Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mahu anak lima orang - Sari Yanti


BARU sahaja mendapat bentuk asal tubuh selepas tujuh bulan melahirkan Barr Al Aliy Eddy Casmady, 10 bulan, Sari Yanti, 27, disahkan mengandung anak kedua pula.

Pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari itu bagaimanapun tidak terkejut dengan berita tersebut, malah menerimanya dengan limpahan kesyukuran.

“Saya memang tidak merancang dan tidak kisah mengandung pada bila-bila masa. Selagi masih muda saya mahukan anak seramai mungkin,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama terbaharu terbitan Astro, Suria Di Cordoba, di Alexis Ampang, Kuala Lumpur.

Katanya yang membawakan watak Suria di dalam drama tersebut, apa yang penting dia kena mendapatkan dahulu bentuk badan asal sebelum mengandung anak yang seterusnya.

Sari yang menginginkan anak sehingga lima orang itu memberitahu, jika tidak dapat bentuk asal badan dan seterusnya mengandung, sukar untuk seseorang wanita itu memperoleh bentuk badan yang ideal selepas melahirkan anak nanti.

“Semasa mengandungkan Barr, berat badan saya naik mendadak sehingga 25 kilogram dan selepas bersalin saya kena ambil masa selama tujuh bulan untuk kembalikan bentuk badan saya,” katanya yang mengamalkan pantang secara tradisional.

Kandungan Sari yang kini masuk empat bulan itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang masalah.

Berbeza dengan keadaannya sewaktu mengandungkan anak pertama, Sari menerima alahan yang teruk.

“Masa mengandungkan Barr saya alah sampai lima bulan. Makan sahaja muntah sehinggakan dalam sehari saya muntah sebanyak empat kali. Tawaran berlakon yang datang pada masa itu juga terpaksa ditolak.

“Berbeza dengan kandungan kedua ini. Saya cuma alah pada waktu pagi sahaja,” katanya yang rancak menerima tawaran berlakon termasuk drama yang menjalani penggambaran di Sepanyol itu.

Rezeki anak kedua

Bagi pelakon bermata cantik ini, tawaran lakonan yang datang mencurah-curah ketika dia mengandungkan anak kedua ini adalah rezeki. Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu mempunyai pendirian untuk tidak berlakon di luar negeri apatah lagi di luar negara.

Katanya, dia enggan berlakon drama yang melibatkan penggambaran luar daripada Kuala Lumpur disebabkan tidak sanggup berpisah dengan Barr.

Atas sebab itu, Sari pada mulanya menolak tawaran drama Suria Di Cordoba di Madrid, Sepanyol itu biarpun memegang peranan utama.

Namun, selepas mendengar kata-kata nasihat daripada ibunya dan mendapat keizinan daripada suami, Sari menerimanya.

Sari juga memberitahu, tawaran drama daripada syarikat produksi milik Datin Zaiton Mohd. Jiwa itu begitu besar dan cabaran untuk membawakan watak Suria .

Bercerita tentang cabaran sepanjang menjalani penggambaran di negara orang, Sari memberitahu, ketika itu kandungannya baru sahaja berusia sebulan dan dia sukar untuk mencari makanan halal dan sesuai di sana.

Malah, katanya, cuaca di sana juga sejuk sehingga mencecah sembilan darjah selsius.

“Ketika menjalani penggambaran sepuluh hari di sana saya masak bubur serunding untuk mengisi perut. Memang susah hendak cari makanan halal di sana. Saya juga tidak sangka cuaca begitu sejuk sedangkan saya tidak membawa kasut yang bertutup. Jadi, terpaksa beli kasut bertutup di sana,” katanya yang menceritakan pengalamannya semasa menjalani penggambaran di luar negara.

Sari juga turut menjalani penggambaran untuk drama lain di bawah produksi yang sama semasa di Madrid, Sepanyol berjudul Cinta Dari Madrid.

Cinta Dari Madrid masih mengekalkan pelakon yang sama seperti dalam drama Suria Di Cordoba iaitu Adi Putra dan Fahrin Ahmad.

Sari juga tidak menolak jika selepas ini dia mendapat tawaran melakonkan watak perempuan mengandung pula.

Pembantu rumah

Selama beberapa bulan lebih tidak berlakon, Barr dijaga sepenuhnya oleh Sari tanpa bantuan pembantu rumah. Bagi anak kedua daripada tiga beradik itu, dia sanggup menolak tawaran drama dan filem yang datang demi membesarkan anak dan keluarga.

“Memang saya tidak suka ambil pembantu rumah. Bagi saya, biarlah anak dijaga sendiri oleh saya. Keluarga menjadi keutamaan. Biar tidak berlakon asalkan keluarga dijaga dengan sempurna,” katanya yang akan menerima tawaran mengikut kesesuaian masa dan jalan cerita.

Bagaimanapun, akhirnya Sari terpaksa mengambil pembantu rumah disebabkan ibunya. “Saya terpaksa ambil pembantu rumah sebab sudah mula berlakon dan emak pun kurang sihat untuk menjaga Barr.

“Namun, saya akan pastikan Barr tetap diuruskan oleh saya manakala pembantu rumah hanya melakukan kerja-kerja rumah sahaja,” katanya yang tidak kisah jantina bayi dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keduanya yang dapat memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sari yang sudah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu turut bersyukur kerana suaminya, Eddy Casmady sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Miera Leyana Gemar Pergi Spa


NAMA Miera Leyana Kasmi (Miera),18, tiba-tiba sahaja meletup gara-gara kemunculannya berpakaian menjolok dalam satu acara hiburan baru-baru ini. Peristiwa itu menimbulkan persepsi yang kurang senang sesetengah pihak.

Walaupun begitu, Miera mengambil tindakan bijak dengan membuat permohonan maaf serta berharap peminat memberi peluang kepadanya supaya tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Miera yang berasal dari Johor Baharu berkata, niat dan tujuannya menceburi dunia lakonan bukan untuk mengejar populariti atau kontroversi seperti yang dilalui anak seni lain.

Sebaliknya, semangat dan minat terhadap bidang ini mendorong dia untuk terjun ke pentas lakonan.

Malah dia menganggap dunia seni tidak menjamin masa depan yang cerah. Justeru, dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang jika berpeluang.

Menyentuh tentang kariernya, dia telah berlakon dalam filem Apokalips, drama Luna Fantasiku, Kamelia Katrina dan terbaru, Jamilah, I Love You!.

Bercerita tentang penjagaan kecantikannya, Miera banyak berkongsi petua dengan ibunya. Misalnya, dia gemar makan buah-buahan sejak kecil untuk mengekalkan kulit yang cantik serta melakukan rawatan di pusat kecantikan bersama-sama ibunya.

“Saya dan mama selalu pergi spa dan membuat rawatan muka setiap dua kali sebulan. Kami pergi ke sana untuk menyegarkan badan supaya kembali tenang setelah sibuk dengan kerja di luar.

“Selepas melakukan rawatan, hati menjadi tenang sekali gus dapat mengelakkan daripada muka tumbuh jerawat akibat stres.

“Sejak kecil, mama mengajar saya makan banyak buah-buahan memandangkan saya tidak gemar makan sayur-sayuran dan tidak mengambil suplemen vitamin,” katanya kepada OopStarz!.

Miera mengamalkan makan buah-buahan seperti tembikai susu, oren dan epal. Pada waktu pagi, kebiasaannya dia tidak mengambil sarapan. Jadi, Miera akan menggantikan dengan menikmati buah-buahan dan meminum jus oren.

Selepas makan tengah hari, sekali lagi dia akan mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut dan begitu juga pada waktu petang.

Selain itu, Miera sering ke gimnasium untuk melakukan senaman dan menyihatkan badan.

Memandangkan Miera tidak mengalami masalah kulit sensitif, dia tidak perlu berbelanja besar untuk membeli kosmetik atau produk kecantikan lain.

Lebih-lebih lagi, dia bukanlah seorang yang terlalu obses dengan kecantikan. Namun, bukan bermakna dia tidak mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

“Saya tidak mengamalkan petua tradisional seperti makan jamu. Tetapi saya gemar membeli produk kosmetik seperti Shu Uemura, MAC dan Christian Dior,” katanya.

Bagi Miera, kecantikan merangkumi luaran dan dalaman diri seseorang. Bagaimanapun, dia selesa keluar rumah dengan mengenakan mekap tipis dan kadang kala langsung bersih tanpa mekap.

“Saya mula bersolek sejak berusia 13 tahun kerana teringin mencuba mekap setelah melihat mama bersolek.

“Pada mulanya saya rimas mengenakan mekap tetapi lama-kelamaan saya rasa wanita perlukan mekap untuk nampak lebih cantik dan terurus.

“Apabila bersolek, saya suka fokuskan kepada bahagian mata dengan memakai maskara yang agak tebal,” ceritanya lagi.

Trauma lihat cermin

Berkongsi tentang kenangan yang tidak dilupakan apabila dia mengalami kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya ketika menaiki motor berkuasa besar ketika berusia 13 tahun.

“Kemalangan itu meninggalkan kesan parut pada pipi kiri dan tengkuk saya. Bagaimanapun, nasib baik parut di muka saya hilang setelah menyapu krim yang disarankan oleh doktor.

“Parut itu juga menyebabkan saya trauma untuk melihat cermin kerana muka saya nampak teruk akibat kecederaan selepas kemalangan itu,” katanya yang turut aktif dalam bidang peragaan.

Sara Ali Laris Sebelum Popular


BELUM sampai pun setahun pelakon bernama Sara Ali ini bertapak di pentas lakonan tanah air.

Jika dicanangkan namanya, masih ramai lagi yang belum menyedari kehadiran gadis berusia 21 tahun ini.

Ironinya, tanpa nama yang kukuh atau limpahan publisiti yang meluas, peluang dan tawaran yang diperoleh sebagai muka baru sepertinya cukup mengagumkan.

Apa tidaknya, dalam diam-diam Sara ligat memenuhi pelbagai tawaran lakonan yang silih-berganti.

Mungkin sudah rezeki dan tuah aktres bertubuh kecil ini, bakat yang dipertaruhkannya bukannya calang-calang hebatnya.

Setakat hari ini, dia sudah berpeluang menggalas watak utama dan pembantu dalam enam buah filem.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti bagaimana para penerbit dan pengarah filem berani untuk mencuba kebolehan saya.

“Ia bermula apabila ada wakil daripada pihak produksi Primeworks menyunting saya menerusi laman Facebook untuk filem-filem terbaru mereka pada tahun lepas,” katanya.

Terbaru, bagi yang sudah menonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM), pasti dapat melihat kelibat Sara yang menggalas watak remaja bermasalah bernama Juriah.

“Walhal, semua tawaran filem tersebut saya peroleh sebelum dua filem lakonan saya iaitu Penunggu Istana (ditayangkan 21 April lalu) dan NKTM ditayangkan kepada umum,” kata gadis yang meminjam nama datuknya, Ali sebagai nama komersialnya. Nama sebenarnya ialah Sara Hairi.

Bercerita tentang pengalamannya dihujani pelbagai tawaran sebelum dikenali ramai, anak sulung daripada dua beradik ini menganggap ia satu peluang yang amat bermakna sebagai pelakon baru sepertinya.

“Mungkin berkat dedikasi, komitmen dan kebolehan serba sedikit itu meninggalkan buah mulut yang positif di kalangan penggiat dan krew filem.

“Daripada situlah, saya menerima satu persatu tawaran baru. Sebagai orang baru, segala peluang dan kepercayaan ini amat saya hargai,” terangnya.

Sara mengakui langkah pertamanya untuk terjun ke bidang ini tidak selancar jangkaan.

Pada awalnya, keputusan gadis berkelulusan ijazah jurusan seni bina ini untuk bergelar anak wayang diragui oleh keluarganya sendiri.

“Laluan saya untuk memulakan kerjaya ini tidak mendapat sokongan keluarga pada mulanya. Bukan mereka tidak merestui tetapi mereka bimbang saya berubah.

“Hari ini, keluarga semakin merestui dan terbuka dengan kesungguhan saya. Apa-apa pun, saya perlu bijak mengagihkan masa antara keluarga dan kerjaya,” tuturnya.

Fesyen Dan Kecantikan Dynas Mokhtar


BUKAN mudah untuk seseorang itu melaksanakan impian seperti yang diinginkan jika tiada usaha yang gigih.

Lain pula buat pelakon dan pengacara Wan Edrinas Wan Mokhtar, 28. Dalam kamus hidupnya belum pernah ada perkataan ‘tidak boleh’ atau ‘susah’ ketika berusaha mengejar cita-citanya itu.

Bak kata temannya, Daphne Iking, Dynas merupakan wanita yang paling matang dan berfikiran jauh mengenai perancangan masa depan walaupun dia rakan termuda di kalangan teman mereka yang lain seperti Yasmin Hani, Atilia, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair.

Mengakui tentang hal tersebut, ibu beranak satu ini begitu teliti dengan setiap perancangan yang dilakukannya.

Kerana semangat dan kecekalannya juga, perancangan memiliki sebuah butik khas buat ibu-ibu moden terlaksana jua. Pada Rabu lalu, butik Dynas Nursing Attire atau DNA telah dilancarkan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

“Rasanya, ini adalah permulaan saya dalam menjalani perniagaan DNA dan bersyukur kerana gelaran selebriti yang dimiliki sedikit sebanyak membantu menaikkan nama butik ini.

“Sebenarnya, jika kita lihat zaman sekarang, semakin kurang para ibu yang memberikan susu mereka kepada anak-anak dan salah satu faktornya adalah tiada pakaian yang sesuai buat mereka lebih-lebih lagi buat ibu yang berkerjaya.

“Dengan rekaan pakaian untuk ibu ini, saya berharap tiada lagi ibu-ibu mengandung mahupun yang menyusukan anak malu dengan gelaran ‘ibu’ kerana pemakaian yang kurang moden,” tuturnya sambil menunjukkan perincian pakaian DNA yang dikenakan.

Tambah ibu kepada Khyra Khalisa yang berusia satu tahun ini, walaupun bergelar ibu, tidak semestinya seseorang itu tidak boleh bergaya sebaliknya perlu bijak memilih fesyen yang sesuai.

Dalam pada itu, bekas pengacara Beat TV ini bersyukur, sehingga kini tawaran kerjaya seni untuknya masih lagi berjalan seperti biasa. Malah, Dynas juga mula menerima tawaran berlakon watak komedi.

“Mungkin ada yang menganggap janggal bila saya menyatakan tentang keselesaan saya menggalas watak-watak komedi.

“Bahkan sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran You Saka pergi Jauh-Jauh untuk slot seram TV3. Ia sangat menyeronokkan,” selorohnya.

Sementara itu, Dynas agak kecewa kerana sehingga kini dia tidak pernah tahu siapakah peminat yang sentiasa menyokongnya dalam kerjaya seni.

“Sejak berkahwin dan menerima beberapa anugerah, saya tidak pernah terfikir dan tidak tahu pun siapa peminat-peminat saya. Bukan tak nak ambil tahu, cuma takut jika diri saya berubah menjadi riak sekiranya saya mendapati saya ni ramai peminat.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana masih ada lagi yang ingin melihat saya berada dalam industri seni tempatan lagi,” tuturnya.

Memandangkan Dynas kini turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan, dia sedang merancang mengajak orang ramai menyertai aktiviti kebajikan bersama.

Kecantikan

Selain berfesyen, penjagaan kecantikan diri secara luaran dan dalaman juga amat penting buat pelakon ini.

Kata Dynas, bergelar ibu juga bukanlah satu alasan untuk dirinya semakin malas dengan penjagaan diri.

Walaupun bergaya moden, Dynas juga tetap menjaga kecantikannya dengan amalan tradisional Melayu.

“Sejak kelahiran Khyra, penjagaan diri perlu diutamakan lebih-lebih lagi bergelar seorang selebriti.

“Saya masih muda dan kalau boleh saya tak mahu menggalas watak-watak wanita berusia. Bagaimanapun kalau bukan seorang selebriti sekalipun, saya tetap akan menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

“Lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak, kita wajib berpantang dengan betul dan ia sangatlah mustahak kerana tanpa penjagaan rapi, kesan-kesan penuaan akan berlaku apabila lanjut usia,” tegasnya.

Ujar graduan Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, pada tahun lalu, dia turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India.

Selain itu, Dynas juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah wang untuk pergi ke pusat pelangsingan badan, Kunzense.

“Alhamdulillah, melalui Kunzense, berat badan saya telah turun dari 71 kilogram (kg) kepada 59kg. Dan kerana itu saya ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut.

“Bagi saya, kita tidak boleh menyerah kalah jika ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal dan pada masa yang sama kita perlu berfikiran positif. Saya percaya, semua wanita mahu kelihatan cantik,” tuturnya.

Dalam pada itu Dynas turut mempraktikkan cara pemakanan yang sihat agar penghasilan susu badan turut mempunyai zat yang secukupnya buat anaknya itu.

Elly Mazlein Harap Majlis Pertunangan Tutup Cerita Negatif


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.

Sebelum ini, Elly pernah didakwa bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebelah utara.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Bakawali ini turut digembar-gemburkan bercinta dengan seorang pengarah yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Namun begitu, Elly enggan mengimbas kembali setiap persoalan yang pernah dikaitkan dengannya sebaliknya tidak mampu menahan sebak apabila menganggap segala-galanya sudah terjawab kini.

“Saya tak mahu komen tentang cerita yang mengatakan saya mengambil suami orang kerana hari ini merupakan hari bahagia saya.

“Saya tidak sabar untuk bergelar isteri pada Februari tahun depan memandangkan usia saya sudah mencecah 30 tahun. Saya juga sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan ibu,” katanya yang telah bertunang dengan duda beranak dua, pengarah Azmi Hata.

Menurut Elly, mereka berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.

“Saya tak kisah dengan status Azmi. Bagaimanapun, saya mengharapkan yang terbaik daripadanya hingga dia menunaikan janjinya untuk memperisterikan saya.

“Salah satu faktor yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah ciri-ciri kebapaan yang ada pada Azmi apabila melihat dia pandai mengambil hati anak saudara saya.

“Selain itu, dia merupakan seorang yang sangat baik hati, menghormati orang lain, matang, pandai mengambil hati saya serta ibu dan bapa saya dan romantik kerana selalu membuat kejutan kepada saya,” ujarnya di samping Azmi.

Dalam pada itu, Azmi memilih Elly untuk menjadi suri hatinya apabila merasakan wanita itu mempunyai banyak keserasian dengannya.

“Apabila bersama dengannya, saya rasa diri saya sangat istimewa. Saya tahu ramai lelaki yang sukakan Elly tetapi saya rasa bertuah apabila tercalon untuk menjadi teman hidupnya.

“Dia juga seorang yang lemah-lembut, cantik, manja dan memahami karier saya. Saya juga bersyukur kerana dia dapat menerima anak-anak saya dan mempunyai keperibadian seorang ibu. Malah anak-anak saya memanggilnya mama,” katanya.

Azmi bercerai beberapa tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.

Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.

Dalam perkembangan lain, Elly yang hanya sempat mengambil cuti singkat dua hari untuk majlis pertunangannya akan memasuki penggambaran drama Secangkir Cinta Semanis Madu dan menunggu single terbarunya, Please Forgive Me diputarkan di radio.

Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton


SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton


SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Jue suka lelaki selekeh


Tak minat jejaka kacak!

PERJALANAN karier lakonan aktres kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans, 22, sejak kebelakangan ini agak perlahan apabila dia mengakui sudah hampir empat bulan beliau tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama mahupun filem. Adakah wajah Pan-Asian seperti Juliana sudah tidak mendapat tempat di hati penerbit dan pengarah atau kebanjiran ramai muka baru yang comel lagi 'bergetah', menenggelamkan terus namanya dalam industri ini? Tenang saja Juliana membuka bicara apabila dia memberitahu, selama tempoh ‘kehilangannya’ itu beliau sedang memberi tumpuan kepada pengajian dan peperiksaan, maka sebarang tawaran drama atau filem terpaksa dilupakan buat sementara waktu demi memastikan fokus terhadap pelajaran tidak terganggu.

“Habis saja peperiksaan, terus saya bercuti seminggu di Pulau Perhentian, sekarang barulah sibuk kembali ke lokasi penggambaran telefilem Kasih Ke Syurga sempena sambutan Hari Bapa, bulan depan. Saya bukannya pelakon sepenuh masa, jadi ada waktunya saya perlu lupakan seketika dunia lakonan demi pelajaran. Tak hairanlah apabila ada yang beranggapan, saya sudah hilang tawaran berlakon, padahal bukan begitu.

“Namun, saya tak pernah ambil pusing perkara itu kerana mereka yang berfikiran negatif, tak tahu cerita sebenar. Yang penting, dalam kesibukan saya mencari rezeki di bidang lakonan, pelajaran tidak ketinggalan. Saya sedar, kita tak akan berlakon sampai tua. Tiba masanya nanti, kita akan berundur. Ramai lagi muka baru di luar sana sedang berlumba-lumba mencuri peluang. Jadi, pelajaran adalah bekalan di hari tua saya,” kata Juliana atau Jue yang ditemui, baru-baru ini.

Beralih kepada cerita peribadi, Juliana mengakui sudah setahun hatinya kosong selepas putus cinta dengan Sam Bunkface, sekali gus menolak dakwaan dirinya pernah menjadi kekasih kepada Zizan Raja Lawak gara-gara gosip yang pernah melanda mereka tidak lama dulu.

Terus-terang dia mengakui, cita rasanya adalah lelaki berjiwa rock star seperti Sam. Apabila bertemu dengan yang ‘sekepala’, ikatan itu lebih serasi. Justeru, hubungan cintanya dengan Sam pernah terjalin lebih setahun dan boleh dianggap paling lama bertahan.
Sambil berseloroh, Jue mengakui sekiranya penyanyi popular seperti Faizal Tahir masih berstatus solo dan berusia awal 20-an, dia tidak keberatan menjalin hubungan cinta dengan pemuda berkenaan, namun sayang sekali kerana Faizal sudah beristeri dan mempunyai keluarga, selain berumur awal 30-an, justeru Jue terpaksa melupakan hasratnya untuk bercinta dengan rock star itu!

“Tak semestinya saya hanya bercinta di kalangan artis, sekalipun di kalangan pemuda biasa, tak jadi masalah apa-apa, asalkan dia mempunyai jiwa rock. Saya meminati lelaki yang selekeh, maksud saya selamba dan stailo, bukannya pengotor. Terus-terang, saya tak boleh ‘blah’ dengan lelaki metroseksual atau yang terlalu mementingkan ketrampilan diri. Sikit-sikit pergi spa, salon, atau kilatkan kuku, lelaki seperti itu sila jauhkan diri daripada saya!

“Bagi saya, lelaki metroseksual hanya boleh jadi kawan biasa saja, bukannya kekasih jauh sekali teman hidup. Namun, tidak bermakna saya membenci lelaki yang mengamalkan cara hidup metroseksual, cuma saya tak suka cara mereka yang terlalu control macho! Cita rasa saya lelaki selekeh, selamba dan stailo. Tapi, hingga saat ini saya belum bertemu lelaki seperti itu kecuali Sam,” katanya yang mengakui terlalu menyayangi Sam suatu ketika dulu.

Tambah Jue lagi, dia seorang yang mudah mesra, tidak hairanlah apabila timbul dakwaan melabel dia dan Zizan Raja Lawak adalah pasangan kekasih gara-gara keakraban yang mereka tonjolkan ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng, akhir tahun lalu. Jue pula senang mendampingi lelaki karakter kelakar, jadi apabila dia dan Zizan berkawan rapat, maka timbul gosip Jue sudah bertemu pengganti Sam.

Tak tunduk pujuk rayu VIP

AKUI Jue, hingga kini dia dan Zizan masih berkawan baik dan berhubungan, namun disebabkan kesibukan masing-masing, mereka jarang bertemu. Dulu apabila sama-sama membintangi Hantu Bonceng, boleh dikatakan hampir setiap hari Jue dan Zizan bertemu di set, mereka akrab, maka tidak keterlaluan apabila timbul desas-desus mendakwa mereka bercinta.

“Memang kami serasi, tapi saya tak pernah anggap Zizan lebih daripada kawan rapat. Sekalipun ramai peminat yang suka melihat kami berpasangan, so sweetlah... macam-macam orang tulis dalam Twitter, tapi saya dan Zizan tak boleh ‘blah’ (hidup bersama) ! Saya dah anggap dia macam abang yang sering ambil berat mengenai saya. Senang cakap, Zizan terlalu bro, jadi kami lebih sesuai jadi kawan baik saja,” katanya terus menafikan pernah terjebak perasaan dengan pelawak popular itu.

Ditebak pertanyaan, adakah Jue terlalu memilih dalam menentukan pasangan hidupnya, dia mendakwa senang berkawan dengan sesiapa saja, tapi apabila memasuki bab bercinta, dia memang memilih kerana sukar hendak mencari lelaki yang benar-benar ikhlas ingin berkawan dengannya. Akuinya lagi, menerusi pengalaman, kebanyakan lelaki yang mendekati dirinya kerana dia adalah Juliana Evans, bukan kerana ikhlas ingin berkawan dengan beliau.

“Saya juga susah nak percayakan orang. Menerusi pengalaman juga, saya pernah bertemu dengan lelaki yang menikam saya dari belakang. Tidak ketinggalan lelaki yang mendakwa mereka berstatus VIP, VVIP dan terdiri di kalangan kerabat diraja ingin menjalin perhubungan dengan saya apabila memberi alasan ada peluang perniagaan yang membolehkan mereka bekerjasama, tapi apabila saya tanya perniagaan apa, mereka tak jawab!

“Selagi boleh mereka ingin bertemu juga dengan saya. Saya dah tahu apa niat mereka... Saya tolak dengan elok. Tapi, mereka tak mudah putus asa, guna pula khidmat orang tengah untuk memujuk. Saya tetap dengan pendirian, saya tak memerlukan wang mereka. Saya boleh cari duit sendiri. Apa guna kita layu dengan pujuk rayu golongan seumpama itu sehingga maruah diri tergadai,” kata Jue saat ditanya pengalaman digoda golongan elit.

Ujarnya lagi, pengalaman putus cinta amat perit bagi dirinya, justeru buat masa ini pintu hatinya masih tertutup untuk menerima cinta. Sekali lagi dia mengulangi, beliau amat menyintai Sam suatu ketika dulu, justeru saat cintanya terputus di tengah jalan, hatinya bagai dirobek. Kini, dia lebih selesa hidup sendiri dikelilingi kawan-kawan baik yang menemaninya setiap masa tanpa sebarang kekangan waktu dan perasaan cemburu.

PROFIL: Juliana Evans

NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans

TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

DARAH CAMPURAN: Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu)

KELUARGA: Bongsu daripada tiga beradik

PENDIDIKAN: Pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya

DRAMA: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Sayang Cendana, Cheritera, Natrah dan Kasih Ke Syurga (sempena sambutan Hari Bapa, 20 Jun depan)

FILEM: Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns (belum tayang) dan Hantu Bonceng (tayangan sempena Aidilfitri, 31 Ogos depan)

PENGACARAAN: E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya, Remaja dan Era TV

KOMERSIAL: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600, Clean & Clear, Cadbury dan Nestle Bliss.

Saleha tak jual rupa


MELIHATKAN raut wajahnya, cukup indah. Tiada cacat cela sehingga membuatkan mata sesiapa sahaja akan terpaku pada pesona yang dimiliki gadis ini. Bagai terpukau dengan apa yang dimiliki olehnya, tidak hairanlah nama Siti Saleha Mohd Baharum mula mendapat perhatian.

Satu demi satu tawaran yang singgah dalam kerjaya seni anak muda ini sehingga membuatkan nama Saleha semakin dikenali. Bukan mahu mendabik dada dengan apa yang telah dimiliki, Saleha tahu jalan yang harus dilalui masih jauh sedangkan langkahnya baru sahaja bermula.

Bermula sebagai model dalam beberapa produk kecantikan, nama Saleha sudah mula dikenali sejak usianya awal belasan tahun lagi.

Satu persatu rezeki yang datang sehingga menyebabkan gadis yang menjengah usia 21 tahun ini boleh ber-

bangga dengan kejayaan yang diraih.

Cuma, itu bukan pengukur kepada erti sebuah kejayaan. Orang berhak melabelkan apa sahaja pada dirinya. Dia tahu bersaing untuk ‘menjual’ bakat itu bukan satu pekerjaan yang mudah memandangkan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

Semakin lama dia berjalan atas nama anak seni, semakin besar dugaan yang datang. Tidak menafikan saingan yang cukup hebat dalam industri yang tidak sebesar mana ini, hanya keikhlasan yang menjadi pemisah antara dia dan orang lain.

Dalam pertemuan yang cukup harmoni baru-baru ini, langsung tak ada perasaan kekok buat kami. Jauh sekali teringatkan cakap-cakap nakal yang mengatakan Saleha kurang mesra, sama seperti artis lain yang perasan hebat. Zahir tidak melambangkan apa-apa. Barangkali!

Masih mencari rentak kemesraan, Saleha bijak menjawab apa juga soalan. Satu persatu soalan panas mula ditebak yang dijawab secara bersahaja oleh adik kepada vokalis popular kumpulan Bunkface itu.

“Saya bukan berlagak mana. Saya hormat orang dan harap orang juga boleh menghormati saya. Soal nak berlagak bukan ada dalam kamus hidup saya.

“Tapi memang ramai yang cakap saya berlagak dan macam-macam tuduhan lain. Orang tak kenal dan terus mentafsir hanya berlandaskan raut wajah. Tidak adil bukan? Apa yang saya boleh katakan?

“Saya hanya menjadi diri saya. Bila orang tegur maka saya pasti akan balas balik. Tapi tak ramai yang berbuat demikian. Hanya menjeling dengan ekor mata sambil menjatuh hukuman. Biarlah mereka,” kata Saleha tertawa.

Jual muka

SEMAKIN masak dengan industri lakonan yang cukup mencabar itu, ramai yang menganggap Saleha menggunakan raut wajah yang cantik sebagai daya penarik untuk mendapatkan peluang berlakon.

Bukan sekali dua hal itu singgah di telinganya, tetapi dia bagaikan sudah lali dengan kata-kata orang yang tidak pernah berpuas hati dengan dirinya.

“Saya tak pernah jual muka. Malah dalam hati kecil saya pun tak pernah ada niat nak guna jalan pintas macam tu semata-mata nak popular. Kalau buat pun apalah gunanya sebab saya bukan seteruk itu

“Banyak peluang berlakon yang saya dapat sebenarnya hasil titik peluh saya sendiri. Saya bukan bermula dengan job yang besar sampai popular sekelip mata.

“Dah banyak drama saya sertai dan di situ saya bina nama dan reputasi. Orang percaya pada bakat dan kemampuan yang saya ada. Jadi kenapa hal begini boleh timbul.

“Duit bukan segala-galanya bagi saya. Soal berlakon, kepuasan berlakon, penerimaan orang terhadap Siti Saleha itu cukup penting bagi saya. Untuk apa ada banyak duit tapi hakikatnya orang langsung tak pandang pada bakat yang ada.

“Bila bercakap soal ini, memang bunyinya cukup klise. Hal ini memang cukup merunsingkan saya. Jangan cakap sembarangan kalau kita tak tahu apa-apa. Kalau ada yang masih anggap saya berlakon kerana jual muka, itu memang satu perkara yang menyedihkan.

“Saya terbuka dalam hal kritikan. Saya terima apa kritikan asalkan apa yang ditegur itu benar-benar bermanfaat pada saya. Kalau tegur untuk menjatuhkan, baik lupakan sahaja,” luah Saleha jujur.

Bersih kontroversi

SAAT ini untuk mencari artis yang benar-benar bersih tanpa sebarang gosip liar memang sukar. Sejauh mana kejayaan yang diraih oleh mereka, pasti tercalit sedikit kontroversi memandangkan mereka juga manusia biasa.

Saleha juga cukup berhati-hati dalam soal ini. Bukan mahu mendabik dada dek kerana tiada gosip yang melanda dirinya, tapi dia bersyukur selama ini tak banyak cerita buruk mengenai dirinya terpampang menjadi kejian orang.

Tidak ada apa yang perlu ditakutkan, jika tidak ada kesalahan yang dibuat. Bertitik tolak dari hal itu, Saleha yakin dia yakin orang tetap akan mengenali dirinya walau bukan dengan cerita buruk.

“Orang selalu cakap yang kontroversi itu menaikkan nama artis. Kontroversi selalu dikaitkan dengan cerita panas yang kurang baik, saya tak sanggup untuk jadi mangsa seterusnya.

“Untuk apa popular dengan cara begitu. Saya pasti sesiapa juga tak akan sanggup untuk jadi begitu hanya kerana nak popular satu Malaysia. Itu bukan cara saya dan tak mungkin saya lakukan,” kata Saleha yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta ini lagi.

Dilahirkan dalam keluarga seni, Saleha cukup senang apabila dia dan abangnya merupakan anak seni dan pastinya banyak perkara yang dikongsi bersama. Bezanya, Sam terkenal sebagai vokalis kumpulan Bunkface manakala dia sebagai pelakon.

Masing-masing dalam bidang yang berbeza tapi jalan yang dilalui masih sama. Saleha cukup menghormati abangnya itu dan menyifatkan Sam sebagai abang yang garang.

“Dia memang garang. Saya memang hormat pada dia walau apa yang jadi. Tapi bila Sam lebih popular dari saya, orang cakap saya tumpang populariti dia pula.

“Entah, bukan satu dua orang yang cakap perkara yang sama. Saya dah lali dengan isu tumpang populariti. Padahal saya dulu berlakon iklan dari dia. Mungkin sebab dia lagi popular dari saya dan orang terus cakap saya tumpang dia,” kata Saleha ketawa.

Tuah Nora Elena

SIAPA sanga kerjaya lakonan Saleha cukup berkembang baik di kala ini sehingga menyaksikan dia diberi peranan yang cukup besar dalam beberapa buah drama sejak kebelakangan ini.

Drama bersiri Ustaz Amirul dan terbaru Nora Elina yang ditayangkan di slot Akasia TV3 cukup mendapat sambutan sehingga menyaksikan nama Saleha kembali menguasai atmosfera dunia hiburan tempatan.

Bergandingan dengan Aaron Aziz, Zul Ariffin, Erry Putra dan ramai lagi, ia menyuntik semangat kepada Saleha untuk memberikan yang terbaik memandangkan gandingan utamanya bukan calang-calang orang.

“Tiga bulan kami berlakon tanpa henti dan ia memang sebuah drama bersiri yang banyak memberi pelajaran kepada saya. Berganding dengan nama besar yang lain buat saya rasa kecil sangat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga hari akhir. Dan bila tengok sambutan peminat terhadap Nora Elina cukup hangat, saya tahu ia memberikan impak buat saya.

“Soal memilih watak, siapa gandingan tak pernah wujud. Yang paling penting saya dapat membawakan watak dengan berkesan. Itu memang satu kepuasan buat saya.

“Tak semua orang suka kita. Kita kena ingat tu. Bila dah ada peluang macam ni, saya bagi yang terbaik, mana tahu makin ramai yang percaya pada bakat saya. Nanti orang tak kata saya hanya bersandar pada paras rupa semata,” katanya lagi.

Saya bukan ‘playgirl’ – Ain


BEBERAPA keping gambar mesra dirinya menimbulkan spekulasi apatah lagi apabila potret itu melibatkan dua yang berbeza. Senyuman dan gaya badan yang ditunjukkan seakan mengesahkan kewujudan hubungan istimewa antara mereka.

Sengaja mencari publisiti murahan dengan menyebar rakaman gambar sendiri? Timbul juga persoalan sama ada perbuatannya itu bertujuan bagi menyedarkan orang kembali tentang kehadiran pendatang baru sepertinya.

“Semua gambar yang tersebar itu diambil dari profil BBM (BlackBerry Mesengger) Ain. Ain tak tahu siapa yang menyimpan dan kemudian menyebarkannya,” bicara awal bekas pelajar rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan ini tentang perkara tersebut.

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga menafikan dia sengaja menunjuk-nunjuk teman lelakinya kepada senarai rakan BBM yang lain. Bagaimanapun, Ain memberi alasan dia lebih menghargai persahabatan yang dibina. Sebab itu anak kedua dari lapan beradik ini kerap menukar gambar profilnya.

“Ain bukan seorang ‘playgirl’. Semua lelaki yang bergambar dengan Ain itu bukan skandal dan saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar teman lelaki.

“Lagi pun Ain tak rasa ini satu masalah besar. Ain cuma bergambar dengan lelaki. Bukan gambar itu merakam ketika Ain buat satu kesalahan. Macam teguk minuman keras, merokok atau bersosial,’’ jelasnya bersungguh-sungguh.

Pada masa yang sama, pemilik nama Nadiawati Ainul Basir ini menafikan dia sengaja mencipta situasi selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Maulana AF8 berakhir.

Semasa program hiburan berkenaan berlangsung pada tahun lalu, Ain dikatakan punya hubungan cinta dengan Maulana. Perkara tersebut turut diketahui oleh kekasih Maulana ketika itu.

“Ain tak terdesak sangat nak cari kekasih buat masa sekarang. Kisah lama antara Ain dengan Maulana pun sudah lama berakhir. Tak ada apa yang hendak diceritakan lagi.

“Bukan masa sekarang ini, bukan masa yang tepat nak cari kekasih. Ain ada banyak benda yang hendak dikejar dalam hidup,’’ terang wanita berusia 25 tahun ini.

Masalah sikap

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Penanggung Sepi ini menafikan dia seorang yang punya masalah sikap. Kerap memberontak dan bermulut jahat sehingga menyebabkan ramai yang tak gemar berkawan dengannya.

“Ain memang seorang yang bermulut lantang. Kadang-kadang bercakap tentang apa yang Ain rasa tanpa memikirkan kesan selepas itu. Itu memang cara Ain.

“Tapi itu tak bermakna Ain ada masalah sikap. Ain sangat profesional kalau melibatkan periuk nasi. Bukan lagi macam zaman sekolah. Nak kena pukul baru nak bergerak,” kata penyanyi yang punya kebolehan menyanyi sambil bermain gitar ini.

Baginya, tidak adil andai ada pihak yang terus menerus melabelnya sebagai artis bermasalah. Dek kesilapan yang pernah dilakukan semasa di AF dahulu.

Baginya, seseorang itu pasti punya kesilapan lampau. Sebagai manusia biasa, Ain juga tak terlepas dari melakukan kesilapan. Apa yang pasti wanita berbangsa Suluk dan Dusun ini menerima pengajaran selepas kekhilafan berlaku.

Tunggu saat dilepaskan

Satu lagi perkara yang dalam fikiran Ain adalah untuk mendapatkan pelepasan awal dari menjadi artis di bawah naungan, Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB).

Biarpun pernah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama syarikat itu, namun Ain sudah berfikir panjang untuk menjadi artis bebas.

“Tak ada apa yang boleh Ain cakap tentang perkara ini. Bila Ain rasa macam dipinggirkan. Tak mendapat layanan sepatutnya. Jadi lebih baik Ain minta pelepasan segera.

“Dari duduk lama-lama di bawah syarikat tanpa sebarang show, buat Ain jadi lebih gila. Ain ada tanggungan dan benda yang perlu dilunaskan setiap bulan. Kalau tak ada bayaran, macam mana Ain nak hidup.

“Jadi sekarang ini, semua proses rundingan dan hitam putih telah selamat dibuat. Ain cuma tunggu masa untuk dilepaskan,’’ ujarnya penuh harapan.

Ditanya adakah penyanyi lagu Nafas Sempurna ini bersedia untuk menerima sebarang risiko atas keputusannya itu, Ain mengiyakan.

Pemilik suara serak-serak basah ini berkata, dia sudah membuat pertimbangan semasak-masaknya mengenai perkara tersebut. Sudah tiba masa Ain perlu mengorak langkah baru demi masa depannya.

Serina nafi rumahtangga bergolak


DIAM tak diam, perkahwinan Serina Redzuawan dengan Gavin O‘Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 34, pada tanggal 1 Januari 2010 lalu sudah pun mencapai angka satu tahun.

Masih ingat lagi bagaimana gemilangnya anak gadis Datuk Chef Wan ini diraikan pada hari bahagianya ketika itu.

Maklumlah, satu dunia boleh menyaksikannya menerusi tayangan dokumentari di saluran AFC Astro berjudul One Night: A Malaysian Wedding -Chef Wan.

Kemuncak bahagia juga dirasakan Serina apabila dia dan Gavin kemudiannya dikurniakan cahaya mata comel, Tristen Tareef yang kini sudah menjangkau usia lapan bulan.

Nah.. Sekarang bagaikan sudah lengkap rasanya fasa baru dalam hidup wanita berusia 29 tahun ini sebagaimana yang sering didambakan oleh setiap wanita yang memasang impian untuk berumah tangga.

Namun, entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba rumah tangga Serina didakwa sedang mengalami pergolakan.

Cerita semakin panas apabila ada yang menokok tambah bahawa ia berlaku disebabkan wujudnya seorang wanita yang menjadi orang ketiga.

Rasanya, kalau ada yang cetek akal, sudah tentu mereka akan memandang seolah-olah Gavin yang berlaku curang terhadap Serina.

Ini tak boleh jadi! Lalu Pancaindera pantas mengaju pertanyaan kepada bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini bagi mendapatkan kebenaran.

“Mana dapat cerita ni? Bila masa pula rumah tangga saya bergolak? Memang kelakarlah!

“Itu semua cerita tak betul. Alhamdulillah..sehingga ke hari ini rumah tangga saya tak ada sebarang masalah. Malah, dari hari ke hari hubungan kami semakin intim.

“Saya pun pelik kenapa boleh timbul cerita macam ini sedangkan saya dan Gavin tak pernah berahsia. Sampaikan telefon bimbit pun tak pernah kami sorok atau letakkan kata laluan.

“Kalau betul dia curang, dah tentu dia akan jelas buat benda-benda macam tu kan? Ini tak ada pun. Ala..mungkin ada yang salah dengar ni kot!

“Alhamdulillah kami aman bahagia je..tak timbul soal orang ketiga atau rumah tangga berantakan,” katanya.

Aneh. Langsung tidak mencerminkan perasaan marah. Serina malah asyik tersenyum dan ketawa sahaja walau ditujah dengan soalan yang mungkin menyebabkan dirinya tersinggung.

Mungkin begitulah sifat semulajadi wanita ini. Dia sukar sekali mengikis sifat Happy Go Lucky yang tertanam dalam dirinya.

Menganggap ia cuma khabar angin, Serina membetulkan tanggapan serong itu dengan memberitahu semarak hubungannya dengan Gavin adalah berlandaskan cuma kepercayaan dan kejujuran.

“Dua perkara ini cukup kuat dalam mempengaruhi keharmonian rumah tangga.

“Lagi satu, saya tengok orang kita ni, lepas kahwin jarang sekali nak keluar temu janji dengan isteri atau suami sendiri macam sebelum berkahwin.

“Saya mengaku saya dan Gavin selalu keluar temu janji sejak saya bergelar isteri dan ibu ni.

“Tak bermakna kalau dah kahwin tak boleh buat macam dulu. Padahal benda-benda macam inilah yang boleh merapatkan lagi keintiman suami isteri, ” kongsinya.

Masih tradisional

Satu yang wajar dipuji pada diri Serina, walaupun berkahwin dengan bangsa asing, dia tidak pernah menjadikan ia sebagai satu alasan untuk melupakan budaya dan adat Melayu.

Tidak seperti sesetengah orang, sanggup menidakkan jati diri sendiri semata-mata mahu dilihat urban atau barangkali menggangap budaya Melayu itu kolot.

Tidak meletakkan dirinya dalam kategori sebegitu, kata Serina, biar apa pun yang terjadi, Melayu akan sentiasa ada dalam dirinya dan tentunya jati diri itu akan diterapkan dalam diri putera kesayangannya, Tristan.

“Eh saya ni walau nampak moden dan berkahwin dengan Mat Saleh, jangan ingat saya dah berubah. Saya masih Melayu tau!

“Jangan terkejut kalau saya katakan suami saya Gavin dah hampir 70 peratus macam orang Melayu. (ketawa). Semua masakan Melayu dia makan, Belacan? Memang kesukaan dia.

“Sekarang pun dia dah pandai cakap bahasa Melayu. Tapi masih dalam proses pembelajaran lah.

“Namun saya bangga sebab sekurang-kurangnya Gavin berminat nak mendekati dan belajar budaya kita tanpa paksaan,” katanya yang sentiasa ‘cair’ bila cinta hatinya memanggilnya Sayang.

Disuruh jaga anak

Kerjayanya sebagai pelakon apatah lagi sejak popular dengan watak polis trafik menerusi drama lakonannya sejak tiga tahun lalu, Roda-Roda Kuala Lumpur, jelas sekali menampakkan jadual hariannya cukup padat.

Malah, kerana itu, menurut Serina, bapanya Chef Wan pernah ‘bising’ mengenai perkara ini gara-gara bimbang Serina mungkin akan terlepas pandang akan cucunya yang seorang itu kerana kesibukan Serina.

“Ya. Papa ada bising pasal hal ni. Takut saya sibuk sangat dengan kerjaya sampai terlepas tengok Tristan membesar di depan mata.

“Sekarang Tristan dijaga oleh orang gaji. Tapi kata Papa dia tak mahu cucunya itu dijaga sampai besar oleh orang gaji. Takut tak kenal mak pula katanya.

“Oleh sebab itu, Papa kata saya perlu berbuat sesuatu dan saya dah pun ada perancangan mengenainya,” katanya.

Mengakui mula menaruh minat untuk menceburi bidang perniagaan, kata Serina, idea tersebut telah dicetuskan oleh Chef Wan sendiri.

Mahu mula memasarkan produk kecantikan dalaman bernama Mavellous di Malaysia, kata Serina, dia melihat produk buatan Switzerland itu mampu memenuhi keperluan kecantikan dalaman dan luaran pengguna di negara ini.

“Percaya tak, semenjak pakai produk ini, saya tengok kulit papa banyak perubahan. Cantik, gebu dan licin. Semuanya berlaku dalam tempoh sebulan sahaja!

“Saya mula-mula agak skeptikal, tapi lama-lama saya rasa apa salahnya kalau saya berniaga, sekurang-kurangnya saya ada banyak masa dengan Tristan.

“Tapi saya tak kata saya akan berhenti terus dari dunia lakonan dan sebagainya, ini cuma perniagaan sampingan,” ujarnya yang turut memberitahu papanya itu merupakan duta produk tersebut.

Jelas si mulut murai ini lagi, produk ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat di Malaysia dan mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubunginya di laman sosial www.tweeter.com/serinaredzuawan.

Dalam pada itu, Serina turut menawarkan peluang kepada peminat untuk menikmati percutian bersamanya di Belanda, Brussels, Belgium dan Paris, Perancis selama tujuh hari lima malam menerusi pakej yang istimewa.

Kata Serina, bayaran untuk pakej ialah RM7,888 akan merangkumi insuran, makan dan minum, tempat penginapan serta cukai lapangan terbang.

Bersama penerbangan Emirates, percutian yang dibawa khas oleh Corporate Information Travel Sdn.Bhd (CIT) ini akan bermula dari 13 hingga 20 September ini.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Judy Kok di talian 03-20919988 atau e-mel sebarang maklumat segera di alamat judy.kok@cit.travel.

Fouziah bercuti dengan siapa ye...


JOYAH dengar cinta pelakon Fouziah Gous kembali bertaut dengan seorang VIP walaupun sebelum ini dengarnya hubungan mereka berantakan teruk. Tahniahlah kalau macam tu. Joyah pun tak tahu bila masa mereka putus.

Tiba-tiba saja Joyah dapat maklumat terkini, mereka dah sambung balik. Setakat gaduh-gaduh manja masa bercinta, merajuk memang adatlah. Joyah pun pernah bercinta, rasa kembang kuncup percintaan Joyah tahulah.

Terus terang, Joyah tak berminat nak ambil tahu tentang kisah cinta mereka. Walaupun banyak versi Joyah dengar, buat tak tahu aja.

Fouziah pun dah banyak kali bermati-matian cakap dia memang tak ada hubungan istimewa dengan VIP itu. Jadi, tak ada apa yang boleh Joyah ulas tentang mereka tu. Tapi, dalam malas nak ambil tahu tuh, tetap ada orang bagitahu Joyah, jadi nak tak nak kenalah dengar juga perkembangan hubungan cinta mereka tu.

Terbaru, Joyah dengar mereka nak bercuti bersama ke luar negara. Lokasi spesifik, negara beriklim sejuk. Alah, mesti di Eropahlah tu. Dengarnya, masa cuti sekolah ni. Tak tahulah mereka pergi berdua, bertiga atau berkeluarga. Tapi bagi Joyah, memang terbaiklah! Angkat topi buat Fouziah. Bertuahnya jadi Fouziah seorang ni. Ada orang ‘payung’ dia sentiasa.

Tapi yang tak sedapnya, dalam pada itu, khabarnya VIP itu ada hubungan cinta dengan seorang wanita dari kalangan ternama. Wah wah wah, memang laris sekali cinta VIP ini rupanya, sana boleh sini pun okey, asalkan cantik saja dia mesti tak lepas. Memang hebat.

Bukan Joyah nak menyibuk hal percintaan Fouziah dengan VIP tu, tetapi kalau benar si VIP main ‘kayu tiga’, buruk sangatlah lakunya dia tu.

Kalau benar VIP bercinta dengan dua wanita dalam satu masa, Joyah rasa macam ada benda tak kena di sini. Joyah tak nak jadi hakim atau pengadil. Cuma hati wanita Joyah ramal satu kejadian akan berlaku satu hari nanti. Benda yang membuatkan semua rakan-rakan Joyah mengejar Fouziah selepas ni. Nak dapatkan penjelasan.

Tapi mungkin juga cerita ini hanya seperti dalam drama lakonan Fouziah, banyak spekulasi daripada realiti. Mungkin banyak yang tak senang dengan kejayaan Fouziah, sebab tu reka cerita bukan-bukan tentang kekasih hatinya. Yang penting Fouziah tahu bagaimana sifat sebenar kekasih hatinya yang memang suka tersenyum manja itu.

Scrambler jadi teman Atie AF


MINAT terhadap sukan permotoran telah lama berputik di hati, namun kesempatan untuk terjun ke arena berkenaan tidak kesampaian disebabkan teman sejiwa untuk bersama menghabiskan masa mengemudi kuda besi yang diidamkan.

Bagaimanapun, keinginan untuk mencuba dunia scrambler tidak pernah luntur dari hati Suriati Abu Bakar atau lebih dikenali dengan nama seninya Atie AF.

Hajatnya untuk menunggang motosikal jenis scrambler itu akhirnya tercapai apabila suami yang dikahwininya empat tahun lalu membeli sebuah motosikal Kawasaki KLX 150 setahun lalu.

Bermula dengan jelingan - jelingan manja melihat cara dan skill suaminya, Saiful Ibrahim menunggang motosikal berkenaan, Atie memberanikan diri mencuba menunggang Kawasaki hijau milik suaminya itu.

“Suami pada awalnya tidak benarkan Atie menunggang motor ini, tetapi sebab teringin sangat Atie senyap-senyap bawa tanpa pengetahuan suami.

“Apabila suami pergi kerja, Atie pun ambil kunci dan mula memberanikan diri membawa motor pusing-pusing kawasan rumah,” cerita Atie membuka bicara ketika ditemui di rumahnya di Hulu Klang, baru-baru ini.

Tambah Atie, dia sebenarnya baru lagi belajar menunggang motosikal berkenaan dan belum berani untuk menunggang jauh dari kawasan rumah.

“Mula-mula dulu memang suami tidak mahu ajar Atie kerana risau kalau Atie sudah tahu menunggang, nanti Atie akan menunggang motor pergi ke set penggambaran.

“Tetapi kini, setelah Atie bersungguh-sungguh mahu belajar, hatinya jadi lembut dan mula mengajar perkara-perkara asas dahulu,” akui Atie yang turut minat melukis lukisan abstrak.

Cerita bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia itu lagi, minatnya terhadap sukan berkenaan bermula sejak kecil tatkala bersama dengan rakan-rakannya menunggang basikal jenis BMX di kampung.

Selain itu jelasnya minatnya semakin meluap-luap apabila melihat peminat-peminat sukan berkenaan yang sering berulang-alik melalui kawasan rumahnya di Janda Baik, Bentong, Pahang.

“Apabila melihat ‘geng-geng’ scrambler itu lalu depan mata Atie terutamanya ‘geng’ wanita, Atie rasa tercabar dan kalau boleh ingin bersama menyertai mereka.

“Tapi itulah Atie tidak jumpa dan tidak tahu bagaimana untuk menyertai mereka,” jelas Atie jujur kepada S3.

Dalam pertemuan kira-kira tiga jam petang itu, semangat Atie untuk menyelami dunia scrambler jelas kelihatan apabila Atie diperkenalkan dengan beberapa orang ahli kumpulan UK The Bike Racing Team.

Lantas Atie tidak melepaskan peluang untuk bermesra-mesra dengan trek yang menjadi port lepak kumpulan berkenaan di Kemensah yang tidak berapa jauh dari rumahnya.

“Atie selalu nampak mereka di hujung simpang jalan hendak masuk ke rumah Atie tetapi tidak berani hendak bertegur sapa.

“Sekarang ini sudah berkenalan insya-Allah lepas ini akan selalulah Atie turun ke sini untuk berguru dengan mereka,” ujar Atie bersungguh.

Kesempatan turun ke trek petang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Atie apabila bersama dengan dua ahli wanita kumpulan berkenaan iaitu Suzana Shamsudin, 35, dan Juliana Kamaruddin,24, untuk mendalami selok-belok dunia scrambler.

“Seronok sangat dapat masuk trek. Walaupun ini kali pertama Atie bawa motor jauh dari rumah namun Atie rasa lebih yakin untuk menunggang.

“Selepas ini, Atie ingin membeli kelengkapan pula seperti jaket, seluar dan kasut yang sesuai untuk scrambler.

“Mungkin selepas itu nanti boleh berlumba dengan suami pulak,” seloroh Atie.

Selain Suzana dan Juliana, Atie petang itu turut diberikan penerangan berkenaan dengan dunia scrambler oleh orang-orang kuat UK Dirt Bike Racing Team terutamanya Ahmad Nizam Mansjur.

Pesan arwah ibu, bapa ubah Mel


IBU bapa yang baik sentiasa menasihati dan mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Cuma sama ada anak-anak mengambil kisah atau sebaliknya, terhadap segala budi baik yang telah dicurahkan oleh ibu bapa masing-masing.

Sebagai anak yang sentiasa mendengar dan memikirkan segala nasihat ibu bapanya, bekas vokalis kumpulan rock Wings, Mel turut tidak terkecuali mendapat teguran agar menjadi insan yang selamat dunia akhirat.

Menurut Mel atau nama sebenarnya, Ismail Zainuddin, biarpun ibu bapanya telah lama meninggal dunia tetapi dia tetap mengingati setiap nasihat yang diberi kepadanya selama ini.

Malah, penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini tidak menafikan nasihat kedua-dua orang tuanya itulah yang menyebabkannya berubah. Dia kini mahu menjadi Mel yang lebih baik dari sebelumnya.

“Saya berubah secara sedikit demi sedikit. Cuma paling ketara adalah sejak lima tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun sejak bapa saya, Zainuddin Mohamad meninggal dunia pada tahun 1978 saya sudah mula terfikir untuk berubah.

"Maksud berubah di sini ialah menjadi orang yang lebih baik dari segi amalan hidup di dunia ini. Juga bagi mencari bekalan untuk akhirat. Pada 1993, ibu saya Rafeah Mat Akhir pula meninggal dunia.

"Ia menambahkan lagi rasa keinsafan saya. Apatah lagi, apabila teringat pesan ibu bapa saya supaya jangan tinggal solat. Pesanan seperti itu terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang," katanya.

Bapa kepada Ikhwal, 19, dan Rabiatul Adawiyah, 12, ini kini jauh berubah bukan sahaja daripada segi tutur katanya yang semakin lembut, imejnya yang sederhana tetapi juga aktiviti sehariannya.

Bekas penyanyi rock berusia 45 tahun ini tidak membuang jauh bidang nyanyian yang diceburinya suatu masa dulu, tetapi dia cuba memanfaatk annya dengan cara lebih baik.

"Kalau dulu saya hanya menyanyi sahaja tetapi sekarang saya lebih utamakan bidang ceramah agama dan motivasi yang saya adakan di seluruh negara sejak tahun lalu. Sambil menyanyi saya berceramah.

"Imej saya sebagai bekas penyanyi rock sukar dikikis. Ini kerana, walau di mana saya berceramah orang tetap mahu dengar saya menyanyi. Contohnya lagu Semalam Yang Hangat yang pernah dipopularkan bersama Wings," ujarnya.

Mel yang kali terakhir muncul dengan album solonya berjudul Dunia Baru pada 2006 kini semakin ligat memenuhi undangan berceramah di tempat-tempat umum termasuklah jemputan daripada agensi-agensi kerajaan seluruh negara.

Dia yang banyak mengaji di sekolah-sekolah pondok di sekitar Sungai Siput, Perak dan Pulau Pinang berasa begitu tenang kerana dapat berkongsi ilmu serta mengajak para hadirin ke arah jalan kebaikan.

"Minggu lepas misalnya, saya telah dijemput mengadakan ceramah agama di Akademi Laut Malaysia selama hampir dua jam. Saya lihat ramai hadirin yang menyambut baik kedatangan saya walaupun saya bekas penyanyi rock.

"Saya bersyukur kerana mahu berubah dan pengalaman itulah yang ingin saya kongsi dengan semua orang. Bagi saya semua orang mahu berubah. Cuma mungkin hidayah belum sampai. Semua itu kuasa Allah," jelasnya.

Sungguhpun sibuk memenuhi undangan berceramah di merata-rata tetapi tetapi nalurinya sebagai penyanyi masih belum padam.

Mel kini sedang dalam proses menghasilkan album solo terbarunya berjudul Antara Dua Jalan.

Album yang berunsurkan lagu-lagu ketuhanan seperti yang pernah dibawakan oleh Ramli Sarip dan mengandungi 10 buah lagu itu, katanya, kemungkinan besar akan berada di pasaran sebelum hujung tahun ini.

Kieran berkongsi minat dengan anak


MELAYAN kerenah dan telatah Mohammad Adam, 2, dan Mohammad Iman, enam bulan, hati Kieran rasa terhibur selepas seharian berkurung dalam konti.

Baginya, kehadiran dua anaknya itu membuatkan alam rumah tangga yang dibina bersama Yang Azlinyang Mohd. Yunus selama tiga tahun, menjadi lebih bermakna.

"Walaupun penat, apabila melihat telatah anak-anak, semua itu terus hilang dan seketika, saya terlupa rasa penat bekerja," ujar Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran ketika S3 berkunjung ke rumahnya di Klang, Selangor.

Jelas Kieran, sebagai seorang ayah, dia tidak mahu terlepas detik melihat anak-anaknya membesar.

Justeru, kata anak campuran Pakistan dan Jawa ini, dia akan memastikan anak sulungnya berkongsi minat yang sama dengannya.

"Adam walau pun baru berumur dua tahun, dia sudah menunjukkan ciri-ciri seorang pemain bola sepak.

"Memang itu adalah minat saya dan saya gembira kerana dia mengikut jejak langkah saya. Harapan saya, apabila dia dewasa kelak, minat itu akan menjadi kerjaya baginya," luah Kieran.

Kata Kieran lagi, setiap kali dia membawa anak-anaknya bersiar-siar, Adam akan merengek jika tidak dibelikan bola.

"Pantang nampak bola, mesti dia nak saya beli. Kalau ikutkan kehendak dia, mahu satu rumah ini penuh dengan bola.

"Kalau Adam menyepak bola dalam rumah, mak dia akan bising kerana takut pecah barang-barang dalam rumah.

"Jadi, kami tak boleh leka. Pernah sekali bola yang dia sepak, terkena kipas syiling dan melantun ke dinding. Mujur tak ada barang kaca yang pecah," cerita Kieran sambil ketawa.

Kieran akui, dia berangan-angan untuk menghantar anaknya itu ke akademi bola sepak.

"Apa yang saya hajatkan ini tidak akan menjadi satu paksaan. Manalah tahu, apabila Adam dewasa minatnya berubah.

"Tetapi sekarang ini, saya tengok Adam agak cenderung kepada bola sepak dan itu menaikkan lagi semangat saya untuk mendedahkan dia dengan dunia bola sepak.

"Mungkin selepas ini kami sama-sama boleh duduk menyokong Manchester United (MU)," kata penyokong tegar MU itu.

Walau pun manja dengannya, Kieran cuba menerapkan disiplin dalam diri anak-anaknya. Oleh itu, dia tidak sekali-kali memanjakan anak-anak secara berlebihan.

Baginya, manja itu ada hadnya dan sekiranya anaknya melakukan kesilapan pasti rotan menjadi habuan mereka.

"Saya tidak mahu mengajar anak menjadi manja keterlaluan. Kalau mereka salah, rotan tetap rotan sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesilapan.

"Bukan untuk mendera tetapi sekadar mendisiplinkan mereka. Umpama pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Esok, andai kata anak sudah meningkat remaja, lagi susah untuk kita membentuk keperibadian mereka," kata Kieran.

Dunia Yusof Haslam di rumah


BAGAIMANAPUN, pelakon, pengarah dan penerbit filem berusia 57 tahun ini menyifatkan dunia sebenarnya adalah di rumahnya, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut penerbit syarikat produksi, Skop Production ini, jika tiada urusan dia lebih suka berada di rumahnya yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah padang badminton dan kebun buah-buahan.

"Dalam hidup saya sekarang ini, rumah adalah keutamaan saya yang mana tiga per empat daripada masa saya dihabiskan di rumah. Selepas itu barulah saya akan berada di pejabat dan restoran milik saya.

"Saya pula tiada masalah untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat kerana jaraknya lebih kurang 10 minit berkereta. Apabila di rumah jiwa saya lebih tenteram kerana banyak perkara boleh dilakukan.

"Apa gunanya tapak rumah saya yang seluas kira-kira satu hektar itu saya penuhi dengan pelbagai kemudahan kalau ia tidak digunakan?" soalnya sewaktu S3 berkunjung ke kediamannya itu baru-baru ini.

Bapa kepada empat anak dan datuk kepada tiga cucu ini menggunakan keluasan tanah yang ada di sekeliling rumahnya itu untuk berkebun buah-buahan dan menternak ayamkampung, angsa dan itik bagi mengisi masa lapangnya.

"Buat masa ini saya menternak lebih kurang 50 ekor ayam kampung. Dulu saya ada membela beberapa ekor kambing tetapi saya tidak tahan baunya yang sampai masuk ke dalam rumah. Jiran-jiran pun ada yang merungut.

"Kalau tidak sibuk biasanya saya akan turun ke kebun dua kali seminggu. Mula-mula rasa penat juga kerana kalau diikutkan ketinggian lereng di sekeliling rumah saya ini hampir tujuh tingkat rumah tingginya.

"Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak terasa penat. Selain itu, saya juga membina gelanggang badminton di bahagian bawah rumah. Saya memang suka bermain badminton.

"Kalau tidak ada orang untuk diajak bermain badminton saya akan ajak tukang kebun atau pengawal rumah bermain bersama saya," kata Yusof sambil tersenyum memandang isteri tercinta, Datin Fatimah Ismail.

Yusof sekeluarga tidak setakat bertuah kerana mempunyai kawasan persekitaran rumah yang luas tetapi turut menggunakan tanam-tanaman dan haiwan ternakan untuk keperluannya sekeluarga.

"Biasanya sebulan sekali kami sekeluarga akan menyembelih dan makan sendiri ayam-ayam kampung yang kami pelihara itu. Begitu juga dengan buah-buahan dan tanaman lain juga kami gunakan sepenuhnya.

"Walaupun saya boleh mendapatkan semua itu di pasar tetapi kepuasan memakan tanaman sendiri lain rasanya. Kalau ada lebih biasanya saya sedekahkan kepada sesiapa yang datang ke rumah," jelasnya.

Selain menghabiskan masanya di kebun, Yusof juga gemar menggunakan kawasan persekitaran rumahnya yang sunyi dan menghijau untuk berehat serta mencari ilham seperti menulis skrip filem serta drama terbitannya.

Beliau kini sedang membina sebuah rumah kecil di lereng bukit rumahnya untuk kegunaaan beriadah sambil mencari ilham menulis skrip pada waktu yang terluang.

"Saya juga mahu gunakan rumah itu sebagai penginapan kalau ada saudara mara yang datang untuk bermalam di sini. Saya merancang membina sebuah lagi rumah di kawasan ini.

"Ia khusus untuk anak-anak dan menantu saya. Kalau boleh saya tidak mahu berpisah dengan mereka terutama tiga orang cucu saya. Apabila dekat senanglah saya berjumpa dengan mereka setiap hari," jelasnya.

Iqbal Mazlan Ambil Masa 'Bercinta' Dengan Ana Raffali


KUALA LUMPUR: Kisah percintaan penyanyi Dafi dan Ana Raffali sebagai Rey dan Rose dalam teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60-an (KMJ) mungkin membuatkan ada yang terlepas pandang dengan pelakon Iqbal (Azizan) yang diam-diam turut mencintai wanita itu.

Dalam pementasan teater yang bermula 27 Mei hingga 5 Jun itu, turut diselitkan babak melibatkan bibit-bibit cinta Azizan dan Rose setelah Rey gagal mempertahankan cintanya terhadap wanita berkenaan.

Menurut Iqbal, juara Pilih Kasih musim pertama, bukan mudah untuk dia dan Ana mendapatkan ‘mood’ melakonkan babak tersebut setelah menjalani latihan sepanjang dua bulan lalu.

“Sepanjang dua bulan berlatih, saya dan Ana sering bertengkar untuk ‘menghidupkan’ babak ke-17 itu.

“Bagaimanapun, saya rasa sedikit lega apabila kami baru mendapat ‘mood’ pada dua hingga tiga hari lalu sebelum ia dipentaskan pada malam Rabu lalu,” kata Iqbal kepada mStar Online.

Mereka yang melakonkan watak tersebut sewaktu era 60-an juga berduet menyanyikan lagu Kemesraan.

Iqbal menganggap, babak tersebut memberikan cabaran yang paling hebat kepadanya walaupun pernah berlakon teater di bawah arahan pelakon Fauziah Nawi dan menyertai program realiti Pilih Kasih.

Dalam perkembangan lain, drama lakonannya berjudul Songkok sedang disiarkan di TV1 pada setiap Jumaat, pukul 3.30 petang.

Drama 13 episod itu turut dilakonkan oleh Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Z.Zamrie, Memey Suhaiza, Ng Hung Shen, Irfan Roslan, Chomat Samad dan Taha Wahid.

Sebuah lagi drama berjudul Beret Hijau akan disiarkan pada Julai ini di TV2. Selain itu, dia juga bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Abuya.

Selepas Dituduh Ciplak Lagu, Natasha Hudson Masih Ingin Menyanyi


PETALING JAYA: Biarpun pernah dituduh sebagai 'ratu ciplak' melalui lagu Hanya Tuhan Yang Tahu sebelum ini, pelakon jelita Natasha Hudson bangkit dengan dua single baru.

Single tersebut berjudul Jika Kau Berubah dan Selamanya yang dijangka diedarkan bulan depan.

Katanya, lagu tersebut menjadi landasan untuk dirinya bangun semula daripada peristiwa yang pernah menjejaskan namanya.

“Saya tahu ramai yang mengecam saya apabila pertama kali melangkah ke dunia nyanyian dan lebih teruk apabila menuduh saya melakukan ciplak sedangkan saya tidak tahu menahu tentang itu.

“Saya berharap dengan adanya single terbaru nanti, saya dapat diterima dalam bidang seni suara ini. Apa yang saya lakukan bukan kerana duit atau populariti tetapi kerana minat yang mendalam,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Natasha, dia tidak mahu berhenti kerana kritikan masyarakat, malah menganggap ia sebagai dugaan hidup.

“Dalam hidup, saya telah lalui berbagai dugaan dari segi peribadi dan kerjaya. Saya pernah melalui banyak kontroversi.

“Tapi saya sudah lali dan tak ambil peduli dengan apa orang nak cakap tentang saya. Saya hanya lakukan apa yang saya ingin lakukan,” katanya.

Sementara itu, Natasha mengakui jadual kerjaya akan lebih padat berikutan pembabitannya dalam bidang tersebut.

“Saya memang seorang yang kuat bekerja. Jka tidak ada kerja saya akan runsing. Saya sentiasa akan penuhkan jadual saya dengan kerja.

“Alhamdulillah setakat ini masa bersama anak tetap diutamakan, biasanya saya akan bawa anak saya sekali ke tempat kerja,” katanya.

Ditanya tentang kehidupan peribadi, Natasha yang pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Raja Lawak ini memberitahu mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Saya sudah menghabiskan banyak masa dengan kehidupan kekeluargaan suatu masa dahulu dan kini masanya untuk saya mencari kebahagiaan untuk kerjaya saya pula. Kini saya ingin fokus untuk anak dan diri sendiri,” ujarnya.

Noryn Aziz Mahu Dedahkan Status Sudah Berkahwin


KUALA LUMPUR: Penyanyi Noryn Aziz bersedia untuk mendedahkan status perkahwinannya dalam satu sidang media yang akan ditetapkan nanti.

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya tentang statusnya apabila timbul dakwaan dia sudah berkahwin dengan seorang VIP.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat pengumuman tentang perkara ini memandangkan ramai yang tertanya-tanya tentang status saya."

Jadi, saya akan menceritakan mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini. Lagipun saya rasa pasti ada yang sudah tahu mengenainya," katanya ketika ditemui di Suria KLCC, di sini, Jumaat.

Noryn turut membuat persembahan pada majlis sepetang bersama Bulgari dan Bella ntv7 itu. Beralih kepada karier seni, Noryn sedang mencari material untuk single terbarunya dengan lirik kerohanian tetapi masih mengekalkan genre jazz dan pop.

Katanya, elemen kerohanian dipilih bersesuaian dengan penghijrahan dirinya yang sudah bertudung.

"Saya rasa hidup lebih tenang sekarang. Malah peminat saya semakin ramai di laman Facebook dan menyenangi imej seperti ini.

"Selepas saya mengerjakan haji, saya berniat untuk berhijrah. Tetapi saya tidak memakai tudung litup terus sebaliknya melakukannya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya masih belajar dan banyak ilmu agama yang perlu dituntut," ujarnya yang sedang mengikuti kelas agama di sebuah masjid setiap dua kali sebulan.

Dalam perkembangan lain, Noryn akan mengajar vokal di sebuah akademi untuk kanak-kanak bermula hujung tahun ini.

Nenek Anggota KRU Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Nenek kepada kumpulan adik beradik trio KRU, Jamaliah Abdul Manan, 90, meninggal dunia pada pukul 2.45 petang, Jumaat, di Hospital Putrajaya.

Menurut Norman Abdul Halim, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital berkenaan pada seminggu lalu kerana menghidap penyakit tua.

"Kehilangannya sangat dirasai memandangkan saya cucu sulung dan agak rapat dengannya.

"Justeru itu, saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pengebumian ini," katanya yang dihubungi mStar Online, disini.

Tambah Norman, setelah di pulang daripada festival filem di Cannes, dia terus melawat Allahyarhamah yang ketika itu sedang kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Kalau nak ikutkan keadaan nenek pada minggu lepas agak sihat dan Rabu lalu, dia nampak sedikit bertenaga. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia sudah kritikal.

"Apa-apa pun, semua ini sudah menjadi ketentuan-Nya dan saya serta keluarga menerima pemergian ini dengan redha," tuturnya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kelang Gate dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate Baru, Hulu Klang selepas Asar.

60 Artis Memasak Dalam 'Dapur Selebriti'


KUALA LUMPUR: Program realiti Dapur Selebriti Knorr bakal menampilkan pertandingan memasak melibatkan 60 artis tanah air.

Buat julung kalinya, program itu bakal disiarkan di TV3 mulai 10 Jun ini, setiap Jumaat, pukul 6 petang.

Antara artis yang terlibat adalah pasangan Khai dan Rosma, AC Mizal dan Emylia Rosnaida, Rozita Che Wan, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Elaine Daly, Carmen Soo, Shasha Saidin dan adiknya Zain, Linda Rafar dan Diana Rafar serta kumpulan Estranged.

Turut serta adalah Meet Uncle Hussain, Mohd Mentor, Adi Mentor, Tomok, Vince Chong, Susan Manen dan Mustapha Kamal serta Kenchana Dewi.

"Setiap minggu, seramai enam selebriti dibahagikan kepada tiga pasangan yang bertanding. Mereka dikehendaki memasak mengikut tema yang diberikan oleh pihak penerbitan.

"Pasangan yang mendapat markah terendah dalam cabaran memasak pertama akan disingkirkan manakala dua pasangan akan terus bersaing dalam cabaran memasak kedua sebelum menentu juaranya," kata Sheila Rusly, selaku hos program tersebut.

Misalnya tema Hidangan Seisi Keluarga memerlukan artis menyediakan hidangan berkhasiat daripada masakan pembuka selera sehinggalah pencuci mulut.

Dalam segmen Ikan Oh Ikan! pula, setiap pasangan perlu menangkap ikan sendiri untuk dimasak.

Terdapat juga paparan episod di mana artis hanya dibenarkan menggunakan kayu api.

Sebahagian dari hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang menjadi pilihan setiap pasangan.

Lydia Ibtisam 'Hilang' Bukan Kerana Kahwin


KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab (Lydia) yang menyepi selama dua tahun dalam bidang seni ingin bergiat aktif semula sebagai pelakon.

Menurut Lydia, sepanjang dua tahun lalu dia menumpukan perhatian terhadap pengajiannya dalam bidang Komunikasi Multimedia di Universiti Malaya dan kerja-kerja belakang tabir.

"Saya rasa ini adalah waktu paling sesuai untuk kembali aktif. Sebelum ini, saya sibuk dengan pengajian dan selepas itu saya bekerja di belakang tabir di stesen TV9.

"Lagipun, hati saya yang tidak mahu aktif ketika itu. Saya pun tidak tahu kenapa," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Apabila ditanya adakah keputusannya untuk menyepikan diri selama dua tahun itu dipengaruhi oleh perkahwinannya pada hujung 2008, Lydia bagaimanapun menolak dakwaan tersebut.

"Sejujurnya, saya tidak ada jawapan mengapa saya menyepikan diri sebelum ini. Ia tidak ada kena-mengena pun dengan perkahwinan saya.

"Mungkin sepanjang tempoh itu, saya tidak menerima tawaran yang bersesuaian.

"Apabila saya tidak gembira dengan apa yang dilakukan, maka saya akan berhenti seketika daripada kerja itu," terangnya.

Menyentuh tentang perkembangan terbaru, wajah Lydia kini boleh ditonton sebagai pengacara program hiburan Chopp!! bersama aktres Intan Ladyana pada setiap Jumaat pukul 8.30 malam di TV9.

Selain itu, aktres yang mencipta nama menerusi sitkom Dunia Anita ini juga kembali aktif berlakon pada tahun ini.

"Saya juga kembali berlakon tahun ini. Baru-baru ini, saya terlibat dengan sitkom S.Y.O.K dan Mai Cek Mai untuk siaran RTM.

"Kalau ada tawaran lakonan yang baik, saya pasti terima," jawabnya ringkas.

Pelakon Razak Ahmad Ditangkap Di Tempat Terselindung


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad yang menghadapi pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang dikatakan telah ditangkap di tempat yang terselindung di sebuah rumah.

Pelakuan tersebut yang membawa watak sebagai Tok Imam dalam drama bersiri Geng Surau itu dan wanita terbabit, Selamah Sahudin adalah dihujahkan boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Itu adalah sebahagian daripada intipati hujahan bertulis oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Selain itu, Shafezan juga menghujahkan bahawa pihaknya telah membuktikan eleman yang diperlukan seperti pertuduhan khalwat, iaitu tertuduh adalah seorang lelaki yang bukan suami atau mahram kepada Selamah.

Hujah beliau lagi, semasa pasukan penguat kuasa Jais membuat serbuan, hanya Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, yang berada di rumah terbabit bersama Selamah, 45 tahun.

Razak dan Selamah didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Razak yang dihadapkan ke mahkamah untuk kali pertama pada 27 Julai 2006 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut manakala Selamah dijatuhkan hukuman denda RM2,850 selepas mengaku bersalah.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 itu akan mengetahui nasibnya, sama ada akan dipanggil untuk membela diri ataupun dilepaskan daripada pertuduhan itu pada 30 Jun ini.

Tarikh keputusan telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding sebelum ini.

Sepanjang perbicaraan yang melibatkan tiga saksi pendakwaan, Razak diwakili oleh peguam syarie Mohamad Azman Karim.

Fakta kes yang diakui oleh Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan menyatakan bahawa pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut berada dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap.

Pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Liyana & Fizz Bak Adik Beradik, Almy Enggan Komen


PETALING JAYA: Hubungan pelakon Liyana Jasmay dengan Fizz Fairuz hanyalah ibarat seperti abang dan adik dan tidak lebih daripada itu.

Ibu pelakon wanita tersebut, Habsah Simpon, 54, berkata, anaknya dan Fizz memang suka bergurau dan tidak mustahil mereka menghantar mesej di Twitter menggambarkan seperti mereka sedang berkasih.

“Saya tidak rasa mereka bercinta. Mereka seperti adik dan abang sahaja. Lagipun mereka memang suka bergurau,” katanya.

Habsah diminta mengulas kononnya Liyana sedang bercinta dengan Fizz apabila mereka dilihat membalas mesej seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih termasuklah memanggil dengan perkataan “b” iaitu singkatan kepada “babby”.

Sementara itu, kekasih Fizz, pelakon Almy Nadia pula tidak dapat memberikan apa-apa reaksi kerana masalah itu hanya melibatkan Fizz dan juga Liyana Jasmay.

“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab setiap soalan yang diberikan tentang hubungan kami pada saat ini dan lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri.

“Sebagai wanita, saya tak nak terlibat dalam kancah hubungan cinta tiga segi dan memang tak boleh nak berikan jawapan kerana bukan saya yang menjadi penyebabnya. Saya minta maaf banyak-banyak,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Anak sulung daripada empat beradik ini lebih banyak sibuk dengan kerjaya lakonannya dan hanya memikirkan untuk mencari pendapatan bagi menampung tanggungan diri dan keluarga.

“Tentang hubungan mana-mana wanita dengan Fizz, jangan kaitkan dengan saya sebab saya tak tahu apa-apa langsung.

“Saya juga tidak tahu untuk memberikan jawapan tentang status hubungan kami kerana setelah berlaku perkara seperti ini, saya tidak mahu dikatakan perigi mencari timba dan ia boleh menjatuhkan maruah saya,” katanya apabila ditanya tentang status hubungannya dengan pelakon filem Nur Kasih The Movie itu.

Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.

Izreen bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Fizz sekadar kawan biasa.

Pernikahan Nurul (AF2) Di Narathiwat Sah


KAJANG: Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.

Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.

Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada cuba berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.

Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.

Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails