dengan lelaki kacukan,saya mahukan lelaki kacukan Melayu.

7. Malam atau siang?

Siang iaitu sebelah pagi sebabsetelah bangun dari tidur, kita akanmemikirkan kehidupan dan inginkansuasana yang ceria. Saya tidak sukawaktu senja kerana suasananya nampaksuram.

8. Kereta atau motor?

Kereta kerana lebih selamat berbandingmotor yang lebih berisiko untuk cedera.Lagipun saya gayat nak naik motor.

9. Snorkel atau selam skuba?

Snorkel kerana saya fobia dengan lautdalam. Saya takut tak timbul-timbullagi sebab dulu saya pernah lemassewaktu usia lima tahun di SungaiPerak.

10. Rambut hitam atau perang?

Hitam kerana lebih sesuai dengan kulitsaya yang tak berapa putih.

Petua Lama Pegangan Almy Nadia


CUBA mengira satu per satu rentetan cerita yang dihebohkan, kebanyakan kisah tentang pelakon ini, berkisar cinta.

Siapa tidak kenal Almy Nadia Aminuddin Shah (Almy Nadia), 24, kekasih kepada pelakon Fizz Fairuz. Jika ke mana-mana, pasti ada yang bertanya kepadanya mengenai si kekasih hati.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kedua-duanya sibuk dengan komitmen masing-masing.

Bagaimanapun, mereka masih berhubungan seperti biasa walaupun masa tidak mengizinkan untuk selalu bertemu.

Malah kedua-duanya pernah dikatakan putus cinta gara-gara gosip teman lelakinya itu curang dengan wanita lain. Biarpun begitu, Almy tidak tahu bagaimana respons yang harus diberikan apabila terlalu ramai pihak yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

“Saya elak terlalu banyak memberikan kenyataan tentang Fizz kerana bimbang bercanggah dan ia boleh serabutkan kepala saya,” katanya kepada OopStarz! ketika ditemui di Menara Star, Petaling Jaya.

Tinggalkan sementara kisah cinta wanita yang mula popular menerusi drama Dunia Baru ini. Sebenarnya ada cerita menarik yang ingin dikongsi oleh Almy tentang penjagaan kecantikan.

Tengok sahaja kulitnya, ramai yang tertanya-tanya apakah produk yang digunakan oleh pelakon berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan dilahirkan di Tapah, Perak ini.

“Saya tidak menggunakan banyak produk kecantikan tetapi lebih gemar mengamalkan petua tradisional yang diturunkan oleh ibu saya, Roshiba Hashim, 42, sejak saya berusia 12 tahun.

“Mak saya berketurunan Jawa dan kami banyak mengamalkan petua tradisional seperti ulam-ulaman dan jamu manakala arwah opah saya seorang bidan.

“Saya sentiasa berpegang kepada nasihat mak yang sangat menitikberatkan tentang kecantikan dalaman wanita. Kalau boleh, dia mahu anak-anaknya mewarisi amalan ini kepada cucu dan cicitnya.

“Dia juga selalu memesan kepada saya agar mencari ilmu sehingga menutup mata. Katanya, kalau orang lain tidak tahu tentang ilmu itu, siapa yang akan amalkan nanti?” ujar pelakon filem Rasukan Ablasa dan Madu 4 ini. Ketika datang ke sesi fotografi baru-baru ini, Almy sempat membawa beberapa ramuan yang digunakan dalam kecantikan seperti kunyit, beras, limau kasturi, pegaga, serai wangi, daun bunga raya dan daun pandan.

Menurutnya, dia lebih rela menelan sayuran yang pahit dan mengamalkan petua tradisional berbanding melakukan suntikan untuk kelihatan cantik kerana dia amat takut dengan jarum.

Digelar ‘nenek’

Disebabkan dia suka mengamalkan petua tradisi lama ini, ada segelintir rakannya menggelarkan Almy sebagai nenek.

Dia yang sudah lali dengan gelaran itu hanya tersenyum dan tidak pernah patah semangat untuk terus mengamalkan petua-petua lama.

“Apabila saya balik ke kampung, mesti mak akan bekalkan pelbagai jenis tumbuhan tradisional untuk saya bawa ke Kuala Lumpur,” ujar Almy.

Menurut dia lagi pelbagai jenis ulam seperti, ulam raja, daun mengkudu, pucuk betik, jantung pisang dan gajus bagus untuk menyihatkan badan. Lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sambal belacan.

Tambahnya, kalau menyediakan sambal belacan, masukkan sekali kulit limau kasturi kerana ia bagus untuk hilangkan bau badan. Bagaimanapun, Almy tidak makan petai dan jering walaupun dia tahu khasiatnya untuk mengelak penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Saya juga menggunakan kunyit dan beras yang dikisar bersama untuk membuat ‘scrub’ badan. Biasanya saya akan lakukan pada hari saya tiada penggambaran kerana badan saya akan menjadi kuning. Khasiatnya adalah melembutkan dan mencerahkan kulit.

“Serai wangi dan pandan pula direbus untuk mandi. Lebih segar lagi jika air rebusan itu di rendam bersama bunga-bungaan. Saya akan bangun seawal pukul 6 pagi untuk merebus bahan-bahan itu.

“Selain itu, ibu kunyit bagus untuk melancarkan aliran darah haid. Jadi, saya akan makan semasa datang haid. Untuk lebih sedap, tumbuk ibu kunyit dengan gula batu dan tapis dengan air suam. Kemudian minum bersama madu.

“Daun bunga raya digunakan pada rambut. Kita juga boleh menggunakan santan pada rambut untuk melembut dan menyegarkan kepala. Limau purut juga mampu menghilangkan kelemumur. Caranya dengan menggosok limau purut pada kulit kepala dan perapkan dengan kain selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air,” katanya.

Tambah Almy lagi untuk memutih dan membersihkan gigi, dia akan menggunakan arang India dengan mencalitkan arang itu pada kain dan gosok pada gigi.

Untuk menegangkan kulit muka pula, dia menggunakan buah tomato dan putih telur untuk disapu pada muka. Timun pula dipotong nipis dan diletakkan pada mata untuk menghilangkan kesan lingkaran hitam.

“Sementara kaki pula direndam dengan air panas suam bersama-sama garam dan perahan limau purut selama setengah jam untuk melegakan kesakitan pada kaki. Ikutkan semua ramuan itu kadangkala digunakan di spa. Jadi, kita tak perlu buang duit untuk ke spa kalau boleh lakukan di rumah,” ceritanya yang baru selesai penggambaran program Ketuk Ketuk Ramadan dengan Sheila Rusly.

Tukang urut

Tambahnya lagi, setiap tiga bulan dia akan memanggil tukang urut tradisional wanita untuk melakukan refleksologi pada seluruh badannya.

Tidak cukup dengan amalan tersebut, dia turut mengamalkan Jamu Mak Dara untuk meningkatkan tenaga. Katanya, jika mengambil jamu, dia perlu pandai imbangkan badan dengan air masak kerana bimbang badannya menjadi panas.

Kata Almy, petua tersebut tidak diamalkan serentak dan dilakukan ketika dia mempunyai masa terluang. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini dia sukar untuk seimbangkan rutin ini kerana terlalu sibuk dengan penggambaran.

Biarpun mengamalkan petua tradisional, Almy masih menggunakan produk kosmetik dan penjagaan diri. Tetapi dia tidak mengamalkan suplemen.

Selain itu, dia mengelak daripada terlalu terdedah dengan penghawa dingin. Ini kerana, badan akan menjadi lemah akibat kekurangan air dalam badan. Jadi, Almy sangat mementingkan untuk meminum banyak air. Dia juga mengelak daripada minuman berais dan berkarbonat.

Intan Ladyana Ingin Uji Diri Sertai Askar Wataniah


BUKAN satu kepantangan atau meninggalkan kudis pun bagi jelitawan ini untuk bercakap tentang umur.

Cuma, sebolehnya pelakon yang dikenali sebagai Intan Ladyana (Intan) ini lebih selesa tidak mencanangkan usianya kecuali jika ia benar-benar perlu.

Fahamannya cukup mudah. Bukan kerana dia takut dengan angka yang silih-berganti saban tahun itu tetapi kerana bimbang apabila peningkatan usia tidak seiring dengan pencapaian diri.

Dalam pertemuan kami baru-baru ini, pelakon yang mula mencuri perhatian selepas membintangi filem Jangan Pandang Belakang (2007) ini membentangkan hujahnya berhubung soal itu.

Kata Intan, isu umur mungkin kedengaran klise dan dangkal bagi sesetengah pihak tetapi dia percaya pasti ramai yang di luar sana turut berkongsi stigma serupa, khususnya di kalangan kaum hawa.

“Saya boleh bercakap dan berkongsi apa juga perkara tetapi apabila sentuh tentang umur reaksi diri saya akan berubah secara spontan.

“Bukan saya takut atau benci untuk mengakui umur sendiri kerana saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya pun.

“Cuma saya berasa kurang selesa jika pertanyaan itu kerap diajukan. Tidaklah sampai menjadi kepantangan saya untuk bercakap tentang umur cuma ia boleh dianggap sebagai sensitif,” katanya.

Melanjutkan perbualan kami, wanita berdarah kacukan Melayu-Siam ini menambah, logik di sebalik perasaan itu dipengaruhi oleh kecenderungannya yang sering membandingkan usia dengan pencapaian hidup sama ada aspek peribadi mahupun kerjaya.

“Faktor utama yang membuatkan saya sensitif untuk bercakap tentang umur adalah kerana saya cenderung untuk membandingkan faktor usia dengan pencapaian semasa.

“Apabila saya memberitahu umur kepada orang, pasti saya akan terfikir tentang diri dan pencapaian hidup. Pada usia sekarang, masih banyak perkara yang belum dicapai baik peribadi ataupun kerjaya,” katanya.

Idealnya, perasaan sensitif yang berbuku di hati dan minda wanita ini berasas dan punya sebab. Bukan kerana gusar dengan istilah ‘tua’ jika orang mengetahui umur sebenarnya tetapi Intan runsing jika ia akan menimbulkan pelbagai perspektif pula.

“Selalunya apabila orang bertanya tentang umur ia pasti disusuli dengan jawapan atau pandangan tertentu. Contohnya, mungkin ada yang terkejut kerana saya tidak kelihatan seperti usia saya atau apa juga persepsi lain.

“Daripada situ, mulalah saya berkecamuk memikirkan tentang kehidupan, kerjaya dan masa depan.

“Sebab itu, kalau boleh saya tidak selesa untuk menghebohkan umur kecuali terpaksa,” katanya yang menganggap umur hanyalah angka yang tidak wajar dijadikan kayu ukuran.

Tak runsing jika kurang popular

Hampir lima tahun melayari arus berliku sebagai anak seni, Intan mengakui dirinya amat bertuah kerana diberikan platform dan kepercayaan untuk mencanai bakat.

Sekalipun jenama dan popularitinya tidak segah mana, sekurang-kurangnya aktres bertubuh kecil ini senang dan selesa dalam zonnya.

“Tidak perlu saya rasa tergugat atau runsing tentang populariti dan glamor. Sekalipun nama saya tidak sebesar mana berbanding bakat-bakat lain, saya bersyukur dan selesa dengan kedudukan hari ini.

“Apa yang lebih mustahak adalah untuk memberikan mutu kerja yang semakin baik dan matang dari semasa ke semasa.

“Biarlah tidak gah pada nama tetapi peminat dan masyarakat nampak dan memperakui impak lakonan saya, itu lebih bermakna,” jelasnya.

Apabila menyingkap isu populariti, Intan mempunyai prinsipnya tersendiri. Dia tidak perlu mengejar publisiti semata-mata untuk melariskan nama.

Perkara itu terbukti benar kerana sejak menceburi bidang seni jarang sekali aktres ini dicemari kontroversi.

“Kontroversi atau cerita negatif tidak akan menjadi kayu ukur untuk seseorang artis itu bertahan lama. Yang menjadi bekalan untuk kekal lama adalah mutu kerja, disiplin dan komitmen.

“Lagipun, saya selalu percaya pada putaran hidup. Kalau hari ini kita di bawah tidak semestinya kita akan kekal di bawah selama-lamanya dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Teruja sertai Askar Wataniah

Di sebalik karakternya yang keayuan dan lemah-lembut ini, siapa sangka pelakon yang bakal muncul dengan filem Flat 3A pada 14 Julai ini mempunyai jiwa yang besar dan tegar.

Buktinya, baru-baru ini Intan bersama beberapa selebriti tanah air terpanggil untuk menyahut cabaran dengan menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) menerusi program ‘Merakyatkan Tentera’ yang terkandung di dalam pelan transformasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan penuh teruja Intan berkata, keputusan untuk menyertai Askar Wataniah dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan dirinya.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota RAW, saya begitu teruja dan terus bersetuju.

“Selain mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar bahawa artis juga boleh menyertai RAW,” katanya.

Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata


PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.

“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

Harapan Wani


WALAUPUN baru mencecah usia 11 tahun, vokal Syazwani Sapari atau lebih dikenali sebagai Wani sangat mengagumkan dan tidak dinafikan Wani mampu mencapai not tinggi yang kebiasaan dinyanyikan oleh golongan yang lebih berusia darpadanya.

Buktinya, Wani beberapa kali memenangi tempat tiga teratas apabila beradu suara dengan peserta dewasa ketika sering memasuki pertandingan karaoke dan nyanyian kategori terbuka.

Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian mendorong Wani memasuki rancangan realiti televisyen terbitan Astro Ceria, Kamilah Bintang dan telah pun bergelar juara musim pertama.

“Saya yang mahu masuk ke program itu kerana saya memang meminati bidang nyanyian. Ibu juga selalu menyokong dan berkata tidak salah jika saya mahu mencuba. Keluarga banyak beri sokongan kepada saya,” bicara Wani yang mula menyanyi sejak berumur tujuh tahun.

Gelaran juara yang dimenangi memberikan Wani peluang muncul dengan album sulung yang diberi judul Wani terbitan Measat Broadcast Network System (MBNS).

“Kelahiran album Wani ini bukan sekadar mewarnai persada seni hiburan tempatan sebaliknya ia membuktikan artis kelahiran Kamilah Bintang mampu menjadi pelopor generasi pelapis industri muzik tanahair,” jelas pengurus saluran Ceria, Evon Koh.

Album mini yang memuatkan lima buah lagu iaitu Cintamu Bermakna, Sabar, Mengejar Bintang, Tra La La dan Teman Setia ini mendapat hasil sentuhan tiga komposer yang tidak kurang hebatnya iaitu Kunci Demak, Sham Kamikaze dan Shazee Ishak.

Menurut Evon lagi, konsep album mini Wani ini diberi sentuhan genre balada dan pop mengikut kesesuaian umur dan perwatakannya yang ceria.

Bukan itu sahaja, Wani juga cuba mengasah bakat di dalam bidang lakonan apabila terbabit dalam filem pertama lakonannya, Jidin Sengal. Wani yang memegang watak Piah sewaktu kecil tampil dalam lima babak sahaja dan dijangka menemui penonton pada Ogos ini. – NOOR ASHREEN ISMAIL

Harapan Wani


WALAUPUN baru mencecah usia 11 tahun, vokal Syazwani Sapari atau lebih dikenali sebagai Wani sangat mengagumkan dan tidak dinafikan Wani mampu mencapai not tinggi yang kebiasaan dinyanyikan oleh golongan yang lebih berusia darpadanya.

Buktinya, Wani beberapa kali memenangi tempat tiga teratas apabila beradu suara dengan peserta dewasa ketika sering memasuki pertandingan karaoke dan nyanyian kategori terbuka.

Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian mendorong Wani memasuki rancangan realiti televisyen terbitan Astro Ceria, Kamilah Bintang dan telah pun bergelar juara musim pertama.

“Saya yang mahu masuk ke program itu kerana saya memang meminati bidang nyanyian. Ibu juga selalu menyokong dan berkata tidak salah jika saya mahu mencuba. Keluarga banyak beri sokongan kepada saya,” bicara Wani yang mula menyanyi sejak berumur tujuh tahun.

Gelaran juara yang dimenangi memberikan Wani peluang muncul dengan album sulung yang diberi judul Wani terbitan Measat Broadcast Network System (MBNS).

“Kelahiran album Wani ini bukan sekadar mewarnai persada seni hiburan tempatan sebaliknya ia membuktikan artis kelahiran Kamilah Bintang mampu menjadi pelopor generasi pelapis industri muzik tanahair,” jelas pengurus saluran Ceria, Evon Koh.

Album mini yang memuatkan lima buah lagu iaitu Cintamu Bermakna, Sabar, Mengejar Bintang, Tra La La dan Teman Setia ini mendapat hasil sentuhan tiga komposer yang tidak kurang hebatnya iaitu Kunci Demak, Sham Kamikaze dan Shazee Ishak.

Menurut Evon lagi, konsep album mini Wani ini diberi sentuhan genre balada dan pop mengikut kesesuaian umur dan perwatakannya yang ceria.

Bukan itu sahaja, Wani juga cuba mengasah bakat di dalam bidang lakonan apabila terbabit dalam filem pertama lakonannya, Jidin Sengal. Wani yang memegang watak Piah sewaktu kecil tampil dalam lima babak sahaja dan dijangka menemui penonton pada Ogos ini. – NOOR ASHREEN ISMAIL

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000


SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.

Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.

“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

Pengalaman Jadi Ibu Ubah Hidup Nikki


KUALA LUMPUR: Penyanyi Nikki Palikat, 25, (Nikki) mengakui pengalaman bergelar ibu sejak tujuh bulan lalu telah banyak mengubah perspektif hidupnya.

Kata bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama ini, selepas melahirkan anak lelaki hasil perkahwinannya dengan komposer Audi Mok iaitu Liam Mok pada 27 Oktober tahun lalu, dia lebih senang untuk menyepikan diri seketika demi memberi tumpuan kepada anak sulungnya itu.

"Saya memang tidak aktif selepas melahirkan Liam pada Oktober lalu. Hampir tujuh bulan juga saya menolak banyak tawaran nyanyian kerana ingin menumpukan perhatian kepada Liam.

"Bukannya apa, selain memberikannya susu badan, saya juga tidak percaya pada orang lain untuk menjaga Liam. Kini Liam sudah tujuh bulan dan mula berdiri, barulah saya berani untuk aktif menyanyi semula," katanya.

Tambahnya, pengalaman menjadi ibu juga telah mengajarnya untuk berkompromi terhadap banyak perkara termasuklah soal masa dan kesabaran dalam menguruskan anak.

"Kalau dulu saya akan bangun tidur pada pukul 10 atau 11 pagi tetapi sejak ada Liam saya perlu bangun seawal 7 pagi kerana dikejutkan oleh tangisannya yang mahukan susu.

"Kebanyakan masa saya juga perlu diluangkan untuk Liam berbanding untuk diri sendiri, di mana sekarang saya tidak boleh lagi berdandan depan cermin lama-lama macam dulu.

"Banyak perkara yang perlu saya kompromi tetapi saya gembira dan bahagia dengan kelahiran Liam yang secara tidak langsung lebih mendisiplinkan saya," katanya yang menyusukan anaknya untuk menurunkan berat badan.

Nikki dan Audi berkahwin di Gereja St. Francis Xavier, di sini pada 27 Jun 2009.

Beralih ke kerjaya nyanyian, Nikki berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif selepas menemui seorang pengasuh yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya itu.

Sebagai permulaan, penyanyi lagu Caramu ini tampil dengan projek lagu duet berjudul Antara Kita dengan penyanyi Filipina, Jed Madela.

"Saya ingin kembali aktif dalam nyanyian tetapi ia bukan perkara mudah. Banyak perkara perlu diteliti iaitu pemilihan lagu dan genre yang bersesuaian agar ia segar dan bersesuaian dengan selera semasa.

"Mungkin selepas promosi lagu duet ini, saya akan mula mencari material baru untuk lagu single atau pun album mini," katanya.

Lagu duet tersebut dimuatkan dalam album terbaru Jed iaitu Between Us yang kini boleh didapati di cawangan Rock Corner.

Tony Eusoff Pengsan Kerana Stres Kerja


PETALING JAYA: Pelakon Tony Eusoff (gambar) pengsan gara-gara stres kerja ketika menikmati makan malam pada awal minggu lalu.

Dia sedang sibuk dengan latihan pementasan teater muzikal Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 hingga 24 Julai ini.

“Masa tu saya di luar dan baru lepas makan malam. Saya rasa bimbang kerana ini merupakan pertama kali saya pengsan.

“Pada Rabu lalu, saya sudah membuat ujian darah dan ujian elektrokardiogram (ECG). Saya bersyukur kerana keputusan ECG menunjukkan jantung saya normal. Cuma tekanan darah saya agak tinggi.

“Doktor kata mungkin kerana saya stres dengan kerja dan keputusan ujian darah akan diberitahu pada hujung minggu ini,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Tony masih memberikan komitmen kepada muzikal itu. Dia melakonkan watak Curtis Taylor Jr, seorang lelaki Afrika-Amerika yang dilanda diskriminasi di kalangan masyarakat kulit hitam sekitar era 1950-an.

“Disebabkan mahu menjayakan watak itu, saya terpaksa mewarnakan kulit saya menjadi hitam di spa.

“Saya juga perlu membuat kajian tentang sejarah revolusi masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat, asal-usul hip hop dan cara nyanyian serta tarian kaum ini untuk digunakan sebagai modal persembahan saya nanti,” katanya lagi.

Pelakon filem Akhirat ini menganggap lakonannya berjaya jika penonton tidak mengenali dirinya sewaktu dia melakonkan watak itu di atas pentas nanti.

“Kalau penonton tak tahu yang saya membawakan watak itu, lagi bagus kerana mereka mengenali Curtis kerana Curtis dan bukannya Tony Eusoff,” ujarnya.

Selain itu, dia bakal muncul dalam sebuah telefilem dalam talian berbentuk permainan interaktif terbitan syarikat produksi Singapura dan filem Indie berjudul Relationship Status.

Yuna tak melatah


BIARPUN sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna tidak melatah apabila namanya tidak tersenarai untuk pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) yang bakal berlangsung pada 15 Julai ini di Singapura.

Bagi Yuna atau Yunalis Zarai, semua itu adalah suratan yang sudah tertulis yang perlu diterimanya dengan hati terbuka.

Tidak mahu fokusnya terganggu kerana sedang menyiapkan album sulung yang masih belum ditentukan judulnya, Yuna yang berada jauh di perantauan menganggap mungkin tahun ini, APM bukan rezekinya.

“Apabila nama tidak tercalon, saya tidak berkecil hati sebaliknya mungkin bukan rezeki saya untuk tercalon dalam APM tahun ini.

“Terus terang saya katakan kepada Hits, walaupun timbul rasa kurang senang dengan cara penganjur membuka pencalonan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Saya kenalah terima dan hormat dengan keputusan mereka. Dan saya percaya, Allah itu maha adil.

“Insya-Allah, mungkin rezeki saya ditempat lain. Apa yang penting, saya harus terus berusaha dan jangan mengalah,” ujar Yuna yang album terbarunya akan dilancarkan September ini.

Tambah anak kelahiran negeri Jalapang Padi itu lagi, dia mempunyai sebab yang kukuh mengapa tidak menghantar nama untuk pencalonan APM.

Jelasnya, dalam kesibukan berulang alik ke Amerika Syarikat, dia tidak sedar bahawa borang pencalonan APM perlu sampai ke tangan penganjur dalam tempoh waktu tertentu.

“Mungkin sebab saya banyak berulang ke Amerika membuatkan saya terlepas pandang tempoh pencalonan yang dibuka.

“Lagi pun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pencalonan APM kali ini agak senyap dan tidak diuar-uarkan.

“Jadi, saya sendiri tidak tahu akan had waktu pencalonan. Sedar-sedar sudah ada senarai calon,” luah Duta Canon itu.

Katanya, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan artis seangkatannya yang tersenarai dalam APM tahun ini.

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka dan berharap kejayaan menggondol trofi APM menyebelahi mereka,” jelasnya.

Belum bersedia

DItinggalkan seketika topik pencalonan APM, Yuna tidak dapat lari daripada menjawab soalan tentang percintaannya dengan Qushairi Mohammed Razali atau Qi.

“Buat masa ini saya masih belum lagi memikirkan soal jodoh atau perkahwinan. Rasanya masih terlalu awal untuk saya memikirkan soal itu.

“Tumpuan saya adalah kepada kerjaya dan andai sampai jodoh yang telah ditentukan untuk saya kelak, saya mahu menjadi seorang isteri yang baik.

“Sebab itu saya perlu betul-betul bersedia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” ujar Yuna yang akan tampil dengan single terbarunya Ketakutan.

Katanya lagi, dia tidak pula meletakkan usia sasaran untuk menamatkan zaman solonya sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

Justeru, katanya, apabila sampai waktunya nanti, berkahwinlah dia seperti mana insan-insan lain di luar sana.

“Hubungan saya dengan dia masih lagi terlalu awal. Kami melalui proses berkawan untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

“Lagi pun, bukan senang untuk melalui asam garam hidup berumah tangga, sebab itulah saya ingin betul-betul bersedia sebelum menerima kehadiran seorang suami dalam hidup saya,” jelas Yuna yang telah menjelajah enam negeri di Amerika Syarikat bagi mempromosikan bakatnya di negara Uncle Sam itu.

Suami Berhenti Kerja Untuk Bantu Ning


KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi popular, Ning Baizura iaitu Omar Sharif Christopher Layton Dalton bertekad berhenti kerja bagi membantu melancarkan perjalanan kerjaya isteri tercinta.

Kata Ning, suaminya yang bekerja sebagai pengurus di bahagian pemasaran sebuah syarikat minyak dan galian itu kini menumpukan perhatian kepada strategi pemasaran album terbarunya berjudul Dewa dan konsert yang bakal diadakan Disember depan.

“Album Dewa baru sahaja berada di pasaran, saya bersyukur kerana suami saya mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama membantu mempromosikan album ini.

“Skop kerja dia masih sama seperti dahulu iaitu bahagian pemasaran cuma produk sahaja yang berbeza, jadi bagi saya dia lebih pakar untuk berbincang dan menyusun strategi pemasaran,” ujarnya.

Selain itu, Ning yang bakal mengadakan sebuah konsert pada 2 dan 3 Disember depan di KL Live Center kini sedang sibuk mencari penaja.

“Saya dan suami kini sibuk mencari penaja untuk konsert tersebut, seperti biasa masalah utama artis Malaysia bila nak buat konsert ialah tiada penaja.

“Buat masa sekarang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Bank Simpanan Nasional merupakan penaja utama, namun kami masih lagi mencari penaja yang sudi menaja konsert tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ning berkata album yang memuatkan lapan buah lagu itu juga merupakan buah tangan terbarunya setelah hampir lapan tahun menyepi.

“Peminat saya sudah lama menunggu album baru, kali terakhir ialah pada tahun 2004 menerusi album Pertemuan.

“Setiap lagu dalam album ini juga mempunyai makna tersendiri yang menceritakan tentang kisah hidup saya sepanjang menjadi anak seni,” katanya.

Tambah Ning, pemilihan tajuk album menggunakan nama Dewa adalah memberi makna sebagai cahaya baru dalam kerjaya nyanyiannya.

“Dewa bermaksud cahaya dalam bahasa Sanskrit iaitu cahaya baru bagi saya dalam perjalanan kerjaya.

“Dari segi genre lagu dan vokal yang baru dalam setiap lagu dalam album ini adalah mengikut perkembangan muzik masa kini,” katanya yang menerbitkan sendiri album tersebut.

Selepas Bercerai, Zul Huzaimy Enggan Fikir Soal Kahwin


KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun bercerai, pelakon Zul Huzaimy mengakui masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula.

Jelasnya, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerjayanya di samping menjalani hidup bersendirian.

"Selepas berpisah saya jalani hidup saya seperti biasa dan banyak menumpukan perhatian kepada kerja.

"Buat masa ini masih tiada sesiapa yang sesuai untuk menjadi isteri saya dan saya sendiri belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

"Apa yang pasti saya lebih banyak menumpukan perhatian dalam kerjaya dan menjalani hidup seperti yang telah ditentukan," ujarnya yang berpisah dengan Nor Dalilah Muhammad pada Julai 2010.

Selain itu, kata Zul dia masih mempunyai hubungan baik dengan isteri dan keluarga mertua biarpun kini sudah tiada sebarang ikatan.

"Saya masih lagi baik dengan bekas isteri dan keluarga mertua saya, pada saya hubungan itu tidak pernah putus sampai ke akhirat. Sebagai lelaki, saya masih lagi bertanggungjawab kepada mereka," katanya.

Tambah Zul, dia dan isteri sering bertolak ansur dari segi penjagaan anak, Awal Haziq yang kini berusia 5 tahun.

"Awal masih kecil dan belum lagi memahami situasi ini. Daripada segi penjagaan anak kami bertolak ansur dan berkongsi-kongsi menjaga dia," katanya.

Dalam pada itu, Zul yang menggantikan pelakon Adi Putra untuk pementasan teater Sri Mersing 2 mengakui sangat teruja apabila diberi peluang tersebut.

"Ini kali kedua mereka tawarkan saya untuk berlakon teater ini, semasa pementasan pertama dahulu saya terpaksa menolak kerana mempunyai komitmen lain.

"Ketika mereka hubungi dan tawarkan watak ini, saya terus setuju dan menolak tawaran-tawaran lain, kerana bagi saya watak dalam teater adalah suatu pencapaian bagi seorang pelakon," katanya.

Selepas Bercerai, Zul Huzaimy Enggan Fikir Soal Kahwin


KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun bercerai, pelakon Zul Huzaimy mengakui masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula.

Jelasnya, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerjayanya di samping menjalani hidup bersendirian.

"Selepas berpisah saya jalani hidup saya seperti biasa dan banyak menumpukan perhatian kepada kerja.

"Buat masa ini masih tiada sesiapa yang sesuai untuk menjadi isteri saya dan saya sendiri belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

"Apa yang pasti saya lebih banyak menumpukan perhatian dalam kerjaya dan menjalani hidup seperti yang telah ditentukan," ujarnya yang berpisah dengan Nor Dalilah Muhammad pada Julai 2010.

Selain itu, kata Zul dia masih mempunyai hubungan baik dengan isteri dan keluarga mertua biarpun kini sudah tiada sebarang ikatan.

"Saya masih lagi baik dengan bekas isteri dan keluarga mertua saya, pada saya hubungan itu tidak pernah putus sampai ke akhirat. Sebagai lelaki, saya masih lagi bertanggungjawab kepada mereka," katanya.

Tambah Zul, dia dan isteri sering bertolak ansur dari segi penjagaan anak, Awal Haziq yang kini berusia 5 tahun.

"Awal masih kecil dan belum lagi memahami situasi ini. Daripada segi penjagaan anak kami bertolak ansur dan berkongsi-kongsi menjaga dia," katanya.

Dalam pada itu, Zul yang menggantikan pelakon Adi Putra untuk pementasan teater Sri Mersing 2 mengakui sangat teruja apabila diberi peluang tersebut.

"Ini kali kedua mereka tawarkan saya untuk berlakon teater ini, semasa pementasan pertama dahulu saya terpaksa menolak kerana mempunyai komitmen lain.

"Ketika mereka hubungi dan tawarkan watak ini, saya terus setuju dan menolak tawaran-tawaran lain, kerana bagi saya watak dalam teater adalah suatu pencapaian bagi seorang pelakon," katanya.

Aishwarya Rai Hamil Anak Pertama


PASANGAN selebriti Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan sedang melalui saat-saat bahagia apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama.

Kehamilan Aishwarya Rai telah diumumkan oleh ayah Absishek, Amitabh Bachchan melalui akaun Twitter miliknya.

"Berita! berita! berita! Saya akan menjadi datuk. Aishwarya hamil... sangat bahagia dan tak sabar," tulisnya seperti dipetik dailymail.uk.

Dalam pada itu, Aishwarya yang diwawancara oleh David Letterman memberitahu tidak akan berpindah ke Hollywood biarpun namanya sudah dikenali di sana.

Dia yang telah membintangi beberapa buah filem di sana memilih untuk tinggal di India bersama keluarga tercinta.

Radhi (OAG) Mampu Solat Lima Waktu


PETALING JAYA: Penyanyi Radhi (OAG) yang sudah lima bulan berada di Rumah pengasih mengakui berjaya melakukan sembahyang lima waktu termasuklah berhenti menghisap rokok.

Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah.

“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.

“Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert ‘Radhi Back On Stage’ tidak lama lagi,” katanya.

Konsert tersebut akan diadakan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang pada 25 Jun ini, pukul 8.30 malam.

Paling menarik Radhi berkata dia seronok selepas berada di Pengasih kerana dia dapat kembali aktif bermain bola sepak kerana telah lama saya meninggalkan sukan itu.

Dalam masa yang sama dia turut berbangga apabila jadual waktunya lebih teratur, selalu mengerjakan solat dan tidur pada waktu yang awal.

“Saya rasa waktu tidur memberikan nikmat paling bermakna kepada saya kerana sebelum ini waktu tidur saya tidak menentu,” ceritanya.

Selain melalui kehidupan bermaknanya itu, dia yang masih kekal dengan kumpulan OAG, menubuhkan sebuah lagi kumpulan baru iaitu Outlet bersama-sama ahli-ahli Pengasih iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris).

“Seperti yang semua tahu, kumpulan OAG lebih kepada konsep remaja. Lagipun, saya bukannya remaja lagi.

“Untuk kumpulan baru ini, saya perlukan konsep yang berlainan dan lebih matang. Saya mungkin akan menghasilkan lagu alternatif yang lebih bercorak kerohanian seperti norma-norma hidup dan falsafah,” katanya.

Radhi berkata, sepanjang menghabiskan masa lima bulan di Pengasih, dia ada juga mencipta lagu dan membuat latihan nyanyian bersama-sama kawannya di situ setiap tiga kali seminggu.

Radhi kini hidup solo setelah bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif pada Jun 2010. Anak tunggal mereka Mohd Rifdhi Muslim, 6, tinggal bersama-sama Shazlin.

Ana Raffali Tidak Masam Muka Dengan Sohaimi


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali menjelaskan tiada sebarang perselisihan faham antara dia dengan penyanyi veteran Sohaimi Mior Hasan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Jelas Ana, hubungannya dan Sohaimi masih seperti dahulu, malah mereka akan bekerjasama sekali lagi dalam menghasilkan single terbarunya berjudul Sayang Abah.

"Saya tidak pernah berselisihan faham atau bergaduh dengan uncle Sohaimi seperti yang dituduh. Memang kami kadang-kadang tidak dapat menyanyikan lagu Kalau Berpacaran bersama kerana komitmen masing-masing, tapi tidak bermakna kami bermasam muka atau tidak profesional.

"Kami akan bekerjasama untuk ‘single’ terbaru saya berjudul Sayang Abah yang akan berduet bersama Ramli Sarip," ujarnya ketika ditemui di Malam Universal & Showcase 2011, di sini, Selasa.

Dalam laporan sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip, Ahad lalu, Ana dikatakan bermasam muka dengan pasangan duetnya, Sohaimi Mior Hassan apabila dia sering menyanyi bersendirian tanpa penyanyi tersebut.

Selain itu, dia juga dituduh sebagai kacang lupakan kulit apabila membuat keputusan keluar dari syarikat rakaman milik Aidid Alfian, Indah Karya Sdn Bhd.

Dia juga dikatakan tidak selesa dengan imej berbaju kurung serta tidak pandai bermain gitar.

Jelas Ana, dia tidak pernah keluar dari syarikat rakaman tersebut tetapi hanya pengurusan perjalanan kerjayanya sahaja diuruskan di bawah syarikat miliknya sendiri About The Letter A Sdn Bhd.

"Akar Karya masih menerbitkan lagu dan album saya. Saya hanya meringankan beban mereka dengan mengambil alih tugas Kak Zaza untuk menguruskan kerjaya saya sendiri.

"Bagaimanapun perkara itu bukan disebabkan perselisihan faham seperti yang dilaporkan akhbar tersebut.

"Segala keputusan yang dibuat selepas membuat perbincangan kedua-dua belah pihak, namun sehingga sekarang kami masih menerima nasihat dari pihak mereka," jelasnya.

Berikutan imej berbaju kurung, kata Ana, ia adalah keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri dan bukan paksaan daripada mana-mana pihak.

"Saya dikenali di YouTube dengan imej tersebut dan abang Aidid hanya beri cadangan untuk teruskan imej berkenaan.

"Secara jujur saya selesa dengan imej itu, namun saya tidak kata saya memakainya 24 jam sehari. Jika di luar saya juga mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan, tapi tidaklah seksi seperti yang mereka dakwa," katanya yang kesal dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

Nabil Rapat Dengan Pramugari, Nafi Sudah Merisik


PETALING JAYA: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 28, (Nabil) menyifatkan cerita terbaru yang mendakwa kononnya dia sudah merisik seorang pramugari bernama Zira untuk dijadikan isteri sebagai gosip semata-mata.

Kata finalis program Maharaja Lawak (ML) itu, sekiranya sesuatu cerita itu bukan datang daripada mulutnya sendiri, maka ia bukanlah suatu perkara yang sahih.

"Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.

"Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.

"Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu.

"Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang.

"Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut.

"Kalau ada perancangan hendak berkahwin, tentu saya kongsi dengan semua, buat apa hendak sorok perkara yang baik," katanya.

Beralih pula tentang persiapannya menjelang pentas akhir ML pada malam Jumaat, Nabil mengakui runsing apabila memikirkan bentuk persembahan terbaik untuk disajikan kepada para peminat.

"Menang atau kalah perkara kedua. Saya lebih risau memikirkan bagaimana caranya untuk memuaskan hati penyokong menerusi komedi saya.

"Lagi pun, saya sedar kedudukan saya pada masa ini bukan lagi menjadi peserta kegemaran ramai.

"Apa yang menjadi keutamaan menjelang pentas akhir ML malam esok adalah untuk mempersembahkan komedi dengan mengekalkan stail dan identiti saya," katanya yang mengakui menggalas harapan daripada banyak pihak.

Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir


PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.

Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.

"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.

"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.

"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.

"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita

Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.

Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.

"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.

Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).

Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.

Suki Tak Kisah Kongsi Hal Peribadi


KUALA LUMPUR: Bekas juara One In A Million, Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Wee, 22, tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadi menerusi lirik lagu kepada khalayak kerana menganggap ia merupakan satu perkara normal sebagai seorang selebriti.

Kata Suki, hal ini bukanlah isu besar kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada peminat yang mengetahui tentang pengalamannya terutama sekali melalui lagu-lagu yang dinyanyikan.

"Bagi saya, muzik adalah perkara realiti dan menerusi lirik yang dicipta, ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengar muzik tersebut.

"Malah kita boleh menjiwai sesebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan diri kita. Sebab itu mulai sekarang, saya mahu berkongsi tentang kisah hidup saya kepada umum dalam lagu saya " katanya.

Justeru, Suki bakal muncul dengan sebuah “single” lagu terbaru berjudul Terlalu Mencintaimu, mengisahkan tentang dirinya yang pernah mengalami kesukaran untuk melupakan bekas kekasih untuk jangka masa yang agak lama.

Lagu yang dihasilkan oleh Ajai dan liriknya ditulis oleh penulis Indonesia, Reji itu mengisahkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai teman lelakinya sehinggakan dia lupa dengan keadaan sekeliling dan sukar untuk menghapuskan kisah cinta apabila putus hubungan.

"Walaupun lagu ini bukan dicipta sendiri oleh saya, tetapi ia begitu dekat di hati kerana liriknya menceritakan tentang pengalaman hidup seorang wanita yang sukar melupakan bekas kekasihnya itu dan hal itu pernah berlaku dalam diri.

"Ketika membawakan lagu ini, saya percaya, hal ini juga pernah berlaku kepada wanita di luar sana," ujarnya.

Dalam pada itu, Suki turut mengekspresikan perasaan terhadap bapanya menerusi lagu dalam bahasa Mandarin yang dihasilkan sendiri olehnya berjudul A Song For You bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada Ahad lalu.

"Rasa seronok sangat apabila dapat meluahkan kata-kata yang terpendam menerusi lagu ini dan dia menyukai lagu tersebut. malah, berulang-ulang kali dia mendengarkannya," ujar Suki.

Sementara itu, Suki bakal mengadakan persembahan pada Festival KL 2011 bersama Najwa Mahiaddin, Datuk M Daud Kilau, One Nation Emcees dan Bahbola pada 2 Julai depan di Istana Budaya.

Norzizi Zulkifli Elak Jadi Pengarah Kerana Susu Badan


KUALA LUMPUR: Pelakon dan Penggiat Teater, Norzizi Zulkifli mengakui cuba mengelak daripada mengarah teater agar tidak mengalami kehilangan susu badan.

Kata Zizi, dia yang melahirkan anak ketiga enam bulan lalu memastikan dirinya tidak berada dalam keadaan tertekan apabila sibuk mengarah sesebuah teater.

"Pengalaman melahirkan anak kedua banyak mengajar saya agar tidak boleh terlalu stres kerana ia boleh menyebabkan kehilangan susu badan.

"Kebiasaannya kita boleh menyusukan anak sehingga berusia dua tahun. Kalau boleh saya mahu menyusukan mereka hingga dalam tempoh maksimum daripada menggunakan susu formula," katanya yang kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohd Armada, 4, Tulus Jiwa Ramadan, 2 dan Indah Hening Kasih, 6 bulan.

Kata Zizi, anak keduanya pernah mengalami sakit perut apabila cuba untuk mencampurkan susu badan dengan susu formula.

Dalam pada itu, kesibukannya sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dia terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah (PhD) kerana mahu memastikan anak-anak membesar.

"Saya memang merancang untuk sambung pelajaran ke luar negara sekali lagi tapi memandangkan anak-anak saya masih terlalu kecil.

"Sekarang pun susah untuk bahagikan masa. Kebiasaan mereka akan tunggu saya balik kerja untuk tidurkan mereka dan selepas itu barulah saya ada masa untuk saya membaca atau buat skrip," katanya.

Dalam pada itu, kemunculannya dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dianggap sebagai melepaskan gian berlakon semula.

"Kali terakhir saya berlakon pada tahun 2009, pelawaan menyertai sangat saya nantikan. Sebelum ini ketika teater Nyonya ini dipentaskan di Istana Budaya dahulu saya sudah terfikir untuk berlakon teater tersebut.

"Apa yang menjadi cabaran berlakon teater ini ialah saya sentiasa memikirkan tentang betul atau tidak, kadang kala saya terfikir lebih baik tidak tahu apa-apa tentang teater daripada belajar tentangnya," katanya yang kini merupakan pensyarah di Aswara.

Kontroversi Marsha Kahwin Hanya Gimik


PETALING JAYA: Kontroversi penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26, (gambar) yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah sekadar gimik yang dilakonkan dalam klip videonya.

Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.

"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Sebuah akhbar harian tabloid, Rabu, melaporkan bahawa penyanyi tersebut mengaku sudah berkahwin secara sembunyi pada Ahad lalu.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa pelakon drama Kum Kum The Series itu telah melangsungkan perkahwinan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Syada berkata, klip video tersebut sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan dikeluarkan di YouTube pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pihaknya juga berasa terkejut dan geli hati apabila isu berkenaan dijadikan sebagai kontroversi muka hadapan akhbar berkenaan.

Katanya, perkara itu timbul apabila Marsha secara bergurau menceritakan hal “perkahwinan” tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.

"Penggambaran untuk klip video tersebut sudah siap sepenuhnya hanya tinggal proses suntingan terakhir sahaja.

"Kami tak sangka ia menjadi persoalan banyak pihak mengenai kebenaran perkahwinan yang dilaporkan tapi ia sedikit sebanyak membantu kami untuk mempromosikan video klip tersebut," katanya sambil memberitahu penyanyi itu sedang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.

Wan Sharmila Fobia Kahwin Semula


KUALA LUMPUR: Kegagalan perkahwinan yang dilalui oleh pelakon Wan Sharmila Wan Muhammad, 30, telah memberi kesan yang mendalam apabila dia berasa fobia untuk berkahwin semula.

Menurut Wan Sharmila, penceraiannya dengan bekas suami, Fazli Bahrom pada 23 Oktober 2009 meninggalkan kenangan pahit dan hal tersebut membuatkan dia lebih selesa hidup solo selain mempunyai jadual yang padat.

"Diakui saya sedikit fobia dan belum berani untuk mendirikan rumah tangga buat masa sekarang kerana kegagalan rumah tangga yang dibina sebelum ini memberi keraguan untuk saya berkahwin buat kali kedua.

"Sampaikan apabila melihat rakan-rakan yang baru hendak berkahwin membuatkan saya pula yang rasa takut dengan perkahwinan mereka itu," katanya.

Tambah Wan Sharmila, memegang status janda tidaklah berat untuk ditanggung seperti yang diperkatakan ramai kerana sehingga hari ini dia tidak pernah merasakan dirinya pernah berkahwin dan pernah bercerai.

Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk berkahwin semula jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan seorang lelaki yang sesuai dengannya.

"Walaupun mempunyai perasaan fobia, sebagai seorang perempuan sudah semestinya saya mahu memiliki seorang suami yang boleh membimbing saya dan pada masa sama saya juga teringin untuk memiliki zuriat.

"Cuma sekarang ini saya belum mempunyai teman lelaki walaupun ada yang cuba datang untuk mendekati saya. Sekarang ini, karier adalah fokus utama," ujarnya yang membintangi drama “Si Jundai” yang disiarkan pada Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang, menerusi slot Legenda, TV3.

Ketika ditanya adakah pelakon itu akan kembali bersama bekas suaminya, pelakon wanita itu memberitahu lebih selesa jika hubungan mereka sekadar berkawan sahaja.

Nabila Huda Tak Percaya Bomoh


KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda menganggap seseorang yang mempercayai bomoh adalah satu perbuatan yang karut.

Nabila berkata, kepercayaan segelintir masyarakat yang menganggap bomoh mampu mengetahui perkara yang berlaku di alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara adalah perkara yang pelik.

"Saya tetap tidak mempercayai bomoh walaupun ada beberapa rakan saya mendakwa terkena 'buatan orang' tetapi saya tetap menganggap ia satu kepercayaan yang karut dan saya tidak mempercayainya. Saya juga enggan mengambil tahu tentang kemahiran seseorang bomoh," katanya.

Tambah Nabila, walaupun begitu anak kepada Amy Search ini masih lagi mempercayai perkara-perkara berkaitan makhluk halus.

"Dalam Islam sudah tertulis bahawa wujudnya makhluk halus dan saya mempercayainya.

"Tetapi saya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh membuatkan saya berimaginasi benda-benda yang menakutkan" ujarnya.

Walaupun tidak mempercayai khidmat bomoh, hal itu tidak menjejaskan untuk Nabila menghayati watak sebagai seorang pelajar kolej yang mempunyai ilmu dukun menerusi drama baru, “Si Jundai”, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Kata Nabila, dalam drama tersebut dia melakonkan watak sebagai Desi, yang mempunyai jiwa hasad dengki dan dendam yang tebal dan cuba menggunakan ilmu bomoh yang diwarisi daripada keluarganya menghancurkan hidup adiknya sendiri.

"Watak Desi yang memiliki ilmu mengubati pesakit sememangnya mencabar buat saya yang tidak mempercayai perkara tahyul itu.

"Bagaimanapun, saya berjaya melakukannya dan ia merupakan sebuah watak yang sukar untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi saya perlu menghafal beberapa mantera yang bunyinya kedengaran sedikit pelik," selorohnya.

Drama yang bakal disiarkan pada Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang, menerusi slot Legenda itu turut dibarisi pelakon Azam Pitt, Wan Sharmila, Faralyna dan Tasha Shilla.

Zul Ariffin Tidak Lagi Dibayangi Abby Abadi


PETALING JAYA: Pelakon Zulkifli Ariffin, 25, yang suatu ketika dahulu sering dikaitkan dengan pelakon Abby Abadi kini boleh menarik nafas lega apabila tidak dibayangi dengan pelakon wanita itu lagi.

Kata pemuda yang dikenali dengan nama Zul ini, dia semakin selesa bergerak di dalam industri seni tanpa dipalit dengan gosip cinta sebaliknya berdiri di atas bakat yang ada.

“Alhamdulillah, sekarang ada juga orang yang nampak bakat saya. Tetapi saya masih belum berpuas hati dan akan berusaha lebih gigih selepas ini.

“Daripada awal saya ceburi bidang seni ini, memang saya sudah tanamkan azam untuk menonjolkan bakat dan bukannya naik dengan ‘isu’ yang tidak boleh menjaminkan apa-apa,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya yang sedang menjalani penggambaran drama Hilang untuk TV9: “Saya nak bekerja dan bertahan lebih lama dalam bidang ini, jadi saya perlu tunjukkan kebolehan dan bakat tersendiri serta melakukan yang terbaik.

“Saya akui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan tetapi tidak nafikan Abby Abadi merupakan antara orang yang banyak menolong dan menyokong saya daripada belakang.”

Seperti diketahui, hubungan dia dan Abby bukan lagi menjadi rahsia ramai. Bagaimanapun, dia enggan terlalu menghebohkan tentang hubungan itu kerana masanya akan tiba andai ada jodoh di antara mereka.

"Saya tak nak sorok tentang hubungan kami tetapi kalau boleh tidak semua perkara saya boleh kongsi kerana bimbang orang akan bosan," jawabnya ringkas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails