Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shida Harmi Sudah Bertunang & Bakal Berkahwin!


Berkaitan dengan penyebaran foto Khairul Fahmi Che Mat bersama Shida Harmi, satu lagi sumber menyatakan bahawa wanita berkenaan telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada Jun lalu dan merancang akan berkahwin pada bulan Disember ini.

Sumber turut mengirimkan 3 keping foto pertunangan Shida Harmi bersama jejaka yang dikenali sebagai Danial. Kata sumber lagi, kedua-dua pasangan ini mempunyai hubungan percintaan yang agak panjang, sekitar 7 tahun.

Nama Shida Harmi mula meniti di bibir orang ramai apabila dia dilibatkan sebagai salah seorang skandal Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia dalam penyebaran foto-foto peribadi, baru-baru ini. Apa yang menjadi cetusan ramai adalah screenshot kandungan mesej Blackberry Messenger (BBM) yang berbunyi, “U nak I tunjuk bukti yang penah tidur dengan u?”

OHBULAN! cuba menghubungi wanita berkenaan demi mendapatkan kesahihan screenshot yang disebarkan di beberapa laman blog, namun masih gagal sehingga ke hari ini.

Persalinan Kahwin Memey Suhaiza Bernilai RM1 Juta Di Muzium Negara


Berita yang mengatakan persalinan pengantin Norman Hakim & Memey Suhaiza akan menjadi pameran Muzium Negara menjadi satu isu besar.

Petang tadi berlangsung’nya majlis sidang media untuk Pameran Busana Perkahwinan Mutiara yang berlangsung sejak 26 November lalu sehingga 31 Disember 2011.

Pameran yang di’anjurkan oleh pengeluar barangan mutiara mewah Rafflesia ini menampilkan persalinan pengantin popular termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Amber Chia, Ning Baizura & Anita Sarawak.

Yang menjadi perhatian pastinya gaun pengantin mewah yang pernah di’pakai Memey Suhaiza — satu rekaan Vera Wang bernilai RM500,000 dan satu lagi tajaan Rafflesia bernilai RM500,000.

Kalau anda mempunyai niat untuk menyaksikan sendiri di’hadapan mata persalinan mewah selebriti yang rata lebih mahal dari rumah anda semua, datang ke Muzium Negara sebelum hujung tahun.

Johan Raja Lawak Tidak Mahu Komen Isu Saman Buat Masa Ini


Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Johan Raja Lawak untuk mendapatkan reaksinya mengenai saman yang bakal dikenakan terhadapnya oleh rakan pengacaranya, Fauziah Ahmad Daud untuk Festival Filem Malaysia ke 24, tetapi tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai ‘ketelanjurannya’ itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan:-

Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab.

Kami rasa mungkin akan ada sidang akhbar berkenaan perkara ini dari Johan tidak lama lagi untuk memastikan apa sebenarnya reaksi Johan tentang tindakan yang bakal dikenakan oleh Fauziah. Ironinya di sini, Fauziah juga pernah dikenakan saman oleh Azwan Ali kerana satu kenyataannya semasa mengacarakan program Melodi satu ketika dulu. Azwan Ali walau bagaimana pun tidak berjaya dalam tuntutan samannya itu.

Natasha Hudson Dan Carleed Khaza Kini Pasangan Bercinta?


Gossip ini boleh jadi dua benda — slowpoke atau peminat secara am’nya tidak peduli akan kisah kecil sebegini. Kami peduli.

Menurut bisik bisik yang kami dengar, aktress juga penyanyi Natasha Hudson kini di’katakan sedang bercinta dengan pasangan duet, Carleed Khaza.

Carleed Khaza juga merupakan peneraju untuk Phuture Phlow sebuah syarikat penerbitan media & bakat selain mejadi pasangan duet Natasha Hudson untuk lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tidak banyak yang boleh di’ketahui tentang kisah silam Carleed Khaza tetapi Natasha Hudson sebelum ini pernah mencipta kontroversi dalam dunia hiburan — termasuk isu cinta & plagiat hasil seni. Kelakar.

Walaupun tiada bukti kukuh yang mengatakan mereka berdua ini bercinta, tetapi jika anda ikuti Twitter mereka berdua, ada beberapa ayat romantis ringkas di’tujukan buat pasangan. Semoga berbahagia Natasha Hudson & Carleed Khaza.

Hattan Nafi Gossip Bercerai Selepas Nikah 7 Hari, Tinggal Pesan Buat Zubir


“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.

Lantas ligat bagai lipas kudung otak kami mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.

Dan, Hattan menjawab penuh tenang, “Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” Hattan membuka bicara tentang Zubir.

Hattan juga berkata yang wartawan kontroversi tersebut ada menulis tentang diri’nya yang sekali lagi tidak di’undang ke majlis perkahwinan Hattan & Farah.

“Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap,” ujar Hattan lagi.

Majlis perkahwinan adalah majlis peribadi pada hemat kami, jika sudah tidak ada yang menjemput, jangan pula tulis di’akhbar berkecil hati. Boleh makan diri.

Shida Harmi Nafi Sebar Gambar Mesra Khairul Fahmi, Bakal Ambil Tindakan


Akhirnya, kami berjaya bertemu dengan Shida Harmi untuk menjernihkan keadaan — atau lebih tepat, tuan badan yang nekad mencari kami sehingga ke lubang cacing. #LOL

Shida Harmi sudi untuk keluar memberikan kenyataan kepada kami demi untuk menjaga nama baik keluarga beliau dan menafikan yang beliau adalah punca segalanya.

Shida Harmi yang datang di’temani ayah & ibu tersayang turut memberikan kami dua keping screenshot SMS beliau dengan orang yang di’syaki menjadi dalang kepada isu ini.

Keluarga Shida Harmi juga mengesahkan yang mereka akan mula mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang terbabit jika isu ini tidak reda dan masih berlarutan selepas ini.

Berikut adalah perbualan terbaru antara Shida Harmi dengan individu yang di’syaki menyebarkan gambar mesra beliau bersama Khairul Fahmi — alasan, tertinggal pendrive di kafe siber.

Dan, yang berikut adalah maklumat si penghantar e-mail yang kami terima malam Sabtu yang lalu — menggunakan nama samaran Nurul Hidayah. Hmm.

Faizal Hussein Nasihat Pelakon Baru Tidak Ghairah Terima Tawaran


PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 44, menasihati pelakon baru dan lebih muda darinya agar tidak terlalu ghairah menerima setiap tawaran lakonan.

Tegasnya, kadangkala disebabkan mengejar banyak tawaran lakonan menyebabkan seseorang pelakon itu menjadi letih dan sebab itu berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sesetengah artis.

“Saya tidak melakukan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar menyelesaikan setiap penggambaran satu per satu.

“Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dicari dan selebihnya saya akan menolak,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang telah melakonkan 25 buah filem seperti Abu Ya, Bunohan, Datin Ghairah, Pontianak Menjerit, Sate, Kanta Serigala dan Gila-Gila Remaja ini akui sangat seronok bergelar pelakon sejak menceburi bidang ini pada usia lima tahun.

Suami kepada pelakon Suhaila ini juga tidak pernah dilanda kontroversi dan sering dilabelkan sebagai pelakon yang sopan-santun.

“Saya seronok berlakon dan tidak pernah berselindung apa-apa. Saya bersyukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberikan dan akan kekalkan konsep bekerja.

“Saya juga mementingkan mesej setiap filem dan drama yang dilakonkan.

“Sebagai pelakon, saya menganggap diri saya sebagai pendakwah untuk menyampaikan sesuatu mesej itu.

“Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton,” katanya yang pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Gerak Khas The Movie II di Anugerah Skrin 2003.

Linda Jasmine Disahkan 95 Peratus Hamil Anak Perempuan


PETALING JAYA: Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012.

Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.

“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru.

“Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.

“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.

“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.

“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” jelasnya lagi.

Noraniza tidak berhutang


Tanggal 29 September lalu, menyaksikan penyanyi, Noraniza Idris yang dikenali ramai dengan lagu-lagu berentak etnik kreatif mendirikan rumah tangga buat kali ketiga. Kali ini dengan seorang bilal masjid di Singapura, Jeffri Hudi.

Majlis pernikahan mereka yang berlangsung meriah itu diadakan sempena sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 dan dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPV) bersama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Walaupun segalanya telah selesai dan berjalan lancar, majlis persandingan Ratu Pop Etnik itu di Plaza Angsana Johor Bahru, Johor, telah menjadi buah mulut segelintir pihak yang mendakwa petugas yang terlibat dengan perjalanan majlis tersebut tidak menerima bayaran.

Penyanyi yang mula mencipta nama selepas menyertai program Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1985 itu ketika diajukan dengan soalan tersebut, menafikan yang dia adalah artis yang dikaitkan dengan gosip tersebut.

"Majlis saya anjuran bersama NIPV dan Gerakan Belia 4B Negeri Johor. Segala urusan saya adalah dengan pihak pengurusan kedua-dua organisasi tersebut.

"Setakat yang saya tahu, tiada masalah yang timbul membabitkan pembayaran ataupun pengurusan kerana segalanya berjalan dengan lancar.

"Mungkin ada pembayaran yang dibuat sedikit lewat tetapi sudah dijelaskan. Saya tidak dengar pun sebarang kata-kata berkaitan dengan urusan pembayaran daripada dua pihak yang berurusan dengan saya," katanya.

Pelantun lagu Awalah Dondang yang pernah memegang teraju utama dalam filem Sayang Ibu pada tahun 1989 berkata, mungkin terdapat salah faham yang menyebabkan ada pihak yang cuba mereka-reka cerita bagi menjatuhkan maruahnya dan suami.

"Saya sudah berkecimpung dalam industri muzik selama 26 tahun. Pastinya saya tidak akan melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri seperti tidak membayar petugas yang telah berkhidmat ketika berlangsungnya majlis saya.

"Jikalau masih ada pihak yang tidak berpuas hati, saya cadangkan mereka ini tampil ke hadapan dan berbincang secara terus dengan saya bagi menyelesaikan kekeliruan yang mungkin berlaku akibat salah faham," katanya lagi.

Suami sokong karier seni

Kesempatan bertemu dengan penyanyi berumur 43 tahun itu pada majlis sidang akhbar program Santai Primadona Bersama Noraniza Idris, penulis sempat bertanya tentang kehidupan barunya bersama suami.

"Suami sentiasa menyokong karier seni saya dan beliau tidak mengenakan kongkongan untuk saya terus mengorak langkah dalam bidang seni.

"Beliau juga banyak memberi idea-idea bernas kerana tanpa disangka, beliau mempunyai skil pemasaran yang sangat baik dan bersesuaian dengan apa yang ingin saya tonjolkan.

"Saya bersyukur kerana mendapat seorang suami yang bukan sahaja memahami diri ini, tetapi juga membantu dalam mencapai impian dalam karier saya," tambahnya lagi.

Dalam usia perkahwinan yang baru masuk dua bulan, pasti ada yang ternanti-nanti apakah penyanyi kelahiran Kluang, Johor, ini sudah menampakkan sebarang tanda-tanda untuk menerima kehadiran seorang lagi ahli baru dalam keluarganya.

"Sehingga kini rasanya masih belum ada, saya mahu berikan fokus terlebih dahulu kepada program jelajah yang bakal berlangsung diseluruh Malaysia sepanjang tahun 2012 yang akan bermula dari Januari hingga Disember tahun hadapan," ujarnya.

Sebuah program Santai Primadona Bersama Noraniza Idris bakal diadakan di Hotel MSuite, Johor Bahru dan penyanyi tersebut bakal melancarkan single dari album terbarunya, Primadona yang akan berada di pasaran bermula Mei tahun hadapan.

Tempat adalah terhad kepada 350 orang dan bayaran RM200 dikenakan untuk dewasa dan RM99.00 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi talian 03-56212648, 07-5569276 atau layari laman web www.noranizaidris.com.

Tidak mampu tutup mulut orang - Rossa


SELAMA hampir tiga tahun, Rossa memegang gelaran Lady J atau dalam bahasa mudahnya janda. Tidak pernah habis cerita yang kurang enak mendampinginya.

Melihatkan statusnya sebagai penyanyi yang memiliki pakej lengkap - cantik dan berharta, maka tidak hairanlah dia sering menjadi mangsa gosip.

Sehinggakan Rossa sendiri bingung akan kebenaran di sebalik setiap gosip yang mengaitkan dirinya.

Namun, sebagai penyanyi yang sudah lebih sedekad berkecimpung dalam dunia seni, Rossa menganggapnya sebagai asam garam yang perlu ditempuhi.

Namun, kata Rossa, dia tidak kisah kalau gosip itu hanya sekadar untuk hiburan dan usikan manja untuknya tetapi dia sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan cerita palsu dan dusta.

Barangkali ada yang tidak tahu, sebelum ini Rossa pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang menteri dari Malaysia sehinggakan Rossa mula dipandang serong oleh golongan atasan.

"Menjadi seorang artis, memang tidak dapat elak daripada menjadi mainan gosip. Saya sendiri pun tidak pernah mengambil serius akan gosip yang keluar tentang diri saya kerana menganggap ia hanyalah sekadar usikan.

"Tetapi jika cerita yang keluar itu adalah berbaur fitnah dan mampu menjejaskan reputasi, saya tidak akan mendiamkan diri. Sudah pasti saya akan bersuara dan menegakkan keadilan serta kebenarannya," jelas Rossa sambil merujuk kepada gosip liar yang pernah mengaitkannya dengan menteri yang disifatkannya tidak lebih daripada seorang teman baik.

Pemilik nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani itu ditemui pada satu pertemuan singkat di Restoran Pegaga, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain drum kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau Yoyo pada tahun 2004.

Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila pasangan itu bercerai pada tahun 2009. Hasil hubungan mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang kini sudah berusia lima tahun.

Bukan mudah sebenarnya menjadi orang ternama seperti Rossa kerana gerak-geri dan tingkah-laku diperhatikan ramai.

Sehinggakan di Indonesia, ramai yang menyangka Rossa sudah bernikah dalam diam gara-gara gambarnya memakai kebaya dengan solekan menawan dimuat naik di laman sosial.

"Walhal ketika itu, saya berpakaian sebegitu kerana berada di perkahwinan adik saya di Sumedang, Jawa Barat. Tidak sangka heboh cerita yang mengatakan saya sudah bernikah.

"Agaknya selagi saya belum berkahwin, selagi itulah saya akan sentiasa menjadi buruan gosip. Memang tidak bisa mahu menutup mulut orang daripada berkata-kata," jelasnya dalam derai tawa yang berpanjangan.

Penangan

Hebatnya penangan wanita berusia 33 tahun itu sehinggakan gosip yang membabitkan dirinya bukan hanya melibatkan pria di negara kelahirannya.

Rossa juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Indonesia setahun selepas perceraiannya, namun, ia tidak kekal lama.

Bukan itu sahaja, Rossa juga pernah dikaitkan dengan beberapa orang individu di negara ini di mana salah seorang adalah orang kuat stesen televisyen swasta yang cukup popular.

Namun, kata Rossa, cerita itu juga tidak benar dan hubungannya dengan orang kuat itu juga hanyalah sebagai teman industri.

Terbaru, Rossa dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang anak hartawan yang dikenali sebagai Fariz.

Gelagat dan bahasa tubuh Rossa dan Fariz sewaktu di Restoran Pegaga pada pertemuan itu bagaikan memberi isyarat kepada pihak media bahawa kedua-duanya sedang melewati musim bahagia kini.

Sesekali mereka bercanda dan berpelukan tanpa selindung walaupun sedang diperhatikan oleh teman media ketika itu.

Baik Rossa mahupun Fariz, masing-masing memberikan jawapan selamat sambil menyatakan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman.

"Ada kalanya, keramahan saya di salah erti oleh sesetengah pihak. Saya orangnya mudah didekati dan saya juga mudah mendekati sesiapa. Fariz misalnya, dia adalah teman rapat memandangkan saya bersahabat dengan ibu dan bapanya iaitu Datuk Ramli Kalam dan Datin Normila Sulaiman.

"Saya selesa menjalani kehidupan saya hari ini. Bohong kalau saya kata tiada siapa yang cuba mendekati tetapi saya lebih selesa berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Apa yang boleh saya katakan, ketika ini saya solo tetapi I'm not available," ulas Rossa sambil ketawa ketika ditanya tentang statusnya sekarang.

Tidak sangka menang

Mengalih bicara kepada kemenangannya pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) baru-baru ini, Rossa dengan penuh luhur memberitahu, dia tidak menyangka akan memenangi trofi AIM buat kali ketiga.

Terus mengungguli kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara, Rossa menyangkakan trofi itu akan menjadi milik Maher Zain yang dicalonkan bagi lagu Insha Allah.

"Apabila diberitahu tentang kemenangan itu, saya sendiri terkejut dan untuk itu, saya berterima kasih kepada pihak juri yang terus mempercayai karya dan bakat saya.

"Tiga kali memenangi trofi ini membuatkan saya mahu terus bekerja keras dan memastikan lagu-lagu saya diterima dengan baik oleh pencinta muzik di Malaysia," ujar Rossa yang memenangi kategori berkenaan menerusi lagu Ku Menunggu.

Tahun 2008 menyaksikan Rossa memenangi kategori tersebut untuk lagu Terlalu Cinta dan setahun selepas itu pula bagi lagu popularnya, Ayat-Ayat Cinta.

Teguran pedas Chef Wan


BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas.

Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini.

Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.

Justeru, Sobri yang ternyata tidak berpuas hati terhadap penulisan tersebut, dilihat seolah-olah menjadikan persembahan BP minggu lepas di pentas MLM sebagai platform untuk mencabar dan mengutuk kolumnis berkenaan.

Selepas BP mengadakan persembahan, Chef Wan dalam komennya menasihati Sobri agar tidak mengulangi tindakannya yang bukan sahaja tidak profesional tetapi juga lebih cenderung ke arah serangan peribadi.

“Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang awak lakukan dengan mempersendakan kembali kolumnis tersebut merupakan satu langkah yang tidak bijak.

“Sepatutnya dalam situasi begini, BP seharusnya lebih profesional dan tidak menyentuh sensitiviti sebarang pihak.

“Cuba bayangkan jika dia sendiri berada di pihak keluarga Zaiton. Apakah perasaannya apabila anggota keluarga menjadi bahan jenaka dan disenda?

“Apa yang penting, ketika berjenaka, janganlah menyentuh sehingga menyakitkan hati orang lain dan sekali gus, tidak sensitif,” ujar Chef Wan dalam sidang akhbar sejurus tamat persembahan 10 peserta MLM pada minggu kelima.

Sebelum ini, Chef Wan pernah memberi peringatan kepada semua para peserta MLM yang gemar menggunakan individu termasuk barisan juri, sebagai bahan lawak mereka.

Teguran itu dibuat pada minggu ketiga MLM. Pada minggu keempat, Chef Wan tidak duduk di barisan juri kerana berada di Singapura.

Sementara itu, seperti yang telah dijangka, Hits gagal mendapatkan komen kumpulan BP terutamanya Sobri kerana difahamkan mereka terus beredar sebaik MLM tamat bersiaran.

Selain Sobri, Chef Wan turut menegur peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli yang masih lagi menggunakan pendekatan jenaka berunsurkan lucah atau dobule meaning.

Chef Wan berkata, bahan jenaka seperti itu agak kurang sesuai kerana program realiti televisyen itu yang disiarkan secara langsung di Astro Warna, Astro pada setiap Jumaat, 10 malam, turut ditonton oleh kanak-kanak.

“Adlin mempunyai bakat dan berkebolehan menghidupkan sesuatu karakter, namun, dalam masa yang sama dia juga harus peka dengan apa yang disampaikannya.

“Jadi, saya mengharapkan pada persembahan seterusnya nanti, bukan sahaja Adlin, malah semua peserta MLM agar peka dengan lawak mereka,” kata Chef Wan yang turut memuji persembahan kumpulan Boboi dan 3G yang dilihat konsisten.

Minggu lepas, para peserta MLM perlu membuat persembahan bertemakan purbakala yang mana, rata-rata persembahan peserta agak hambar dan kurang mencuit hati berbanding dengan persembahan pada minggu-minggu sebelum ini.

Malahan, kata Chef Wan persembahan peserta pada minggu kelima kali ini juga kurang menyengat.

“Sebenarnya kami mengharapkan persembahan yang semakin meningkat memandangkan ia kini sudah memasuki minggu kelima.

“Namun, apa yang kami jangkakan jauh meleset kerana kebanyakan peserta pada minggu ini tidak dapat mencapai tahap yang kami kehendaki.

“Ini merupakan pentas otai-otai lawak untuk beraksi, jadi kami sememangnya menjangkakan sesuatu yang berkualiti setiap kali persembahan diadakan,” tegas beliau.

Selain itu, juri yang dikenali melalui komennya yang jujur dan sedikit pedas ini juga mengatakan, kebanyakan peserta lari daripada tema.

“Saya lihat kebanyakan peserta pada malam ini lebih banyak memberi perhatian kepada kostum daripada isi persembahan mereka.

“Apa yang lebih penting sekarang ialah pengisian persembahan yang mengekalkan momentum lawak tanpa perlu membuat kita semua tertunggu-tunggu untuk ketawa,” katanya yang mengharapkan persembahan pada minggu hadapan lebih baik daripada minggu ini.

Pada minggu kelima, kumpulan Boboi mengekalkan takhta dengan 64 markah diikuti oleh 3G (56 markah), Pimai (55 markah), manakala kumpulan Syok dan Bawel dari Indonesia berkongsi kedudukan dengan 45 markah.

Menduduki tangga terakhir kedudukan MLM pada minggu kelima dengan berkongsi mata ialah BP, Adlin dan Saehu (42 markah).

“Tunjuklah Kalau Betul Ada Bukti” – Khairul Fahmi Respon Isu Skandal Shida Harmi


Selepas nama Dahlia Teck menjadi sebutan ramai, hari ini, peminat bola tempatan sekali lagi digegarkan dengan cerita panas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berkenaan skandal seorang wanita yang dikenali sebagai Shida Harmi. Identiti wanita ini yang merupakan watak baru dalam kehidupan peribadi Khairul Fahmi atau nama samaran Apek ini diertikan sebagai salah satu cubaan pihak di luar sana yang ingin menjatuhkan reputasi serta fokusnya di atas padang kelak. Ini turut diperakui oleh Khairul Fahmi ketika ditemubual oleh OHBULAN!, lewat tengah hari tadi.

“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.

“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas. Berkenaan nama-nama yang disebut dalam Blackberry Messenger (BBM), jujurnya saya tak kenal akan nama Nadzim. Bagaimanapun, Erin adalah nama kakak kepada Elia, bekas tunang saya dulu,” ujar pemain pasukan Harimau Muda ini yang berjaya mengalahkan Indonesia di Sukan Sea, Isnin lepas.

Khairul Fahmi juga mencabar pihak yang menyebarkan kandungan mesej berbaur ugutan (screenshot di atas) ini agar tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.

Pemain muda ini turut kesal dengan sikap sesetengah orang yang cuba menjatuhkan nama serta reputasinya yang kini sedang memuncak. Bagaimanapun, dia menjanjikan persembahan yang terbaik agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanah air.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya. Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!” kata Khairul Fahmi yang ingin menumpukan perhatian di atas padang demi maruah negara.

Nabila Huda Lepaskan Geram Kepada Bekas Suami Di Twitter, Isu Anak


Bagaimana dengan hujung minggu panjang anda setakat ini? Sudah menonton filem terbaru Twilight?

Boleh tahan drama industri hiburan kita di’hujung minggu sebegini — walaupun ada yang menuding jari berkata kami punca segalanya. #LOL

Nabila Huda yang baru sahaja selesai dengan kontroversi aktiviti sosial beliau di sebuah pulau peranginan, hari ini meluahkan perasaan hati kepada bekas suami melalui Twitter.

Kami akui yang Nabila Huda sebelum ini banyak diam dari berkata kata tentang isu rumahtangga beliau dan nampaknya anak perempuan Amy Search ini tidak mampu lagi menyimpan lagi perasaan beliau terhadap kenyataan yang pernah di’keluarkan oleh bekas suami, Zaidi Zailani.

Bait bait kenyataan Nabila Huda melalui Twitter rasmi beliau memberi gambaran yang Zaidi Zailani pernah berkata kepada media tentang Nabila Huda yang tidak pedulikan anak.

Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu


Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.

Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.

Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.

Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.

Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.

“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.

“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”

Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.

“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.

Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.

Dedah Aksi Mesra Bersama Khairul Fahmi, Apakah Motif Shida Harmi?


Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini.

Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.

Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.

Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.

Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu.






Linda Jasmine bukan Queen Control, kata Que Haidar


Semasa Que Haidar undur diri dari dunia lakonan selepas dia berkahwin dengan Linda Jasmine, ramai rakan artis dan pihak media serta juga peminat di sajikan gosip bahawa isteri telah memaksanya untuk berhenti berlakon kerana cemburu.

Que Haidar pada sidang akhbar mengatakan, dia bertekad untuk undur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentuanya.

Baru-baru ini, kecoh lagi apabila Que Haidar tidak menghadiri prebiu filem “Misteri Jalan Lama” di Cathay Cineplex di e@Curve. Kerana tidak menghadirkan diri, sekali lagi Que dituduh dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau.

Malah syarat telah ditetapkan oleh isterinya bahawa Que Haidar tidak dibenarkan melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

Kata Que dipetik, dia tidak berniat untuk tidak hadir di tayangan prebiu filem tersebut tapi dia terpaksa berulag-alik ke Johor melawat saudaranya yang sakit akibat kanser.

Anang Lamar Ashanty Atas Kapal Di Beijing


PENYANYI Anang (gambar) membuat kejutan istimewa kepada kekasihnya Ashanty (gambar) dengan membuat lamaran ketika mereka sama-sama bercuti di Beijing, China yang turut disertai oleh anak Anang iaitu Aurelle dan Azriel.

"Waktu itu saya sedang berbual dengan Aurelle dan tiba-tiba dia (Anang) datang dan menghadiahkan cincin kepada saya," kata Ashanty dengan penuh semangat, Sabtu seperti dipetik dari portal detikHot.

Menurut Ashanty, kejutan itu bukan sahaja membuatkan dirinya merasa bahagia malah Anang juga memberikan cincin itu di atas kapal yang lebih menimbulkan suasana romantik.

"Sudah pasti saya merasa gembira kerana dia mengotakan janjinya untuk mengahwini saya dan akhirnya ada juga seseorang yang akan melindungi saya setiap hari nanti," katanya lagi.

Segala persiapan perkahwinan sudah dilakukan dan tambah Ashanty, mereka hanya menunggu waktu yang sesuai untuk Anang datang ke rumahnya dan bertemu dengan keluarga besar Ashanty.

Atilia Belajar Bersolek Menerusi YouTube


LAGU Kekanda Adinda nyanyian Raja Puteri Atilia Raja Haron (Atilia), 37, (gambar) dan Monoloque melonjakkan nama penyanyi kecil molek ini.

Di tambah pula dengan alunan suaranya yang manja membuatkan ramai peminat mula meminati Atilia yang turut popular dengan lagu Indah, Silly Little Sing dan Harus Bagaimana.

Sifat keibuannya juga terserlah sewaktu menjadi juri dan memberikan nasihat kepada peserta cilik dalam program realiti Idola Kecil di TV9.

Jika mempunyai anak sendiri, pasti Atilia akan melayan mereka dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang seperti mana yang ditonton dalam televisyen.

“Saya menganggap adik-adik ini seperti kawan saya. Saya membesar dalam industri muzik sejak kecil dan sudah tentu saya mahu berkongsi nasihat dan ilmu agar mereka tidak terlalu ghairah menjadi seorang penyanyi.

“Memang saya sukakan kanak-kanak dan mensasarkan untuk berkahwin sebelum usia 40 tahun,” katanya.

Sehingga kini dia masih menunggu masa sesuai untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang setia dengannya.

“Mungkin kami akan berkahwin pada tahun depan. Tetapi buat masa ini masing-masing belum membuat perancangan kerana sibuk dengan syarikat produksi masing-masing.

“Tipulah jika saya tidak memikirkan untuk berkahwin sebab umur saya sudah nak masuk 38 tahun pada tahun depan. Pada masa yang sama saya rasa seronok pula bekerja dan mencari duit, jadi buat apa nak tergesa-gesa,” katanya yang pernah berkahwin sebelum ini.

Namun hubungannya dengan bekas suaminya Ariff Johan Abdul Aziz berakhir dengan penceraian pada Januari 2009 selepas 10 tahun berkahwin.

Bercerita tentang karier, selain memenuhi jemputan nyanyian di majlis korporat dan acara tertentu, anak kepada penyanyi Salamiah Hassan ini sedang sibuk dengan projek menerbitkan program bergenre pengembaraan berjudul Kembara Kami.

“Kembara Kami merupakan projek bersama terbitan saya dan Aishah Sinclair yang turut diterajui oleh geng Celepets iaitu saya, Aishah, Yasmin Hani, Dynas Mohktar, Serena Choong, Sazzy Falak dan Daphne Iking.

“Kami akan mengembara mengikut KTM Berhad bermula dari Hat Yai ke Singapura dan sepanjang pengembaraan itu kami akan merakamkan keletah masing-masing yang lebih menonjolkan sisi realiti kami.

“Program yang diilhamkan oleh saya ini akan disiarkan di Astro Ria pada Mac tahun depan dan penggambaran akan dilakukan bermula Januari tahun depan.

“Selain itu, saya akan melancarkan album Indah di Jakarta, Indonesia pada bulan depan,” katanya yang menubuhkan syarikat produksi Mujik Productions lima tahun lalu.

Petua elak kulit kering

Beralih kepada topik kecantikan, tidak dinafikan Atilia begitu pentingkan penjagaan kesihatan dan penampilan diri.

Walaupun wajahnya seringkali disolek oleh jurusolek profesional apabila menghadiri majlis atau acara besar, namun sekali-sekala tidak bermakna Atilia malas untuk belajar bersolek sendiri.

“Saya belajar bersolek daripada laman YouTube apabila mempunyai masa lapang pada waktu malam.

“Sekurang-kurangnya saya boleh melakukannya sendiri dan tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk bersolek. Biasanya jika saya bersolek sendiri hanya mengambil masa setengah jam,” katanya kepada OopStarz!

Selain itu, Atilia turut berkongsi petua untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.

“Saya tidur dalam bilik yang berhawa dingin. Jadi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi kering setelah bangun pada waktu pagi, saya akan meletakkan semangkuk air di tepi katil.

“Fungsi air itu adalah ia membantu penghawa dingin menyerap air dalam mangkuk tersebut dan saya sudah amalkan petua ini sejak tamat persekolahan,” ujarnya yang turut mengamalkan minum banyak air putih.

Memandangkan Atilia merupakan jurucakap produk kecantikan Lancome sejak tiga tahun lalu, dia tidak mempunyai masalah dalam membeli kosmetik, produk penjagaan kulit dan melakukan rawatan muka.

“Saya akan memperuntukkan masa tiga jam sehari untuk melakukan rawatan muka secara percuma yang ditaja Lancome dan mendapat bekalan produk secara percuma pada setiap tahun.

“Saya rasa rugi jika tidak menggunakan peluang dan kelebihan yang diberikan itu dan akan menggunakan topeng muka setiap dua kali seminggu.

“Sekarang perkara tersebut sudah menjadi tabiat saya dan rasa tak lengkap jika tidak melakukannya,” katanya lagi.

Selain itu, dia turut mengamalkan senaman yoga sebagai langkah menyahtoksik dalam badan serta mencantikkan badan dan mengambil suplemen seperti vitamin pengganti sayur dan multi vitamin yang disarankan oleh ibunya.

“Saya tak suka makan sayur dan sekarang baru nak belajar suka makan sayur. Jadi sebab itu saya mengambil vitamin untuk mengurangkan rasa penat dan mengurangkan rasa mengantuk pada waktu pagi kerana saya seorang yang aktif,” ceritanya.

Lisa serah kepada Yusry


LEWAT kebelakangan ini memang cukup heboh diperkatakan tentang perkahwinan pasangan kekasih, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang dikatakan akan berlangsung pada Februari depan.

Bukan itu sahaja, Astro juga dikatakan bakal menjadi stesen rasmi majlis perkahwinan yang bakal diadakan dalam suasana gilang-gemilang. Dalam erti kata lain, perkahwinan mereka itu bakal menjadi wedding of the year.

Atas alasan itu, Lisa dan Yusry juga dikhabarkan sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka termasuk menempah barangan serta pakaian untuk hari bersejarah nanti.

Apakah benar desas-desus yang sedang hangat diperkatakan ketika ini? Peluang bertemu dengan Lisa usai majlis pratonton filem Ombak Rindu di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Hits mengambil kesempatan untuk bertanyakan perihal tersebut.

Dalam nada penuh diplomasi, Lisa menafikan dirinya dan Yusry kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan seperti mana yang digembar-gemburkan.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul kerana kami memang tidak membuat sebarang persiapan ketika ini.

"Abang (panggilan manja untuk Yusry) sedang sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom dan saya juga ada agenda sendiri. Jadi, mana mungkin kami membuat persiapan ketika ini.

"Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, adalah lebih baik jika abang yang jelaskan semuanya tentang perkara selanjutnya. Kalau saya yang asyik bercerita, memang tidak manis.

"Insya-Allah, abang akan menamatkan penggambaran Vikingdom pada 20 Disember ini. Jadi, selepas itu, bolehlah mendapatkan sebarang pengesahan daripadanya," ulas Lisa yang tidak mahu berlebih-lebihan bercerita tentang kisah cintanya bersama Yusry kerana bimbang menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed ini memberitahu, dia tidak mahu dikaitkan dengan sebarang kisah silam Yusry.

Baginya, apa yang pernah berlaku dalam hidup Yusry adalah kenangan silam dan sebagai orang baru dalam hidup Yusry, Lisa tidak mahu mencampuri cerita lama kekasihnya itu.

Apa yang penting, kehadirannya dalam hidup Yusry bagi menempuh perjalanan mereka di masa akan datang.

"Saya tidak kisah dengan status Yusry sebagai seorang duda. Bagi saya, dalam perhubungan, masa bukanlah penentu untuk kita layak atau tidak bersama dengan orang yang kita sayangi itu.

"Sebagai contoh, saya sendiri pernah menjalinkan hubungan selama lapan tahun tetapi ia berakhir juga. Walaupun saya bersama Yusry tidak sampai setahun, tetapi kami memiliki keserasian.

"Saya fikir saya tidak mahu ulas lanjut tentang hubungan dengan Yusry. Biarlah masa yang menentukan dan apabila tiba waktunya nanti, barulah kita menerangkan perkara yang sepatutnya," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Peluang terbaik

Menyentuh tentang lakonannya dalam Ombak Rindu, Lisa menjelaskan ia adalah peluang terbaiknya untuk bekerjasama dengan pengarah dan pelakon hebat.

Apatah lagi, dia sendiri mengagumi karya Osman Ali sebelum ini dan sebagai bakat baru, adalah menjadi impiannya untuk berlakon di bawah arahan Osman.

Begitu juga apabila dia berpeluang bergandingan bersama Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari itu.

Membawakan watak Mila yang obses meskipun mengetahui Hariz (Aaron) tidak lagi mencintainya, Lisa menyifatkan watak tersebut memberi dimensi baru kepada lakonannya.

"Saya lebih suka mengatakan Mila bukan watak antagonis tetapi karakternya sukar diramal dan banyak dipengaruhi senario sekelilingnya.

"Malah, saya percaya dalam diri kita sendiri pun ada watak sedemikian apabila ada sesuatu yang membuatkan kita marah dan tidak puas hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan," katanya yang mengakui, tiada masalah ketika di lokasi .

Lisa sempat berkongsi cerita lucu sewaktu melakonkan adegan atas katil bersama Aaron.

"Sebelum adegan itu, saya baru sahaja memakan lebih kurang 10 ulas petai dan telah meninggalkan bau yang sangat kuat. Dalam masa yang sama, saya baru dapat tahu bahawa Aaron tidak sukakan petai.

"Dengan pantas saya mengunyah gula-gula getah dengan banyak untuk menghilangkan bau mulut tetapi nampaknya ia tidak hilang.

"Penggambaran perlu dilakukan dan ketika itulah wajah Aaron berubah yang memberikan hasil yang menarik seperti mana dapat ditonton di layar," kata Lisa dalam derai tawa.

Ombak Rindu terbitan Tarantella Pictures, kerjasama Astro Shaw itu akan mula ditayangkan pada 1 Disember ini.

Tasha Shilla Tolak Cinta Demi Kerjaya


AKTRES bergelar Tasha Shilla (gambar) ini mengakui fasa kehidupannya hari ini sangat membahagiakan. Bukan kerana cinta, tetapi dia begitu bersyukur dengan laluan lancar yang ditempuhi dalam mengukuhkan namanya di persada seni lakon tanah air.

Tika kami bersua untuk sesi fotografi OopStarz! baru-baru ini, anak sulung dalam keluarga ini mengakui apa yang menggembirakan dirinya adalah impian sejak kecil untuk bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan.

Lebih menarik lagi, kurang dua tahun pembabitannya dalam lakonan, Tasha bukan sahaja tidak cukup tangan untuk memenuhi pelbagai tawaran malah namanya juga meniti bibir di kalangan penggemar drama televisyen dan filem Melayu.

Walhal, hayat penglibatannya di pentas lakonan hanyalah setahun jagung tetapi populariti yang dikecapi Tasha seolah dirinya sudah lama bergelar anak seni.

Pun begitu, Tasha enggan menerima pandangan nakal yang mendakwa populariti mendadak yang memalit dirinya hari ini bersandarkan pada tuah semata-mata.

Ulangnya berkali-kali, pandangan tidak berasas itu adalah tidak tepat kerana pada hakikatnya dia menyifatkan populariti diri yang dinikmatinya itu bertitik-tolak daripada komitmennya terhadap bidang kreatif ini.

“Kalau khalayak menganggap saya popular dan dikenali ramai kerana tuah, maka pandangan itu adalah kurang tepat. Benar, saya mendapat restu ibu dan keluarga dan berkat sokongan peminat, kerjaya lakonan terus berkembang hari demi hari.

“Namun, itu bukan bermakna saya bergantung pada tuah. Pencapaian kecil yang saya kecapi adalah kerana kerja keras dan komitmen yang saya curahkan untuk berada di mana saya berada kini,” katanya.

Kongsi Tasha lagi, dia menolak bulat-bulat sebarang bentuk kontroversi atau kisah remeh-temeh untuk dijadikan senjata membina nama. Justeru, selepas setahun setengah bergelar pelakon, gadis ini menganggap dirinya dikenali ramai kerana kerja dan bukan kontroversi.

“Kalau diperhatikan, memang tidak ada cerita-cerita panas atau kontroversi murah yang dikaitkan dengan diri saya. Ini kerana, saya sentiasa ingatkan diri akan objektif sebenar saya menceburi bidang ini.

“Sejak kecil, saya memang sukakan bidang lakonan, jadi apabila peluang itu terhidang akhirnya, tidak ada sebab saya perlu mencemari perjalanan karier ini dengan kisah remeh-temeh yang hanya menggugat kerjaya saya,” ceritanya.

Fokus kerjaya rahsia kejayaan mendadak

Asasnya cukup mudah, kata Tasha. Bergelar anak wayang sudah menjadi impiannya sejak kecil dan apabila ruang itu terbuka akhirnya, dia enggan mensia-siakan peluang itu dan hanya mahu buat yang terbaik.

Aktres ini berkata dia sangat berbesar hati apabila orang ramai mengenalinya kerana sesuatu watak yang dilakonkannya dan bukan kerana kisah remeh berbaur kontroversi.

“Saya rasa rendah diri dan tersentuh apabila orang menegur saya dan bercakap tentang lakonan saya. Hakikatnya, saya akui bukan mudah untuk seorang selebriti khususnya pelakon wanita terlepas daripada isu-isu kontroversi.

“Namun, saya bersyukur kerana diri ini menjadi sebutan khalayak kerana kerja dan bukan cerita yang bukan-bukan. Mungkin ia bertitik-tolak daripada pendekatan yang saya amalkan iaitu fokus dalam kerja,” katanya.

Tidak mahu cinta mengganggu kerja

Atas dasar itu juga, tanpa berselindung Tasha mengakui dia tidak memerlukan cinta insan bergelar kekasih pada waktu ini. Bukan Tasha tidak bersikap realistik, cuma pengalaman cinta yang lalu banyak mengajarnya untuk memberikan keutamaan pada kerjaya terlebih dahulu di kala peluang sedang berkembang.

“Saya sedar hidup ini perlukan cinta dan kita tidak akan bahagia tanpa cinta. Memang cinta itu indah dan mengasyikkan tetapi keasyikan itu juga boleh melalaikan fokus kita.

“Lakonan adalah kerjaya impian saya dan saya tidak mahu komitmen hubungan cinta akan merosakkan perkembangan kerjaya saya hanya kerana leka dengan permainan cinta,” katanya.

Tambah Tasha, dia sedar akan kemampuan dirinya dalam menangani dan menguruskan sesuatu perkara, di mana dia tidak mampu untuk membahagikan masa dan tumpuan seadilnya untuk dua perkara serentak.

Lantas, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang arahan Kabir Bhatia ini nekad untuk mengetepikan hubungan cinta buat sementara waktu selagi kerjaya belum kukuh terbina.

“Setakat ini, saya memang tiada kekasih dan tiada sebab untuk saya menyembunyikannya jika memang saya menjalin hubungan dengan seseorang.

“Bohonglah kalau saya tiada keinginan untuk bercinta tetapi perkara itu menjadi perkara kedua pada waktu ini kerana keutamaan saya adalah untuk mengukuhkan kerjaya lakonan.

“Saya sedar tidak mampu membahagikan masa dan tumpuan seadilnya jika melakukan dua perkara secara serentak. Oleh itu, saya memilih untuk bercinta dengan kerjaya dulu,” katanya yang menyimpan hasrat untuk membintangi produksi teater pada 2012.

Cinta Syamsul & Scha


Syamsul belum sedia dedah buah hati

KEDUA-DUANYA mempunyai cinta hati, namun Syamsul Yusof, 27, mahupun Scha Al-Yahya, 28, punya prinsip dalam berbicara soal peribadi. Umum mengetahui Scha bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tahun depan, manakala Syamsul masih terkunci mulut untuk mendedahkan gerangan si jelita pilihan hatinya.
Namun, anak teruna Datuk Yusof Haslam yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23, tahun lalu tidak menafikan hatinya kini berbunga cinta. Syamsul memilih gadis biasa yang juga pelajar berusia 20 tahun sebagai pilihan hatinya. Dalam diam, hubungan mereka sudah terjalin hampir setahun lalu.
Mungkinkah pengalaman putus cinta lalu membuatkan penerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2011 itu serik untuk berkongsi kisah peribadinya lagi? Atau Syamsul mahupun buah hatinya lebih selesa bersikap `low profile’ supaya kisah cintanya tidak terlalu menjadi tatapan umum?

Akuinya: “Saya bukan mahu berselindung atau berahsia, tetapi kekasih hati saya adalah gadis biasa, bukan pelakon atau selebriti. Saya tidak pernah menafikan sudah mempunyai kekasih apabila ada yang bertanya, tetapi biarlah kisah peribadi kami tidak terlalu diuar-uarkan. Saya mahu sedikit kisah peribadi saya disimpan.

“Saya tahu peminat tentu mahu mengetahui perkembangan cerita peribadi seseorang selebriti, apatah kisah cinta, saya hormat permintaan mereka. Tapi, kekasih saya adalah gadis biasa, dia tidak biasa dengan dunia selebriti yang menjadi perhatian umum. Tiba masanya saya pasti memperkenalkannya.

“Dia menjadi pilihan kerana cukup memahami saya dan tuntutan kerja saya sebagai pengarah dan pelakon. Tidak dinafikan, saya sudah bersedia bergelar suami, kalau boleh saya mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin, tetapi nampaknya jodoh belum sampai.
“Saya memang sibuk buat masa ini. Ada misi yang belum terlaksana. Insya-Allah, saya pasti berkongsi dengan peminat apabila tiba masanya,” katanya yang dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik FFM24.

Malam ini bakal menentukan rezeki Syamsul apakah dua filem arahannya, Khurafat dan KL Gangster yang tercalon dalam 12 kategori membawa pulang kemenangan. Malam Anugerah Cipta FFM24 dirasmikan pada Rabu lalu menyaksikan 10 kategori diumumkan, manakala malam kemuncak Anugerah Perdana FFM24 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam ini.

“Alhamdullilah, walaupun Skop Productions tidak terlalu banyak menerbitkan filem seperti MIG Productions atau KRU Studios, tetapi dua filem, Khurafat dan KL Gangster mendapat 12 pencalonan, sekali gus membuktikan filem Skop Productions semakin berkualiti. Dulu, sukar buat Skop Productions menerima apa-apa pencalonan.

“Saya dan team produksi sangat bersyukur, terasa berbaloi penat lelah selama ini. Soal menang atau kalah adalah rezeki yang sudah tertulis. Bagi saya, ia sudah dianggap kemenangan apabila berada dalam kategori lima yang terbaik. Saya juga bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem KL Gangster.

“Sebelum ini, ramai yang mengkritik lakonan saya. Dengan kritikan itu, saya bangkit memperbaiki kelemahan diri. Saya anggap kritikan sebagai pembakar semangat. Teruk saya dikritik sebelum ini, tetapi saya sentiasa berfikiran positif.

“Saya akui kecenderungan saya mungkin lebih pada bidang pengarahan tetapi saya tidak pernah memandang ringan terhadap lakonan. Kalau dilihat beberapa filem lakonan saya sebelum ini, semuanya karakter yang berbeza.

“Akhirnya, usaha saya dihargai apabila nama dicalonkan dalam lima yang terbaik. Bukan mudah berentap dengan nama-nama besar seperti Shaheizy Sam, Awie, Remy Ishak dan Zahiril Adzim. Walaupun sedikit kecewa apabila Aaron Aziz dan Ady Putra tidak dicalonkan kerana mempunyai kerakyatan negara luar, tetapi saya anggap mereka sudah mendapat kemenangan besar di hati peminat apabila filem KL Gangster berjaya mencatat sejarah dengan kutipan RM12 juta,” katanya yang kini sibuk mempromosikan filem keenamnya, Aku Bukan Tomboy yang menemui peminat di pawagam bermula Khamis lalu.

Aku Bukan Tomboy, bergenre komedi menampilkan sisi berbeza lakonan Syamsul kerana membawa watak Burn, lelaki lurus bendul. Selain Syamsul, filem berkenaan turut dibintangi Shaheizy Sam, Scha Alyahya, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Zarina Zainoordin, selain dibantu A R Badul, Didie Alias dan Lando.


Syamsul belum sedia dedah buah hati

KEDUA-DUANYA mempunyai cinta hati, namun Syamsul Yusof, 27, mahupun Scha Al-Yahya, 28, punya prinsip dalam berbicara soal peribadi. Umum mengetahui Scha bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tahun depan, manakala Syamsul masih terkunci mulut untuk mendedahkan gerangan si jelita pilihan hatinya.
Namun, anak teruna Datuk Yusof Haslam yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23, tahun lalu tidak menafikan hatinya kini berbunga cinta. Syamsul memilih gadis biasa yang juga pelajar berusia 20 tahun sebagai pilihan hatinya. Dalam diam, hubungan mereka sudah terjalin hampir setahun lalu.
Mungkinkah pengalaman putus cinta lalu membuatkan penerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2011 itu serik untuk berkongsi kisah peribadinya lagi? Atau Syamsul mahupun buah hatinya lebih selesa bersikap `low profile’ supaya kisah cintanya tidak terlalu menjadi tatapan umum?

Akuinya: “Saya bukan mahu berselindung atau berahsia, tetapi kekasih hati saya adalah gadis biasa, bukan pelakon atau selebriti. Saya tidak pernah menafikan sudah mempunyai kekasih apabila ada yang bertanya, tetapi biarlah kisah peribadi kami tidak terlalu diuar-uarkan. Saya mahu sedikit kisah peribadi saya disimpan.

“Saya tahu peminat tentu mahu mengetahui perkembangan cerita peribadi seseorang selebriti, apatah kisah cinta, saya hormat permintaan mereka. Tapi, kekasih saya adalah gadis biasa, dia tidak biasa dengan dunia selebriti yang menjadi perhatian umum. Tiba masanya saya pasti memperkenalkannya.

“Dia menjadi pilihan kerana cukup memahami saya dan tuntutan kerja saya sebagai pengarah dan pelakon. Tidak dinafikan, saya sudah bersedia bergelar suami, kalau boleh saya mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin, tetapi nampaknya jodoh belum sampai.
“Saya memang sibuk buat masa ini. Ada misi yang belum terlaksana. Insya-Allah, saya pasti berkongsi dengan peminat apabila tiba masanya,” katanya yang dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik FFM24.

Malam ini bakal menentukan rezeki Syamsul apakah dua filem arahannya, Khurafat dan KL Gangster yang tercalon dalam 12 kategori membawa pulang kemenangan. Malam Anugerah Cipta FFM24 dirasmikan pada Rabu lalu menyaksikan 10 kategori diumumkan, manakala malam kemuncak Anugerah Perdana FFM24 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam ini.

“Alhamdullilah, walaupun Skop Productions tidak terlalu banyak menerbitkan filem seperti MIG Productions atau KRU Studios, tetapi dua filem, Khurafat dan KL Gangster mendapat 12 pencalonan, sekali gus membuktikan filem Skop Productions semakin berkualiti. Dulu, sukar buat Skop Productions menerima apa-apa pencalonan.

“Saya dan team produksi sangat bersyukur, terasa berbaloi penat lelah selama ini. Soal menang atau kalah adalah rezeki yang sudah tertulis. Bagi saya, ia sudah dianggap kemenangan apabila berada dalam kategori lima yang terbaik. Saya juga bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem KL Gangster.

“Sebelum ini, ramai yang mengkritik lakonan saya. Dengan kritikan itu, saya bangkit memperbaiki kelemahan diri. Saya anggap kritikan sebagai pembakar semangat. Teruk saya dikritik sebelum ini, tetapi saya sentiasa berfikiran positif.

“Saya akui kecenderungan saya mungkin lebih pada bidang pengarahan tetapi saya tidak pernah memandang ringan terhadap lakonan. Kalau dilihat beberapa filem lakonan saya sebelum ini, semuanya karakter yang berbeza.

“Akhirnya, usaha saya dihargai apabila nama dicalonkan dalam lima yang terbaik. Bukan mudah berentap dengan nama-nama besar seperti Shaheizy Sam, Awie, Remy Ishak dan Zahiril Adzim. Walaupun sedikit kecewa apabila Aaron Aziz dan Ady Putra tidak dicalonkan kerana mempunyai kerakyatan negara luar, tetapi saya anggap mereka sudah mendapat kemenangan besar di hati peminat apabila filem KL Gangster berjaya mencatat sejarah dengan kutipan RM12 juta,” katanya yang kini sibuk mempromosikan filem keenamnya, Aku Bukan Tomboy yang menemui peminat di pawagam bermula Khamis lalu.

Aku Bukan Tomboy, bergenre komedi menampilkan sisi berbeza lakonan Syamsul kerana membawa watak Burn, lelaki lurus bendul. Selain Syamsul, filem berkenaan turut dibintangi Shaheizy Sam, Scha Alyahya, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Zarina Zainoordin, selain dibantu A R Badul, Didie Alias dan Lando.

Scha mahu hadiri kursus perkahwinan

PELAKON Scha mengakui walaupun sentiasa sibuk apabila kerap ke luar negara untuk penggambaran filem dan program TV, tetapi persiapan perkahwinannya tetap diuruskan. Belum ada tarikh muktamad, namun Scha dan kekasihnya, Awal Ashaari dijangka disatukan dalam ikatan suami isteri pertengahan tahun depan.

“Memang terlalu ramai bertanya soal perkahwinan kami, tapi saya dan Awal tidak akan membohongi sesiapa. Belum ada tarikh ditetapkan, tetapi kami merancang melangsungkan majlis pernikahan pertengahan tahun depan. Kami belum sempat ikuti kursus perkahwinan, mungkin dalam masa terdekat ini.

“Saya dan Awal tidak merancang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, kami hanya mahukan acara ringkas dan sederhana, tiada istilah `wedding of the year’. Apa yang penting, soal persediaan saya ke arah fasa baru dalam hidup. Perkahwinan mungkin nampak seronok tetapi perlukan persediaan mental dan fizikal. Apabila dua dunia menjadi satu, bagaimana corak kehidupannya. Saya dan Awal kena belajar banyak perkara apabila mahu berkongsi hidup,” katanya.

Meskipun deretan filem tapi rezeki belum memihak pada dirinya untuk dicalonkan dalam FFM24 atau anugerah lain. Akuinya:

“Saya tidak nafikan, kebanyakan watak diterima tidak terlalu mencabar dan bermain dengan emosi menyebabkan nama saya tercicir daripada pencalonan. Bagaimanapun, saya percaya pada rezeki. Seperti pelakon lain yang inginkan watak mencabar, saya juga teringin mahu membawa watak gadis psiko seperti Nasha Aziz dalam filem Trauma. Kebanyakan pengarah dan penerbit melihat saya sebagai gadis gila-gila dan berperwatakan kasar, jadi watak diterima terhad.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu mengaku kalah. Saya belum menang, jadi saya kena berusaha lebih. Saya yakin dapat membawa watak yang lebih beremosi dan mencabar jika diberikan peluang,” katanya yang kini berehat seketika dari lokasi penggambaran kerana sibuk dalam rangka promosi Aku Bukan Tomboy.

Sedikit persamaan dengan watak Dania dalam Awan Dania, watak Farisa dalam Aku Bukan Tomboy lebih bersahaja dan kelakar.

“Datuk Yusof Haslam mengatakan beliau tertarik dengan karakter Dania. Disebabkan itu, beliau hasilkan skrip dan watak Farisa. Bagaimanapun, Farisa dan Dania ada sedikit kelainan. Dania masih menyerlah sifat keperempuanan tetapi Farisa berambut pendek dan tidak memakai secalit solekan seperti tomboy.

“Saya akui dua-dua karakter ini sinonim dengan saya, tetapi kadang kala terbit kerisauan jika tidak mampu membezakan karakter Dania dan Farisa di lokasi penggambaran. Luarannya, saya bukanlah kasar, tapi nampak tough. Bagaimanapun, tunjuk ajar Syamsul banyak membantu. Saya sudah faham kehendak dan sikap Syamsul kerana sebelum ini, kami pernah bekerjasama dalam Evolusi KL Drift 2. Kami berbintang sama, Gemini, jadi saya faham sangat dengan Syamsul,” katanya.

INFO: Syamsul
NAMA PENUH: Mohd Shamsul Yusof Haslam
NAMA KOMERSIL: Syamsul Yusof
USIA: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Penyiaran dari Akademi TV3
DRAMA ARAHAN: Sembilu Kasih, Gerak Khas dan Air Mata Maria
DRAMA LAKONAN: Farah Syakirah
FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat, KL Gangster & Aku Bukan Tomboy
PENCAPAIAN: Anugerah Khas Juri untuk filem keberkesanan aksi lasak menerusi Evolusi KL Drift pada Festivel Filem Malaysia ke-21 (FFM21), Pengarah Terbaik FFM23 melalui Evolusi KL Drift 2 & Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2011)

INFO: Scha
NAMA: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
USIA: 28 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
ASAL: Sungai Petani, Kedah
FILEM: Antoo Fighter, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Libas, Dimensi Cinta, Aku Bukan Tomboy dan Awan Dania The Movie
DRAMA: Awan Dania (musim pertama hingga ketiga), Bella, Honeyz, Naik Hantu, K.I.T.A Carefree, Prebet Jamilah dan Kelas Kau Maria
PROGRAM: Chopp!, Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa 3 dan Kata Kau

Chef Wan Tegur Sobri Selar Wartawan, Perjuangan Hiro Tamat Minggu Ke 5


Malam tadi, Chef Wan kembali ke kerusi juri Maharaja Lawak Mega selepas tidak dapat menghadirkan diri minggu lalu atas urusan kerja.

Seperti biasa, komen jujur dari Chef Wan pastinya mencetuskan perasaan kurang senang di’hati sesetengah peminat & juga peserta Maharaja Lawak Mega.

Yang menarik perhatian kami malam tadi ialah komen Chef Wan untuk persembahan terakhir daripada Bawal Power yang kembali menampilkan Bob Kuman yang terlantar sakit minggu lepas.

Sobri dalam salah satu bahagian sketsa beliau menyelar penulis hiburan Joyah kerana menulis artikel tentang diri beliau minggu lalu & turut melontarkan ayat ayat yang kurang professional.

“Sepatutnya dia (Sobri) tidak menggunakan pentas malam ini sebagai platform untuk menghentam kembali wartawan yang menulis tentang dia minggu lalu — seolah olah balas dendam,” ujar Chef Wan.

Malam tadi juga menyaksikan tamatnya perjuangan kumpulan Hiro yang menerima markah terendah dari semua peserta. Minggu hadapan, kita hanya akan mempunyai 9 peserta terakhir untuk meneruskan perjuangan di’pentas Maharaja Lawak Mega.

Pekerja Restoran Lari, Fauzi Nawawi Hilang RM118,000 Duit Perniagaan


Maaf jika kami menjadi slowpoke di’pagi Sabtu nan indah ini, tetapi kami tidak tahu yang Fauzi Nawawi memiliki restoran.

Laporan media hari ini berkata yang Fauzi Nawawi baru sahaja kerugian RM118,000 apabila salah seorang pekerja restoran Iran milik beliau lesap.

Fauzi Nawawi & seorang rakan beliau yang berasal dari Iran mengambil alih perniagaan restoran makanan Iran itu dari pemilik asal dua bulan yang lalu.

Suspek yang kini sedang di’cari di’katakan bertugas sebagai juruwang dan oleh kerana itu tahu di’mana wang sebanyak RM118,000 itu di’simpan — dalam peti simpanan di restoran itu sendiri.

Fauzi Nawawi turut menawarkan RM5,000 tunai kepada sesiapa yang berjaya menemui pekerja restoran warga Bangladesh yang mana beliau yakin masih berada di Kuala Lumpur.

Nama anak Aishwarya daripada peminat


PASANGAN sensasi Bollywood, Abhishek Bachchan dan isterinya, Aishwarya Bachchan sentiasa memikirkan para peminat termasuk dalam berkongsi kegembiraan menyambut cahaya mata sulung mereka.

Bagi menghargai sokongan peminatnya, Abhishek memberi peluang kepada peminat untuk mencadangkan nama yang sesuai buat puterinya.

Portal berita Internet Apunkachoice melaporkan, Abhishek menerusi laman sosial Twitter meminta peminatnya agar mencadangkan nama untuk anaknya yang lahir pada 16 November lalu.

Bagaimanapun, Abhishek memberi syarat bahawa ejaan nama anaknya itu mestilah bermula dengan huruf A.

Antara nama-nama yang dicadangkan oleh peminatnya termasuklah Ava, Aadya, Avisha, Aaliya dan Anaya.

Menurut satu sumber lain, pasangan itu khabarnya bakal mengumumkan dan memberi nama bayi tersebut pada sambutan Hari Natal ini.

Panahan emosi Izara Aishah


SEINDAH nama dan semanis orangnya, pesona Izara Aishah, 19, mudah mengingatkan khalayak kepada gadis emosional menerusi drama rantaian Keranamu Laila. Begitu juga dengan drama Soffiya yang menghadirkan Izara dalam watak antagonis sehingga karakter itu berjaya menimbulkan kebencian ramai.

Dua naskhah yang sudah menemui penonton pada waktu perdana itu cukup untuk membuktikan bahawa Izara mampu memburu sasaran yang lebih besar. Kurang setahun dalam dunia lakonan, rezekinya mencurah-curah. Biarpun sedikit terkebelakang dari segi populariti, Izara perlahan-lahan mengumpul pengikut bukan atas dasar sensasi murahan.

"Fokus saya sekarang hanyalah tentang diri saya. Tentang lakonan tapi saya mengakui ada satu kelemahan yang tidak mampu saya tangani seorang diri. Saya tidak pandai memilih atau menolak tawaran yang datang ketika ini. Saya jenis yang tidak sampai hati hendak kata 'tidak'. Sebab itulah, saya masih perlukan tunjuk ajar, saya masuk dalam industri dengan tak tahu apa-apa, syukur pengurus saya banyak membantu," kata pelakon yang lahir menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010 itu.

Penampilan serta lontaran karakternya juga mula dikritik tetapi sudah ramai yang memuji-muji impak lakonannya. Watak penuh tipu daya, pemarah serta keras kepala seperti sudah sebati benar dengan renungan tajam pelakon berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu. Dia kelihatan selesa dalam zon antagonis, satu sisi karakter yang sebenarnya banyak membuka ruang kepada mana-mana pemeran untuk bermain panah emosi.

"Sebelum ini saya banyak berlakon karakter lain, watak komedi dalam Jejaka J, watak baik dalam Kasih Najihah, serta Selumbar Kasih tapi orang kurang perasan.

"Bila buat watak jahat sahaja, baru orang nampak. Jujurnya, saya tidaklah begitu selesa dilabelkan pelakon antagonis. Tapi bila bermain watak antagonis, saya kena banyak bermain dengan ekspresi muka, macam-macam mimik muka, dari situ saya banyak belajar," ujarnya mengaku banyak menerima kritikan saat ditebak tentang intonasi suaranya yang kurang disenangi segelintir penonton.

Rendah diri dan menyifatkan itu antara kelemahan yang sememangnya dirasai, Izara bersifat terbuka mengambil kritikan sebagai asam garam dalam kehidupan seseorang pelakon.

"Saya tahu ada orang kurang puas hati dengan intonasi percakapan saya. Saya sedar semua ini, lagipun saya jenis yang bercakap dengan suara yang perlahan, kalau dalam perbualan seharian, ramai yang kata, sebutan saya kurang jelas dan tidak dapat didengari. Bila masuk set, selalu kena ingatkan diri supaya kena lontarkan suara.

"Lepas tu, ada pula yang kata saya 'telan' perkataan. Sebenarnya, saya tak sedar pun bagaimana ia berlaku tapi dalam situasi tertentu, seseorang pelakon itu kena 'telan' perkataan yang diucapkan atas tuntutan emosi. Mungkin sebab saya bawa watak jahat, orang benci, jadi ada sahaja komen buruk tentang saya," getus sedikit merajuk.

Kelihatan naif dalam setiap bicara namun ada ketegasan yang cuba ditekankan. Ternyata Izara mencari ruang terbaik untuk mengelak disalah erti, sedang belajar meletakkan diri dalam trek populariti yang ada kalanya boleh memakan diri.

"Kalaulah ada kontroversi atau cerita sensasi tentang saya nanti, saya sedang persiapkan diri untuk menerima semua itu dengan bijak. Lagipun, saja bukan jenis orang yang pendiam, kalau marah saya lebih suka berdiam dan pendam dalam hati," ujarnya selamba.

Hati sudah dimiliki

Tidak banyak berselindung atau bermain ayat untuk memaniskan mulut, soal hati peminat lagu Bollywood ini juga bukan lagi satu rahsia. Cuma pintanya, biarlah identiti jejaka yang bukan dari kalangan orang seni itu tidak menjadi bahan tatapan umum.

"Cukuplah dengan pengakuan bahawa saya sudah ada kekasih. Siapa, tak perlulah identitinya didedahkan, lagipun dia bukan artis," ujarnya mengambil jalan selamat.

Cinta sang jejaka sudah kemas bertakhta di hati, jadi apa lagi yang dimahukan pucuk muda yang lengkap pakej jelita dan berbakat itu selain menjejak cita-cita bergelar primadona.

"Memang cita-cita mahu jadi pelakon, saya masuk Dewi Remaja sebab mahu cari ruang untuk masuk ke dunia seni. Saya pilih untuk belajar dalam bidang seni walaupun awalnya ada mendapat tentang daripada keluarga, jadi saya kena buktikan kepada keluarga bahawa saya memang benar-benar serius mahu menjadi pelakon," kata Izara.

Bukan sekadar memasang angan-angan, barangkali atas kerja ikhlas serta komitmen yang ditumpah, namanya semakin menjadi sebutan. Sebuah blog juga pantas melabelkan Izara di kedudukan lima teratas dalam senarai bintang hangat yang sedang menjadi buruan rumah produksi ketika ini.

"Itu pandangan penulis berkenaan dan ia menjadi penghargaan kepada saya. Saya masih terlalu baru dan terlalu panjang perjalanan yang harus ditempuh untuk berdiri sebaris dalam kelompok popular," terima kasih, bisiknya perlahan sebelum beralih ke topik lain.

Bukan pelarian daripada karakter antagonis, si bintang Libra itu bakal memunculkan kelainan yang mungkin sesuatu yang ditunggu-tunggu kepada peminatnya.

Selepas Soffiya mencuri tumpuan, kelibatnya kembali ke lokasi Vanila Coklat, sebuah drama bersiri yang lebih santai berkisarkan percintaan dalam kampus yang penuh warna.

"Kali ini saya bawa watak baik, seorang pelajar cemerlang di sebuah kolej. Karakternya menarik dan saya dipaksa berkahwin dengan pemuda di kolej yang sama sedangkan kami membenci antara satu sama lain.

Dedah keburukan

"Jadi macam-macam helah dilakukan supaya keluarga tahu keburukan masing-masing, malangnya tidak berjaya menghalang perancangan perkahwinan. Kami berpakat untuk berkahwin dan berpura-pura bahagia demi keluarga dan merancang untuk bercerai selepas enam bulan. Dalam tempoh berkenaan kami mula kenal erti kasih dan sayang," cerita Izara tentang drama terbaharu yang memulakan penggambaran sehari lalu.

Bercakap lagi tentang sasaran, nama besar Datuk Siti Nurhaliza dipetik sebagai teladan.

"Saya sangat kagum dengan Siti Nurhaliza, dia fokus dengan satu bidang yang dia cintai iaitu menyanyi dan menyanyi sehingga mendapat gelaran 'Datuk.' Dia masih lagi menyanyi walaupun sudah masuk ke dunia bisnes.

"Bagi saya, fokus itu penting dan saya takkan buat benda lain, menyanyi atau mengacara sebab cinta saya hanya kepada lakonan. Saya suka filem, saya suka perhatikan dan fikir apa ada di sekeliling saya, sampai ada orang kata saya gila. Bagi saya itu salah satu cara untuk dapatkan ilmu lakonan," katanya yang turut memenuhkan dada dengan jurusan persembahan di sebuah kolej swasta di Subang Jaya.

Turut mendefinisikan pelajaran sebenar ialah pengalaman dan ilmu yang ditimba dari lokasi, apa pun itu bukan sebab untuknya mengabaikan pengajian. Anak pertama daripada tiga beradik ini memaklumkan, buat sementara waktu dia terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana mahu memberi laluan kepada rezeki lakonan yang sedang bersinar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails