Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

MAJLIS SANDING CHE TA IBARAT 'FASHION SHOW'

Macam fashion show! Demikian komen peminat Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengenai majlis persandingan pasangan ini yang diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor, semalam. Meskipun bertemakan 'taman Inggeris', namun aksi Che Ta yang berjalan di tengah-tengah sambil ditonton oleh sekitar 500 jemputan dilihat seperti 'mempromosi', bukan bersanding.
Semuanya mungkin gara-gara Che Ta terpaksa mengayakan busana 'sponsor' daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman serta 'memperagakan' barang kemas penaja bernilai RM11.2 juta. Sebagai imbasan, Zain dan Che Ta selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri Khamis lalu. Che Ta menerima sembilan dulang hantaran antaranya ialah mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

Suami Krisdayanti Mahu Anak Jadi Pemain Bola Sepak

SAMBUTAN majlis ulang tahun pertama anak Krisdayanti, iaitu Kellen Alexander Raul Lemos berlangsung dengan penuh meriah pada Khamis lalu bertemakan sukan bola sepak. Menurut laporan Kapanlagi suami penyanyi Indonesia itu, Raul, mengimpikan agar anaknya itu akan menjadi seorang pemain bola sepak yang hebat. "Raul mahu Kellen menyertai sebuah kelab bola sepak bermula usia kanak-kanak lagi. Memang itu impiannya sejak dahulu," kata Kris. Beritahu Kris, Raul menyifatkan profesion sebagai pemain bola sepak menonjolkan lagi sisi kelelakian seseorang dan kerana itu dia juga mahu Kellen terlibat dengan sukan tersebut. Bagaimanapun, beritahu Kris, mereka tidak memaksa sekiranya Kellen tidak berminat melibatkan diri dalam suka bola sepak. Sementara itu, selain Kellen, Kris turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah,15 dan Azriel Akbar Hermansyah, 13.

Soo Wincci Sedia Kahwin Selepas Cipta Nama Di Hollywood

Penyanyi Soo Wincci mengakui kini berkawan rapat dengan pelakon Iqram Dinzly dan sering keluar bersama jika mempunyai kelapangan. Bagaimanapun, Wincci, 28, berkata, dia belum bersedia melangkah ke alam percintaan sebelum impiannya untuk mencipta nama di Hollywood belum tercapai. "Kami kawan baik dan memang sering keluar bersama jika ada masa terluang kerana rumah dia berhampiran dengan saya tapi saya tidak tahu dia akan datang pada majlis ini untuk buat kejutan. "Dia juga seorang kawan yang baik dan kami selalu bertukar pendapat tentang sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan industri," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat. Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gimik lamaran dan pemberian cincin daripada pelakon tersebut pada majlis pelancaran album pertamanya berjudul Su Win Si by Soo Wincci, di M Suit, dekat sini, Jumaat.
Tambah Wincci, dia tidak pernah merancang atau menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum berjaya dalam kerjayanya. Sementara itu, album pertama dalam bahasa Melayu ini memuatkan empat buah lagu baharu ciptaan komposer Ajai iaitu Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau, dab Nombor 1. Wincci berkata, cabaran utama dalam penghasilan album tersebut adalah mengatasi masalah pelat dalam menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu. "Cabaran utama ialah saya terpaksa mengambil masa panjang untuk proses rakaman kerana ada beberapa lirik dan perkataan yang sukar untuk disebut. "Oleh itu, Ajai terpaksa menukar lirik ketika itu kepada perkataan yang lebih mudah untuk disebut," ujarnya. Katanya, penggunaan bahasa Mandarin ketika menetap di Taiwan turut menjejaskan penggunaan bahasa Malaysianya. Album yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan ini bakal berada di pasaran pada minggu depan.

Persandingan 'Taman Inggeris' Rozita & Zain Penuh Meriah

Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam. Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadh.
Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah. Rozita yang anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi. Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Rabu lalu. Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang

Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik. Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera. "Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.
"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat. Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan. Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik. "Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan. "Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.

Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf

Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya. Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action' (NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan. "Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian. "Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya. Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.
Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual. Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah. Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu. Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami. Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil. "Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.
Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya. "Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Adi Putra Lega, Kes Skandal Dengan Isteri Orang Gugur

Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah. "Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. "Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis. Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu. Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut. Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai. Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya. Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah. Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu. "Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya. "Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya. Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan. Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya. "Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Kes Skandal Adi Putra: Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes

Amiruddin Othman, 50, iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib,30, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mahu membuka kembali pendakwaan kes terhadap pelakon berkenaan kerana kecewa apabila kes itu diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut. Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut. Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu. "Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus.
"Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan. "Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan keputusan NFA yang diberi," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Concorde di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang mungkin lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan - memikat wanita yang sudah bersuami. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib. Aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Sementara itu, Amiruddin berkata, sejak kontroversi tersebut, dia mendapat pandangan negatif daripada rakan-rakannya yang menganggap dia tidak patut membantu isterinya menyelesaikan kes berkenaan. "Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan. "Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya. "Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek (Adi) adalah benar," tegasnya. Pada sidang media itu, pasangan suami isteri tersebut turut ditemani rakan mereka, Kassim Osman. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails