Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

YATT HAMZAH KINI SEORANG JANDA

Jika sebelum ini, rumah tangga Haryati Hamzah atau Yatt dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi apabila rumahtangga mereka yang dibina sejak 2009 itu berakhir semalam. Difahamkan, Yatt dan Mutalib bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. Hal itu disahkan sendiri oleh Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp. "Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," jelasnya. Manakala bagi Yatt pula, dia menerima suratan ini dengan tenang. Dia dan suami telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. "Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui," katanya.
"Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia lima tahun.

Anak Jins Shamsuddin Sayu Tengok Reaksi 'Kosong' Ayah

Anak bongsu kepada pengarah dan pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim sayu apabila melihat reaksi 'kosong' bapanya semasa tayangan perdana filem Bukit Kepong versi definasi tinggi (HD) yang diadakan pada malam Selasa. Hang Nadim, 24, berkata, Jins langsung tidak mengingati tentang filem arahannya itu malah tidak mengenali dirinya sendiri yang turut berlakon dalam filem berkenaan. "Pada awal filem itu ditayangkan dia teruja kerana namanya terpapar di skrin tetapi selepas itu dia langsung tidak mengingati tentang Bukit Kepong. "Dia kelihatan bersungguh menonton tetapi saya tahu pandangan diberikan adalah kosong malah dia tidak mengenali dirinya sendiri dalam filem berkenaan," katanya kepada mStar Online. Hang Nadim berkata demikian selepas ditemui pada tayang perdana filem berkenaan yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion di sini.
Selain Jins, turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim, penerbit dan Datuk Yusof Haslam. Bukit Kepong versi HD arahan Jins pada tahun 1981 dengan kos RM1 juta berjaya dinaik taraf melalui proses membaik pulih visual dan audio yang dilakukan oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd. Bukit Kepong HD bakal ditayangkan semula di pawagam bermula 27 Ogos ini di pawagam terpilih bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58. Dalam pada itu, Hang Nadim yakin sekiranya kesihatan bapanya masih baik, bekas Ahli Dewan Negara itu pasti bangga dengan usaha dilakukan oleh pihak KRU terhadap filem berkenaan. "Sebagai anak saya yakin beliau pasti bangga melihat filem arahannya dinaik taraf malah ditayangkan semula di pawagam biarpun untuk masa singkat.
"Sayu juga saya melihat reaksinya seperti tidak memahami apa yang berlaku tetapi Alhamdulillah biarpun dengan keadaannya beliau masih berkesempatan untuk berada pada hari bersejarah itu," katanya. Selain Bukit Kepong, Hang Nadim berkata, tiga lagi filem arahan bapanya iaitu Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu akan menjalani proses sama. Sementara itu, bercakap mengenai keadaan terkini Jins, Hang Nadim berkata, selain penyakit Alzheimer kesihatan bapanya berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun kata Hang Nadim, ingatan bapanya semakin merosot namun masih mengenalinya dan abangnya Hang Jebat. "Ayah hanya mengenali saya dan abang (Hang Jebat), jadi kami kena sentiasa berada dekat dengannya agar dia tidak berasa terasing tanpa mengenali sesiapa. "Alhamdulillah kesihatannya berada dalam keadaan baik dan sehingga kini langsung tiada masalah jantung, darah tinggi atau kencing manis seperti mana biasa di alami oleh golongan tua sepertinya," jelasnya.

Fara Fauzana Ketuai Bacaan Ikrar Hari Kemerdekaan

Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilantik sebagai ikon pembaca ikrar pada perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini. Pada sambutan itu, Fara akan mengetuai sesi pembacaan ikrar itu bersama dua ikon lain iaitu dari Sabah dan Sarawak. "Perasaan saya gementar namun cukup teruja kerana diberi tanggungjawab besar ini. Secara jujurnya, dahulu saya cukup suka untuk membaca ikrar di perhimpunan sekolah dan apabila diberikan kepercayaan ini, seumpama bulan jatuh ke riba," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Rabu. Bacaan ikrar tersebut dapat didengar secara langsung melalui saluran Hot FM seluruh negara pada 31 Ogos nanti.

Anak Aziz M. Osman Mula Popular Kerana Instagram

Penerbit dan pengarah Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram. Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak. "Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya. "Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," katanya kepada mStar Online. Tambah Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.
"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad. "Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz. Dalam pada itu, Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial solekan selepas menontonnya di YouTube. Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan gambar atau video kerana Araa mempelajarinya sendiri. "iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka lebih 'advanced' berbanding dahulu.
"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," jelas Aziz. Sementara itu, Aziz berkata, biarpun Araa dilihat mempunyai bakat luar biasa selain petah bercakap di hadapan kamera namun dia tidak akan memaksa anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan. Padanya, Araa masih kecil dan mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak normal lain. "Dia masih kecil dan masih banyak perkara yang dia masih belum faham. Saya tidak mahu memaksanya dan biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain," katanya. Instagram Aara boleh diikuti menerusi akaun: https://instagram.com/araaziz/

Putri Mardiana Terkejut Dikenakan Waran Tangkap

Pelakon Putri Mardiana terkejut dikenakan waran tangkap kerana perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berlangsung pada Selasa lalu tanpa pengetahuannya. Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34, berkata, dia tidak diberitahu mengenai tarikh perbicaraan berkenaan dan tidak menyangka pihak mahkamah mengeluarkan perintah itu. "Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab. "Dua kali saya cuba. Tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkenaan dengan kes perbicaraan semalam (Isnin lalu) saya memang tidak tahu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon filem Ngangkung itu kerana gagal hadir pada perbicaraan tersebut. Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas Putri Mardiana tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah. Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu. Sementara itu, pelakon itu berharap ketidakhadirannya ke mahkamah tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana dia tidak berniat untuk merumitkan lagi kes tersebut. "Saya harap orang ramai tidak menuduh saya sebarangan kerana tidak hadir ke perbicaraan itu. Saya akan menghubungi pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini," ujarnya. Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500. Menurut fakta kes, Mardiana, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mereka ditahan mengikut Seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Putri Mardiana dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah. Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Juliana Evans Sangkal Bercinta Dengan Pemain JDT

Pelakon Juliana Evans menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) biarpun sering kelihatan menyaksikan perlawanan pasukan tersebut. Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 26, berkata, dia hadir menyaksikan perlawanan tersebut hanya untuk memberi sokongan kepada beberapa kawan baik dalam pasukan itu. "Ya, saya ada beberapa kali menonton perlawanan bola sepak JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kerana bagi memberi sokongan kepada kawan baik saya, isteri kepada Syafiq Rahim iaitu Zandra Aziela. "Selain itu, ada juga beberapa pemain JDT yang saya rapat seperti Izham Tarmizi dan Nazrin Nawi. Kami sering lepak bersama kalau mereka ada perlawanan di Kuala Lumpur," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!, di restoran Subak, di sini, Rabu.
Juliana diminta mengulas khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kerana sering kelihatan di perlawanan-perlawanan pasukan JDT. Dia hadir di perlawanan pasukan tersebut yang diadakan di Johor Baru, baru-baru ini kerana dalam perjalanan ke Singapura. "Saya pergi ke stadium itu kerana saya ingin ke Singapura dan ketika itu ada perlawanan, jadi saya singgah untuk menonton dan beri sokongan kepada mereka. "Setakat ini, memang saya tidak bercinta dengan mana-mana pemain bola sepak pun, semuanya saya anggap seperti kawan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Juliana berkata, dia mempunyai rancangan untuk menyambung kembali pengajiannya di peringkat lebih tinggi di luar negara. Bagaimanapun, dia masih mencari masa yang sesuai terutamanya selepas keadaan ekonomi stabil. "Ada perancangan untuk sambung pengajian semula tapi tidaklah dalam masa terdekat ini. Lagi pula duit kita sedang jatuh dan saya pun tidak mahu tergesa-gesa," ujarnya yang sebelum ini pernah belajar di Amerika Syarikat. Sementara itu, Juliana mengakui teruja bakal memeggang watak Taylor Marie Smith dalam telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!! yang bakal bersiaran pada 5 September ini di Astro Prima dan Astro TVIQ. Dalam telefilem tersebut dia bakal bergandingan dengan beberapa pelakon yang sebelum ini belum pernah bekerjasama. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Abam Bocey, Jihan Musa, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa dan Juzzthin.

Khalwat: Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu. Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah. Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu. Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani. Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Putri atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500. Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah. Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Hajat Stacy Peluk Islam Tidak Dihalang Keluarga

Hajat penyanyi Stacy untuk memeluk agama Islam telah dimamklumkan kepada orang tuanya dan mendapat restu keluarga. Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu. "Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa. Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53. Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah Binti Anam. Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor. Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani ibu-bapa kepada kekasihnya iaitu Akim Ahmad. Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin. Dalam pada itu Stacy berkata, sebelum ini dia sering mendengar mengenai Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu tetapi tetap menghormati agama Kristian. Dia juga menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim. Malah Stacy turut memuji ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam. "Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,” katanya. Ditanya pemberita apakah yang dia rasa selepas mengucap dua kalimah syahadah Stacy berkata, perasaannya amat teruja ketika itu walaupun tiada pengetahuan mengenainya. "Masa tu saya sangat-sangat teruja. Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya yang terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama. Stacy yang mahu kekal dipanggil nama berkenaan berkata, dia akan mempelajari Islam secara berperingkat dengan memasuki kelas agama. Malah dia juga berhadap semua pihak di luar sana tidak terus berdebat isu pertukaran agamanya itu. Dalam perkembangan sama Stacy meluahkan rasa terkilan apabila gambar dia hadir ke pejabat agama Islam telah disebarkan kepada umum sehingga menjadi viral di media sosial. Ujar Stacy, pada waktu itu dia sanggup bersembunyi untuk masuk ke dalam bilik dengan alasan tidak mahu dilihat orang namun ia tetap didedahkan kepada umum oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun kata Stacy dia memaafkan mereka yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan. "Sebenarnya saya terkilan bila berita itu keluar. Saya nak rahsiakan kerana saya nak masuk agama Islam dalam keadaan tenang. Saya percaya ada orang dalam yang dedahkan tetapi saya maafkan," katanya.

Jangan Hakimi Tasha Shilla Berdasarkan Foto Bra

Pelakon Tasha Shilla berharap orang ramai tidak melatah dan menghakimi dia selepas melihat fotonya menampakkan bra pada muka depan majalah Cosmopolitan edisi September. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berkata, apa yang ditonjolkan di luaran tidak sepatutnya dinilai masyarakat, sebaliknya hati yang baik itu adalah lebih penting.
"Dont judge a book by its cover. (Jangan menilai sesebuah buku itu melalui muka depannya) Yang penting hati. What's inside that counts. (Apa didalam itu diambil kira). "Saya berharap orang ramai bersikap lebih terbuka tentang perkara itu. Jangan lupa dapatkan majalah itu ya," katanya ringkas kepada mStar Online pada Selasa. Tasha menerusi akaun Instagram miliknya pada Selasa telah memuat naik foto majalah Cosmopolitan di mana dia menjadi penghias muka depannya. Dalam majalah tersebut Tasha dilihat bergaya seksi dengan hanya mengenakan bra yang dipadankan dengan baju T jenis kain les. Tasha urut meletakkan kapsyen meluahkan rasa penghargaan terhadap beberapa individu yang menjayakan sesi fotografi terbabit. "My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! (Majalah Cosmo keluaran September sudah tersedia. Dapatkan sekarang). Dalam pada itu, Tasha turut meminta pengikut-pengikutnya untuk tidak meninggalkan sebarang komen sekiranya bukan kata-kata baik yang mahu diberikan.

Penyanyi Stacy Akhirnya Peluk Islam

Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim. Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru. Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian. Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.

Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan Bukan Kerana Putus Cinta

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta. Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama berjudul Hati Perempuan itu tamat April lalu. "Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu. "Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril," ujarnya kepada mStar Online. Mia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar bersama aktor Syarul Ridzwan di Instagram miliknya baru-baru ini adakah kerana hubungan cinta mereka sudah berkahir. Pasangan yang popular dengan drama Hati Perempuan ini juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan sering kelihatan bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan. Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut. "Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa. "Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah," katanya. Dalam perkembangan lain, Mia berkata dia kini sedang dalam penggambaran muzik video untuk kumpulan Hyperact berjudul Tak Kan Pergi bersama pelakon Hafreez Adam.

"Saya Tak Khianati Ahmad Idham" - Pekin Ibrahim

Pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan tuduhan Ahmad Idham mengatakan dia mengkhianati penerbit filem itu dalam perjanjian menghasilkan filem Mat Motor adalah mengarut. Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, Ahmad Idham tidak sepatutnya memberi kenyataan tersebut memandangkan dia tiada kaitan dengan projek berkenaan. "Ini projek dan idea asal saya bersama seorang lagi rakan, Azwan Annuar yang kini sudah meninggal dunia. Bagi menjayakan projek ini, sudah pasti saya mencari penerbit untuk menggerakkan pembikinan filem ini dan diakui Ahmad Idham juga antara penerbit yang disenaraikan. "Tetapi segala mesej menerusi WhatsApp saya tidak dibalas, jadi saya pun cari orang lain. Maka saya anggap dia tak berminat. Kalau berminat, dia dah mula bagi duit untuk mulakan filem ini. Saya tidak khianati dia pun," katanya kepada mStar Online. Ahmad Idham sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan terhadap Pekin kerana mengkhianatinya berhubung usaha sama tersebut.
Kata Ahmad Idham idea asal Pekin itu telah dikembangkan bersama-sama kira-kira lima bulan lalu untuk dijadikan filem tetapi ia sudah 'dilarikan' Pekin kepada pihak lain di luar pengetahuannya. Sementara itu, Pekin berkata, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan memandangkan penerbit itu tidak memberi respons mengenai perancangan seterusnya filem itu. Bagaimanapun, Pekin turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membidas Ahmad Idham sekiranya projek tersebut 'diganggu'. "Kalau dia kacau saya lagi, saya kacau dia balik. Dulu saya mungkin budak-budak. Tetapi sekarang saya dah tua. Saya dah sama dengan dia. "Saya hormat dia sebagai seorang anak seni. Tetapi kalau saya jadi dia, saya tidak akan bertindak melulu memberi kenyataan media seperti itu. "Saya tuan punya karya, suka hati sayalah nak buat dengan siapa," ujarnya. Mengenai filem Mat Motor, filem terbitan Viper Studios diarahkan sendiri oleh Pekin dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Penggambaran filem tersebut telah pun selesai di tujuh buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Selain itu, Mat Motor turut mengumpulkan ramai pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy termasuk Pekin Ibrahim sendiri.

TAK TAHAN DITUDUH - BEKAS PENGURUS MUAT NAIK VIDEO NAD ZAINAL

Jika sebelum ini, Nad Zainal menuduh bekas pengurusnya, Alog Zuren telah melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya, terkini bekas pengurusnya itu telah memuat naik video mengenai sikap kurang ajar Nad ketika menghadiri rumah anak yatim. Ini kerana pengurusnya itu berang dengan tindakan Nad dan ingin menegakkan kebenaran yang membuktikan dia tidak bersalah. Video yang dimuat naiknya itu menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan sambil asyik bermain telefon sehingga tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas. "Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi. "Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas. "Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini," ujar Alog Zuren dipetik sebagai berkata.

Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Kahwin

Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu. Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu. Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu. "Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat.
"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9. Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.

Rasa Bersalah Tinggalkan Suami & Anak Terbayar - Nadiya Nisaa

Pelakon Nadiya Nisaa menganggap rasa bersalahnya meninggalkan suami dan anak menjalani penggambaran akhirnya terbayar selepas dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) menerusi filem Terbaik Dari Langit. Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 30, berkata, pencalonan itu sedikit sebanyak membuang rasa bersalah yang membelengunya kerana kerap meninggalkan orang tersayang. "Alhamdulillah, pencalonan yang saya terima ini membuatkan rasa bersalah terhadap anak dan keluarga saya hilang dan apa yang saya lakukan dihargai. "Kadang-kadang bila saya dalam perjalanan pergi shooting saya akan rasa kasihan dengan anak saya kerana tidak sempat beri dia makan dan meluangkan lebih masa untuk dia. Sebab itu, bila dimaklumkan berita ini (pencalonan) saya terus beritahu kepada suami dan ibu saya, mereka juga gembira," ujarnya kepada mStar Online. Dalam kategori itu, Nadiya Nisaa akan bersaing dengan pelakon Izara Aishah (Sejoli), Fazura (Kami Histeria), Eja (Manisnya Cinta Di Cappadocia) dan Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3). Dalam pada itu, Nadiya berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menewaskan pesaing lain bagi memenangi kategori tersebut.
Katanya, tersenarai dikalangan nama-nama besar dalam anugerah berprestij itu sudah membuatkan dia berpuas hati. "Saya tidak letak harapan tinggi untuk menang, sudah tercalon sahaja memadai buat saya kerana nama saya sudah tercatat dalam sejarah perfileman negara. "Rata-rata filem yang bertanding ini ada kelebihan tersendiri, jika menang ia adalah satu bonus," katanya. Sementara itu, Nadiya turut mengakui filem Terbaik Dari Langit merupakan filem yang dibikin oleh mereka yang mempunyai minat mendalam dalam perfileman. "Orang di belakang tabir filem ini adalah kawan-kawan saya juga jadi saya tahu bagaimana minat mereka dalam filem. "Ini merupakan filem pertama mereka dan jika tercalon sahaja sudah mengembirakan kami semua," ujarnya. Filem yang menerima 12 pencalonan dalam FFM 27 ini merupakan arahan Nik Amir Mustapha dan diterbitkan oleh Playground film. Kemuncak FFM 27 akan berlangsung pada 5 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria pukul 8.30 malam.

Hamil Anak Kedua Halang Faezah Elai Berlakon

Pelakon Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu. Faezah, 33, berkata, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam. "Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3. "Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak. "Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Selain itu, kata Faezah, dia juga terpaksa menangguhkan rancangannya untuk melancarkan koleksi tudung jenamanya Faizah Elai Hijab dan produk kosmetik Pures by Faizah Elai. Bagaimanapun, katanya, pelancaran tersebut akan dilakukan selepas dia selamat bersalin iaitu dijangka pada Disember depan. "Sepatutnya saya rancang nak lancarkan koleksi tudung dan kosmetik saya pada tahun ini, tetapi bila dah mengandung ini tak larat pula. Insya-Allah kalau semuanya selamat saya akan lancarkan produk-produk ini tahun depan," ujarnya. Sementara itu, ditanya tentang persiapan menyambut bayi keduanya itu, Faezah berkata, dia tidak mahu membuat persiapan terlalu awal sebaliknya akan membuat perisapan selepas kandungannya berusia lapan bulan. "Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan. "lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat," katanya. Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2012 sudah mempunyai anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun. Selain itu, Faezah turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaitu Luqman Hakim, 15, Sarah, 13, dan Luq Adam yang berusia lima tahun.

Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling. Rykarl, 10, berkata, dia mengambil keputusan itu selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon. "Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu. "Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara 'home schooling' sejak awal tahun ini," katanya kepada mStar Online. Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini.
Dalam pada itu, Rykral berkata, walaupun pada awalnya dia agak kekok belajar dari rumah tetapi lama kelamaan dia semakin selesa. Jelasnya, menerusi kaedah itu dia mampu membahagikan masa terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pelajaran tanpa perlu bimbang tidak dapat hadir ke sekolah jika sibuk di lokasi penggambaran. "Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok. "Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran," katanya. Dalam perkembangan lain, Rykarl berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri terbaharunya berjudul Karipap Cinta. Dia juga calon top 5 Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27 ) yang bakal berlangsung pada 5 September depan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Lelaki Harapan Dunia.

Jep (Sepahtu) Tolak Tawaran Bukan Kerana 'Demand'

Anggota kumpulan Sepahtu Jep menjelaskan tindakannya menolak tawaran berlakon yang diberikan kepadanya bukan disebabkan dia mula bersikap 'demand'. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, sebaliknya berkata, dia tidak selesa berlakon dalam drama atau pun filem kerana ia bukan minat utamanya. "Sejujurnya memang banyak tawaran berlakon yang saya tolak tetapi bukan kerana 'demand' sebaliknya merasakan saya tiada bakat berlakon. "Sebaliknya saya lebih selesa membuat persembahan lawak di pentas kerana ia tidak terikat dengan skrip dan itu adalah sebenarnya minat saya," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Jep diumumkan sebagai pemenang trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, Jumaat lalu. Ia adalah kemenangan kali ketiga berturut-turut buat Jep menerusi kategori berkenaan.
Jep bersama Sepahtu turut membawa pulang trofi Artis Lawak Duo/Berkumpulan Paling Popular pada malam tersebut. Bagaimanapun kata Jep, bukan semua tawaran berlakon ditolak bulat-bulat olehnya kerana dia akan memilih mengikut kesesuaian dan skrip sesebuah karya tersebut. "Saya tidak 'demand' tetapi begitu selektif dalam apa juga projek ditawarkan kepada saya termasuklah lakonan. Ini kerana saya berada dalam bidang seni bukan secara suka-suka, jadi saya perlu pilih tawaran mengikut minat saya," katanya. Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangan berturut-turut menerusi kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Jep berkata, dia terharu dengan sokongan tidak putus-putus peminatnya. "Syukur kepada Allah dengan rezeki ini dan saya sangat merendah diri apabila diberi penghargaan seperti ini apatah lagi ia daripada undian peminat," ujarnya. Pada acara sama, filem Gila Baby arahan Khabir Bhatia mengungguli anugerah berkenaan apabila membawa pulang lima trofi termasuk Filem Lawak Terbaik, Pengarah Lawak Terbaik dan Pelakon Lawak Wanita dan Lelaki Terbaik iaitu Nadiya Nisaa dan Beto Khusyairi.

Normala Samsudin Tidak Rindu Bidang Pengacaraan

Bekas personaliti TV3, Puan Sri Normala Samsudin tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang pengacaraan kerana lebih selesa dengan kehidupannya sebagai isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid. Normala, 51, berkata, peluang sepatutnya diberikan kepada wajah-wajah baharu berpotensi bukan sahaja sebagai hos tetapi ilmu kewartawanan. "Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri. "Rezeki saya hanya setakat di situ dan biarlah wajah baharu pula diberi peluang menggantikan kami orang lama ini," katanya kepada mStar Online. Normala ditemui pada majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program berkenaan di Grand Duchess Fraser Place di sini, Sabtu.
Selain Normala, beberapa lagi bekas pengacara rancangan majalah wanita itu turut hadir seperti Nurfarahin Jamsari, Christine Ling, Ezzah Aziz Fawzy, Raja Mazian Raja Mohamed, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Fara Fauzana. Tambah Normala, biarpun sudah tidak terlibat dalam bidang penyiaran namun beliau masih mengikuti perkembangan semasa tentang industri dan melihat wajah-wajah baharu pengacara diketengahkan mempunyai potensi besar. Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Normala berkata, aktiviti hariannya sibuk dengan tugas-tugas biasa sebagai seorang isteri dan ibu. "Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Normala berkata, beliau gembira melihat evolusi program Nona yang semakin berkembang dengan pengisian lebih mantap berbanding zamannya.
Malah katanya, selepas 30 tahun, Nona masih berada di kedudukan tersendiri dan berharap ia akan terus menjadi pemangkin kepada generasi akan datang menerusi pengisian yang dipaparkan. "Saya kali terakhir muncul dalam Nona pada 2004 dan sejak itu pelbagai perubahan telah berlaku sejajar dengan teknologi dan kuasa media sosial. "Pun begitu Nona tetap berada di kedudukannya tersendiri sehingga membuatkan ia mampu kekal tiga dekad lamanya," ujarnya.

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Putus Akhirnya

Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama. "Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. Persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.
Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini. Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim. Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu. "Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya. Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013. Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar, dekat sini. Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo dan Chowrasta tidak lama lagi. "Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi. "Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak," tuturnya.

Nora Danish Jawab Isu Gambar Berbikini

Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya. "Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut. Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini. "Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua. "Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.
Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial. Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut. "Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya. Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali. "Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Nad Zainal Perjelas Isu Sombong Dengan Peminat

Pelakon Nad Zainal terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah peminat sehingga ada segelintir daripada mereka membuat permintaan yang tidak mampu ditunaikannya. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, disebabkan perkara itu dia dituduh bersikap sombong dan tidak mesra dengan peminat. "Kadang-kadang permintaan ada di antara mereka agak melampau dan saya tidak boleh toleransi dengan karenah sebegitu. "Saya bukan seorang yang tidak mesra dan sombong dengan peminat sekiranya mereka mendekati secara baik, saya juga akan layan dengan biasa," katanya kepada mStar Online. Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama calon lima terbaik Festival Filem Malaysia Ke 27 di Menara Kuala Lumpur dekat sini, Selasa lalu.
Nad tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Kami Histeria. Calon lain turut bertanding dalam kategori sama adalah Dawn Cheong (Cuak), Adiba Yunus (Nasi Tangas), Aisya Hasnaa (Dollah Superstar) dan Izara Aisyah (Sejoli). Tambah Nad, isu peminat yang betindak diluar kawalan bukan suatu isu baharu kerana sepanjang bergelar artis dia sudah berhadapan dengan pelbagai situasi. "Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada seseorang artis dan saya sendiri tidak mampu untuk memberi perhatian tertentu kepada kerenah segelintir peminat ini. "Malah sebelum ini ada yang berkeras mahu saya bercinta dengan Remy Ishak sehingga saya berasa segan untuk bertemunya kerana permintaan bukan-bukan daripada peminat," jelasnya.

Faizal Hussein Diminta Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir

Pelakon Faizal Hussein memberitahu terpaksa mengelak daripada ditemuramah media berkenaan video lakonannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam filem Kapsul adalah disebabkan perjanjian dengan beberapa pihak. Faizal, 47, berkata, dia telah diminta oleh pihak produksi agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan babak tersebut kepada media sebulan sebelum tarikh tayangan. "Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu. "Bukan media tempatan sahaja, malah dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17 Ogos," ujarnya kepada mStar Online. Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan enggan bekerjasama ketika diminta mengulas babak lakonanya bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad yang menjadi viral di laman sosial. Video trailer filem Kapsul yang berdurasi 30 saat itu menjadi viral apabila kali pertama penampilan Tun Mahathir sebagai salah seorang pelakon filem itu. Sementara itu, kata Faizal penglibatan Tun Mahathir dalam produksi tersebut dipersetujui selepas lebih setahun filem tersebut siap menjalani penggambaran. Kata Faizal, babak bersama tokoh negarawan itu terpaksa dilakokan semula yang mana pada asalnya dilakonkan oleh pelakon Haryanto Hassan. "Pada awalnya watak Tun dibawa oleh Haryanto dan memang tidak sangka Tun setuju untuk berlakon selepas lebih setahun filem itu siap. Oleh itu produksi terpaksa reshoot semula beberapa babak bersama Tun," ujarnya. Dalam pasa itu, bercerita pengalaman berlakon bersama Tun Mahathir, Faizal berkata ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan. "Saya seperti tidak percaya kerana ia pada awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu, namun ia sangat bermakna. "Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta proton baharu," ujarnya. Filem ini adalah hasil intepretasi pengarahnya iaitu Allahyarham Martis Mohd Ali berkenaan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tentang amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020. Filem Kapsul dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi itu bakal menemui penonton seluruh negara mulai 17 September ini.

SUASANA MAJLIS RUMAH TERBUKA REBECCA NUR AL ISLAM

Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman telah mengadakan majlis rumah terbuka kelmarin di kediaman mereka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Arni Nazira, Datuk Aliff Syukri, Rafidah Ibrahim, Sharifah Shahora dan Faradhiya yang turut membuat persembahan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails