Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tuhan beri aku hidayah – Iwan


DI usia 45 tahun, Wan Syahman Wan Yunus, 50, diberikan hidayah untuk mengubah kehidupannya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah dan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

Kata insan seni yang lebih dikenali sebagai Iwan, segala kealpaan duniawi yang pernah melingkunginya selama berada di puncak kemasyhuran, dibuangnya secara perlahan-lahan.

Sekalipun diberi jolokan Raja Dangdut dan pernah memiliki kelab malam di Pulau Mutiara suatu ketika dahulu, Iwan mengakui dia tidak menyesal meninggalkan segalanya untuk menjalani satu kehidupan yang diredai dan dirahmati Allah SWT.

Iwan bersyukur asas agama yang ada dalam dirinya memudahkannya untuk lebih mendalami Islam yang syumul ini.

Kata Iwan, ketika usianya 11 tahun, dia telah khatam al-Quran di kampungnya, Asahan, Indonesia.

“Sudah tiba masanya saya bertukar arah dan membuat persiapan untuk ke depan, yang akhirnya kita semua akan ke situ juga (mati).

“Dalilnya perubahan yang saya alami dapat dilihat melalui pakaian yang saya pakai hari ini dan perubahan rohani pula, saya belajar dengan ustaz dan mengikut tabligh.

“Saya sedar bahawa Allah itu maha penyayang kerana dia memberi saya kesempatan untuk kembali ke jalan yang diredaiNYA,” katanya kepada S3.

Dua kali mengalami kegagalan dalam rumah tangga turut memberi Iwan kesedaran untuk muhasabah diri.

Jodoh kali ketiga bersama gadis sekampungnya, Evie Surriyanti, 25, dikurniakan seorang puteri, Wan Nur Symayyah yang kini berusia 15 bulan.

Pencarian ke jalan Allah, kata Iwan, bukan semata-mata untuk dirinya tetapi juga mencakupi seluruh umat Islam.

Justeru bersama kumpulan tablighnya, Iwan memberitahu, dalam sebulan, dia akan keluar selama tiga hari untuk berdakwah dari rumah ke rumah.

Norlia senang ditemani cucu


KALAU tidak ada penggambaran drama, telemovie atau filem, pelakon Norlia Ghani lebih suka tinggal di rumah. Pelakon berusia 63 tahun ini melakukan pelbagai aktiviti terutama melayani dua cucu kesayangannya, Erisya, 6, dan Eryana, 4.

Menurut Norlia yang mula berlakon pada usia 17 tahun, rumah ibarat syurganya selepas penat berlakon di lokasi produksi penggambaran.

“Saya jenis yang tidak suka keluar rumah. Di rumah, macam-macam perkara saya lakukan seperti menanam pokok bunga. Kalau dulu sewaktu di rumah pangsa di Keramat Jaya, Kuala Lumpur saya tidak boleh melakukan aktiviti itu.

“Selama 13 tahun tinggal di rumah flat, barulah sekarang saya berasa lebih selesa termasuklah cucu-cucu saya yang mudah untuk bermain,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Anak kelahiran Klang, Selangor ini berkata, dia berpindah ke rumah baru itu bulan lalu bagi melupakan peristiwa hitam di rumah lamanya.

Pada 27 September 2009, anak ketiganya, Edi Rizal terjatuh dari rumah pangsa yang didiaminya hingga maut.

Katanya yang berlakon dalam filem Pancha Delima pada 1968, dia cuba melupakan peristiwa hitam itu dengan berpindah ke rumah baru tersebut.

“Paling saya risaukan ialah dua cucu saya itu yang rasanya lebih selamat tinggal di rumah teres seperti sekarang ini sewaktu saya tiada di rumah,” ujarnya.

Dia yang telah 13 tahun menjanda selepas tiga perkahwinannya gagal berkata, biarpun sudah 46 tahun berlakon tetapi ia sebati dengannya.

Jelas ibu kepada lima anak dan lima cucu ini, bidang lakonan bukan sahaja mata pencariannya selama ini.

Malah, ia juga merupakan bidang yang sukar untuk dilupakan berbanding bidang nyanyian yang turut pernah diceburinya selama ini.

“Sewaktu di rumah saya suka menonton drama dan filem tempatan di TV. Daripada situlah saya mengikuti perkembangan bidang ini,” jelasnya.

Pelakon yang sinonim dengan watak komedi ini pernah merakamkan album antaranya Relaks bersama Hamid Gurkha.

Norlia sering mengimbau kenangannya sepanjang bergelar pelakon selepas menyertai pertandingan Ratu Kebaya pada 1968.

Ujar Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2002 ini, drama Opah paling sukar dilupakannya.

Tambahnya, watak Joyah yang dilakonkannya menerusi drama yang disiarkan di RTM pada tahun 1980-an itu diingati ramai hingga kini.

“Sampai sekarang masih ada yang panggil saya Joyah. Mula-mula saya rasa malu juga dengan nama itu.

“Itu adalah drama bersiri terpanjang pernah saya lakonkan iaitu selama hampir 18 tahun sehingga saya pun lupa jumlah episodnya,” katanya.

Dia kini sedang berehat seketika selepas tamat menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Rojak arahan Jebat Jins Shamsudin.

Ery Zukhairi suka ‘lepak’ di rumah


RUMAHKU Syurgaku! Itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan diri aktor baru dunia seni tanah air, Ery Zukhairi yang lebih suka mengisi kekosongan jadual hariannya dengan ‘memerap’ di rumah.

Baginya, menghabiskan masa di rumah adalah saat-saat yang amat ditunggu-tunggu. Tidak terbeban dengan sebarang permasalahan, rumah memberikan Ery kepuasan di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Masa-masa terluang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ery atau nama sebenarnya Syed Ahmad Zukhairi Nur Mahamad Shah dengan membaca pelbagai bahan bacaan yang menjadi koleksi peribadinya.

Tabiat membaca yang telah sebati dengan dirinya itu diwarisi daripada sang ayah yang juga berkongsi minat sama.

“Sejak kecil saya sudah dilatih untuk membaca pelbagai bahan bacaan dan membaca sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya.

“Adakalanya apabila terlalu khusyuk sangat membaca, saya terlupa untuk menjamah sebarang makanan,” kata anak kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu.

Bagi Ery membaca memberikannya satu kepuasan dalam menambah pengetahuan yang ada bagi mengharungi dunia yang penuh mencabar.

Bagaimanapun, Ery tidak menjurus untuk membaca bahan-bahan tertentu tetapi membeli apa sahaja yang dirasakan menarik termasuklah novel, majalah ataupun komik untuk dijadikan sebagai koleksi.

Tidak cukup dengan itu, jelas bapa kepada Imelia Nabila, 6, dan Imellyn Darwina, 4, selain membaca kebanyakan masa di rumah banyak dihabiskan dengan bersenam untuk memastikan tahap kesihatan tidak terganggu.

“Sebelum ini saya juga seperti orang lain yang kebanyakannya leka dan kurang bersenam. Namun setelah menonton lakonan sendiri dalam drama Penunggu Gunung Raya pertengahan tahun lalu, saya merasakan bentuk badan saya terlalu besar.

“Sejak itu saya tekad untuk mengurangkan berat badan dan Alhamdulillah dalam masa dua bulan saya berjaya mengurangkan hampir 20 kilogram berat badan,” jelas pemegang watak Khalif dalam filem Momok 2 Jangan Panggil Aku.

Bagi memastikan senaman yang dilakukan itu berterusan, Ery memperuntukkan dua jam sehari untuk membuat senaman-senaman ringan di rumah seperti sit-up dan bermain halter (dumbbell).

Namun bagi melengkapi rutin senaman, Ery juga mengikuti kelas senaman di gimnasium dua hari seminggu.

Antara aktiviti lain yang dilakukan Ery di rumah adalah meluangkan masa untuk bermain bersama dengan kedua-dua puteri kesayangan.

“Selalunya saya akan meluangkan masa untuk menonton televisyen bersama anak-anak. Sebelah petang pula saya akan membawa mereka keluar ke taman permainan berhampiran.

“Sebab itu saya suka berada di rumah. Telatah anak-anak sedikit sebanyak menghiburkan hati saya,” ujar Ery yang mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan skrip.

Walaupun banyak menghabiskan masa terluang di rumah, sesekali Ery akan keluar untuk bermain boling bersama dengan rakan-rakannya.

Memey pandai memasak


MELIHAT penampilannya yang sentiasa jelita tiap kali muncul di khalayak, pasti ramai yang menyangka pelakon Memey Suhaiza, 23, asyik bersolek 24 jam.

Jangan buat tanggapan negatif terhadap tunangan Norman Hakim itu kerana Memey bukan setakat cantik kerana dia juga hebat di dapur.

Mula-mula S3 pun tidak percaya yang Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi pandai memasak, maklumlah beliau tinggal sendirian di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju.

Orang bujang selalunya lebih gemar membeli makanan di kedai atau menyimpan banyak bekalan makanan segera.

“Memey jarang membeli makanan di luar, sebab Memey cerewet bab makan. Sebab itulah Memey lebih suka memasak yang simple seperti burger.

“Burger ini Memey buat sendiri, bukan beli burger yang sudah siap. Kalau kawan-kawan nak datang rumah, awal-awal mereka pesan suruh buat burger.

Burger itu jugalah yang dipesan setiap kali Memey balik kampung,” cerita anak ketiga daripada enam beradik itu.

Sambil tangannya rancak mengatur salad di pinggan untuk menghidang nasi ayam yang dibuatnya, Memey berkata, sebenarnya antara empat adik-beradik perempuan dalam keluarganya, dia yang paling malas memasak.

Dalam malas-malas pun Memey tetap berbakat kerana ilmu memasak itu diperoleh daripada ibunya yang bergelar tukang masak di kampung Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.

Dek pandai memasak, rumahnya sering menjadi tempat lepak rakan-rakan yang tinggal di pangsapuri berkenaan.

Malah kata Memey, Norman juga pernah mencadangkan agar beliau membuka kedai makan kerana masakannya yang sedap itu.

Memey yang sibuk membuat persiapan perkahwinan itu juga gemar menanam pokok bunga pada waktu lapang.

“Entahlah, mungkin sejak kecil lagi Memey adik-beradik sudah didedahkan dengan minat mak yang suka memasak dan menanam pokok bunga. Rumah kami pernah jadi rumah contoh kerana kerajinan mak.

“Dulu Memey selalu berangan kalau ada rumah sendiri, nak buat taman. Memandangkan balkoni pun kecil, Memey hanya boleh tanam kira-kira 20 buah pasu sahaja. Kalau banyak sangat nanti nampak sarat,” ceritanya yang mempunyai seekor kucing betina bernama Chemy.

Memey yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Fatimah Labuci berkata, beliau perlu mewujudkan satu hobi bagi mengisi masa lapang jika tidak menjalani penggambaran.

Menyedari beliau sering sibuk di lokasi, Memey lebih senang menanam pokok bunga jenis daun dan kaktus kerana spesies ini tidak memerlukan penjagaan rapi seperti pokok mawar.

“Selalunya Memey beli pokok bunga di Seksyen 4, Wangsa Maju. Tauke di situ pun kenal Memey dan kerap juga dapat diskaun.

“Di situ, Memey suka duduk lama di bahagian landskap. Nak buat air terjun kat rumah tidak boleh sebab ruang terhad,” katanya pada pertemuan awal sebelum kami bergerak ke rumahnya.

Memey yang turut menyajikan puding sago sebagai pencuci mulut berkata, beliau banyak mendapat tawaran daripada pereka fesyen yang ingin menaja baju perkahwinannya kelak.

Disebabkan ramai yang menawar, Memey yang diserah 100 peratus oleh Norman untuk memilih konsep perkahwinan mereka menjadi pening.

“Bila ramai yang nak taja, Memey jadi pening sebab tak tahu nak pilih mana kerana perlu jaga hati ramai kawan. Memey akan cuba untuk tidak menghampakan mereka yang menawarkan khidmat itu,” akuinya.

Bercerita mengenai perkahwinan, Memey berkata, keluarga sebelah Norman mahu mereka disatukan sebagai suami isteri pada 23 September ini.

Bagi Memey, beliau lebih senang memilih tarikh 11 November kerana merasakan dalam tempoh itu sempatlah untuknya membuat persiapan.

“Apa pun kami masih berbincang, sama ada bulan September atau November. Kalau semuanya boleh dibuat segera, maka cepatlah

Hattan lepas geram di padang


GOLF merupakan salah satu sukan yang dikategorikan berkelas atasan. Tidak semua orang mampu atau mempunyai peluang bermain golf.

Biasanya mereka yang bermain golf terdiri daripada golongan elit. Ia termasuklah kalangan artis yang inginkan sesuatu di sebaliknya.

Bagi mereka, sukan itu bukan setakat kerana status, tetapi ia mampu memberi manfaat termasuklah peluang melepaskan tekanan di padang golf.

Hattan, misalnya merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon tempatan yang mempunyai hobi bermain golf sejak 10 tahun lalu. Hobinya itu kekal sehingga kini.

Bagi pemilik nama Mohd. Shukri Shahabudin itu, dia dapat merasai kepuasan apabila berada di padang golf biarpun terpaksa menghadapi cuaca panas terik.

“Bermain golf dapat menghilangkan rasa marah atau tertekan. Saya seolah-olah mencabar diri saya sendiri apabila bermain golf.

“Selain melepaskan geram sama ada daripada segi pukulan, saya juga dapat menenangkan fikiran yang sedang bercelaru.

“Pada masa sama, ia dapat merehatkan minda dengan pemandangan sekeliling yang menghijau dan mendamaikan jiwa,” katanya kepada S3.

Pada pertemuan di Kelab Golf Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini, artis berusia 46 tahun itu sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam bidang itu.

Persekitaran yang menghijau dengan bukit-bukit kecil dan kawasan kampung yang mengelilingi padang golf itu memang cukup mendamaikan.

Sebab itu, tidak hairanlah penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Memburu Rindu ini tidak pernah jemu bermain golf.

Malah, padang golf yang terletak di belakang rumah ibunya, Hindon Mat Sani, 71, itu antara tempat kegemarannya sejak dulu.

“Saya pernah bermain golf sehingga ke Perth, Australia dan Jakarta, Indonesia tetapi ini adalah antara padang golf kegemaran saya.

“Bagaimanapun, bak kata orang lain padang lain cabarannya daripada segi landskap, cuaca dan kemudahan yang disediakan.

“Saya suka padang golf di sini kerana saya sukakan suasana kampung. Secara tidak langsung saya dapat pulang bercuti dan bersenam di kampung.

“Sebabnya, padang golf yang ada 18 lubang biasanya memerlukan saya berjalan sehingga sembilan kilometer dalam masa lima jam,” ujarnya.

Jelas Hattan, bermain golf dapat memenuhi masa lapangnya dengan aktiviti yang menyihatkan badan, selain mengeratkan hubungan silaturrahim.

Dia yang berasal dari Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sering menggunakan peluang bermain golf itu bersama anaknya, Adam Eiman.

Sambil tidak menafikan hobi bermain golf turut menjadi pilihan anak tunggalnya itu, ia juga ruang untuknya mengisi masa bersama-sama.

“Saya dapati Adam juga meminati sukan golf. Saya selalu bermain dengannya. Saya suka dia main golf dan beri galakan kerana usianya masih muda.

“Pada kesempatan itu, saya bukan sahaja boleh mengajar dia bermain golf, malah pada masa sama dapat mendengar masalahnya.

“Adam kini belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan tinggal di asrama. Saya jarang berjumpa dengannya.

“Jadi, apabila ada kesempatan seperti ini secara tidak langsung ia akan mengeratkan lagi hubungan saya sebagai bapa dengan anaknya,” tuturnya.

Berhandikap 14 dalam sukan golf, Hattan berkata, dia bermain golf bukan sekadar ikut-ikutan sahaja.

Sebaliknya, bermain golf pernah menimbulkan kegilaan terhadapnya sewaktu di awal pembabitannya dalam sukan tersebut.

“Sewaktu mula bermain golf saya memang rasa teruja sangat sehinggakan saya pernah bermain dengan kawan-kawan setiap hari.

“Saya dapati golf sesuai untuk saya walaupun pada usia yang semakin meningkat. Ini kerana, sukan itu agak relaks. Cuma minda sahaja yang perlu aktif.

“Contohnya, dalam membuat perkiraan dan strategi bagi memastikan bola golf masuk ke lubang. Semua itu mencabar diri saya.

“Dulu saya suka main bola sepak tetapi apabila semakin berusia, hendak berlari laju sedikit pun sudah terasa semput,” ujarnya sambil ketawa.

Petang itu, bekas penyanyi kumpulan rock FRU itu sekali lagi membawa anaknya yang bercuti hujung minggu sambil bermain golf bersama-samanya.

Adam Eiman sudah tidak kekok menghayun batang golf yang mempunyai pelbagai jenis saiz dan kegunaan hasil tunjuk ajar bapanya itu.

Dia yang bercita-cita menceburi sukan golf tidak menafikan minat itu banyak didorong oleh bapanya yang melihat prospek cerah sukan tersebut.

“Untuk peringkat permulaan saya akan cuba menyertai mana-mana pertandingan golf remaja yang akan diadakan.

“Kalau ada peluang saya mahu menyertai atau mewakili sekolah ataupun pertandingan golf remaja peringkat Negeri Sembilan,” katanya.

Selepas bermain golf, dua beranak itu menaiki kereta pacuan empat roda menuju ke kediaman mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Rumah agam empat bilik di atas tanah pusaka keluarganya dengan kos pembinaan mencecah RM300,000 itu merupakan aset baru Hattan.

Ia bolehlah dianggap sebagai rumah persinggahan penyanyi yang dilahirkan pada 21 Disember 1964 setiap kali pulang ke kampungnya itu.

Ashanty Terkejut Anang Ucap Kata Cinta


JAKARTA: Penyanyi Ashanty mengaku terkejut apabila komposer Anang Hermansyah meluahkan perasaan cinta kepadanya.

"Apa yang dilakukan oleh Anang begitu spontan dan saya sangat terkejut kerana tujuan kita ke mari adalah untuk menyanyi dan tidak sangka ada gimik sebegitu<' ujarnya kepada DetikHot.com.

Kedua-dua pasangan tersebut hadir menjayakan rancangan Dahsyat terbitan sebuah stesen televsiyen Indonesia, Khamis.

Selain terkejut, Ashanty juga masih keliru dengan apa yang diluahkan bekas suami Krisdayanti itu. Bagi Ashanty, Anang seorang yang serius tentang cinta.

"Saya tahu ramai yang menganggap perkara tersebut telah kami rancang, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak mengetahuinya," jelasnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun menurut Anang, dirinya masih menunggu jawapan balas daripada penyanyi jelita itu.

"Ya, apa yang saya katakan tadi benar dan sekarang tinggal menunggu jawapan dari pihaknya sahaja," kata Anang.

Kilafairy Takut Dinilai Kerana Kontroversi


KUALA LUMPUR: Pelakon baru Kilafairy mengakui agak gementar untuk menerima reaksi daripada orang ramai terhadap lakonan pertamanya dalam filem Karak yang bakal ditayangkan 26 Mei depan.

Jelas Kila, dia lebih berdebar apabila namanya telah dikenali dengan pelbagai kontroversi sebelum bakatnya ditonjolkan.

“Sudah tentu saya sangat takut menerima reaksi penonton filem ini. Saya tahu ramai yang mengenali saya dengan beberapa kontroversi yang tercetus sebelum ini.

“Saya tidak mahu orang akan membandingkan lakonan saya dengan kontroversi yang terjadi,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kila, dia sudah membuat yang terbaik dalam filem tersebut dan mengakui masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Ini lakonan pertama saya sudah tentu banyak kelemahan, tapi jika diberi peluang lagi saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia mampu berhadapan dengan kontroversi ketika masih lagi baru dalam industri ini, Kila memberitahu dia sering mendapat nasihat daripada ibunya, penyanyi Rohana Jalil.

“Saya pernah rasa terpukul ketika pertama kali berhadapan dengan gosip-gosip ini tapi Alhamdulillah atas nasihat daripada ibu, saya kembali bersemangat.

“Sekarang saya rasa kontroversi-kontroversi tersebut sebagai bahan lawak sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang gosip percintaan pelakon Lisa Surihani dan Yusry (KRU) yang pernah digosipkan dengannya, Kila hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Pasangan tersebut sangat comel dan sesuai, bagi saya ramai peminat yang setuju jika mereka bercinta,” katanya.

Rita Rudaini & Aidil Zafuan Dapat Anak Kedua


PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

“Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat,” katanya.

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Saling berharap - Tizz dan Remy


KEBERKESANAN lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di dalam drama bersiri Nur Kasih sebagai Adam dan Nur Amina telah mencuri hati penonton apabila mereka berganding sebagai pasangan suami isteri yang menghadapi pelbagai liku.

Kejayaan mereka menghidupkan tanggungjawab masing-masing di layar kaca telah membuat ramai penonton yang mahukan pasangan tersebut bergandingan di dalam dunia realiti kerana mereka dilihat sebagai pasangan ideal apabila bersama.

Satu ketika semasa Nur Kasih sedang rancak dipertontonkan di kaca televisyen, telah tersebar luas gosip yang mengatakan dua orang pelakon muda ini sedang benar-benar berpacaran.

Namun, seperti angin yang bertiup, ia hilang begitu sahaja ditelan masa. Namun, apabila mereka mula digandingkan semula di dalam filem Nur Kasih The Movie, persoalan timbul semula bahawa pasangan ini memang sedang dilamun cinta.

Bagi Tiz, perkara ini (gosip bercinta) tidak akan pernah berhenti setiap kali mereka digandingkan bersama. Akan tetapi, ia merupakan satu perkara elok bagi dirinya sebagai seorang pelakon kerana mengganggap ‘kepercayaan’ tersebut adalah kejayaan bagi kariernya.

“Ia adalah perkara baik bagi karier saya kerana mereka percaya apa yang saya lakonkan bermakna lakonan saya menjadi. Namun, orang sentiasa akan bertanya dan bercakap tentang perkara ini.

“Kami tidak pernah terbawa-bawa watak Nur Amina dan Adam sehingga ke luar set,” ujar Tiz yang sentiasa tersenyum dan ketawa menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya.

Ia sekali gus sebagai tanda bahawa Tiz menafikan dia dan Remy adalah satu pasangan.

Tambahnya lagi, hubungannya bersama Remy adalah seperti rakan sekerja yang lain dan sentiasa berfikiran profesional apabila menyentuh hal-hal kerja.

Berbeza dengan jawapan yang diberikan Remy, bicaranya jujur, dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Ini kerana sejak kecil, dia telah dididik oleh orang tuanya supaya sentiasa hormati orang lain.

Jika mahu dihitung semula, Remy sering dikaitkan bercinta dengan heroin yang bergandingan bersamanya di dalam filem mahupun drama.

Bukan sahaja dengan Tiz malah bersama pelakon jelita Maya Karin yang berpasangan bersamanya di dalam filem Cun.

“Semua ini adalah cerita untuk mewarnai rencah di dalam industri seni. Namun, bagi saya, setiap orang berhak memberi penilaian mereka terhadap apa jua perkara kerana itu adalah hak mereka.

“Perkara sama akan terjadi jika telah berkahwin mahupun bujang kerana jika mereka mahu bercakap, mereka akan tetap bercakap mengenainya juga. Janji saya tahu batasan serta tujuan saya. Itu sudah memadai,” jelasnya tentang gosip percintaan dengan Tiz.

Menambah jawapan kepada persoalan tersebut, Remy memberitahu dengan nada tenang bahawa kadang kala perkara ini meletihkan. Namun, segalanya diterima dengan reda dan sabar kerana ia adalah hak masing-masing untuk meluahkan apa jua perkara.

Tiada Lagi Nur Kasih

Setelah lebih kurang dua setengah tahun berehat dari watak Adam dan Amina, kini menerusi Nur Kasih The Movie, Remy dan Tiz sekali lagi diberi cabaran mendukung watak itu.

Mempunyai pendapat yang agak sama, kedua-duanya mengakui merindukan watak Adam dan Nur Amina serta fenomena yang telah diwujudkan melalui drama tersebut.

Namun menrusi versi filem, ia menampilkan watak Adam dan Nur Amina lebih matang dalam mengharungi kisah hidup mereka.

“Ia merupakan sambungan penceritaan selepas beberapa tahun dari penghujung bagi drama bersiri Nur Kasih. Jadi Adam kini berfikiran agak matang dan hubungan cinta bersama isterinya Nur Amina serta keluarganya juga matang.

“Terdapat perbezaan konflik yang mana Adam mengalami karma di dalam kehidupannya yang mendapat ketentuan Tuhan terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini,” bicara Remy mengenai wataknya sebagai Adam.

Menurutnya, apa yang cuba mahu ditonjolkan dalam Nur Kasih The Movie adalah mengenai ketentuan Illahi. Watak mereka itu dibesarkan di dalam persoalan serta pencarian dengan menghadapi cabaran-cabaran daripada Tuhan dan bukan lagi konflik di dalam percintaan dan keluarga seperti mana yang ditonjolkan dalam drama Nur Kasih.

Bagi Remy, penceritaan dan pembawakan watak dalam Nur Kasih The Movie lebih berat kerana ia berskala lebih besar, permainan dalaman dan penceritaannya lebih menarik.

Oleh itu, dengan fenomena yang telah dicetuskan semasa penyiarannya di kaca televisyen, penonton akan meletak harapan yang tinggi terhadap filem ini.

“Saya tidak nafikan jangkaan penonton terhadap Nur Kasih The Movie memang tinggi. Saya sebagai pelakon sendiri sememangnya mahu berikan yang terbaik begitu juga pelakon dan krew-krew Nur Kasih yang lain.

“Secara jujur memang kami semua sudah lakukan yang terbaik dan kami berharap penonton berpuas hati dengannya kelak,” ujar Remy yang memberitahu dirinya masih gugup walapun telah lima tahun berkecimpung di dalam dunia hiburan.

Zed Zaidi mohon maaf


HANYA tinggal 24 jam sahaja lagi, pelakon tinggi lampai ini akan melalui fasa baru dalam hidupnya. Bakal bergelar suami kepada Natalia Mustafa Kamal atau lebih dikenali sebagai Nelly, 28, Zed Zaidi tidak mampu lagi menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur ketika ini.

Bertemu dengannya pada majlis tayangan perdana program Astro Prima di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Zed dengan penuh teruja memberitahu dia memang sudah bersedia untuk bergelar seorang suami.

Mula berkenalan dengan Nelly sejak tiga tahun lalu, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 31, tidak menyangka persahabatan yang terjalin itu telah membawa mereka ke jinjang pelamin.

"Selama berkenalan dengan Nelly, memang tidak pernah timbul sebarang perasaan cinta kerana batasan kami hanyalah sebagai seorang sahabat.

"Memang kami kerap berhubung menerusi Facebook dan saya juga banyak membantunya tentang perniagaan butik dalam talian yang diusahakannya.

"Tetapi, pintu hati saya terbuka untuk melamar Nelly sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lalu. Pada mulanya dia agak terkejut tetapi dia tidak menunggu lama untuk menerima lamaran saya itu," cerita Zed dalam nada penuh gembira kepada pihak media yang mengerumuninya petang itu.

Jika semuanya berjalan lancar, jelas Zed, majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam esok (29 April) di Restoran Felda D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Memandangkan lokasi tersebut hanya mengizinkan bilangan tetamu dalam jumlah yang terhad, sedari awal lagi Zed memberitahu majlisnya itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak.

"Kerana itu, saya memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menjemput anda semua untuk membuat liputan majlis pernikahan saya.

"Usah bimbang kerana saya akan menjemput kalian ke majlis persandingan saya yang akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, Kuala Lumpur pada 7 Mei ini," ujar pelakon filem Bisikan Remaja dan Sembilu 2005 ini sambil mengedarkan kad jemputan untuk majlis resepsinya kepada pihak media.

Untuk majlis bersejarah itu, Zed dan Nelly sepakat memilih konsep Melayu tradisional yang telah mendapat penajaan dari Butik Dahlia Bridal yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Pihak pengantin lelaki juga akan memberi tujuh dulang hantaran dan akan dibalas pihak perempuan sebanyak sembilan buah dulang.

Namun, demi menghormati permintaan kedua-dua belah pihak, Zed memberitahu wang hantaran terpaksa dirahsiakan.

Sementara itu, bagi majlis persandingan mereka pula, konsep moden tradisional menjadi pilihan kedua-dua bakal pengantin itu.

Mengakui bakal isterinya itu seorang yang cukup low profile dan pemalu, Zed menjelaskan atas alasan itu jugalah Nelly menolak untuk digandingkan bersama sebelum berkahwin.

Namun pun begitu, Zed dengan penuh jujur memberitahu dia berbangga dan bertuah memiliki Nelly sebagai belahan jiwanya.

"Alhamdulillah, dia cukup memahami dengan kerjaya seni saya dan apa yang perlu saya lalui dalam meniti perjalanan sebagai seorang artis.

"Mungkin juga dalam tempoh perkenalan kami itu juga membuatkan dia tahu dan sedar bagaimana keadaan sebenar dunia seni yang saya lalui.

"Insya-Allah, saya juga akan membuka sebuah lagi perniagaan berasaskan makanan bersama bakal isteri saya," ujar Zed yang pernah menempa kemasyhuran menerusi drama rantaian Sembilu Kasih bersama Hetty Sarlene ini lagi.

Berbicara tentang soal perkahwinan, sememangnya Zed mengakui dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk dirinya sendiri.

"Cuma, saya pernah berkata pada diri saya alangkah manisnya kalau saya dapat bertemu jodoh pada usia 30 tahun.

"Alhamdulillah, Allah SWT mendengar permintaan saya itu dan nampaknya angka 31 itu cukup cantik untuk saya menjadi seorang suami," ujarnya yang masih lagi bernaung di bawah pengurusan Aquila Emas itu.

Memang rancak perbualan dengan Zed pada petang itu terutama sekali ketika ditanya tentang persiapan perkahwinannya yang kini sudah siap sepenuhnya.

Ujarnya, dia tidak pernah menyangka persiapan perkahwinan memerlukan penelitian dan pengawasan yang rapi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Mujurlah kata Zed, dia mendapat bantuan daripada keluarganya sendiri termasuk bakal keluarga mertuanya yang juga mahu melihat majlis perkahwinannya berada dalam keadaan terbaik.

"Memang meletihkan untuk saya juga kerana semakin hampir hari pernikahan saya, tawaran berlakon memang tidak berhenti sehingga tidak menang tangan saya dibuatnya.

"Mana tawaran yang saya terima dahulu, saya akan utamakan. Selebihnya, saya akan sempurnakan selepas majlis saya selesai semuanya," katanya yang masih belum menetapkan destinasi bulan madu kerana terikat dengan komitmen seni yang dipersetujui terlebih dahulu.

Buat peminat setia Zed Zaidi, pastikan anda tidak ketinggalan menonton lakonannya dalam drama rantaian, Fatimah Juling The Series bermula 27 April lalu, 9 malam di saluran 105, Astro Prima.

Drama yang diterbitkan oleh A. Aida Productions itu turut dibintangi Linda Hashim, Beego, Andrea Abdullah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Bob Lokman, Delimawati, Mak Jah dan Fathil Dani.

Tiba-tiba Amani marah...


ORANG selalu membandingkan karakter Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dengan ibunya, tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar atau kakaknya, penyiar Radio Hot FM, Sharifah Aleya.

Ternyata karakter pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu jauh berbeza berbanding ibu atau kakaknya, kerana kedua-dua wanita tersebut amat peramah dan mudah didekati.

Sebaliknya, Nani, 25, yang merupakan anak didik Allahyarham pengarah Yasmin Ahmad itu sering dilabel sebagai sombong dan sukar didekati.

Nani yang memegang watak Zalia dalam drama bersiri 13 episod, Cita Atau Cinta? yang disiarkan menerusi slot Aurora setiap Khamis, 8.30 malam di TV9 itu berkata, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain.

"Biarlah orang nak kata saya sombong atau bercakap pasal diri saya.

"Saya tidak peduli kerana tidak semua orang suka apa yang kita buat. Saya ada sebab tersendiri kenapa bersikap seperti itu.

"Lagipun saya tahu apa matlamat saya dalam bidang ini. Saya bukan hendak menjaja cerita peribadi.

"Sebab itulah saya mudah naik angin kalau diajukan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya," akuinya yang ditemui pada lokasi penggambaran drama Cita Atau Cinta? di Kampung Baru, baru-baru ini.

Anggap Shiha seperti anak sendiri


SEBAIK sahaja melangkah masuk ke mahligai indah milik Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, telinga ini terus menangkap alunan indah suara yang cukup merdu sambil diiringi oleh petikan piano.

Kelihatan Sharifah Aini dan Shiha begitu khusyuk dan fokus kepada sesi latihan yang berlangsung ketika itu sehinggakan kehadiran kami tidak disedari mereka berdua.

Usai memberi salam, Sharifah Aini bingkas bangkit dari kerusi piano lalu menyambut kedatangan penulis dan jurufoto dengan penuh mesra sambil diekori Shiha di belakangnya yang pantas menghulurkan tangannya dan bersalam dengan kami.

"Inilah rutin yang kami jalankan setiap minggu dan saya mahu memastikan Shiha berada dalam tahap terbaik agar dia mampu memberikan persembahan yang membanggakan pada konsert mingguan.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi Shiha. Sebagai mentor, saya rasa bertuah kerana dapat memiliki Shiha sebagai protege. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Shiha, saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Dia memiliki bakat yang pada hemat saya cukup luar biasa dan segala apa yang saya ajar kepadanya, dia cepat tangkap dan aplikasi untuk setiap persembahannya," ucap Sharifah Aini dalam nada syukur sambil dipersetujui Shiha yang duduk di sebelahnya.

Mengulas tentang penglibatannya dalam Mentor 5, Sharifah Aini menyifatkan ia merupakan keputusan terbaik yang dilakukannya.

Apatah lagi, sepanjang lebih empat dekad menjadi seorang anak seni, inilah kali pertama dia melibatkan diri dalam program realiti seperti Mentor 5.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila pihak TV3 sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi idea bagi memantapkan lagi persembahan Shiha," kata Sharifah Aini atau nama penuhnya, Sharifah Aini Syed Jaafar ini bersungguh.

Sebagai seorang yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni, sudah pasti Sharifah Aini mahu berkongsi ilmu yang ada dalam dirinya kepada generasi muda agar mereka mampu menjadi seorang penyanyi unggul kelak.

"Acap kali saya tegaskan kepada Shiha, untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan, usaha dan kerja keras dalam membentuk diri menjadi seorang penyanyi yang versatil.

"Atas alasan itu, saya amat menitik beratkan semua aspek termasuk kedudukan tubuh badan ketika menyanyi, sebutan, penghayatan dan lontaran suara.

"Sering kali, masyarakat menganggap seorang penyanyi itu perlu menjaga sebutan dalam nyanyiannya hanya untuk lagu-lagu Inggeris.

"Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sebutan itu juga amat penting dalam lagu bahasa Melayu. Daripada pengamatan saya, bukan semua penyanyi hari ini khususnya penyanyi muda yang menitik beratkan soal itu.

"Mungkin ia kedengaran agak remeh tetapi sebenarnya ia adalah elemen penting dalam memastikan persembahan kita mampu memberikan kepuasan kepada audiens," cerita pelantun lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Rahsia Hati ini penuh bersungguh.

Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada Shiha, tidak hairanlah apabila Shiha sering mendapat pujian dan berada di carta teratas dalam Kumpulan A Mentor 5 lalu meninggalkan dua pencabarnya, Ayish dan Ratnah di belakangnya.

Namun, Sharifah Aini juga sering menasihatkan Shiha agar tidak berasa selesa dengan kedudukannya kerana dalam program realiti, sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Dalam hal ini, protege kepada Edry Abdul Halim iaitu Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor atau Iqa dilihat Sharifah Aini sebagai bom jangka yang mampu mengejutkan ramai pihak sepanjang Mentor 5 berlangsung.

Begitu juga dengan Salma yang merupakan protege kepada Erra Fazira yang menjadi perhatian dan sebutan ramai ketika ini.

"Kedua-dua protege ini saya anggap sebagai pencabar terdekat Shiha dalam Mentor 5 kerana mereka memiliki keistimewaan tersendiri," ujarnya.

Untuk itu, selain kelas vokal yang turut dibantu oleh rakannya, Eja, Sharifah Aini juga memastikan Shiha mendapat bimbingan yang sewajarnya menerusi kelas tarian.

"Saya membimbing Shiha dengan cara yang cukup matang dan profesional di mana dia boleh meluahkan apa sahaja masalah kepada saya," jelas Sharifah Aini yang pernah membintangi filem Hapuslah Airmatamu dan Bintang Pujaan ini lagi.

Ketika ditanya mengapa Shiha tidak diberi peluang menyanyikan lagu-lagu popularnya:

"Saya mahu Shiha menjadi penyanyi yang memiliki identiti sendiri. Saya bimbang kalau saya beri lagu-lagu saya, nanti dia akan mengikut lenggok nyanyian saya.

"Walaupun apa yang terjadi, saya akan terus menyokong Shiha walaupun Mentor sudah tamat kelak kerana yakin dengan pakej lengkap yang dimilikinya. Saya mahu melihat bakat-bakat baru yang segar terus mewarnai industri hiburan kita."

Shera Berdebar Mahu Jadi Tunang Zahiril


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob, 25, berdebar menghitung hari untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pelakon Zahiril Adzim, 27, pada 1 Mei ini, di kediamannya di Ipoh, Perak.

Tambah Shera, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal setelah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.

“Sebelum buat keputusan ini saya sudah fikir banyak kali dan saya pasti keputusan ini betul.

“Jika bercakap tentang rezeki, memandangkan saya juga baru bertapak dalam dunia lakonan. Saya yakin ia tidak akan terjejas kerana semua itu kuasa Allah,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi filem Karak, di sini, Khamis.

Kata Shera, biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan namun menurutnya, mereka ingin mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

“Pada awalnya saya tidak mahu bertunang kerana lebih suka terus bernikah tetapi disebabkan saya anak pertama dalam keluarga sudah tentu mereka mahu ia dilakukan mengikut adat.

“Segala urusan pertunangan sudah siap diuruskan oleh saya dan keluarga di kampung,” katanya.

Menurut Shera, dia bakal mengayakan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna merah jambu manakala pelamin ditaja oleh Zaid ID.

“Alhamdullilah, ramai yang sudi untuk menaja pertunangan kami seperti Hatta Dolmat yang akan membuat baju pertunangan saya, pelamin daripada Zaid ID dan solekan dari Ezan Omar,” katanya.

Bercerita tentang bakal tunangannya, dia memberitahu Zahiril seorang lelaki yang sangat bertanggung jawab, matang dan serasi bersamanya.

“Saya melihat dia seorang yang serius ketika berkawan dengan saya berbanding kawan lelaki sebelum ini.

“Bila dia melamar saya, saya tahu dia bersungguh-sungguh dan sudah tentu saya menerimanya, kebanyakkan lelaki hanya bercakap soal kahwin di mulut sahaja sedangkan mereka tidak bersungguh-sungguh ke arah itu.

Bayi Kembar Sazzy Falak Lahir Secara Pembedahan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sazzy Falak selamat melahirkan bayi kembar perempuan iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 pagi Khamis.

Suami Sazzy, Nazril Idrus yang dihubungi berkata, kedua-dua bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan dengan berat yang sama iaitu dua kilogram.

Katanya, dia bersyukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk melihat Sazzy bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah, saya gembira isteri dan dua anak kembar saya selamat.

"Ketika di dalam bilik bedah, saya rasa proses untuk kelahiran berlaku dengan begitu pantas. Mungkin kerana saya teruja dengan keadaan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, apa yang lebih membahagiakan Nazril ialah kelahiran dua anak kembarnya itu jatuh pada hari lahirnya dan menganggap ia satu hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai keadaan Sazzy, kata Nazril isterinya begitu gembira dan sedikit letih selepas melalui proses pembedahan.

Sazzy dan dua anak kembanya akan keluar wad pada Ahad ini dan bakal mengadakan kenduri doa selamat tidak lama lagi.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.

Suami Kelam Kabut, Zila (AF4) Mengidam Rojak 1 Pagi


PETALING JAYA: Pelakon komedi Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, tidak dapat melupakan peristiwa pelik apabila isterinya, penyanyi Zila (AF4) yang mengandung dua bulan tiba-tiba mengidam rojak buah pada pukul 1 pagi.

Kata Along, permintaan Zila itu membuatkan dia menjadi kelam kabut demi menunaikan hasrat isterinya itu yang mengandung anak pertama hasil perkahwinan mereka.

"Sejak dua bulan hamil, saya tidak berdepan sebarang masalah besar dengan Zila. Cuma ada satu insiden yang saya tidak boleh lupa tentang permintaannya baru-baru ini.

"Ketika kami sedang berehat di rumah, secara tiba-tiba dia mengidam hendak makan rojak buah pada pukul 1 pagi.

"Apa lagi, kelam-kabut saya dibuatnya untuk mencari rojak di waktu itu. Saya terpaksa tanya pada kawan-kawan di merata tempat. Mujurlah, saya dapat juga rojak itu di kawasan Setapak, (Kuala Lumpur)" katanya.

Mengulas tentang keadaan isterinya sejak disahkan hamil, Along berkata: "Zila berada dalam keadaan yang baik. Cuma, apa yang saya nampak selera makannya bertambah. Saya cukup menitikberatkan aspek pemakanannya.

"Selain itu, dia juga semakin manja sejak mengandung. Apabila saya keluar bekerja, dia akan berhubung dengan saya sekerap mungkin, tapi saya senang dengan keadaan itu."

Sempat bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Along mengakui rezekinya semakin murah selepas berkahwin.

Selain sibuk dengan penggambaran drama, filem dan program televisyen, hujung minggunya juga dipenuhi pelbagai pertunjukan pentas dan majlis makan malam.

"Sebelum ini, ada orang cakap, nama dan rezeki artis akan merudum selepas berkahwin tetapi lain pula ceritanya dengan kes saya.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah dan kerjaya kian berkembang sejak berumah tangga.

"Selain memenuhi persembahan pentas pada hujung minggu, saya juga sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran filem Adnan Semp-it 2 pada awal Mei nanti," katanya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan di Masjid Jamek Al-Amin, Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Januari 2010.

Shahir (AF8) Harap Zain Saidin Tidak Cemburu


KUALA LUMPUR:Penyanyi Shahir berharap pelakon kacak Zain Saidin tidak menyimpan perasaan cemburu apabila aktres Rozita Che Wan dikaitkan dengan orang lain termasuk dirinya.

Jelasnya, Zain juga seorang artis yang mana sepatutnya lebih memahami perjalanan industri hiburan apabila seseorang itu berhadapan dengan gosip percintaan.

“Kalau mereka (Rozita dan Zain) benar-benar mempunyai hubungan istimewa, Zain tidak perlu cemburu tentang berita-berita yang mengaitkan saya dan Rozita.

“Sebab saya percaya bahawa dia faham dengan lumrah sebagai artis sebab dia juga seorang artis. Tidak semestinya semua yang digosipkan adalah benar,” katanya ketika sesi fotografi filem Karak, di Red Box PLUS Pavillion di sini, Khamis.

Shahir diminta mengulas apabila timbul gosip dia dikaitkan dengan aktres jelita tersebut.

Dalam masa yang sama dalam mStar Online baru-baru ini Zain turut membuat kenyataan seolah-olah dia dan Rozita mempunyai hubungan istimewa apabila tidak mengiya atau menafikan hubungan tersebut.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan pelakon jelita Rozita Cik Wan terhadap hubungan istimewa mereka, Shahir menganggap ia hanyalah gurauan semata-mata.

Jelas Shahir, dia percaya kenyataan tersebut disalah tafsirkan dan tidak seperti yang dimaksudkan oleh wanita itu.

“Saya rasa dia hanya bergurau sahaja, kami memang rapat sebagai rakan sekerja kerana kami sudah beberapa kali bekerjasama.

“Memang selepas keluar AF8 saya agak rapat dengan dia kerana kami digandingan dalam beberapa projek oleh pihak Astro,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sejauh mana dia mengenali pelakon tersebut, Shahir memberitahu dia senang bekerjasama dengan Rozita dan menganggap wanita tersebut sebagai seorang pelakon yang berbakat besar.

“Saya mengagumi bakatnya malah ketika menjayakan klip video untuk lagu saya berjudul Pendam. Dia mampu menjiwai watak dalam lagu tersebut.

“Bagiamanapun, Shahir berkali-kali memberitahu tiada sebarang perasaan cinta antara dia dan wanita itu,” jelasnya.

Hakim Sakit, Bicara Kes Cerai Joey Tangguh


KAJANG: Perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isteri pelakon dan penyanyi, Joey terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan kerana hakim syarie yang mendengar kes tersebut bercuti sakit.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, Abdul Halim Abdullah difahamkan mengalami masalah kesihatan pada bahagian mata.

Kes itu pada asalnya ditetapkan sebagai sambung bicara pada petang Rabu, untuk membolehkan isteri Joey, Noraini Mohamad Nasir disoal balas oleh peguam syarie yang mewakili suaminya.

Noraini, 44, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 EnakmenUndang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010 iaitukira-kira seminggu selepas Joey dilaporkan bercinta dengan pelakon,Watie Elite.

Pada penyataan tuntutannya, Noraini mendakwa Joey atau nama sebenarnyaZulkifli Daud, 37, telah melafazkan cerai pada 4 Jun 2010, yang hanyadidengari oleh seorang rakan suaminya bernama Acong.

Noraini juga mendakwa, Joey juga ada melafazkan lafaz rujuk ke atasdirinya empat hari kemudian, iaitu pada 8 Jun 2010 semasa berada didalam bilik tidur.

Pada keterangan Noraini sebelum ini, wanita tersebut memberitahu,semasa melafazkan rujuk, Joey meletakkan tangan kanannya ke dahi diamanakala tangan kirinya memegang Al-Quran.

Bagaimanapun, Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exist hanyamengakui bahawa dia ada melafazkan cerai dan menafikan dakwaan rujuktersebut.

Perbicaraan juga menyaksikan Noraini memberitahu, Joey telah membuatpengakuan mengenai hubungannya dengan Watie pada penghujung bulan Mei2010 sebelum keluar daripada rumah kelamin mereka.

Dia juga mendakwa penyanyi yang pernah menghasilkan album “BeraduSuratan” tersebut tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalaskhidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh dia keluar sehingga kembalipada 4 Jun 2010.

Noraini dan Joey berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anakangkat perempuan, Zidani yang berusia empat tahun setengah.

Pasangan tersebut telah diarahkan untuk tinggal berasingan sehinggamahkamah membuat keputusan yang dapat merungkaikan masalah dalamperkahwinan mereka.

Sepanjang perjalanan kes, Noraini diwakili peguam syarie Amli Embongmanakala peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Joey.

Joey dilaporkan rapat dengan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadaliselepas mereka bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.

Deejay Lin Tidak Bangga Diri Jadi Ibu Tunggal


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mahu berkongsi pengalaman hidupnya sebagai ibu tunggal bukan kerana dia mahu berbangga diri dengan statusnya itu.

Sebaliknya deejay yang popular menerusi slot Suria Cinta itu nekad untuk memberikan semangat kepada para ibu tunggal yang tidak bernasib baik sepertinya.

“Sebelum ini, mungkin ada yang menganggap ibu tunggal seperti golongan yang lemah dan gagal membentuk keluarga yang bahagia. Mungkin ada di kalangan mereka merupakan wanita yang tidak berkerjaya dan tidak mempunyai punca pendapatan.

“Jadi, saya akan cuba menceritakan tentang bagaimana cara saya melalui hidup sebagai ibu tunggal bermula daripada tidak mempunyai aset tetap sehingga sekarang,” katanya yang telah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selama lima tahun.

Lin yang dilantik sebagai duta kempen Proton Persona - Sememangnya Lebih Sempurna akan berkongsi pengalamannya dengan ibu tunggal di kalangan orang Melayu dalam program 'Hari Memperkasakan Diri' pada 18 Jun depan.

Selain itu, dia akan menjadi mentor kepada tiga orang ibu tunggal yang akan dipilih kemudian. Untuk penyertaan, mereka yang berminat boleh melayari www.protonpersona.com.my.

Sementara itu, Lin juga masih belum membuat keputusan untuk rujuk semula dengan bekas suaminya yang tinggal selang tiga buah rumah dari rumahnya.

“Anak sulung saya ada bercakap tentang perkara ini dan meminta saya rujuk semula dengan bekas suami. Bagaimanapun saya perlu memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya.

“Jika saya terima pun, terus-terang sebab saya fikirkan tentang anak kerana mereka sangat mengharap,” jelasnya yang mempunyai dua orang anak berusia 10 tahun dan 8 tahun.

Penyanyi Orchid Abdullah Terlantar Sakit Akibat Tumor


AMPANG: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah,64, yang popular dengan lagu Penawar Rindu berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit tumor yang dikenali “paraganglioma” sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Eenaz Mokhtar, 31, keadaan ibunya semakin kritikal selepas menjalani pembedahan di perut pada Februari tahun lalu dan mula tidak boleh bergerak beberapa bulan selepas itu.

"Selepas ibu menjalani pembedahan dia mula sukar bergerak. Doktor mengesahkan dia mengalami penyakit “paraganglioma” yang jarang berlaku di kalangan pesakit.

“Kata doktor penyakit ini hanya boleh dirawat di Hospital Putrajaya sahaja," ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Orchid bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya.

Tambah Eenaz doktor menasihati ibunya dibawa ke sebuah hospital di Maryland, Amerika Syarikat tetapi keadaannya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh.

“Untuk membawa dia mengambil angin di luar rumah pun dia tak tahan, apatah lagi nak membawanya menaiki kapal terbang. Jadi, kami hanya melakukan rawatan tradisional seperti memberinya jus beri, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Terdahulu Persatuan Karyawan Malaysia bersama rakan-rakan artis turut melawat Orchid di rumahnya di Dataran Ukay di sini, Rabu

Kunjungan tersebut turut disertai Presiden persatuan itu Datuk Freddie Fernandez, Datuk Sarimah Ahmad, Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Shamsudin Lamin.

Freddie serta empat artis tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada Orchid selain mendoakan kesihatan Orchid agar cepat sembuh.

Sementara itu menurut Freddie, skim pencen Karyawan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara kerana persatuan itu mengalami masalah kewangan.

Katanya, skim yang telah dianjurkan sejak enam tahun lalu itu ditangguhkan sejak enam bulan lalu untuk membolehkan pihaknya mencari semula dana.

Sebelum ini, lebih 30 artis veteran telah menerima sumbangan berupa pencen bulanan berupa wang tunai sebanyak RM500 sebulan.

"Kami akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pesta lawak “The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada Jun ini untuk mengumpul dana skim tersebut.

"Kami tahu ramai artis veteran yang mengeluh kerana tidak menerima sumbangan sebanyak RM500 sebulan seperti yang diberikan sebelum ini. Bagaimanapun kami berharap mereka bersabar," ujarnya.

Maizawati Dapat Anak Lelaki


PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

“Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki,” ujar Maizawati ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok,” katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara


PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya.

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya.

Khalwat : Nasib Pelakon Razak Ahmad Diketahui 30 Jun


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Razak Ahmad akan mengetahui sama ada dia akan dipanggil membela diri ataupun dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada 30 Jun depan.

Keputusan itu akan diberikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Pada prosiding Khamis, Wan Mahyuddin juga menetapkan 26 Mei ini untuk pihak pendakwaan syarie membalas hujahan yang difailkan oleh peguam syarie kepada Razak.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, pihaknya hanya menerima hujahan itu melalui mahkamah sebelum kes bermula.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, hadir berseorangan di mahkamah dan kelihatan terkejut apabila melihat kehadiran wartawan.

Dia juga ditegur oleh Wan Mahyuddin apabila tidak dapat memberikan alasan ketidakhadiran peguam syarienya, Mohamad Azman Karim pada prosiding itu.

“Sepatutnya apabila kamu melantik seorang peguam, beliau kena bertanggungjawab. Minta peguam untuk hadir pada prosiding akan datang, jika tidak kamu yang akan merana,” katanya.

Wan Mahyuddin meminta pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu untuk memberikan kerjasama memandangkan kes itu perlu dipercepatkan ekoran telah terlalu lama iaitu sejak tahun 2006.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan tiga saksi pendakwaan.

Pelakon yang membawakan watak Tok Imam di dalam drama Geng Surau itu didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa kali pertama pada 27 Julai 2006 memgikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa itu, Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Atas pengakuannya, Selamah dihukum denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan kepada Selamah, pasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah itu untuk melakukan pemeriksaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut didapati dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap dan pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Razak juga pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.

Jamal kini lebih eksklusif


BUKAN niat Jamal Abdillah ingin mendabik dada meminta bayaran yang tinggi setelah dirinya sering menjadi pilihan penganjur mahupun penerbit. Penyanyi bersuara emas yang tidak pernah putus dengan undangan persembahan Minggu Setiausaha dan sambutan Hari Ibu pada setiap tahun itu mengaku, tidak dapat memenuhi permintaan Aziz M. Osman untuk tampil membawakan watak Zack ketika tua menerusi filem Azura 2011.

Apa yang diharapkan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali adalah sekadar dirinya menjadi eksklusif untuk tatapan mahupun halwa telinga peminatnya.

“Saya kini akan lebih berhati-hati menerima tawaran nyanyian mahupun lakonan. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti filem Azura dahulu. Saya menerima bayaran yang sedikit malah tidak menerima apa-apa walaupun filem itu diulang tayang beberapa kali di kaca TV.

“Memang saya ada menerima tawaran berlakon watak Zack ketika tua dalam filem Azura 2011, tetapi saya tolak kerana bayaran yang diberikan tidak setimpal,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Sambutan Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Menurut pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu, tujuannya berbuat demikian bukan disebabkan demand tetapi sekadar ingin menjaga nilai eksklusif diri.

Bagaimanapun Jamal memberitahu, tidak semua tawaran nyanyian mahupun lakonan akan diletakkan harga yang tinggi. Dia masih memenuhi undangan ke majlis membabitkan kerjasama dengan kerajaan mahupun persembahan amal.

Mengenai persembahan sempena Hari Ibu di PWTC pada 17 Mei nanti, Jamal memberitahu, dia sangat teruja apabila buat tahun kedua diundang sekali lagi membuat persembahan buat ibu-ibu.

Merancang membuat kejutan memilih tetamu bertuah menyanyi karaoke bersamanya di atas pentas pada Hari Ibu nanti, Jamal turut menyediakan cenderahati istimewa untuk teman duetnya yang paling serasi membawakan lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta.

“Pada persembahan selama satu jam setengah itu, saya akan menyanyikan 15 buah lagu popular termasuk sebuah lagu ciptaan Fauzi Marzuki, Bonda yang tidak pernah dinyanyikan di mana-mana persembahan saya,” katanya mengenai majlis yang juga dikendalikan oleh pengacara komedi, Dee.

Selain Jamal dan Dee, persembahan pada Hari Ibu itu nanti turut diserikan dengan alunan trompet daripada peniup trompet muda, Alif Nasir.

Bagi yang mahu membuat tempahan boleh hubungi talian 03-26146701 atau 03-26146702.

Jualan meja dengan harga RM5,000, RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Pihak PWTC juga menerima tempahan secara individu.

Menyentuh soal hati pula, Jamal mengaku masih ingin berkahwin dan memerlukan teman hidup tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin lagi setelah hidup sunyi tanpa teman di sisi. Cuma biarlah ia datang sendiri. Lagipun ketiga-tiga perkahwinan saya sebelum ini bekas isteri-isteri saya yang memulakan langkah dahulu,” akuinya jujur.

Setelah menitip tiga pengalaman dalam tiga perkahwinannya sebelum ini, Jamal kini ingin memberi sepenuh perhatian terhadap kedua orang puteranya, Osama Yamani, 11 dan Ahmad Zaki Yamani, 5.

Ujarnya, selain anak-anak perhatiannya juga tertumpu pada syarikat miliknya, Trading, Supply and Services.

“Sekarang ini tumpuan saya lebih kepada anak-anak, persembahan nyanyian dan syarikat yang baru hendak berkembang. Memang jadual saya sangat sibuk sehinggakan anak-anak sering bertanya kenapa saya sering pulang lewat ke rumah,” katanya juga yang masih tidak serik berlakon lagi.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini pula, Jamal memberitahu, bakal menghasilkan album baharu berjudul Raja Pop 2 yang bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Katanya, album yang dihasilkan menerusi bajet syarikat miliknya sendiri itu bakal memuatkan lagu-lagu popular sekitar tahun 50-an dan 60-an termasuk dua lagu baharu yang dirakamkan.

“Semua lagu-lagu lama itu akan diberi nafas baharu menerusi susunan semula irama untuk disesuaikan dengan rentak masa kini. Hampir setahun proses pembikinan lagu cuma tinggal satu lagu sahaja yang bakal diringi Orkestra RTM belum dirakamkan,” katanya mengenai album baharunya itu.

Ayu belum hamil


AGAKNYA itulah yang dikatakan rezeki orang berumah tangga. Sebaik habis cuti perkahwinan dua minggu Ayu Raudhah tidak goyang kaki di rumah.

Dalam tempoh hampir tiga bulan selepas menjadi suri pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, sudah empat produksi drama Ayu selesaikan. Dua daripada produksi itu daripada naskhah drama bersiri dan dua lagi adalah telemovie.

“Syukur sangat. Saya cuma sempat cuti dua minggu selepas kahwin, setelah itu banyak masa dihabiskan di lokasi,” katanya.

Dalam rasa bercampur bahagia, dia dan Zaquan masing-masing masih bertukar-tukar kediaman, sekejap di rumah lama Ayu di Subang, Selangor dan sekejap di Seremban. Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari lalu.

“Kadang-kadang rasa macam masih di alam berkasih-kasihan. Saya sibuk dengan jadual penggambaran. Bila ada waktu cuti sehari atau dua hari, kami akan jumpa.

“Kemudian apabila Zaquan ada latihan, pagi-lagi lagi dia akan bergerak balik ke Seremban, saya pula ke lokasi penggambaran.

“Macam baru-baru ini, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Mata Ayer di Perlis, jadi masa bersama sangat terhad,” katanya yang bertukar ke lokasi penggambaran telemovie, Kemilau Di Hati Nadirah di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Mujurlah kata Ayu, sepanjang seminggu berada di Pulau Pinang, Zaquan ikut bercuti memandangkan dia baru menjalani rawatan perubatan akibat kecederaan lutut.

Bertanyakan khabar sama ada sudah ‘berisi’ atau belum, ketawa si pengantin baru yang masih bersisa inai di jari itu semakin manja.

“Belum, kami pun tengah menunggulah. Saya memang berharap untuk cepat-cepat menimang cahaya mata, Zaquan lagilah teruja. Awal-awal lagi kami sudah berbincang pasal anak.

“Masa bulan pertama kahwin, saya sedikit berdebar, ingatkan bila sudah terlewat ‘kitaran,’ maknanya saya dah berisi, tapi rupa-rupanya belum lagi. Belum ada rezeki nampaknya,” tergambar fasa pertama bergelar isteri yang menyeronokkan daripada ungkapan adik jelitawan, Rozita Che Wan itu.

Berbalik kepada Mata Ayer, dalam drama berkisarkan ilmu hitam itu, Ayu membawa watak Melati. Melati sering hadir dalam mimpi Shidah, lakonan Sharifah Shakinah.

“Melati sebenarnya moyang kepada Shidah dan bayangan mimpi dalam tidur Shidah itu sebenarnya merupakan satu petanda. Watak saya kali ini agak misteri,” katanya.

Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan skrip oleh Mohd. Rohizan Ramli itu mula bersiaran sejak 11 April 2011 pada hari Isnin hingga Khamis

pukul 4 petang di TV3.

Shera ambil petua Zahiril


PERTUTURANNYA meluncur laju, layaknya kerana dia seorang pengacara program televisyen. Namun, untuk kesesuaian satu lagi profesion, Shera Aiyob cuba memperlahankan patah katanya.

“Sudah terbiasa,” ujarnya yang merupakan pengacara Wanita Hari Ini. Sekarang, dia meneroka sebuah lagi dunia baru dengan penuh debar.

Menyandang gelaran aktres, kebolehan Shera bakal ditentukan melalui filem keduanya, Karak. Filem itu bakal ditayangkan pada 26 Mei ini.

Sebelum ini, pemegang Diploma Pengajian Media dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) ini sudah mencuba gear pertamanya melalui filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Bagaimanapun, Karak bakal menentukan pandangan dan pendapat khalayak mengenai bakat barunya ini.

“Jujurnya, filem seram atau hantu yang pernah saya tonton boleh dibilang dengan jari.

“Apabila dapat tawaran berlakon filem seram (Karak), saya tidak tahu bagaimana ketakutan itu boleh dilawan,” ujarnya yang mengajak adik dan rakan-rakan menemaninya menonton filem hantu untuk kajian lakonannya.

“Terdetik juga, bolehkah saya menjalankan tugasan baru ini. Namun, saya tahu inilah cabaran yang saya mahukan. Sebenarnya saya seorang pemalu dan sukar mengekspresikan perasaan.

“Tetapi saya pegang kata-kata Zahiril Adzim bahawa lagi buruk wajah dalam lakonan lagi cantiklah lakonan kita,” ujarnya tersenyum manis apabila menyebut nama si buah hatinya itu.

Hasilnya Shera membawakan watak Zura dalam filem arahan Yusry KRU itu.

Dalam filem tersebut, Zura ialah seorang yang kuat agama tetapi kemudian terlalai di pertengahan hidupnya.

Bergandingan bersama pelakon seperti Shahir (AF), Along Eyzendy dan Kilafairy, Shera mengaku dia mempunyai hubungan kimia yang baik dengan semua pelakon tersebut.

“Sutradara Yusry ada mengusik saya yang berkulit agak sensitif dan merah-merah digigit serangga.

“Tetapi syukur sepanjang penggambaran tiada perkara pelik yang terjadi,” kata aktres ini yang sudah terbiasa mendengar kisah di Lebuh Raya Karak seperti misteri kereta Volkwagen kuning dan suami isteri diganggu makhluk halus.

Ditanya tentang kepercayaannya terhadap cerita hantu tempatan, Shera memberi jawapan bernas.

“Saya rasa filem hantu tempatan agak boleh diramalkan kesudahannya. Jalan ceritanya juga lebih kurang sama. Namun, kita tidak boleh salahkan pengarah kerana mereka ada kekangan masing-masing.

“Soal bajet mungkin mengehadkan kreativiti namun apa yang saya perhatikan, industri filem sedang mengalami peningkatan,” ujarnya.

Debaran Shera kian kencang menantikan respons peminat terhadap hasil lakonannya.

Gadis 26 tahun ini juga disentuh perihal debaran berganda kerana dia bakal ‘ditanda’ sang kekasih.

Pada 1 Mei ini, Shera akan menjadi tunangan aktor berbakat besar, Zahiril Adzim.

Sheira membuka cerita, awalnya dia dan Zahiril yang disatukan dalam produksi Sesuatu Yang Tertinggal tidak mesra dan hanya bertegur sapa atas dasar kerja.

“Selepas itu, kami mula keluar minum beramai-ramai. Saya tahu dia menyukai saya daripada gerak-gerinya.

“Secara semula jadi perkenalan itu bertukar menjadi rapat dan Ahad depan saya bakal menjadi tunangannya.

“Zahiril itu orang yang kelakar, penyayang dan memang menyenangkan. Dia seorang pemerhati,” ujar Shera.

Fiza marahkan pembawa mulut


“KALAU boleh, mahu sahaja saya rejam kepala si pembawa mulut jahat itu.”

Wah! Sampai begitu sekali marahnya si pelakon Fiza Elite kepada seorang individu yang didakwanya bertanggungjawab yang memusnahkan rumah tangganya pada November lalu.

Diva bukan nak sokong mana-mana pihak atau nak salahkan sesiapa. Kes perceraian Fiza bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin itu dah lama berlaku.

Diva juga nampak apa yang berlaku ke atas Fiza, bahkan dia dikaitkan pula sebagai punca perceraian ibu bapa pelakon remaja Erin Malik.

Fiza oh Fiza! Buat masa ini, hadapi sahaja apa yang berlaku, janganlah dikenangkan kesakitan lama dulu.

Jodoh pertemuan itu lumrah dunia dan tak bagus menyimpan dendam, bahaya, takut sampai mati hati. Lagipun, awak kan dah ada teman lelaki baru.

Marsha putus cinta


RASANYA belum sampai sebulan Diva ada baca kisah pelakon cantik, Marsha Londoh yang mahu lekas-lekas menamatkan zaman solo. Tiba-tiba cuping telinga Diva dimasuki pula angin baru mengatakan Marsha dan teman lelakinya sudah tidak sehaluan lagi. Betul atau tidak, tidaklah Diva dengar daripada mulut Marsha sendiri. Inipun, khabar-khabar angin yang Diva curi-curi dengar daripada perbualan kawan-kawan sahaja.

Kalau benarlah sudah ‘potong kek’ nampaknya cinta yang disulam sejak hampir setahun itu sudah pun berakhir.

Alah Marsha, awak tu cantik dan seksi bergetah, kalau bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor. Diva dengar Marsha pun dah habis penggambaran drama Dunia Kita. Jadi, masa rehat barang sedetik ini pergilah jumpa kawan-kawan lain, mana tahu ada yang baru nak masuk jarum.

Astrid mahu kahwin


SUASANA kebahagiaan sedang menyelimuti penyanyi yang berasal dari Surabaya, Astrid. Ini kerana, Arlan, si kekasih yang juga merupakan seorang penyanyi baru saja melamar dirinya.

“Dia datang ke rumah orang tua saya untuk berbincang hal pernikahan. Jujur, saya sangat senang dengan momen itu dan kini saya sedang memikirkan waktu yang tepat untuk bernikah. Kami harus mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal termasuk pembiayaan majlis itu kelak,” kata Astrid penuh bahagia.

Ditanya adakah berita mereka akan segera bernikah pada tahun ini seperti yang telah disiarkan sebelum ini, Astrid belum berani memberi pengesahan. Sebaliknya dia hanya memberitahu mereka masih berusaha mencari tarikh dan lokasi yang sesuai.

Mengaku Arlan kini sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tentang Rasa itu kemudian memberitahu: “ Kami juga masih sibuk dengan karier masing-masing.

“Saya juga bergantung kepada persiapan Arlan dan kepada Tuhan. Semoga apa yang direncanakan akan terlaksana dengan baik nanti.”

Rayyan peneman waktu senggang


SETELAH pemergian Allahyarham Faizal Yusup dan Allahyarham Achik Spin, dua insan yang begitu rapat dengan pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran, Siti Nordiana Alias atau Nana mengakui, dirinya agak sepi.

Namun, kehadiran Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, anak hasil perkahwinan bersama arwah Faizal sedikit sebanyak mampu menjadi peneman kesepian Nana di kala sunyi.

Jika mempunyai kelapangan, Nana sering membawa Rayyan ke pusat membeli-belah untuk membeli permainan permata hatinya itu.

"Itulah aktiviti yang selalu arwah bapanya lakukan ketika mereka keluar bersama.

"Untuk mengelakkan Rayyan terasa kehilangan bapanya, saya sering membawanya membeli permainan kesukaannya.

"Pada masa yang sama, saya boleh luangkan masa berkualiti bersama Rayyan setelah sibuk dengan karier seni," jelas Nana ketika bertandang ke Studio Utusan baru-baru ini.

Rayyan suka karaoke

SELAIN gemarkan permainan seperti robot dan kereta mainan, ia sesuatu yang menarik apabila Rayyan cukup menggemari aktiviti berkaraoke.

"Seronok melayan keletah Rayyan walaupun ia memenatkan. Sekurang-kurangnya, ia satu senaman buat saya apabila selalu mengejarnya ke sana-sini," seloroh Nana sambil tertawa.

Sekalipun usianya masih kecil, Nana memberitahu, Rayyan cukup suka apabila dibawa ke pusat karaoke.

Kata Nana, walaupun anaknya itu tidak pandai berkata-kata apatah lagi menyanyi, kerenahnya yang cukup aktif di pusat karaoke jelas membuktikan Rayyan begitu seronok.

"Lazimnya, akan ada seorang kawan yang menemani kami berkaraoke.

"Sekiranya salah seorang antara saya atau kawan sedang menyanyi, Rayyan akan melompat-lompat seakan-akan menari mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan.

"Bagaikan tidak mengenal erti penat, Rayyan akan terus menari selagi muzik berkumandang," terang Nana yang muncul dengan album terbarunya berjudul Semakin Jelas terbitan syarikat rakaman FMC.

Ternyata, Rayyan umpama bintang yang menyinari hidup Nana setelah insan-insan yang pernah akrab dengannya suatu ketika dahulu pergi meninggalkannya buat selamanya.

Kalau itu jodoh mereka - Maya Karin


KALA ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan mesra yang terjalin antara aktres jelita, Lisa Surihani bersama orang kuat KRU Studios, Yusry Abd. Halim.

Kemesraan yang jelas kelihatan antara kedua-dua insan seni itu mula menjadi bualan ramai apabila mereka menghadiri majlis pratonton filem Seru di Wangsa Walk Mall baru-baru ini.

Lantas, ia mengundang seribu persoalan di kalangan petugas media yang ingin mengetahui status sebenar perhubungan mereka.

Minggu lalu, Hits sempat menemubual kedua-dua pelakon itu untuk mendapatkan pengakuan eksklusif mereka.

Mujur, Yusry mahupun Lisa, kedua-duanya mengakui mereka mula intim sejak dua bulan yang lalu.

Mereka menjelaskan, perkenalan mereka masih baru lagi dan dalam proses mengenal hati budi antara satu sama lain.

Justeru, Hits cuba untuk mendapatkan reaksi Maya Karin Roelcke, 31, seorang lagi jelitawan yang pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan KRU itu.

Kilafairy berkemban ikut skrip?


KEHADIRAN bakat baru dalam bidang seni tanah air yang silih berganti membuatkan ada di antara mereka melakukan pelbagai cara untuk dikenali.

Ada di antara mereka yang sanggup mencetus kontroversi secara sengaja atau tidak semata-mata untuk popular.

Antara yang dikenali kerana cerita kontroversi adalah Arja Lee dalam filem ...Dalam Botol dan Zul Handy Black menerusi filem Mantra.

Terbaru yang dilihat cuba mengikut jejak langkah dua pelakon tersebut untuk dikenali segera adalah Kilafairy.

Pelakon yang nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, itu dikatakan sengaja berkemban dalam filem Karak arahan Yusry Abdul Halim untuk mencipta kontroversi dan populariti.

Ketika soalan itu diaju kepadanya, Kilafairy menafikan dia berkemban untuk mencari populariti atau kontroversi sebaliknya apa yang dilakukan sekadar mengikut skrip dan babak yang sesuai.

Katanya, apa yang dilakukan adalah mengikut jalan cerita dan bukan sengaja mencari publisiti murahan.

Anak penyanyi Rohana Jalil itu berkata, apa yang terlintas di fikirannya hanyalah untuk memberi lakonan berkesan pada adegan tersebut.

" Adegan berkemban itu dibuat pada pukul enam pagi. Sejuknya memang tidak terkata. Untuk adegan itu, Kila sebagai Ida sedang mandi di kampung, jadi sudah tentulah berkemban.

" Kila sedar kesan selepas orang ramai melihat adegan tersebut. Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi Kila ia dibuat berdasarkan kesesuaian skrip dan tidak ada maksud lain," jelasnya yang turut berlakon drama Ayu Suraya.

Kilafairy yang mengaku dirinya seorang penakut namun sanggup berlakon filem bergenre seram semata-mata mahu mencabar kebolehan diri.

Disebabkan filem Karak juga berat badan Kila naik sebanyak dua kilogram (kg) iaitu daripada 44 kg kepada 46 kg.

" Macam mana berat badan tak naik. Penggambaran pula malam. Di lokasi makanan banyak, lepas makan tidur sementara menunggu penggambaran babak Kila," katanya tersenyum.

Menurut pelajar jurusan pemasaran dan pengurusan fesyen di Kolej Raffles, Kuala Lumpur ini, sejak kecil beliau minat berlakon bagaimanapun peluang menyanyi datang terlebih dulu.

" Walaupun orang kenal Kila dalam bidang nyanyian, namun minat sebenar Kila adalah lakonan. Sekarang ini pun kalau ada undangan, Kila akan terima.

" Selalunya untuk persembahan tertutup, orang minta Kila nyanyi lagu Hindi. Lagu-lagu lain Kila nyanyi juga. Sekarang ini bila sudah berlakon, ikut kelapanganlah," kataya terus-terang.

Kila yang mengaku tidak pernah mempunyai teman lelaki tapi ramai yang cuba mendekatinya itu berkata, jika tidak ada halangan beliau akan muncul dengan single sebagai platform dalam bidang seni suara.

Saya tak hilang - Zamani


Setelah muncul secara solo dan melahirkan album Syair Si Pari-Pari sekitar tahun 2005 kemunculan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ibarat macam biskut - sekejap ada sekejap tidak.

Menyedari hakikat berkenaan, Zamani atau menjelaskan bahawa kesepian dirinya itu bukanlah bererti dia menjauhkan diri daripada industri hiburan tanah air jauh sekali merajuk membawa diri.

Mengakui dirinya kini kurang menyinar seperti mana zaman kegemilangannya bersama Slam sekitar tahun 1990-an dahulu, Zamani lebih selesa dengan sikap low porfile.

"Saya tidak hilang ke mana. Saya masih ada cuma kurang keluar di media dan sebab itu mungkin ada mengatakan saya menghilangkan diri.

"Untuk pengetahuan semua saya masih menyanyi dan ada mendapat jemputan untuk majlis-majlis tertentu cuma ia tidak sehebat dahulu," jelas Zamani ketika ditemui pada sidang akhbar Malam Kesatria Seni di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ujarnya, kehilangannya juga mungkin disebabkan tiada lagu-lagu baru yang dirakamkan setelah melahirkan album terakhirnya dahulu.

Namun walaupun tidak merakamkan sebarang lagu baru itu bukanlah tanda berakhirnya karier nyanyian yang telah sebati dalam dirinya.

"Saya baru sahaja pulang dari membuat persembahan bersama Hattan di Sarawak bulan lalu dan alhamdulillah ada juga jemputan untuk membuat persembahan selepas ini.

"Selain itu, album mini saya Zamani juga telah berada di pasaran dua bulan lalu," jelas penyanyi yang akan menginjak ke usia 40 tahun pada 25 Mei depan.

Mengakui album mini terbitan Johan Music Sdn. Bhd., edaran Universal kurang promosi, kini pihaknya merancang untuk mengadakan pelancaran semula.

Jelasnya, bagi tujuan itu kemungkinan berlakunya pertambahan lagu di dalam album mini tersebut.

"Kita masih lagi di peringkat perbincangan dan insya-Allah apabila semuanya selesai mungkin akan ada pertambahan satu dua lagu lagi dalam album berkenaan.

"Kini saya baru sahaja habis merakam beberapa buah lagu," jelasnya.

Zamani yang terkejut tatkala ditebak dengan khabar angin minggu lalu yang kononnya dia telah meninggal dunia hanya mampu menjelaskan dia sendiri terkejut dengan berita itu.

"Saya sendiri mendapat tahu melalui abang Johan (komposer) yang menghubungi saya untuk bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Ketika dihubungi, saya berada di kawasan rumah di sekitar Ampang dan terkejut apabila diberitahu.

"Apa pun alhamdulliah saya masih sihat dan tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius," jelas penyanyi yang pernah menjalani pembedahan batu karang itu.

Menurut Zamani, beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan kepada sebuah akhbar bagi menafikan khabar angin mengenai berita kematiannya.

"Saya tidak pernah memberikan komen berkenaan berita tersebut kepada pihak media sebelum ini. Ini adalah kenyataan pertama saya secara terus kepada media," tegas Zamani.

Merancakkan suasana malam itu, Zamani sekali lagi diterjah berkenaan dengan kekosongan hatinya.

Biarpun hampir mencecah usia 40 tahun, Zamani mengakui hatinya masih lagi belum dimiliki oleh mana-mana wanita.

Katanya, kekebalan pintu hati lelakinya masih lagi kukuh dalam mencari seseorang yang betul-betul sesuai untuk dijadikan suri hidup.

"Saya bukanlah memilih tetapi mencari seseorang yang benar-benar dapat menyayangi dan menerima saya dengan ikhlas.

"Bukan senang untuk mencari calon isteri kerana banyak perkara yang perlu diteliti agar tidak merasa menyesal di kemudian hari," jelasnya yang kelihatan sedikit kurus berbanding dahulu.

Bagaimanapun Zamani mengakui mempunyai beberapa kawan wanita namun perhubungan itu hanyalah sebagai sahabat.

Baginya, mungkin disebabkan terlalu lama menjalani kehidupan tanpa kehadiran seorang wanita sebagai kekasih menyebabkan dia lebih selesa begitu.

"Saya percaya pada jodoh dan sekiranya telah sampai jodoh saya nanti, insya-Allah bertukarlah status saya kepada seorang suami.

"Jangan risau apabila tiba masanya saya akan jemput nanti," jelas Zamani menamatkan perbualan malam itu.

Pakaian umpama uniform - Ani


MELIHAT kepada penampilan Ani Maiyuni, 33, dan gaya seksinya, pasti ada 'mulut jahat' yang membuat tanggapan sendiri.

Biar apa pun tanggapan masyarakat, Ani Maiyuni yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni tidak akan berkecil hati kerana beliau lebih senang mengambil sikap profesional.

Katanya, sebagai artis beliau perlu tampil dengan satu imej tersendiri dan apa yang dipakai untuk sesi foto atau persembahan, bukanlah penampilannya semula jadi.

"Kalau hari-hari biasa, seperti wanita lain, Ani akan mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa. Takkanlah nak pakai macam ini pergi membeli belah dengan anak-anak.

"Pakaian yang berbeza daripada biasa itu, umpama uniform Ani sewaktu tampil sebagai artis. Imej perlu ada ikut kesesuaian acara," katanya.

Ani yang sudah lama tidak tampil membicarakan hal dunia rakaman suara, kini mengatur strategik untuk kembali aktif sebagai penyanyi rakaman kerana akhir-akhir ini beliau lebih kepada lakonan.

Pemilik nama sebenar Aisyah An Nur Osman yang popular dengan lagu Sedap, menerusi Cherry Talent Management berazam menghasilkan single baru sebagai langkah permulaan.

"Sudah tiba masanya untuk Ani aktif beraksi di pentas nyanyian dan bidang pengacaraan. Bukan Ani saja-saja nak buat penampilan semula secara serius. Semua itu atas permintaan. Selama ini kalau buat show, orang akan tanya bila nak buat album dangdut.

"Kata mereka sudah lama tidak ada album dangdut seperti dulu. Disebabkan kehendak peminat, Ani tekad buat single dulu untuk uji pasaran.

"Ani tidak takut sebab bak kata orang, kalau buka kedai runcit sudah ada pelanggan tetap," katanya.

Ibu kepada Wirda Viviana Zairi, 6, Wirna Airisya, 2, dan Muhamad Emir Oezil, tujuh bulan itu yakin usahanya itu akan mendapat sokongan peminat-peminat setia terutamanya yang meminati dangdut.

Biarpun popularitinya berdasarkan jalur muzik dangdut, namun Ani tidak mahu dibuai terus dengan irama itu kerana namanya popular disebabkan lagu-lagu seperti Sedap, Terang Bulan dan Dasar Buaya Cinta.

Sebagai artis yang sering mengikuti peredaran semasa, Ani bersedia untuk mendendangkan lagu irama lain bagi memastikannya penampilannya mendapat tempat di hati peminat.

"Walaupun ada pengikut tetap namun Ani perlu akur dengan kehendak muzik sekarang. Kalau Ani rakam lagu 100 peratus dangdut, lagu tersebut tidak mungkin disiarkan di corong radio.

"Apa pun Ani tetap akan rakam lagu yang ada elemen irama dangdut agar identiti sebagai penyanyi irama itu tidak hilang," jelasnya yang masih berbincang tentang genre lagu yang bakal dirakam kelak.

Aktif berlakon

Ani yang meminati apa sahaja cabang seni berkata, selain tampil membuat pembaharuan dalam seni suara, beliau juga ingin aktif berlakon.

Sejak akhir-akhir ini penampilannya lebih terarah kepada teater namun ketika Ani teruja berlatih bangsawan Siti Zulaikha, pementasan itu pula berhadapan masalah.

"Siapa yang tidak kecewa apabila berlatih penat-penat tetapi tidak boleh dipentaskan di tempat yang dirancangkan," katanya.

Selain berlakon teater, Ani Maiyuni juga muncul dalam drama-drama tempatan dengan membawa watak antagonis.

Meskipun tidak kisah dengan watak jahat, namun Ani berharap beliau turut diberi peluang membawa watak baik.

"Walaupun Ani tidak kisah diberi watak apa, tapi sesekali nak juga merasa jadi orang baik," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Semanis Janji yang bakal disiarkan di RTM kelak.

Ani pernah menjadi pengacara rancangan TV sebelum ini berhasrat untuk meneruskan kerjaya tersebut.

"Ani pernah jadi pengacara tapi sejak dua tahun lalu, terhenti sekejap. Kini mana-mana bidang yang terhenti itu akan Ani sambung semula. Lagipun Ani mendapat sokongan daripada suami, Zairi Azmi (bekas anggota Kumpulan Arrow)," katanya terus terang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails