Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan tanya asal-usul anak angkat, mereka tak berdosa -Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi meminta mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak membangkitkan status asal-usul mereka sebelum dilahirkan. Abby berkata, soal itu tidak penting kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka. "Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini... tak terulis di sini. "Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya... Wallahuallam," tulisnya. Abby mendedahkan dia mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun lalu.
Sebulan kemudian Abby sekali lagi diberikan rezeki anak apabila dia mengambil seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia. Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim. Dalam pada itu, Abby menyeru kepada wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari Abby daripada mengambil jalan melakukan perkara tidab baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah. Kata Abby, dia sentiasa terbuka untuk membantu kerana percaya setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaian daripada mengambil jalan singkat. Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga bayi itu, cari saya. "Di mana sahaja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebaygainya ya adik, kakak ya. "Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini," katanya.

“Masa nak tajaan baju bukan main lagi” - Ezuwan Ismail ‘bahasakan’ artis mana?

PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail meluahkan rasa terkilan berhubung sikap segelintir artis yang memandang ringan terhadap jemputan yang dilayangkan kepada mereka untuk menghadiri pertunjukan fesyennya. Ezuwan menerusi Instagram memberitahu ada di antara mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada hadir malah tidak membalas mesej yang dihantar. Katanya lagi, dia tidak meminta lebih daripada segelintir golongan ini sebaliknya sekadar sokongan sebagai rakan seindustri. "Ni bukan semua artis ya... Sesetengah artis Malaysia sahaja. "Kalau masa nak pinjam baju atau nak baju tajaan bukan main lagi tapi masa pereka fesyen nak sokongan dan suruh datang pertunjukan fesyen macam-macam alasan.
"Whatsapp pun tak balas... Hello Uols, ingat Iols kederat sangat nak ajak uols datang?," tulisnya. Ezuwan bakal melancarkan koleksi terbaharunya menerusi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) pada Sabtu (hari ini) yang diadakan di pusat beli-belah Pavilion dekat sini. Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia berharap golongan ini tidak mudah berkecil hati atau terasa sekiranya pada masa hadapan permintaan mereka untuk meminjam atau tajaan tidak dilayan oleh pereka fesyen. "Ajak klien aku yang VVIP yang bagi duit lagi bagus. Jadi jangan nak sentap kalau pereka fesyen taknak bagi baju ya. "Jangan cakap pereka fesyen sombong la, kekwat la... Ada beberapa sebab kenapa mereka jadi macam tu. Mohon terasa," katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails