Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Awi Rafael dan Shasha Saidin intim

Sebelum ini gosip bertebaran berkenaan hubungan intim yang berlaku di antara Shasha Saidin dan Awi Rafael namun begitu Awi Rafael awal lagi sudah menepis gosip tersebut. Mendengar dari kenyataan Shasha, dia memberitahu bahawa hubungan dengan Awi Rafael masih lagi di fasa berkawan dan apabila ditanya soal jodoh. Shasha memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada takdir. Memberitahu Awi Rafael seorang lelaki yang baik, matang, bijak dan sangat berpengetahuan di dalam bidangnya membuatkan mereka senang bercerita sebagai kawan. Namun begitu dia tidak menolak jika suatu hari dia dijodohkan dengan Awi kerana masing-masing solo. -rotikaya

Aksi manja Kilafairy bersama seorang lelaki

Berberapa minggu lepas nama pelakon Kilafairy menjadi bualan ramai kerana gambar kontroversi dia memakai baju tanpa seluar tersebar di internet. Isu berkenaan terus menjadi bualan dan liputan luas para blogger dan juga akhbar. Dengan tersebarnya gambar itu nama pelakon Kilafairy terus melonjak naik dan di kenali ramai. Selepas gambar yang kontroversi itu di muat naik, kini Kilafairy memuat naik gambar aksi manja dia bersama seorang lelaki. Kelihatan Kilafairy telah memanjat naik diatas belakang lelaki tersebut kerana alasan takut pacat. Tindakan spotan artis yang digelar Angelina Jolie itu hadir selepas terlalu takut digigit pacat. Rata-rata peminat Kilfairy ketawa terbahak-bahak kerana mereka tahu pacat memang tiada di ladang kelapa sawit yang lapang. Biasanya, pacat hanya hidup di tempat yang agak teduh, lembap dan berair. Berdasarkan gambar terbabit jelas kelihatan bahawa lokasinya adalah di ladang kelapa sawit.
Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang sanggup mendokongnya. Jangan salah faham pula ye! Lelaki tersebut adalah ayah kepada pelakon Kilafairy. Jelas kelihatan kemesraan antara ayah dan anak perempuannya. Beruntung sungguh ayah Kilafairy mendapat seorang anak yang sangat manja dan juga cantik.

Pegang amanat arwah ayah - Shiha

PERJALANAN seni Shiha sebagai penyanyi bukan baru. Dia mula menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan seperti Akademi Fantasia 3 (AF3) dan Mentor beberapa tahun lalu. Sayangnya, dalam kesemua pertandingan itu nasib belum menyebelahinya. Dia antaranya cuma sekadar menjadi peserta dalam Konsert Prelude AF3 dan naib juara dalam Mentor musim kelima hasil didikan biduanita Datuk Sharifah Aini. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi. Malah, selepas menyertai Mentor 5, semangatnya untuk menjadi penyanyi sepenuh masa semakin berkobar-kobar. Sebab itu, tidak hairanlah Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir sanggup meninggalkan bidang pelajaran semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu. Menurut Shiha dia bukan sahaja bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang berjaya, tetapi ia turut didorong oleh arwah bapanya yang begitu teringin mahu melihatnya berjaya dalam bidang tersebut. "Pembabitan saya dalam bidang nyanyian banyak didorong oleh arwah bapa. Dialah yang banyak mengajar saya dalam bidang nyanyian. Arwah banyak mengajar saya teknik menyanyi terutama dalam lagu-lagu asli. "Saya masuk pertandingan seperti AF3 juga atas dorongan arwah bapa. Sayangnya, arwah tidak sempat melihat kejayaan saya sebagai penyanyi. Dia meninggal dunia pada 2008 kerana serangan sakit jantung. "Ketika dia meninggal dunia di Pulau Pinang, saya berada di Kuala Lumpur kerana bekerja menjadi penyanyi sepenuh masa," katanya semasa di temui pada majlis rumah terbuka rancangan Bersamamu terbitan TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Jelas Shiha, disebabkan kesungguhannya mahu menjadi penyanyi, dia sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tidak lama dulu. Kata penyanyi bersuara lantang ini, dia tidak menyesal dengan keputusan itu, sebaliknya yakin nasib akan menyebelahi asalkan terus komited dalam bidang yang penuh dengan cabaran tersebut. "Sewaktu mula menyertai AF3 usia saya baru sahaja 18 tahun dan baru habis belajar. Saya kemudiannya dapat tawaran belajar di USM dalam bidang sukan tetapi menolak kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. "Walaupun tidak berjaya ke final AF3 tetapi saya tidak putus asa dan menyertai Mentor 5 dengan mendapat tempat kedua yang mana itu adalah pencapaian terbaik saya setakat ini," ujarnya.

Astrid pentingkan susu badan untuk anak

JIKA ada sesetengah penyanyi yang mencuba lapangan seni lakonan selepas sukses dalam karier muzik, tetapi lain pula dengan penyanyi seberang yang popular dengan lagu Tentang Rasa, Astrid Sartiasari atau Astrid. Penyanyi berusia 31 tahun itu belum berani untuk berkecimpung dalam dunia lakonan biarpun tawaran tidak putus-putus hadir untuknya. Kata Astrid: “Saya belum berani untuk berlakon. Bagi saya berlakon itu bukan mudah. Mungkin harus ke sekolah (belajar berlakon) dulu.” Kata-kata itu diluncurkan Astrid kepada Kosmo! ketika di tanya pada majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Bicara Astrid lanjut, katanya, sejak popular menerusi lagu Tentang Rasa, dia menerima banyak tawaran berlakon. Begitupun, dia masih belum berani menerimanya kerana berasakan tidak berbakat dalam bidang lakonan. Ungkapnya, biarlah dia hanya fokus kepada dunia nyanyian yang dicintanya dulu tanpa mencuba bidang lain seperti bidang lakonan mahupun pengacaraan. Sedih Melihat pada bentuk badannya yang kembali ramping selepas melahirkan anak sulungnya, Alec Djuara Djoewarsa, lapan bulan, pada 24 Disember 2012, Astrid mengakui tidak mengamalkan diet yang ketat. “Sebenarnya saya masih ingin menurunkan berat badan. Berat asal saya sebelum mengandung adalah 47 kilogram, tetapi selepas melahirkan anak adalah 49 kilogram. Saya tidak berdiet ketat cuma mengurangkan pengambilan nasi,” jelasnya yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 17 kilogram selepas naik 64 kilogram ketika mengandungkan Alec lapan bulan lalu. Ujar Astrid lanjut, dia juga masih memberi sepenuhnya susu badannya kepada Alec dan berharap agar dia dapat berbuat demikian sehingga anak lelakinya itu berusia dua tahun. Mengakui agak sedih kerana stok susu badannya semakin berkurangan di peti ais, Astrid bagaimanapun masih berterusan mengepam susunya jika perlu ke keluar negara. “Sewaktu awal kehamilannya dahulu, stok susu badan ada berpuluh-puluh botol, tetapi kini semakin berkurangan. Bagaimanapun, saya tetap pastikan jika keluar negara saya mengepam susu agar Alec sentiasa mempunyai susu yang mencukupi,” ujarnya dengan semangat. Konsert Kedatangan Astrid ke Malaysia selama tiga hari itu adalah untuk mempromosikan single kedua untuk album baharunya iaitu Mendua. Tuturnya, single Mendua itu turut digunakan sebagai lagu tema dalam drama, Diandra, lakonan Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza. Mengulas mengenai album baharunya, kata Astrid, ia bakal dipasarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia pada bulan Okotber ini. “Album itu merupakan album kedua saya di Malaysia, manakala di Indonesia ia merupakan album ketiga saya,” ungkapnya yang berharap single keduanya itu diterima peminat Malaysia sama seperti lagu Tentang Rasa. Astrid yang masih setia menggunakan khidmat komposer Ade Govinda untuk single Mendua memberitahu, terdapat sebanyak 11 buah lagu di dalam album baharunya itu. Disoal sama ada dia berhasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia suatu hari nanti, dengan senyuman Astrid mengakui hasrat tersebut sudah lama dipendamnya. Katanya: “Sudah lama saya teringin mengadakan konsert mini di Malaysia. Jika tiada aral, hasrat itu akan menjadi realiti pada bulan Oktober ini sempena pelancaran album kedua saya nanti.”

Lisa mohon orang ramai tweet perkara positif

MENJADI seorang selebriti, lebih-lebih lagi jika popular bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana, segala perilaku diperhatikan dan jika ia tidak disenangi oleh orang di sekeliling, mereka akan dikritik. Perihal yang sama juga terjadi kepada setiap individu. Bagi pelakon jelita Lisa Surihani, dia juga mengakui tidak terlepas dikritik peminat menerusi muat naik status di laman sosial Facebook atau Twitter. Begitu juga jika dia memuat naik gambar menerusi akaun Instagramnya, @lisasurihani23. Bagaimanapun, isteri kepada pengarah Yusry KRU itu melihat setiap apa yang berlaku dalam hidupnya daripada sudut positif. Bahkan, tutur Lisa, sikap positif yang diamalkannya itu diperoleh menerusi penglibatannya dalam kempen-kempen amal yang berbentuk positif. “Saya pernah mendapat kritikan, malah dimarah oleh peminat apabila memuat naik status Selamat Menyambut hari Natal kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan. Saya terkejut dan pelik kerana bagi saya ia sekadar ucapan. Tiada niat untuk menyambut perayaan tersebut. Saya juga pernah memuat naik gambar dan menerima kritikan mengenai gambar yang dimuat naik. “Itu pentingnya kempen-kempen yang menyalurkan mesej-mesej positif ini dilancarkan agar setiap orang dapat membuang sikap negatif dan menerapkan pula sikap positif dalam diri,” jelas Lisa ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Hari Merdeka Astro di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengulas lanjut, kata Lisa, sejak kebelakangan ini juga banyak isu perkauman yang timbul dan ia boleh menyebabkan perpecahan antara kaum. Luah Lisa, masyarakat harus membuka mata dan menyedari isu tersebut boleh memberi kesan pada perpaduan kaum.
“Saya memohon agar setiap orang menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Saya sendiri memiliki darah Cina, India dan Bugis dan bila perkara ini terjadi, ia menyedihkan. “Saya seorang yang sentiasa bersikap positif. Disebabkan itu jika ada aktiviti atau kempen yang positif, saya akan berada di hadapan untuk menyokong,“ luahnya. Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut, Lisa juga memohon agar semua orang dapat memuat naik status positif di laman sosial Twitter masing-masing dengan menggunakan hashtag #gobeyond. Ujarnya, orang ramai boleh memuat naik status seperti ‘Mari Membersihkan Kuala Lumpur’, dan jika status tersebut dimuat naik oleh ramai orang perkara itu akan direalisasikan. “Bukan sekadar memuat naik status yang baik tetapi kita dapat merealisasikannya,” ujar Lisa lagi. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro melancarkan kempen #gobeyond dan #urmalaysianisshowing dan pelancaran muzik video bertajuk Excuse me Sir, your Malaysian is Showing. Melalui kempen itu, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial masing-masing.

Isu Baju Ketat, Dimaki: Fida Ibrahim Tak Salahkan Peminat

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap. Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.
"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya. "Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu. "Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh. Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.
Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang. Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi. -mD

Saya telah disabotaj rakan sendiri - Aweera

USIANYA baru sahaja mencecah 22 tahun, tetapi vokalis kumpulan Mojo, Aweera berhadapan dengan pengalaman pahit apabila telah diisytiharkan muflis. Perkara berkenaan tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu, malah pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham turut mengakuinya. Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut. Tegasnya, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak. Kosmo!: Kalau tidak keberatan, boleh Aweera jelaskan dengan lebih lanjut berhubung pengisytiharan muflis tersebut? AWEERA: Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan. Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan. Apakah tujuan Aweera membuat pinjaman? Rasanya ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika saya berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan. Adakah Aweera telah ditipu oleh mana-mana pihak sehingga tidak mampu membuat bayaran dan diisytiharkan muflis? Semasa bekerja dahulu tidak dinafikan memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Saya akui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri. Adakah masalah ini telah menjejaskan karier Aweera selaku seorang penyanyi? Apabila ramai yang sudah mendapat tahu mengenai perkara ini terdapat sedikit tekanan yang saya rasai, terutamanya ada yang telah bertanya mengenainya. Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, saya lebih fokus kepada kerja. Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat dan berharap semuanya dapat diselesaikan. Adakah pihak KRU Studios turut campur tangan dengan masalah yang dihadapi Aweera? Memandangkan ini merupakan masalah peribadi saya sendiri, mereka langsung tidak masuk campur. Namun begitu, mereka telah menasihati saya supaya mencari jalan terbaik dan tenang berhadapan dengan segala cabaran yang dilalui ini. Bagaimanakah pula dengan perkembangan Aweera bersama Mojo sekarang? Ketika ini kami baru sahaja selesai merakamkan lagu runut bunyi untuk filem Vikingdom yang berjudul Dark Clouds. Lagu hasil ciptaan Edry dan Yusry Abdul Halim itu boleh dikatakan single terbaharu Mojo selepas Andaiku Bercinta Lagi.

Shuib (Sepahtu) Puji Sikap Jepp Tidak Lupa Diri

Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui tersentuh dengan keperibadian rakan kumpulannya iaitu Jepp yang sentiasa bersikap rendah diri dan tidak lupa mengingati asal-usul mereka. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, Jepp sering menasihatkan dirinya tentang kehidupan sebagai artis hanyalah satu kerjaya untuk mereka mencari rezeki semata-mata. "Secara jujurnya saya tersentuh dengan keperibadian Jepp yang sentiasa beringat tentang keluarga di kampung. "Apa pun kerjaya yang dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi kerana tanggungjawab terhadap ibu-bapa dan adik-adiknya. "Dia juga tidak pernah belanja berlebih-lebihan, berhibur atau beli barangan yang mahal-mahal," katanya kepada mStar Online. Tambah Shuib, sejak bergelar artis, Jepp antara orang yang banyak menegurnya tentang tanggungjawab kepada keluarga dan agama. "Saya suka perjalanan hidup dia yang teratur, dia juga selalu nasihatkan saya tentang kewajipan melakukan sembahyang dan puasa. "Dia kata, selagi kita berada di landasan yang betul, kita boleh berjaya," katanya. Shuib berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dan rezeki sahabatnya itu. "Saya bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang, rezeki dia juga semakin bertambah, pada saya dia adalah contoh artis yang baik," katanya.

Aiman Hakim Tepis Gosip Dikongkong Nur Fathia

Pelakon Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu. Aiman, 23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu. "Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama. "Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon. Tambah Aiman yang popular melalui drama bersiri Vanilla Coklat, dia ada mendengar khabar angin tersebut tetapi enggan melayan perkara remeh yang tidak berkaitan dengan hal kerja.
"Fathia ada beritahu saya tentang hal ini, saya anggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi saya terhadap lakonan. "Biarlah orang mahu cakap apa-apa pun kerana sudah terlalu ramai orang yang bercakap tentang kami. Kalau saya cakap ya atau tidak pun, ia tidak penting bagi mereka," katanya. Ditanya tentang hubungan cinta mereka, Aiman bagaimanapun tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada umum. "Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat," katanya. Bagaimanapun, Aiman mengakui sejak dikaitkan dengan percintaan ini, dia menerima banyak tawaran berlakon bersama aktres tersebut. "Ya, mungkin kerana keserasian kami dalam drama membuatkan kami sering mendapat tawaran bersama selepas drama bersiri Diandra, telefilem Jodoh Jodoh untuk TV9 dan ada tawaran yang masih dalam pertimbangan," katanya.

RAGAM ANAK TOMOK

Comel dan manja! Begitulah gambaran mengenai anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid yang kini makin besar dan berusia satu tahun tiga bulan. Iyalah... mana tak manja, bila Arrianshah asyik dibelai dan dimanjakan oleh Tomok? Anak sulunglah katakan!

CINCIN 'TUNANG' QI & NELYDIA?

Bukan cincin tunang, tetapi ia dihadiahkan oleh Qi Razali sempena hari lahirnya. Demikian penjelasan Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, mengenai gosip percintaan dengan pengacara yang pernah putus cinta dengan Yuna itu. Malah sebelum ini ada pihak yang menyalahkan Nelydia sebagai orang ketiga yang didakwa menjadi punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun ia dinafikan sendiri oleh Qi dengan alasan punca utama perpisahannya adalah disebabkan jarak yang berjauhan dan ia tiada kaitan dengan Nelydia.
"Cincin itu dihadiahkan oleh Qi sempena hari lahir saya. Ia tidak bermaksud apa-apa, selain hadiah semata-mata. "Kami tidak dapat meraikannya bersama kerana Qi terlibat dengan penggambaran di Argentina. Jadi cincin ini diberi sebagai ingatan," ujar Nelydia sebagai berkata. Bila ditanya apakah benar mereka bakal mendirikan mahligai bahagia, jawab Nelydia dia masih dalam proses mengenali hati budi. Bagaimanapun, dia mengakui semakin selesa bersama Qi meskipun terlalu awal untuk mengetengahkan soal perkahwinan.
"Buat masa ini, saya belum bersedia dalam memikirkan soal perkahwinan kerana banyak yang perlu saya fikirkan untuk menjadi seorang isteri. "Perkahwinan bukan perkara yang mudah, banyak lagi yang perlu saya belajar. Namun sekiranya sudah sampai jodoh saya bersama Qi, saya akan terima," jawab Nelydia sama seperti jawapan artis-artis lain yang mengambil jalan selamat. Selanjutnya Nelydia mengakui sikap sikap Qi yang memahami serta mengambil berat tentang dirinya itu membuatkannya tertarik. Katanya Qi tidak pernah mengongkongnya, malah dia juga banyak memberi semangat dan nasihat.
"Dia juga sangat menghormati apa yang saya lakukan," katanya yang sebelum ini popular melalui drama Spa Q. Selanjutnya, Nelydia mengakui dia tidak mahu media terlalu menyiarkan kisah cintanya itu dan cukuplah masyarakat dah tahu yang mereka bercinta. Katanya dia lebih selesa sekiranya media melaporkan kerjaya mereka berbanding kisah peribadi. Jelas Nelydia, usianya masih muda dan banyak perkara yang ingin dilakukan. Selain karier, dia juga harus membahagikan masa untuk pembelajaran. "Memang cabaran besar untuk saya membahagikan masa berlakon dan juga belajar. "Saya risau sebenarnya tentang pembahagian masa kerana banyak komitmen saya setiap hari, kalau boleh saya ingin memberi fokus utama terhadap pelajaran. Namun saya harap segalanya dipermudahkan," jelasnya kepada media.

Sasha Jawab Gosip Intim, Rancang Kahwin Dengan Awi Rafael

Baru-baru ini timbul gosip kononnya Sasha Saidin kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan pelantun lagu Bila Aku jatuh Cinta, Awi Rafael. Biarpun sebelum ini Awi pernah membidas gosip itu, namun desas-desus mengatakan hubungan mereka serius dan sedang merancang untuk berkahwin. “Sebenarnya kami hanya sekadar kawan. Saya pun baru mengenali Awi ketika kami sama-sama menyertai sebuah program amal di Johor pada bulan Ramadan lalu. Dari perkenalan itulah, kami terus berkawan. Awi mempunyai projek ‘girl band’ yang konsepnya sama seperti kumpulan Elite. Jadi dia meminta pendapat dan buah fikiran saya mengenai projek tersebut,” jelas Sasha yang turut mengakui pernah keluar bersama Awi tetapi turut disertai kawannya yang lain Ketika diusik dengan pertanyaan adakah Awi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya, Sasha ada penjelasan tersendiri mengenai perkara tersebut. “Saya belum mengenalinya dengan lebih rapat, kami sekadar teman. Tapi secara umum, saya melihat yang Awi ini seorang lelaki yang matang, bekerja keras, genius dan dia sangat berbakat dalam bidang yang diceburinya iaitu bidang muzik. "Dia juga sangat banyak membaca dan sangat seronok untuk berbual bersamanya sebagai seorang kawan. Lagipun saya baru sahaja kenal dia ketika bulan puasa yang lalu. Syawal pun belum habis lagi,” seloroh ahli kumpulan Elite ini lagi. Ketika ditanya adakah Sasha menerima jika jodohnya bersama Awi, Sasha menyerahkannya semua kepada takdir. “Semuanya di tangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Sekiranya perkara ini betul-betul terjadi, apa yang penting ialah saya ‘single’ dan dia pun ‘single’. Jadi kami masing-masing tidak mempunyai komitmen dengan orang lain. Awi seorang jejaka yang baik, matang dan berkerjaya. Tapi apa yang bakal berlaku nanti, semuanya terletak di tangan Allah. Tapi kini saya cuma berkawan dengan dia,” cerita Sasha lagi. sumber : Gua.com.my

Kilafairy mahu buang label seksi

PERTENGAHAN bulan Ramadan lalu pelakon dan penyanyi muda, Kilafairy berdepan cemuhan dan cacian daripada peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik di Instagram miliknya, @kilafairyofficial. Dia hanya memakai sehelai baju putih bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian miliknya, Rack. Setelah mendapat kritikan panas daripada peminat, Kilafairy, 21, akhirnya mengeluarkan gambar tersebut beberapa hari selepas itu. Menerusi akaun Instagram Kilafairy juga, beberapa buah video menampilkan aktor dan model dari Indonesia, Hardy Hartono turut dimuat naik lantas menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar berkawan. Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan sempena majlis pelancaran kapal dredger Inai Kenanga di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini mendapatkan maklum balas daripada pelakon drama Saiful Nita itu. Kosmo!: Ramadan lalu, Kilafairy telah memuat naik sepotong video belakang tabir promosi butik Rack dalam aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Apakah penjelasan anda? KILAFAIRY: Benar, video itu adalah penggambaran belakang tabir untuk butik Rack yang diusahakan saya bersama kakak. Saya menafikan bahawa saya tidak pakai seluar, sebaliknya saya memakai legging berwarna coklat. Jika ada pihak yang tersinggung atau sakit hati atas tindakan saya yang tidak disengajakan itu saya minta maaf. Apakah impak yang diterima Kilafairy daripada video yang mendapat kritikan kurang sopan pada bulan Ramadan itu? Saya telah mengeluarkan video itu daripada Instagram saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin untuk tujuan promosi butik Rack saya akan menggunakan model saja. Itu lebih selamat. Tidakkah dengan kontroversi itu akan menjejaskan butik Rack secara tidak langsung? Ini pertama kali timbul cerita kurang manis yang membabitkan saya dan butik Rack dan ini pertama kali saya membuka mulut mengulas situasi berkenaan. Saya tidak rasa perkara ini akan menjejaskan Rack dan pelanggan biasanya akan memfokuskan produk saya bukannya saya. Biasanya yang mencari gosip saja yang memfokuskan bahagian lain. Terpulang atas apa yang masyarakat fikirkan.
Kilafairy digelarkan simbol seks, apakah komen anda? Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa. Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang. Menerusi akaun Instagram juga Kilafairy ada memuat naik gambar dan video yang menampilkan Hardy Hartono. Apakah hubungan kalian sebenarnya? Sudah dua tahun kami berkawan rapat dan tidak bercinta pun. Jika dia datang ke Kuala Lumpur dan kebetulan saya ada kelapangan waktu apa salahnya untuk berjumpa. Tapi kalau sudah jodoh antara kami berdua saya tidak menolak. Mengenai video terbaharu, saya akui kami ada berjumpa di Pavilion ketika dia berada di sini untuk penggambaran filem Sindiket. Sekerap manakah anda berhubung dengan Hardy sekiranya anda berjauhan dan adakah anda pernah melawat Hardy di Jakarta, Indonesia? Kami hanya berhubung melalui BBM (BlackBerry Messenger) dan saya pernah sekali berjumpa dia di Indonesia. Itu pun kebetulan temankan mama ke sana untuk membeli-belah. Apakah kualiti yang ada pada Hardy sehingga membuatkan Kilafairy selesa untuk bersamanya? Mungkin kerana usia dia yang sudah 30-an dan menampakkan dia seorang yang matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Dia juga banyak berkongsi hal karier. Bagaimanakah pandangan mama (Rohana Jalil) mengenai hubungan Kilafairy dan Hardy? Dia menerima apa saja keputusan saya walau bukan dengan Hardy sekali pun. Katanya selagi saya gembira, dia terima keputusan saya atau adik-beradik kami lain.

Anak-anak Terbuka Tentang Imej Pelik Didie Alias

. Setiap kali menghadiri sesebuah acara hiburan, pelakon Didie Alias tidak pernah gagal mencuri perhatian ramai menerusi penampilan imej pelik yang selalu digayakan sehingga beliau lekat dengan jolokan 'Lady Gaga Malaysia'. Bercakap kepada Kosmo!, biarpun selalu dicerca dan dikritik segelintir peminat yang kurang gemar dengan caranya itu lebih-lebih lagi diusia Didie yang mencecah 40 tahun. Namun ibu kepada lima cahaya mata ini menyatakan anak-anaknya merupakan pihak yang paling banyak mempertahankan dirinya. Didie juga menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk menampilkan pelbagai kelainan serta mahu meninggalkan kenangan tersendiri buat dirinya dan para peminat. "Tidak semua acara saya perlu tampil dengan imej pelik. Semuanya perlu bergantung kepada tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. "Selepas itu, barulah saya akan berbincang dengan pereka fesyen serta jurumekap tentang penampilan yang akan digayakan supaya tidak nampak terlalu pelik dan melampau," ujarnya. Sehingga kini Didie memiliki empat orang cahaya mata perempuan dan seorang lelaki iaitu Nurdhaniyah, 20, Muhammad Dhanial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Dayini Ahza, 15, dan Nur Diyana, 14, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Foto: Alif Satar Tayang Gambar Dipeluk Gadis Australia

Agak lama juga tidak mendngar perkembangan terbaru penyanyi dan pengacara ini. Tapi sejak beberapa hari lalu, nama Alif Satar menjadi bualan hangat ramai ekoran gambarnya dengan seorang wanita Mat Salleh yang tersebar di internet. Siapakah gadis itu? Kekasih Alif? Apa yang pasti gambarnya bersama gadis tinggi lampai ala model yang dikenali sebagai @laurenmitchell43 itu dirakamkan di Sydney, Australia dan dimuat naik sendiri oleh Alif di laman Instagramnya. Malah ada juga gambar mereka berpelukan. Menerusi gambar berpelukan dengan gadis itu, Alif telah menulis caption : Gadis gadis cun ni bawak Alif pusing Sydney @laurenmitchell42 @yasminjadekassim 31hb Ogos ni.. Saksikan '24 jam'... 9 malam di Astro Ria.. Dalam sebuah portal hiburan menyebut, Alif terlibat sebagai pengacara bagi sebuah program travel berjudul 24 Jam dan kehadiran gadis tersebutdi sisi penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Nakal in bertujuan untuk rakaman program berkenaan yang menjalani penggambaran di Sydney, baru-baru ini.

ENGKU EMRAN & ENGKU ALEESYA

Jika sebelum ini kami siarkan gambar bagaimana Erra Fazira beraya solo, kali ini kami siarkan pula gambar Engku Imran bersama anak mereka Engku Aleesya. Dan seperti biasa, kelibat Erra memang tiada dalam gambar ini. Jom tengok..!

Tegas terhadap anak-anak - Didie Alias

APABILA mengenali secara dekat insan yang bernama Didie Alias, tidak dinafikan pelakon dan pelawak itu sentiasa kelihatan ceria dan selalu bergurau senda dengan orang di sekelilingnya. Tidak hairanlah kalau bertemu dan berbual dengan pemilik nama sebenar Fadzillah Mohammad itu, memang tidak kering gusi dibuatnya dengan celotehnya yang sentiasa mencuit hati dan menghiburkan. Bagaimanapun, tentunya ramai yang ingin mengetahui latar dirinya dalam dunia sebenar, terutamanya kehidupan seharian yang dilalui bersama ahli keluarga. Berkesempatan bertemu dengannya semasa acara Anugerah Lawak Warna baru-baru ini, Didie menyatakan kehidupannya sebagai seorang artis dan ibu kepada lima orang anak sememangnya jauh berbeza. "Selama ini orang melihat saya seorang yang kelakar dan selalu membuat orang lain ketawa, tetapi apabila berada di rumah bersama keluarga, karakter saya memang berbeza. "Tidak dinafikan, dengan anak-anak, saya memang seorang ibu yang sangat tegas. Kalau saya kekal mengamalkan sikap yang kelakar di rumah, saya risau anak-anak akan hilang rasa hormat," ujar ibu kepada lima orang cahaya mata itu. Sehingga kini Didie memiliki empat orang cahaya mata perempuan dan seorang lelaki iaitu Nurdhaniyah, 20, Muhammad Dhanial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Dayini Ahza, 15, dan Nur Diyana, 14, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim. Tambah Didie, dengan sikapnya yang tegas itu tidak bermakna dia perlu menggunakan kekerasan atau meninggi suara, sebaliknya dia lebih suka mengamalkan sikap toleransi untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang baik.
Mengakui anak-anak memang takut dengan ketegasannya itu, namun dia lebih suka melayan mereka seperti kawan dan akan sentiasa bertanya dan memantau tentang perkembangan diri masing-masing. "Kalau ada kelapangan dan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni, saya akan menghabiskan masa di rumah. Dengan masa yang ada itu saya gunakan sebaik-baiknya untuk berborak dengan anak-anak. "Walaupun mereka melihat saya ini seorang ibu yang tegas, tetapi saya sebenarnya bersikap terbuka dan lebih suka kalau anak-anak berterus terang dan menceritakan segala aktiviti mereka kepada saya," jelasnya. Berkenaan dengan minat anak-anaknya terhadap bidang seni pula, Didie mendedahkan dia langsung tidak menghalang sekiranya ada antara mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya. Ujarnya, kesemua anaknya itu pernah berlakon dalam drama dan telemovie sebelum ini, malah anak bongsunya iaitu Nur Diyana turut memiliki karakter kelakar seperti dirinya. "Apa yang saya lihat masing-masing ada bakat untuk menjadi pelakon, cuma mereka tidak menunjukkan minat yang lebih mendalam. Jadi, lebih baik kalau mereka buat apa yang diminati dan saya akan sentiasa menyokong," ujarnya.
Penampilan berbeza Berbalik kepada cerita mengenai imej pelik yang selalu digayakan apabila menghadiri sesebuah acara hiburan, Didie ternyata mempunyai alasan tersendiri. Jelasnya, tindakannya itu bertujuan untuk menampilkan pelbagai kelainan serta mahu meninggalkan kenangan tersendiri buat dirinya dan para peminat. "Tidak semua acara saya perlu tampil dengan imej pelik. Semuanya perlu bergantung kepada tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. "Selepas itu, barulah saya akan berbincang dengan pereka fesyen serta jurumekap tentang penampilan yang akan digayakan supaya tidak nampak terlalu pelik dan melampau," ujarnya. Mengenai penerimaan kelima-lima anaknya terhadap penampilannya itu, Didie menyatakan mereka cukup memahami bahawa semua yang dilakukan semata-mata mahu mencari rezeki. Biarpun selalu dicerca dan dikritik segelintir peminat yang kurang gemar dengan caranya itu, pelakon berkenaan menyatakan anak-anaknya merupakan pihak yang paling banyak mempertahankan dirinya. "Mungkin ramai yang tidak tahu kesemua anak perempuan saya kini telah bertudung. Keputusan yang dibuat itu bukanlah paksaan sesiapa kerana ia atas kerelaan hati. "Kalau ada yang bertanya bila saya akan bertudung pula, jawapan yang akan diberikan mudah sahaja. Saya anggap perubahan yang ingin dilakukan itu semua kuasa Allah," jelasnya.
Hadiah hari jadi Setelah meraih anugerah Artis Komedi Wanita Popular dalam acara Anugerah Bintang Popular pada April lalu, kali ini Didie menjadi pilihan peminat apabila muncul pemenang Artis Lawak Wanita Paling Popular semasa Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Menurut isteri kepada Nor Isham Ismail itu, kemenangan yang diraih itu ternyata cukup bermakna kerana ia diraih sehari sebelum usianya yang ke-40. "Kejayaan yang diraih ini pastinya memberikan kenangan yang begitu istimewa kerana ia diterima semasa saya meraikan ulang tahun kelahiran. "Selain itu, ia bukan sahaja kejayaan peribadi kerana trofi yang saya genggam ini merupakan sokongan yang tidak putus-putus daripada peminat," ujarnya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 17 Ogos lalu. Memandangkan usianya kini yang sudah mencapai empat dekad serta anak-anak yang semakin membesar, Didie turut ditebak dengan persoalan tentang sehingga bila dia mahu terus menjadi seorang pelawak. Menurutnya, dia tidak pernah meletakkan sebarang tempoh tertentu kerana semuanya bergantung kepada rezeki yang diterima serta kepercayaan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah. "Selagi ada mana-mana pihak yang menawarkan saya berlakon komedi, sudah tentu saya akan menerimanya kalau ia bersesuaian dan berbaloi. "Lagipun dalam industri hiburan sekarang ini kita agak ketandusan pelawak-pelawak wanita. Setakat ini dunia komedi memang didominasi oleh golongan lelaki," jelasnya mengakhiri bicara.

Sisi bahagia Black

BUKAN sikit-sikit dugaan yang dihadapi bakal pengantin ini. Kisah disihir sampai ditipu perunding perkahwinan nampaknya bakal mencorak perjalanan kehidupan berkeluarga penyanyi Black. Menganggap semua yang berlaku sebagai ujian yang bakal menghadiahkan mereka hikmah tersendiri, Black percaya reda menjadi kunci utama buat menghadapi semua yang berlaku ini. Memilih tarikh 13 September depan sebagai hari ijabkabul, menurut Black tiada apa yang terlalu istimewanya mengenai tarikh itu selain ia jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari. Jika sebelum ini dia tidak terlalu terbuka berbicara, mengenai identiti sebenar bakal surinya itu, kini gadis berkenaan Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28, yang mesra dipanggil Chira oleh Black bukan lagi rahsia yang perlu dipendam. "Sewaktu mula mengenali bakal isteri, dia sebenarnya tidak tahu yang saya seorang penyanyi. Dari situ saya tahu dia hanya mahu mengenali siapa Hanifah dan bukan Black. "Secara jujurnya cinta kami ikhlas. Kami tidak pernah memandang status masing-masing. Bagi saya perkahwinan ini lebih kepada menerima siapa diri kami sebenar," katanya. Alasan menghormati pandangan bakal isteri menjadi sebab mengapa Black tidak mahu terlalu terbuka berbicara soal perkahwinan sebelum ini. "Melalui pengalaman pakciknya yang juga suami kepada Datin Paduka Umie Aida, saya pasti dia sudah tahu bagaimana untuk berada dalam industri ini. "Saya hanya mengenali dia dua bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, bagi saya ini jodoh," katanya tersenyum. Bercerita mengenai hari bahagiannya, menurut Black, semuanya akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September sehingga 15 September. Tidak mahu bercerita mengenai kos perkahwinannya, menurut Black apa yang boleh dikongsi adalah dia bekerja kuat untuk merealisasikan perkahwinan impian itu. "Pada 13 September saya akan bernikah. Selepas itu sebuah majlis resepsi akan diadakan. "Majlis nikah dan resepsi akan berlangsung di Zebra Square, Kampung Pandan. Manakala sebuah jamuan keraian akan diadakan pada 15 September di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi untuk peminat dan penduduk di kawasan itu. "Soal berapa kos perkahwinan ini saya tidak mahu sentuh. Biarlah pihak saya sahaja yang tahu. Bagaimanapun saya berusaha keras untuk mencari wang agar perkahwinan ini dapat berlangsung dengan jayanya," katanya. Kami ada batas Setelah semakin hampir menuju ke hari bahagia, Black kini cukup terbuka untuk berkongsi hari-hari indah dia bersama tunangnya melalui laman Instagram. Sekadar mahu berkongsi saat-saat itu dengan peminat, nampaknya ada yang tidak berapa bersetuju dengan penampilan tunangnya itu yang dianggap agak berani. Menjawab persoalan itu dengan tenang Black percaya dia tidak akan pernah dapat memuaskan hati mana-mana pihak. "Bila bercakap soal ini saya yakin, kalau memang ada yang tidak menyukai kami memang akan ada sahaja macam-macam komen negatif dilampirkan. Senang kata, tidak akan ada yang senang di mata mereka. "Sebagai bakal suami, saya tahu tanggungjawab saya. Malah melihat sendiri apa yang terjadi kedua-dua kami masih tahu batas yang perlu kami patuhi," katanya. Tidak mahu terlalu berkeras, bagi Black sama ada bakal isterinya nanti akan bertudung atau tidak, itu bukan persoalan yang perlu dijawab dirinya. Yakin niat itu harus hadir dari pihak Chira sendiri, ia lebih mudah berlaku tanpa paksaan. "Kami berdua masih muda, mungkin penampilan itu agak berbeza dari yang melihat. Namun seperti yang saya katakan tadi kami masih ada ibu-bapa yang perlu dihormati. "Sebenarnya keinginan itu lebih mudah hadir dengan pilihan dia sendiri. Sebagai bakal suaminya saya sentiasa mengharapkan yang terbaik," katanya. Mengalih pandangan kepada perunding perkahwinannya sebelum ini, menurut Black segalanya masih di dalam siasatan. Tidak mahu menjelaskan perkara ini lebih mendalam, bagi Black ada baiknya dia memberi tumpuan buat hari bahagiannya sahaja. "Sebenarnya pada mulanya memang saya mahu menganjurkan majlis perkahwinan saya sendiri, tetapi bila perkara ini terjadi pihak pengurusan banyak mengambil alih. "Perkara ini masih lagi didalam siasatan polis. Apa yang boleh saya katakan, lebih afdal rasanya seseorang peniaga itu menggunakan wang dari sumber yang halal dan bukan dari penipuan," katanya dengan nada geram.

Hanez Suraya Enggan Layan Peminat Emosi

Pelakon Hanez Suraya mengakui agak sukar untuk dia memuaskan hati peminat-peminatnya di laman sosial yang tidak memahami kedudukannya sebagai seorang selebriti. Hanez, 28, berkata, dia mengambil pendekatan tidak membesarkan perkara remeh khususnya bahasa yang kurang enak dilemparkan peminat sehingga boleh menimbulkan perbalahan. "Saya memang suka melayan mesej Twitter daripada peminat dan membalas komen mereka, tapi ada masanya saya tidak dapat menjawab kesemuanya. "Terdapat segelintir peminat yang tidak faham dengan kesibukan saya dan mula menghantar mesej yang bukan-bukan serta melemparkan kata-kata kesat," katanya kepada mStar Online. Hanez diminta mengulas perbalahannya dengan peminat di laman sosial itu apabila ada di antara mereka melemparkan kata-kata yang tidak sopan kepadanya baru-baru ini. Tambah Hanez, dia sedar banyak akaun Twitter telah diwujudkan atas namanya untuk menarik perhatian dan menimbulkan provokasi. "Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian kepada saya. Saya lihat ada 10 akaun yang dibuat untuk membenci saya dengan mesej yang bukan-bukan,” katanya. Bagaimanapun, Hanez berkata dia tidak melenting dan mengambil serius perkara tersebut. "Saya tahu mereka hanya ingin perhatian sahaja, Insya-Allah kalau mereka komen denga cara yang baik, saya akan balas juga tidak perlu sehingga panggil saya dengan perkataan yang bukan-bukan," katanya. Sementara itu, Hanez mengakui namanya meningkat seiring dengan kontroversi yang melandanya. "Saya akui kontroversi ini kadang-kadang boleh mengangkat nama kita tetapi kadang kala boleh juga menjatuhkan. "Bagi saya jika saya boleh tepis, saya akan tepis. Kalau dulu ketika bersama Awi Rafael saya mengambil berat banyak perkara agar setiap apa yang saya lakukan tidak terkena tempias kepada Awi," katanya.

Saya Tak Tutup Rezeki Sesiapa - Fida Ibrahim

Berita pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim yang semakin hari semakin dikenali menerusi lagu Apo Kono Eh Jang? menyertai ujibakat Akademi Fantasia 2013 pada Jun lalu bukan saja menjadi bualan tetapi tuan punya badan sendiri mendapat kritikan ramai. Iyalah, diikutkan kariernya sebagai artis boleh dikata semakin baik. Dengan kelebihan itu latas kehadiranya pada ujibakat tersebut dikatakan telah menutup peluang buat mereka yang bukan bergelar artis. Lebih-lebih lagi dia antara yang berjaya dalam senarai pendek program realiti itu yang bakal bermula pada September depan. Bertemu gadis manis bertudung ini di majlis rumah terbuka KRU di Cyberjaya semalam, Fida bagaimanapun membidas dakwaaan tersebut. Menjelaskan tujuannya sebenar, kata Fida keinginannya mahu menyertai Akademi Fantasia sudah lama dipendam. Tidak berniat mahu menutup peluang sesiapa sebaliknya matlamat Fida sama seperti orang lain iaitu mahu mendalami ilmu muzik dan nyanyian. "Saya tak cukup ilmu lagi. Pengalaman dalam dunia seni itu memang lah tapi dalam akademi ada guru dan peluang untuk saya menimba ilmu nyanyian juga lakonan. Kalau selama ni ada yang cakap saya kayu berlakon, jadi saya nak ambil peluang untuk mempertingkatkan lagi mutu lakonan dan juga nyanyian. "Saya tak tutup rezeki orang lain sebab rezeki tu Allah yang bagi. Saya dah tunggu peluang ni bertahun lamanya. Saya tak pernah berhenti mencuba. Saya harap orang diluar, kalau mereka mahukan sesuatu itu jangan cepat berputus asa untuk mendapatkannya", katanya yang menghadiri ujibakat program realiti tersebut di Shah Alam. Sementara itu Fida mendedahkan ini bukan pertama kali dia mengahdiri ujibakat program berkenaan. Sebelum ini dia pernah mencuba nasib ketika di ujibakat AF6. "Sebenarnya dulu saya pernah cuba ujibakat One In A Million (OIAM) dan AF6. Tapi di peringkat ketiga ujibakat AF6 tu saya tak berjaya. Saya kecewa sangat sebab berbulan saya buat persiapan seperti hari-hari saya berenang untuk stamina dan belatih vokal dengan seorang yang berpengalaman dalam nyanyian", katanya.
Belajar dari pengalaman dan kekecewaan lalu justeru kali ini dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk melangkah ke peringkat 24 finalis apatahlagi dalam kelompok 12 finalis. "Hari tu saya hanya dapat kertas oren yang menandakan saya berjaya ke peringkat seterusnya. Tapi sampai saat ini saya memang tak tahu apa-apa keputusan dan status sama ada terpilih atau tidak. Saya difahamkan akan ada konsert prelude dan saya berdebar juga ni nak tahu nasib saya ni", tuturnya. Tatkala diminta mengulas pula mengenai sepupunya, Dato' Siti Nurhaliza yang menjadi Inspirer (pencetus inspirasi) bersama dua lagi penghibur disegani iaitu Melly Goeslaw dan Faizal Tahir, Fida memberitahu dia sejujurnya tidak tahu menahu mengenai perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh pengurusnya. "Saya tak tahu yang dia (Dato' Siti) terlibat untuk AF kali ini. Tapi kalau memang rezeki saya ada, saya akan tetap teruskan juga dan tak akan menarik diri", katanya. - mD

Isu Muflis: Aweera Bincang Dengan Bank, Akui Karier Terjejas

Beberapa minggu lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan beritabahwa vokalis kumpulan Mojo, Aweera, mengakui namanya tertera dalam notis isytihar muflis ekoran menanggung beban hutang lama. "Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya. Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank. "Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP). Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.", katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. Pemilik nama Nasharul Aweera NorHissham, 22, ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KRU Studios, di Cyberjaya, petang semalam. Pada 5 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Aweera diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan. Dalam pada itu Aweera mengakui isu yang sedang dihadapinya ini sikit sebanyak menjejaskan karier seninya. "Karier sikit terjejas lah. Tapi saya tak kisah, apa yang orang nak cakap, biar lah mereka cakap. Ini juga satu pengajaran buat saya", katanya. Sementara itu mengenai perkembangan terkini Mojo, kumpulan yang popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini baru saja muncul dengan single terbaru, Dark Clouds. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, Vikingdom yang akan ditayangkan di pawagam pada September depan. "Dah lebih kurang setahun Mojo tak ada single baru. Kami baru saja muncul dengan single Dark Clouds. Lagu ni berentak Rock klasik, ala-ala Muse sikit. Selain tu kami juga akan releasekan single ketiga berjudul Roman Cinta", katanya. - mD

AKSI LUCU HARITH ISKANDER & FAMILY

Posing menarik Harith Iskander, isterinya Jezamine Lim dan anak mereka zander xayne iskander yang menjadikan keluarga ini unik. Tambah-tambah apabila Jezamine kini sedang hamil anak kedua dan ingin merakamkan saat-saat manis tersebut sebelum melahirkan. Bila diamati betul-betul gambar tersebut, macam ada dua orang yang hamil pula. Begitulah ragam Harith yang senantiasa suka bergurau dan ceria walau di mana sahaja. Malah anaknya Zander juga kini sudah terikut posing lawak seperti bapanya. Cayalah bro..!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails