Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cuti panjang layan suami


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
Penggambaran drama Jongkang Jongkit Bermula 1 Oktober ini manakala Jangan Pandang Belakang seminggu selepas itu. Shahora jelas, dia tiada masalah berlakon dalam drama dua serentak kerana kedua-duanya adalah cerita yang bersambung, justeru, dia sudah faham benar dengan jalan cerita dan watak yang akan dibawa.

Menurut Shahora, menerusi Jongkang Jongkit, dia memainkan PERANAN kakak sulung kepada Amylia Rosnaida dan Abby Abadi.

Manakala Rosnah Mat Aris dan Yalal Chin memegang watak Sebagai ibu bapa mereka dalam drama bertema keluarga.

"Menyambut Ramadan lalu, saya iaitu lama bercuti seminggu sebelum tibanya bulan mulia itu sehinggalah seminggu selepas Ramadhan.

"Hari lain saya sibuk dengan penggambaran drama dan jarang dapat makan bersama suami (Mukhriz Raja Raja Ahmad Kamarudin, 36).

"Kadang-kadang kami kami hanya berselisih di rumah sendiri. Dia baru balik kerja, saya bersiap hendak pula ke lokasi. Mujur kami berada dalam lapangan pekerjaan yang sama jadi kami tidak pernah bertelagah mengenai Jadual kerja yang tidak menentu.

"Kami berkawan dan bercinta sebelum berkahwin lama jadi kami saling Memahami Corak kerja masing-masing. Bahkan juga dek kerana kesibukan kami tidak sempat berbulan madu.

"Jadi pada bulan Ramadhan lalu saya berkorban dengan tidak menerima sebarang Tawaran Mahu berlakon kerana menumpukan perhatian kepada rumah tangga.

"Lagipun inilah pertama kali kami menyambut Ramadan dan Syawal Sebagai suami isteri selepas berkahwin pada Februari lalu.

"Saya tidaklah sangat pandai memasak, tetapi dek kerana suami tersayang, saya berusaha untuk mendalami dunia masakan emak bertanyakan dengan resipi baru setiap hari dan juga membeli buku resipi.

"Alhamdulillah, Mukhriz tidak Cerewet. Adakala cubaan Biarpun begitu saya tidak memiliki kata namun dia tetap sedap." Mukhriz jenis yang tahu saya tak boleh duduk diam bertanya pula, apakah saya tiada penggambaran drama Balinese Ramadhan lalu.

"Teringin juga hendak menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain dan banteng keberkatan pada bulan mulia itu. Kebetulan saya pun sudah lama tidak bercuti panjang," katanya.

Sebenarnya, jelas Shahora, walaupun dia berlakon Balinese bercuti Ramadhan lalu, dia banteng berkenaan menguruskan peluang Perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan bersama Mukhriz.

"Selain terbabit dalam dunia seni, berniaga dan kami mempunyai pejabat di Ampang. Setiap pagi saya ke pejabat menguruskan Pelanggan pesanan dan sebagainya.

"Petang baru balik rumah, tetapi tidaklah sesibuk Ketika penggambaran. Saya boleh mengikut masa Bekerja sendiri. Sebelah petang bolehlah Sediakan juadah berbuka. Seronok dapat berbuka bersama suami di rumah," katanya.

Cerita Mengimbas raya, jelas Shahora, sambutan Aidilfitri lalu sangat meriah dan puas Berjalan raya ke rumah sanak saudara kedua-dua belah keluarga.

"Dari kampung nenek saya di Temerloh, dan saya ke Raub Mukhriz pula iaitu ke kampung nenek Mukhriz." Kemudian meneruskan perjalanan ke Manado. Berjalan setiap hari kami ke rumah saudara mara kerana majlis kenduri kahwin Ketika dulu tidak sempat berkenal mesra dengan mereka.

"Jadi pada lebaran lalu kami sepakat menziarahi sanak saudara keluarga dan kedua-dua belah PIHAK selepas raya kerana entah bila dapat berjumpa kerana sibuk Bekerja semula," katanya.

Bagaimanapun, katanya, raya lalu anak angkatnya, Puteri Fiedra, setahun lima bulan, asyik meragam kerana tidak biasa dikelilingi orang ramai.

"Kembali ke Kuala Lumpur pun, saya terus sibuk melayan sanak saudara yang datang beraya di rumah. Meriah sungguh raya kali ini dan yang seronoknya saya untuk memasak sendiri juadah Tetamu.

"Insya-Allah, saya akan mengadakan rumah terbuka khusus untuk sanak saudara yang belum sempat beraya di rumah saya," katanya.

Scha sudah bersedia


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
Sehati Berdansa masih kekalkan Fahrin, Awal

SCHA AlYahya mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima tanggungjawab sebagai hos program Sehati Berdansa musim baru apabila Astro memilihnya sebagai menggantikan tempat Linda Onn.

“Saya berterima kasih kepada pihak Astro yang memberi peluang untuk ini. Ketika ini, saya menonton ulangan program Sehati Berdansa musim lalu. Saya banyak melihat konsep dan cara kendalian program ini berlangsung dalam skala penonton secara langsung.

“Linda Onn sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Linda seorang hos yang bagus dan saya menjadikannya idola dalam perihal pengacaraan. Saya sudah bersiap sedia secara mental dan fizikal kerana soal dibandingkan dengan Linda akan berlaku,” kata Scha yang akan muncul dengan drama Awan Dania musim kedua tak lama lagi.

Pengumuman Scha sebagai hos Sehati Berdansa musim dilakukan oleh Astro Ria pada sidang media pada 14 September lalu. Selain Fahrin, turut dikekalkan ialah Awal Ashaari yang ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata, pemilihan pelakon itu bukanlah bermakna Linda Onn gagal memainkan peranannya sebagai hos Sehati Berdansa selama dua musim berturut-turut.

“Tiada kurangnya Linda kerana dia menunaikan tanggung jawabnya dengan baik. Scha seperti tenaga baru yang diharap mampu menjana dengan baik sekali gus meneruskan kelangsungan program ini. Kita masih mengekalkan Fahrin dan Awal.

“Selain Scha, kita juga memperkenalkan perunding tarian dan persembahan mingguan yang baru menggantikan Mat Kasan iaitu Farah Sulaiman. Farah ialah pengasas Sayang Academy of Dancing dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang tarian” kata Khairul lagi.

Sementara itu, Fahrin yang ditemui di majlis ini berkata, tanggungjawabnya sebagai hos Sehati Berdansa tetap disempurnakan sebaik mungkin tanpa mengira siapa pun gandingannya.

“Menjadi pelakon dan sebagai pengacara program TV sudah menjadi rezeki saya. Saya tidak boleh merungut dengan kerja yang diberi. Pada peringkat awal pun saya sendiri tidak tahu menahu akan digandingkan dengan Scha,” katanya.

Mahu bersikap profesional, Fahrin juga menjelaskan, dia tidak menghadapi masalah untuk berkongsi pengalaman dengan Scha bagi mewujudkan keserasian ketika menjadi hos bersama program Sehati Berdansa musim terbaru.

Manakala Awal pula mengakui tanggungjawabnya kini bertambah apabila ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa yang bakal mengumumkan peserta yang akan tersingkir.

“Dua musim terdahulu, Debaran Sehati Berdansa dikendalikan oleh hos utama. Saya hargai peluang ini dan mungkin juga selepas bekerjasama dengan Astro selama ini, mereka senang bekerjasama dengan saya,” katanya yang turut mengacarakan Rentak Bolly di saluran berbayar Astro, B4U.

INFO: Sehati Berdansa



•Di adaptasi daripada format program hiburan popular antara bangsa. Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terbabit akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan kebajikan terpilih.


•Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.


•Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua.

Serasi bersama


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
Nora Danish dan Ryzal makin bersefahaman sejak digandingkan dalam Sumpah Bunian

SESI fotografi membabitkan dua pelakon, Ryzal dan Nora Danish, berlangsung dalam suasana cukup ceria. Kedua-duanya bukan saja mudah memberikan kerjasama, sebaliknya mereka sendiri begitu akrab. Keadaan itu membolehkan situasi lebih spontan dapat dirakam.

Kononnya, dalam drama sebabak mereka petang itu, Nora teringin sekali menikmati suasana Aidilfitri di kampung pada tahun ini. Menyedari impian Nora, Ryzal yang berasal dari Alor Star, Kedah, tanpa ragu-ragu mengundang rakannya beraya bersama keluarganya di sana.

Pelakon drama bersiri Puteri itu juga terpikat dengan jemputan berkenaan, lalu bersiap sedia untuk berangkat dengan keretanya ke kampung halaman Ryzal.

Pada hakikatnya, Nora hanyalah menyambut 1 Syawal lalu bersama keluarga serta anak lelakinya, Putera Raiqal Ramli di Kuala Lumpur.

"Sebenarnya raya ini, saya tidak ke mana-mana. Kami anak-beranak duduk di rumah saja. Apatah lagi inilah kali pertama kami beraya bersama Raiqal. Dia cucu pertama keluarga bekas suami. Jadi, masing-masing hendak meluangkan masa bersamanya nanti," kata Nora tersenyum.

Sambung wanita berusia 27 tahun itu, lagipun, ketika ini wabak H1N1 masih lagi berleluasa. Justeru, dia berasakan lebih baik mereka beraya di rumah.

Begitupun, akui Nora, Aidilfitri tahun ini tentu paling menyeronokkan apabila kehadiran Raiqal membawa sejuta kebahagiaan kepada dirinya sekeluarga. Kata Nora, dia insan yang amat beruntung apabila dikurniakan oleh Tuhan seorang anak lelaki yang begitu disayangi ramai.

"Paling tidak, sepanjang Hari Raya, tidak syak lagi Raiqal orang yang mempunyai paling banyak baju raya kerana semua orang berebut-rebut membelikan pakaian baru untuknya," cerita Nora yang rapat dengan keluarga sebelah bekas mentua.

Keseronokan serupa turut dirasa Ryzal apabila dia pulang beraya di Alor Star kerana pada tahun ini, bilangan anggota keluarganya bertambah iaitu dengan kehadiran cahaya mata adik lelakinya. Bayi berkenaan juga muncul anak saudara pertama Ryzal.

"Tahun ini kali keempat saya beraya sebagai artis. Namun, ia lebih bermakna apabila pada Syawal tahun ini kami beraya bersama anak saudara pertama dalam keluarga. Jadi, suasananya tentulah sedikit berbeza dengan kehadiran si kecil yang menjadi penyeri Aidilfitri ini. Apatah lagi apabila kami juga beriya-iya menyediakan pakaian raya yang comel untuknya.

Sebagai anak sulung, Ryzal sememangnya tidak lupa membelikan persalinan baru untuk kedua-dua ibu bapa, selain sudah menyediakan sedikit peruntukan untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarganya.

Nora seronok jadi wanita bunian

BERMULA 29 September ini, peminat akan dapat menonton siri lakonan Ryzal dan Nora dalam siri berjudul Sumpah Bunian. Drama itu turut dibintangi Elly Mazlein, Dian P Ramlee, Qazem Nor, Mubarak Majid dan Mahmud Ali Basah.

Antara lain, drama arahan Adam Hamid itu mengisahkan Hawa (Nora) seorang gadis bunian yang sejak dari kecil mencintai Adam (Ryzal). Namun, mereka terpisah apabila Adam berpindah ke Kuala Lumpur. Hanya selepas 18 tahun, kedua-duanya bertemu semula.

Bagaimanapun, tidak seperti mana Hawa yang dapat melihatnya, Adam pula sebaliknya tidak boleh melihat gadis bunian berkenaan.

Lalu, apabila Hawa tiba-tiba bertemu semula lelaki impiannya, dia sanggup mengejar lelaki itu walaupun akhirnya terpaksa melupakan keluarga sendiri. Namun begitu, Hawa mula sedar, apabila dia memasuki alam manusia, dunia yang disangkanya indah bukanlah seperti yang diimpikan. Kehidupan Hawa di alam nyata mula berubah wajah.

"Inilah pengalaman pertama bergandingan dengan Nora. Bekerja dengannya amat menyeronokkan. Namun, ketika menjayakan drama ini tidak terlepas daripada cabaran. Kami baru saja menamatkan penggambaran yang mengambil masa lebih dua bulan lebih.

"Apabila penggambaran sebanyak 19 episod ini memasuki bulan puasa, cabarannya makin hebat. Lebih-lebih lagi, watak yang saya bawa itu agak berat. Pada satu aksi, saya dikehendaki melakonkan babak menangis," cerita Ryzal sambil memberitahu, dalam siri berkenaan, watak Adam lakonannya mempunyai dua isteri apabila isteri pertama gagal melahirkan zuriat.

Nora pula memberitahu, sebagai Hawa, dia diperlukan untuk memakai tudung dalam drama yang bersiaran selama sejam setiap minggu itu.

"Saya memang suka watak bertudung kerana ia lebih memudahkan. Iyalah, paling tidak, banyak masa boleh dijimatkan kerana saya tidak perlu mendandan rambut," katanya yang mendapat tajaan butik Ratu bagi koleksi tudung dipakainya dalam drama berkenaan.

Selain fesyen tudung serkup pelbagai warna yang mudah digayakan, Nora juga turut memakai tudung ala Datuk Siti Nurhaliza dalam drama terbabit.

Selain mulai kembali sibuk di lokasi penggambaran, Nora kini turut bergelar pengacara apabila dilamar mengendalikan program Bolly 10 untuk saluran Astro B4U. Episod pertama rancangan berkenaan ditayangkan pada musim perayaan ini.

"Program berbentuk carta lagu popular Hindustan ini muncul pengalaman pertama saya sebagai hos. Nasib baiklah saya memang peminat lagu Hindi. Cuma, lagu terkini saja kurang saya ikuti, berbanding lagu malar hijau mereka daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi, peluang ini membolehkan saya kembali mendekati irama popular dari negara berkenaan," ujar Nora yang mendakwa, tugas sebagai pengacara agak mencabar buat orang baru sepertinya.

Selain Sumpah Bunian, Nora juga membintangi telefilem Bila Mama Pakai Celana untuk TV3 dan siri Tiga Serumah tayangan Astro Mustika, selepas kembali aktif di bidang lakonan.

INFO: Ryzal


•Nama: Mohd Shahrizal Jaafar

•Tarikh Lahir: 2 Januari 1982

•Tempat Lahir: Alor Star, Kedah

•Pendidikan: Diploma Komunikasi Visual dari MIIM

•Profesion: Pelakon, Pengacara, Model

•Drama: Jelatang, Dunia Baru, Sumpah Bunian, Platun Satria, Issandra, Bara Yang Ku Genggam

•Filem: CE1

INFO: Nora Danish

•Nama: Nora Danish Mohd Hanif

•Tarikh Lahir: 7 Mac 1982

•Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu

•Pendidikan: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)

•Profesion: Pelakon, Pengacara, Model

•Drama: Puteri, Pendekar 5, Ejen 016, Gadis Cuci, Bila Mama Pakai Celana, Tiga Serumah

•Filem: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita.

Fasha Sandha sudah kahwin?


Maklumlah, apabila kembali bertugas, memang tidak menang tangan SS menyediakan bahan untuk ruangan ini. Baru-baru ini, SS dengar cerita sensasi mengenai Fasha Sandha.

Walaupun berita mengenai perkembangan kerjayanya kurang mendapat perhatian media, tapi cerita peribadinya tetap menjadi tumpuan.

Khabarnya dia sudah menamatkan zaman solonya dengan duda beranak satu.

Mati-mati SS tidak percaya dengan cerita itu. Iyalah, baru-baru ini SS dimaklumkan cerita artis ini bakal mengakhiri zaman solonya dengan anak muda yang aktif dalam sukan dan tarikhnya juga sudah dipilih 10.1.2010.

Tapi sekarang dengan duda anak satu pulak. Mana satu yang betul ni, dulu cerita lain, sekarang sudah ada cerita yang lebih 'baru' pula. Bila renung-renung semula, SS tidaklah hairan juga sebab memang selama ini kecoh cerita mengenai hubungan Fasha dengan duda anak satu ini.

Tambah menguatkan lagi kata-kata SS, dulu dikatakan Fasha bakal mengumumkan berita baik perkahwinannya dalam satu sidang media selepas Aidilfitri, tapi cerita terbaru yang SS dengar, pengumuman itu bakal dilakukan selepas Krismas pula. Maknanya akhir tahun.

Tidak tahulah bila 2010 menjelma nanti, dikatakan pula nak umum lepas Tahun Baru Cina. Apa-apa sajalah. Tapi menurut cerita rakan SS ini, dia mendapat tahu mengenai cerita terbaru itu daripada seorang teman.

Katanya, cerita itu timbul apabila duda itu mabuk di satu kelab.

Faham-faham sajalah, katanya, kalau sudah mabuk mesti tak ingat dunia.

Dulu kata antara mereka tiada apa-apa hubungan, sekarang berubah pula.

Dalam keadaan mabuk, si duda itu meminta rakannya menghubungi artis itu untuk menjemputnya balik ke rumah. Dia juga mengakui mereka sudah berkahwin. Maknanya, jadi suami isteri yang sahlah.

Hendak menguatkan lagi cerita, kata teman SS, sebaik dihubungi memang artis wanita itu datang ke kelab terbabit untuk menjemput kekasih hatinya.

Justeru, sesiapa yang ada di situ ketika itu, tercengang dibuatnya.

Apapun, jika cerita yang SS dengar ini tidak benar, SS minta maaf banyak-banyak. SS sekadar mencuit mesra dan tiada niat untuk memperli sesiapa.

Pada SS, soal jodoh sukar untuk dipersoalkan kerana Tuhan menentukan dan lebih tahu. Andai itu yang terbaik buat mereka, SS sentiasa doakan kebahagiaan mereka.

Rabecca pilih duda anak dua


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
Bagaimanapun calon suaminya itu mestilah menyayangi anak angkatnya, Nor Adam Daniel, setahun empat bulan, kerana dia mengasihi kanak-kanak itu melebihi dirinya sendiri.

Menurut Rabecca, yang semakin laris membintangi pelbagai drama dan telefilem, dengan berkahwin jiwanya akan lebih tenteram kerana terlepas daripada tohmahan serta fitnah dunia.

Dia yang suka memasak teringin untuk menyediakan juadah kesukaan untuk suami tercinta.

Andai kata bertemu jodoh nanti, Rabecca berazam menjadi isteri dan ibu terbaik.

Apabila bercakap mengenai jodoh, dia sudahpun ada pilihan hati iaitu duda anak dua.

Dia menyifatkan lelaki itu amat baik dan memahami diri dan kerjayanya sebagai pelakon.

“Jika ada yang masuk meminang, sekarang saya hendak berkahwin. Saya seronok menguruskan rumah tangga dan pasti tambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata.

“Bagaimanapun, lelaki itu mesti dapat menerima Adam seperti anak mereka sendiri.

“Saya bersusah payah menjaganya dari kecil, berjaga malam dan hati tidak tenang apabila dia tidak sihat.

“Adam segala-galanya bagi saya. Semakin besar, Adam semakin cerdik dan kasih sayang saya melimpah ruah untuknya. Ketika keluar bekerja Adam dijaga emak saya (Asbah Aris).

“Oleh itu saya tidak mahu ada orang yang menjadi penghalang kasih sayang saya dengan Adam. Saya faham bukan semua orang boleh menerima anak angkat, tetapi Allah s.w.t takdirkan Adam menjadi anak saya.

“Duda anak dua itu mengerti keadaan saya yang ada ‘anak segera’ dan dapat menerima kami berdua seadanya.

“Dia juga tidak mudah cemburu buta, sebab itulah saya selesa berkawan dengan lelaki berusia.

“Mereka matang dan bertanggungjawab serta tidak pernah mencampuri urusan seharian saya. Bukan semua orang boleh faham kerjaya anak seni.

“Disebabkan kesibukan masing-masing, kami jarang berjumpa dan percintaan kami lebih banyak berlangsung menerusi telefon dan SMS. Dek kerana itu juga orang jarang terserempak saya keluar berduaan dengan mana-mana lelaki.

“Dalam pergaulan saya juga perlu menjaga hati emak dan ayah. Emak paling memahami dan ayah pula selalu memantau aktiviti serta mengambil berat penampilan saya.

“Jika saya bergaya seksi dalam akhbar atau majalah, ayah pasti berleter. Saya faham, orang tua mana yang tidak sayangkan anaknya.

“Tetapi sehingga kini kekasih saya itu belum buka mulut bila akan mengakhiri perhubungan kami ke jenjang pelamin. Sebagai wanita dan mengikut adat, saya tunggu sajalah,” katanya.

Rabecca yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik rapat dengan emak dan kakaknya, Farah Nur Hidayah. Biarpun mampu hidup bersendirian, namun dia lebih selesa tinggal bersama emaknya di Ampang.

“Emak juga kawan baik saya yang boleh berkongsi apa saja cerita. Emak tahu dengan siapa saya berkawan kerana sebagai anak saya tidak boleh membelakangkan keluarga apatah lagi emak. Beliau yang melahir dan membesarkan saya sudah tentu beliau insan yang dapat memahami hati budi saya.

“Apabila saya bersikap terbuka dengan emak, tidak apa yang perlu dirisaukan.

“Emak juga tidak pernah peduli gosip yang tersebar di luar sama kerana beliau lebih tahu siapa saya.

“Sementelah lagi saya tinggal bersamanya. Kalau tiada emak, kakak jadi galang gantinya. Selepas tamat pengajian, kakak turut tinggal bersama saya dan emak,” katanya.

Tambah Rabecca, apabila berkahwin kelak, dia akan terus berlakon kerana apabila sekali melangkah menjadi anak seni, maka selamanya dia akan mencintai bidang itu.

“Pun begitu mungkin tidak seaktif zaman bujang kerana ada tanggungjawab yang menunggu di rumah. Andai tidak dapat berlakon pun, mungkin saya akan membuka syarikat produksi sendiri dan bekerja di belakang tabir.

“Melihat kejayaan David Teo dan Datuk Yusof Haslam sebagai produser drama dan filem saya mempunyai angan-angan untuk menurut jejak mereka.

“Saya ingin mempunyai nama besar seperti mereka membina empayar perniagaan dalam bidang penerbitan,” katanya.

Perkembangan lain, sepanjang Ramadan lalu dia sibuk ke lokasi drama bersiri Legasi 43 Karat, arahan Along Kamaludin.

Disebabkan dia perlu memberikan seluruh komitmen terhadap drama itu, Rabbeca terpaksa menolak enam tawaran berlakon telefilem, drama dan filem.

“Legasi 43 Karat diterbitkan dalam 25 episod. Memang sayang terpaksa menolak semua tawaran itu, tetapi saya tiada pilihan lain.

“Drama itu kini sedang ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda, jam 10.30 malam. Dek kerana itu juga penggambaran terpaksa dilakukan setiap hari bagi menepati jadual siaran,” katanya.

Dalam drama itu, Rabecca pegang watak Felisa, wanita yang garang dan kasar namun berubah laku selepas bertemu Johan (Sam Saheizy) dan Danni, (Ezany). Persahabatan yang terjalin mewujudkan cinta tiga segi antara mereka.

Dengan kesibukan itu juga Rabecca tidak berniaga kuih raya.

Bagaimanapun dia tetap mencari masa membuat dua tiga jenis kuih raya kegemarannya untuk dihidang pada hari mulia itu dan juga diberikan kepada media dan sahabat handai.



NAMA: Rabecca Nur Al-Islam Ahmad

USIA: 23 tahun

TARIKH LAHIR: 30 April 1986

TEMPAT LAHIR: Majidee Baru, Johor Bahru

ADIK-BERADIK: Anak ketujuh daripada lapan beradik

TINGGI: 170 sm

BERAT: 48 kilogram

STATUS: Solo

ANAK ANGKAT: Nor Adam Daniel, setahun empat bulan

KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model

DRAMA: Simbiosis, Gerak Khas, Dua Hati, Dendam, Cinta Bukan Di Atas

Kertas, Korban Sakina, Tangisan Bulan Madu, Bulan Bertemu Bintang, Legasi 43 Karat

FILEM: Malaikat Maut

TEATER: Anom, Di Mana Bumi Di Pijak dan teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta

Kondo dupleks hadiah perkahwinan Umie


Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my
"Saya tak berani nak memuji dia lebih-lebih. Cuma saya bersyukur, jika benarlah dia calon suami saya, maka dialah lelaki untuk saya" – UMIE AIDA
MALAM ini, bersamaan dengan 11 Syawal 1430 Hijrah, tiada yang lebih membahagiakan buat aktres jelita tanah air, Umie Aida, 36, selain menanti detik untuk bergelar tunangan orang.

Ya, hati Umie akhirnya berjaya dicuri oleh sang arjuna bernama Datuk Khairudin Abu Hassan, 40-an. Lelaki itu malam ini akan menghantar rombongan untuk meminang Umie.

Debaran bertunang? Masih lagi belum terasa kerana Umie begitu asyik membuat persediaan majlisnya malam nanti.

"Kawan-kawan pun pelik bila saya masih lagi tak rasa debarannya. Mungkin belum terasa lagi kot. Tengoklah sendiri malam nanti macam mana," tuturnya yang mengadakan majlis pertunangan di kediaman mewahnya di Mon't Kiara, Kuala Lumpur dengan warna tema biru muda dan putih untuk persalinan di pihak perempuan manakala kelabu di pihak lelaki.

Majlis pertunangannya nanti pasti menjadi satu tarikh bersejarah buat Umie memandangkan majlis itu telah pun dirancang dengan rapi.

Menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman, Kem Salleh dari Kapas bagi pelamin dan khemah, persalinan baju tunangnya pula direka oleh Bill Keith. Wajah Umie pula akan disolek oleh Khir Khalid.

Selama ini, sangka Umie, dia tidak mungkin akan bercinta mahupun mendirikan rumah tangga sampai bila-bila memandangkan, bukan mudah bagi Umie menerima kehadiran seorang lelaki untuk dijadikan sebagai teman hidupnya.

Hanya dalam tempoh lima bulan perkenalan, Umie yakin lelaki idamannya itu mampu membimbing dan memberi kasih sayang yang penuh kepadanya serta dua anak angkatnya.

"Pada awal dua bulan pertama, memang hati saya belum lagi terbuka untuknya dan waktu itu kami berkawan macam biasa.

"Saya pun ada bercerita hal ini kepada Erra dan kami berbincang bersama. Alhamdulillah, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian antara saya dan dia.

"Saya pun fikir juga sampai bila nak bersendirian, jadi saya memberi peluang kepada diri saya untuk dicintai. Lagipun anak-anak pun teringin untuk mendapatkan kasih sayang daripada seorang ayah.

"Kadangkala, kita tidak perlu melalui perhubungan sehingga lima atau enam tahun untuk bercinta. Bila saya nampak kesungguhan dia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak, saya nampak kejujuran dan keikhlasan pada dirinya," katanya dihubungi Kosmo! semalam.

Cinta yang unik

Dalam pada itu, biarpun melalui masa perkenalan yang agak singkat, tidak bermakna Umie tidak mengenali secara mendalam mengenai bakal tunangnya yang dipanggil Abang itu.

Bagi Umie, Khairudin yang juga merupakan ahli perniagaan, seorang yang begitu unik selain rapat dengan keluarga serta dua anak-anaknya, Mohd. Daniel Firdaus, 15 dan Mohd. Dzulhelmy, 14 .

TIDAK mahu bertunang lama, Umie mahu mengadakan majlis perkahwinannya pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

--------------------------------------------------------------------------------


Cara percintaan mereka tidak seperti pasangan kekasih zaman kini, sebaliknya, mereka bercinta dengan keluarga di sisi.

Sebagai seorang pelakon yang terpaksa memenuhi hari-harinya di lokasi penggambaran, Umie ada caranya yang tersendiri untuk bercinta dengan temannya itu yang dikatakan seorang jutawan.

"Saya tak berani nak memuji dia lebih-lebih. Cuma saya bersyukur, jika benarlah dia calon suami saya, maka dialah lelaki untuk saya.

"Boleh dikatakan, perkenalan saya dan dia sangat unik. Kami bercinta macam orang dulu-dulu. Dia sangat menghormati saya dan kami tidak pernah lagi berdua-duaan.

ERRA sendiri pada mula sukar untuk mempercayai yang Umie bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

--------------------------------------------------------------------------------


"Setakat ini, kalau kami berjumpa pun hanya di kafe saya, rumah kakak (Erma) atau di rumah ibu saya. Bukan saya tak mahu kami berdua-duaan, tapi itulah aura perbezaan yang dipancarkan olehnya.

"Kadang-kadang, walaupun jumpa sekejap, kita tahu orang itu macam mana. Saya nampak dia lain daripada yang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bertemu dengan lelaki sepertinya. Insya-Allah, jika tiada aral, dalam kesibukan membuat latihan teater Natrah, saya juga akan membuat persiapan pernikahan saya nanti.

"Kalau sempat, saya mahu bernikah akhir tahun ini, kalau tidak, awal tahun depan," kata Umie atau nama sebenarnya, Umi Kalsom Rahmad yang bakal menerima sebuah kondominium dupleks sebagai hadiah perkahwinannya nanti.

Tidak sabar menanti detik pertunangannya, Umie bakal disarungkan cincin pertunangannya yang bertatahkan berlian jenama Chopard, oleh ibu mertuanya.

Erra terkejut

Hubungan mereka bukan sekadar teman biasa, sebaliknya sudah lebih 15 tahun dua pelakon jelita Erra Fazira dan Umie menjadi sahabat yang sangat akrab.

Memberikan gelaran 'makcik' terhadap diri masing-masing, Erra sepanjang perkenalan mereka, segala susah senang dikongsi bersama.

UMIE bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

--------------------------------------------------------------------------------


Justeru itu, Erra juga tahu, untuk seorang lelaki memiliki hati Umie bukannya mudah kerana Umie bukanlah seorang wanita yang mudah jatuh cinta.

Namun, dia bersyukur akhirnya teman baiknya itu membuka hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai teman hidup.

"Saya tahu yang dia ada bercerita mengenai Khairudin, tapi tak sangka yang dia betul-betul serius dengan lelaki itu.

"Memang awal-awal, saya susah nak percaya, ingatkan dia main-main. Sampaikan saya kata, 'Makcik naik pelamin dulu, baru saya nak percaya. Selagi makcik tak ada bukti, saya tak akan percaya!'

"Mana taknya, dulu dia dah berjanji pada dirinya dia tak akan berkahwin sampai bila-bila.

"Saya mula percayakannya bila Umie beritahu bakal tunangnya itu mahu merisiknya pada 17 Mei lepas. Barulah saya yakin yang Umie benar-benar membuka hatinya untuk dicintai.

"Saya pun seronok bila lihat Umie mempunyai teman untuk berkasih. Sekurang-kurangnya, kedua-dua anak angkatnya, mempunyai bapa untuk berkasih sayang," ujarnya.

Farid Kamil, Diana Danielle bercinta?


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Pelakon remaja itu khabarnya pernah mengaku jalin hubungan serius dengan pengarah muda

PATAH tumbuh hilang berganti, cinta yang pergi kini berganti. Rasanya pantun dua kerat yang Zubir tulis tengah malam Rabu lalu sesuai ditujukan kepada tiga artis muda yang sedang menempa nama ini - Diana Danielle, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Diana yang pernah menjalin cinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof Haslam, khabarnya sudah bertemu pengganti, siapa, sekejap lagi Zubir canangkan.

Begitu juga dengan aktor muda dan pengarah berbakat, Farid Kamil, apabila hubungan cintanya Irma Hasmie putus di tengah jalan, dia sudah ada kekasih baru, tapi dengan Lisa Surihani seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya dia kini dikatakan bercinta dengan Diana Danielle!

Memang susah nak percaya, Zubir sendiri terlopong mulut apabila pertama kali dikhabarkan oleh seorang teman artis ketika kami sama-sama melepak di sebuah restoran mamak di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mana tidaknya, sebelum ini kita sering disajikan dengan cerita Farid 'berteman tapi mesra' dengan Lisa.

Ketika menemubual Farid sebelum ini, dia pernah mengaku kepada Zubir, Lisa adalah kawan baiknya dan tidak menolak ketentuan Tuhan sekiranya Lisa adalah jodohnya suatu hari nanti. Diana pula selepas putus cinta dengan Syamsul, dia terus mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 19 Mac lalu di Kem Princess Haliza, Sepang, justeru mana ada peluang dia berkesempatan menjalin hubungan cinta dengan Farid?

"Abang Zubir, betul, sekarang ni Farid dengan Diana, bukan Lisa! Itulah ramai orang tak tahu hal ini. Memang Farid sering digosipkan dengan Lisa, tapi semua itu untuk tujuan komersial semata-mata demi kerjaya lakonan mereka. Tambahan pula kedua-duanya bernaung di bawah syarikat yang sama dan sama-sama terpilih sebagai wajah eksklusif Astro. Tapi, dia orang tak ada apa-apapun, hanya kawan baik.

"Tapi, Farid dengan Diana, kes lain. Sekalipun Diana tidak pernah memberitahu saya siapa cinta barunya, tapi dia pernah berbisik kepada kawan baik saya, dia sekarang dengan Farid! Kalau kawan saya tu tipu, maka tipulah cerita ini Abang. Tapi, saya yakin, kawan saya tak akan buat cerita kalau dia tak dengar sendiri daripada mulut tuan punya badan. Yang pasti, Farid dan Diana ni, pandai cover line, cinta rahsia!," cerita teman artis berkenaan kepada Zubir.

Memang sukar diterima khabar angin ini sekiranya bukan keluar daripada mulut teman artis tadi. Zubir sendiri paksa diri untuk percaya sebab teman artis tadi beriya-iya benar bercerita kepada Zubir. Tapi, tak tahulah sekiranya maklumat yang diterima daripada kawan baiknya itu hanya gurauan semata-mata daripada Diana. Tapi, tak logik sekiranya soal hati dan perasaan ini, Diana nak buat main-main pula!

Yang peliknya bagaimana Farid dan Diana berhubungan, mana ada SMS, e-mel dan sebarang bentuk komunikasi tidak dibenarkan kepada peserta PLKN. Tapi, lainlah pada hujung minggu apabila peserta dibenarkan membuat panggilan telefon menggunakan telefon awan di kem! Pun begitu, apabila difikirkan kembali, cinta tiada sempadan. Siapa tahu, Farid dan Diana mempraktikkan cinta 'program jarak jauh' atau cinta 'PJJ'!

"Lisa sekarang ni bercinta dengan seorang pramugara. Ramai orang tak tahu Abang Zubir, Lisa ni kuat simpan rahsia," tambah teman artis tadi kepada Zubir.

Bagi Zubir, mereka semua masing-masing masih bujang dan ada sejarah cinta silam yang terhenti di tengah jalan. Justeru, tak salah mereka bertemu cinta baru, kehidupan dan karier mesti diteruskan. Yang penting, jangan jadi perampas kekasih, tunang, suami atau isteri orang! Ketiga-tiganya solo, elok eratkan lagi perhubungan itu, insya-Allah perhubungan yang ikhlas akan berakhir di gerbang perkahwinan.

Pun begitu, sekiranya apa yang Zubir teropong ini tidak tepat atau sekadar gosip semata-mata, kepada Diana, Farid dan Lisa, maafkanlah Abang Zubir, okey cun! Selamat berhari minggu, kita enjoy!

Akim, Dayana dilamun cinta?



Pemenang tempat ketiga AF7, finalis Anak Wayang Astro dikatakan semakin intim

APABILA fikiran berserabut dengan pelbagai isu dan kontroversi dunia artis, Zubir mengambil keputusan bercuti minggu lalu. Rabu lalu baru saja Zubir kembali bertugas. Pun begitu, belum sempat dua jam Zubir berada di pejabat, tiba-tiba Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang teman artis, bertanya: “Bang, betul ke saya dengar cerita, seminggu dua lalu, aktres popular kita, Maya Karin baru bercerai?”

Setahu Zubir yang bercerai ialah pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim dengan suaminya, Amir Andrew Abdullah, manakala rumah tangga Maya Karin dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose, tak ada pula Zubir dengar apa-apa cerita negatif mahupun sudah berantakan!

Kebetulan pada hari sama, Zubir sudah berjanji dengan Maya untuk minum petang bersamanya, namun berat sungguh mulut Zubir untuk bertanya kesahihan cerita berkenaan, tapi Zubir gagahkan juga demi mencari kebenaran.

“Ini adalah soalan pertama yang saya dengar! Zubir, saya masih isteri Steven, rumah tangga kami aman bahagia. Tolonglah jangan mendoakan yang tak elok dalam perkahwinan kami. Saya sebenarnya fobia dengar cerita artis bercerai! Bukannya orang lain, tapi kawan saya juga. Selagi boleh saya dan suami sentiasa berusaha memelihara rumah tangga ini, kami terlalu takut dengan perceraian!,” kata Maya dengan nada terkejut.

Sebelum pertanyaan itu diajukan kepadanya, Zubir perhatikan Maya sudah memesan beberapa bungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah kerana dia tidak sempat masak makan malam untuk suaminya hari itu.

“Zubir, kalau masih tak percaya, jom ikut saya balik ke rumah, kita makan malam bersama, saya dan Steven, awak lihatlah sendiri,” kata Maya terus memberi keyakinan bahawa rumah tangganya masih utuh biarpun mereka belum merancang untuk memperoleh anak dalam masa terdekat ini.

Kini, Zubir ingin mengalih perhatian pembaca kepada cerita bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Afiq Akim Ahmad atau Akim,18, yang memenangi tempat ketiga program realiti itu. Khabarnya Akim sedang asyik dilamun cinta dengan finalis Anak Wayang Astro, Nur Dayana Kamsun Baharin atau Dayana,18, yang memegang watak jururawat drama bersiri Kecuali Cintamu. Kononnya mereka semakin intim, mungkin sebagai kawan rapat atau kekasih!

Cerita ini disampaikan kepada Zubir oleh sumber rapat dengan kedua-dua bintang remaja itu. Difahamkan, ketika berada di lokasi penggambaran, Dayana dan Akim sering berhubungan menerusi telefon. Orang sekeliling tahu Dayana sedang asyik berborak dengan Akim apabila dia dikhabarkan dengan sengaja menyebut nama Akim kuat-kuat, seolah-olah ingin memberitahu satu dunia, Akim adalah buah hatinya!

“Kita orang sempat jugalah curi-curi dengar perbualan mereka, tak nampak romantik pun, dengar aku kau, aku kau saja! Pernah sekali Dayana terlepas cakap, dia tak boleh bercinta dengan pemuda yang sebaya dengannya, masing-masing 18 tahun. Kalau dah macam tu, kenapa nak pukul canang dia berkawan dengan Akim, dia ni nak publisiti ke, kononnya bercinta dengan Akim AF7, tolonglah geli!,” kata sumber berkenaan.

Bagi Zubir, Dayana, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Selangor, tak salah jika dia ingin berkawan baik sekalipun bercinta dengan Akim kerana masing-masing masih solo, tapi janganlah mengharapkan perhatian umum. Pun begitu, Dayana boleh dimaafkan kerana faktor usianya. Nasihat Zubir, Dayana mahupun Akim masih terlalu mentah, rasanya belum layak mereka bermain cinta!

Seperkara lagi, Zubir sempat dibisikkan dengan perangai Dayana di lokasi Kecuali Cintamu, kononnya dia sering cakap lepas dengan individu yang baru dikenalinya tanpa memikirkan perasaan orang itu. Sekiranya apa yang disampaikan ini benar berlaku ke atas Dayana, kita wajar memaafkannya dan memberinya peluang perbaiki kesilapan itu kerana dia masih baru dalam dunia seni, masih banyak ilmu yang harus dipelajarinya.

Jamal Abdillah bengang


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Raja Pop tidak marah isu Anis Aneesa, sebaliknya pertikai tugas wartawan hiburan

SALAM Ramadan untuk semua pembaca B*Pop yang beragama Islam. Mudah-mudahan amalan kita di bulan penuh keinsafan ini mendapat keberkatan dan keredaan daripadaNya.

Menerusi ruangan Apa Ceritanya bersama artis remaja, Anis Aneesa, 23, dalam B*Pop Ahad lalu, Anis mendedahkan kepada Zubir mengenai perhubungan rapatnya bersama penyanyi dan pelakon terkenal Jamal Abdillah selepas Raja Pop Malaysia itu membuat beberapa kenyataan menafikan antara mereka pernah ada hubungan istimewa.

Anis mendakwa masih menyimpan beberapa kiriman SMS daripada Jamal kepadanya dan mempamerkan kepada Zubir. Antaranya, SMS Jamal bertarikh 27 Oktober 2008, jam 4.30 petang, Jamal pernah mempelawa Anis makan tengah hari bersamanya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Jamal juga didakwa pernah mengirimkan SMS kepada Anis bertarikh 12 Februari lalu jam 12.41 tengah hari, mempelawa penyanyi itu berkahwin dengannya!

Tidak cukup dengan SMS, Anis dalam pertemuan bersama Zubir yang turut ditemani ibunya, Sharifah Yunus, 44, sempat memperlihatkan rakaman kamera video dia sedang berkaraoke dengan Jamal di pusat hiburan yang terletak di premis sebuah hotel di Kuala Lumpur. Anis mengakui rakaman itu dibuat pada 31 Oktober 2008, kira-kira jam 8.30 malam.

Bukan bertujuan membuka aib sesiapa, Anis mengakui, dia terkilan dengan kenyataan Jamal sebelum ini mengenai perhubungan mereka yang diibaratkan perigi mencari timba, walhal kedua-duanya pernah berkawan rapat sehingga Jamal dikatakan pernah melamarnya untuk berkahwin!

“Perhubungan kami memang tidak pernah berlaku situasi bertepuk sebelah tangan. Beberapa kali Jamal pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan saya sebagai kekasihnya, ajak kahwin, tapi saya kata tunggu masa yang sesuai. Justeru, apabila segelintir pihak media menuduh saya hanya mereka

cerita, kononnya saya bercinta dengan Jamal semata-mata untuk meraih publisiti, saya benar-benar terkilan,” cerita Anis kepada Zubir dalam pertemuan kami di Balai Berita pada 6 Ogos lalu.

Justeru, selepas mendengar penjelasan panjang lebar daripada Anis, sudah menjadi tanggung jawab Zubir untuk mendengar pula penjelasan daripada Jamal sendiri mengenai kesahihan dakwaan Anis kepadanya. Zubir hanya memaparkan saja kenyataan Anis, sejauh mana kebenarannya, tidak pula dapat dipastikan. Ini bermakna maklum balas daripada Jamal amat penting untuk menyokong mahupun membelakangkan terus kenyataan Anis sebelum ini.

Apabila Zubir kembali bertugas pada Selasa lalu selepas empat hari bercuti bersama beberapa teman rapat, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Jamal menyatakan hasrat untuk bertemunya, sekali gus mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Anis terutama kiriman SMS daripada Raja Pop itu yang pernah mempelawa penyanyi remaja itu menjalin hubungan lebih serius dengannya, sekali gus memperisterikannya. Sejauh mana kesahihan dakwaan Anis, Zubir perlu mendalaminya bersama Jamal pula.

Namun, agak mengejutkan Zubir apabila menerima balasan SMS daripada Jamal yang kedengarannya penuh emosi.

“Tak perlu saya diperbodohkan, anda (Zubir) yang mengaut keuntungan, hentikanlah kerja anda sebagai wartawan mewartakan tulisan yang mundur, langsung tidak membangun minda. Jadilah wartawan yang maju, berguna kepada bangsa dan negara. Terima kasih.”

Zubir hairan, kenapa Jamal berkata begitu, Zubir sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai wartawan, memaparkan saja apa yang diceritakan oleh Anis mengenai perhubungannya bersama Jamal, itu saja. Namun, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Jamal menerangkan kepadanya skop pekerjaan Zubir dan memintanya supaya tidak terus marah-marah.

Ini balasan SMS Jamal selanjutnya.

“Bermakna kerja anda tidak menepati ajaran Islam, seumpama menangguk di air keruh dan melaga-lagakan orang demi kerja. Di mana tanggung jawab anda sebagai warga negara yang bertanggung jawab, tiada kesopanan dan kesusilaan. Ini yang anda nak terapkan kepada generasi kita? Mujurlah pembaca kita sudah tahu mana berita yang berfaedah dibaca, mana yang tidak.”

Sekali lagi Zubir tersentak dengan kata-kata Jamal, tapi Zubir banyak-banyakkan bersabar dan terus memintanya supaya tidak marah-marah lagi. Dulu dalam media lain dia boleh pula beri kenyataan mengenai kisah peribadinya ettapi apabila Zubir bertanyakan hal sama, Jamal marah-marah.

Akhirnya Jamal sudah berupaya mengawal emosinya dan mengirimkan SMS ini: “Kalau begitu carilah kerja lain yang berfaedah di dunia dan akhirat. Saya tak marah, masih penuh kewarasan, ada waktu kita boleh jumpa, terima kasih.”

Berdasarkan SMS berkenaan, nampaknya sudah ada tanya-tanda positif Jamal bersedia bertemu Zubir untuk membuat penjelasan, justeru sehari kemudian, Zubir mengirimkan lagi SMS kepada Jamal untuk bertanyakan kesudiannya bertemu Zubir dalam waktu terdekat ini. Namun, Zubir hampa apabila menerima balasan SMS ini daripadanya.

“Cuti sambut puasa, balik Ipoh, sorry, terima kasih.”

Pun begitu, Zubir tidak pernah berputus asa dan berharap suatu hari nanti, pintu hati Jamal terbuka bertemu Zubir dan menceritakan kedudukan perkara sebenar. Bagi Zubir, berani kerana benar, takut kerana salah. Renung-renungkanlah dan selamat beramal!

ZUBIR: Geli hati membaca kenyataan Waheeda yang hanya mengundang wartawan baik ke majlis pernikahannya bersama Akhil Hayy. Jadi selama ini ada wartawan jahat?

Shazlin nafi amal seks songsang


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Isteri Radhi OAG akui gemar bersosial tetapi tak sampai ke tahap lesbian

TERLANJUR perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan badan binasa. Kebelakangan ini banyak foto panas golongan artis dan selebriti tersebar luas menerusi internet. Bukan sekadar gambar mereka bersosial bersama teman-teman, malah foto berkepit dengan buah hati masing-masing juga semakin mudah diperoleh menerusi internet.

Zubir tabik spring dengan segelintir artis yang mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf, berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Tapi, ada juga artis yang Zubir menyampah tahap ‘gaban’, sudahlah terang-terangan gambar bermesra dengan kekasih terpampang di internet, namun masih nak cover line, cakap mereka tak ada apa-apa hubungan istimewa, geli dan meloyakan!

Antara artis yang menjadi mangsa akibat kecanggihan dunia teknologi maklumat apabila foto dirinya bersosial bersama teman-teman tersebar di internet ialah Shazlin Sharif, iaitu isteri Radhi OAG. Dua, tiga minggu kebelakangan ini, boleh dikatakan hampir setiap hari Zubir menerima kiriman e-mel foto yang sama, tak jemu-jemu mereka.

Masakan tidak, gambar berkenaan memang panas apabila memaparkan aksi cium dan peluk Shazlin dengan teman wanitanya. Justeru, timbul persoalan adakah isteri Radhi OAG itu bernafsu songsang atau boleh dilabel lesbian? Ramai yang tidak menyangka, Shazlin berkelakuan begitu, apatah lagi dia kini masih berstatus isteri dan sudah bergelar ibu! Keghairahannya berhibur dengan minuman keras terhidang di depan mata, turut mengundang persoalan.

Ketika Zubir menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tropicana Golf & Country Resort di Damansara, baru-baru ini, Zubir terpandang kelibat Shazlin ketika sedang mengambil juadah. Justeru, sebaik selesai berbuka puasa, Zubir terus menghampiri Shazlin dan bertanyakan kesahihan perkara berkenaan.

“Saya akui gambar-gambar itu tersebar luas di internet kira-kira sebulan lalu. Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri dua majlis berbeza sekitar pertengahan tahun ini. Pada ketika itu, saya sedang berdepan dengan masalah rumah tangga, turun naik mahkamah, Radhi pula ada ketikanya gagal menghadiri perbicaraan.

“Jadi, untuk menghilangkan tekanan, kawan-kawan baik ajak saya berhibur. Tidak dinafikan, pada masa sama, saya memang gemar bersosial. Tapi, janganlah ingat perkara negatif saja. Maksud bersosial ialah berhibur, melepak bersama teman-teman di pusat hiburan, itu saja. Bukan bermakna saya melakukan perkara yang tak senonoh!

“Namun, apabila tersebar foto saya bersosial dengan cara agak keterlaluan, selain aksi berpeluk dan bercium dengan rakan sesama jenis, saya mengakui, itu memang kesilapan saya kerana dalam keseronokan dan keghairahan saya berhibur itu, saya alpa dengan keadaan persekitaran sehingga lupa apa yang saya lakukan itu di luar batasan dan jangkaan saya.

“Pun begitu, saya masih waras, tapi sebagai manusia, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, jadi tolonglah maafkan keterlanjuran perbuatan saya,” pinta Shazlin penuh keinsafan.

Itu satu kes, sekarang bagaimana dengan dakwaan awak dituduh sebagai lesbian?

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, saya ‘lurus’, bukan ‘bengkang bengkok’! Gadis yang saya cium dan peluk itu adalah kawan baik saya yang sudah saya anggap seperti adik beradik sendiri. Bagi saya, itu perkara biasa, sekadar meluahkan perasaan kasih sayang dan bukannya kami mengamalkan cara hidup songsang atau boleh dilabel gadis lesbian!

“Kawan baik saya pula perempuan, bukannya lelaki!,” kata Shazlin bersungguh-sungguh.

Kata Shazlin lagi: “Cukup-cukuplah mengaibkan saya. Saya ada keluarga, tambahan pula saya tak pernah kacau kehidupan orang lain, jadi tolonglah jangan ganggu saya lagi. Apa yang sudah berlaku itu, sekali lagi saya mohon maaf.”

Bagi Zubir, betul juga permintaan Shazlin itu, cukup-cukuplah menghentam dirinya menerusi alam siber. Lagipun sudah beberapa kali dia memohon kemaafan di atas kesilapan masa silamnya, elok rasanya kita beri Shazlin peluang kedua memperbaiki kesilapan lalu. Semoga Shazlin akan berubah dan tidak lagi mengulanginya.

ZUBIR: Personaliti TV popular, Daphne Iking khabarnya sedang berdepan kes mahkamah apabila berlaku pergolakan dalam rumah tangganya.

Ibu Diana belum sedia terima Farid menantu


Norsiah turut tepis dakwaan gosip dia seorang pelupa, tak hargai jasa media

PEJAM celik, pejam celik, begitu pantas masa berlalu, kini satu Syawal, seluruh umat Islam menyambut kedatangan Hari Lebaran dengan penuh rasa syukur apabila membawa kemenangan selepas sebulan berpuasa melawan hawa nafsu. Keampunan dipohon, salam dihulur dan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin daripada Zubir sekeluarga buat semua insan seni khususnya pembaca setia ruangan ini.

Pun begitu, sepanjang minggu lalu, Zubir bersama rakan sekerja, Raja Nurfatimah Mawar dan Zul Husni tak menang tangan menyiapkan bahan B*Pop, memenuhi tuntutan kerja sempena cuti panjang sambutan Aidilfitri kali ini. Insya-Allah apa yang kami sajikan ini memenuhi cita rasa pembaca semua, kita berhari raya sambil mengikuti kisah sensasi artis kesayangan ramai.

Hari ini, sekali lagi Zubir ingin bercerita mengenai kisah cinta membabitkan aktres remaja, Diana Danielle dengan aktor popular, Farid Kamil yang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Mereka dikatakan berkawan rapat sejak Diana putus cinta dengan anak pengarah filem jutawan, Datuk Yusof Haslam, Syamsul.

Kini perkenalan sebagai teman tapi mesra itu khabarnya sudah bertukar kepada bibit-bibit percintaan. Menerusi temu bual Zubir bersama Diana yang disiarkan B*Pop terbitan 21 Jun lalu, Diana pernah mengaku dia memang berkawan baik dengan Farid. Mereka sudah lama kenal satu sama lain sejak sama-sama berlakon dalam Evolusi KL Drift, namun selepas dia putus cinta dengan Syamsul, barulah mereka mula berhubungan.

"Terus-terang Diana beritahu abang, selepas Diana tamat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), barulah kami bersedia berkawan lebih rapat. Rasanya istilah bercinta tu tak sesuai digunakan lagi, hubungan kami masih terlalu mentah. Kami lebih selesa sebagai kawan baik saja, Diana dah serik nak bercinta macam dulu-dulu, serius!," kata Diana berterus-terang yang kini sibuk sebagai pelajar di Universiti Nottingham cawangan Malaysia di Semenyih dalam jurusan biosains.

Namun, sampai ke hari ini, Zubir belum membaca atau terdengar sebarang pengakuan daripada Farid mengenai status hubungannya bersama Diana. Farid terus mengunci mulut, mungkin tidak mahu hubungan cintanya dengan Diana mendapat liputan luas media massa seperti mana dulu dia berkasih dengan Irma Hasmie (kini bercinta dengan Nabil Raja Lawak) yang akhirnya kecundang di pertengahan jalan.

Justeru, sebelum menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kelab Hiburan Berita Harian baru-baru ini, Zubir sempat menghubungi ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli, individu yang bertanggung jawab mengurus karier Diana selama ini sehingga anaknya itu kini berada pada kedudukan selesa dalam industri hiburan tanah air, sekali gus bertanyakan perkembangan terbaru hubungan Diana bersama Farid. Serius sangat ke hubungan mereka?

“Dalam perhubungan antara Diana dan Farid, mama (Norsiah) tidak pernah menghalang mahupun menggalakkannya. Mereka nak berkawan, apa salahnya. Namun, mama sentiasa berpesan pada Diana, ingat kisah silam sejarah cintanya, dia perlu lebih berhati-hati. Dalam usia Diana yang masih mentah, dia seharusnya memberi fokus kepada pelajaran dan karier lakonannya, bukan soal hati serta perasaan.

“Terus-terang, ketika ini mama belum sedia terima sesiapa pun sebagai menantu! Anak mama tu masih muda. Setakat dia nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kawan baik ke atau tidak, mama tak pernah menghalang, namun segala-galanya harus ada batasan. Dalam sebulan, sekali dua Diana nak keluar dengan Farid, mama tak ada masalah. Lagipun dia sibuk belajar, berlakon, mana ada masa nak bercinta!

“Bagi mama, kalau sekadar Diana berkawan rapat dengan sesiapapun, belum tentu lelaki berkenaan boleh jadi menantu mama! Perjalanan hidup Diana masih terlalu jauh, banyak lagi dia perlu belajar. Namun, mama tak pernah mengongkong kehidupannya, tapi segala kebebasan yang mama beri pada Diana, mama harap dia tak salah guna,” kata Norsiah berterus-terang, melerai status hubungan mesra Diana bersama Farid.

Norsiah nafi marah wartawan

Terlanjur bersembang dengan Norsiah mengenai Diana, Zubir terus teringat kepada artikel, ‘Bosan sikap ibu artis mudah lupa’ yang disiarkan ruangan pojok Normah Becok, menerusi Berita Harian terbitan 14 September lalu. Antara lain ia menceritakan perihal ibu artis yang masih belajar menimbulkan masalah kepada pihak media kerana bersikap pelupa terhadap temu janji dan sesi fotografi bersama anaknya itu, selain meninggikan suara kepada wartawan yang berurusan dengannya.

Ruangan Soseh Soseh terbitan Rap, Harian Metro hari yang sama juga, ada dipaparkan artikel, ‘Ibu pelakon tak mesra media’. Ia menceritakan mengenai sikap ibu artis cantik yang lupa diri. Ibu artis itu didakwa tak kenal wartawan sekalipun wartawan berkenaan sudah beberapa kali menulis artikel mengenai anaknya, nak ucap terima kasih, jauh sekali.

Sekalipun kedua-dua artikel berkenaan tidak menyebutkan sebarang nama, namun berdasarkan risikan yang Zubir buat dengan beberapa kenalan rapat, ibu artis yang dimaksudkan itu ialah Norsiah Ramli!

“Sumpah, mama tak pernah meninggikan suara kepada mana-mana wartawan yang berurusan dengan mama untuk mendapatkan temu janji dan tarikh fotografi dengan Diana. Selain mama, Diana juga ada pembantu peribadinya sendiri. Segala temu janji yang dibuat bersama mama mahupun pembantu peribadinya, pasti direkodkan. Mama tak pernah terlepas pandang, nak kata mama pelupa, rasanya tak mungkin.

“Sekalipun mama dah jarang menemani Diana ke sesi fotografi, mama masih kenal dengan wartawan yang pernah bekerjasama dengan Diana. Mama tak pernah berlagak sombong dengan mereka. Setiap kali selesai temu janji dan fotografi, cerita pun tak keluar surat khabar atau majalah lagi, mama terus SMS kepada wartawan berkenaan ucap terima kasih. Mama sangat-sangat menghargai jasa dan kerjasama pihak media massa.

“Mungkin artikel itu ditulis berdasarkan cerita pihak ketiga, kerjasama dengan mama dulu dan nilai sendiri. Sempena hari baik bulan baik ini, mama minta maaf zahir dan batin kepada mana-mana wartawan yang pernah tersinggung dengan pelbagai cerita yang disebarkan ini. Salam Aidilfitri juga untuk semua,” kata Norsiah yang tidak melatah sekalipun nada suaranya, jelas menunjukkan dia sedih dengan gosip berkenaan.

Berdasarkan cerita ini, Zubir teringat dengan pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.

ZUBIR: Personaliti TV popular tempah katering dan dewan sempena majlis persandingannya Disember ini, tapi dengan wartawan, masih nak cover line, menyampah!

Zizan intim dengan bekas kekasih Nabil


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

PUTUS sudah kasih sayang, yang patah tumbuh, hilang pasti berganti. Umum sedia maklum, kini juara Raja Lawak 2, Nabil sedang hangat bercinta dengan model dan aktres popular, Irma Hasmie. Irma sebelum bertemu Nabil, dia pernah menempuh episod duka apabila putus cinta dengan pengarah dan aktor kacak, Farid Kamil. Farid pula ketika ini hangat digosipkan bercinta dengan Diana Danielle.

Ini bermakna rakan-rakan artis yang ada sejarah putus kasih, pasti bertemu pengganti, bezanya cuma cepat dengan lambat saja. Begitu juga Nabil, sebelum bercinta dengan Irma, dia turut mempunyai kekasih. Namun, hubungannya dengan Amira atau Myra 23, tidak berpanjangan, antara mereka tiada jodoh apabila masing-masing membawa haluan sendiri.

Lama juga Zubir tidak dengar khabar mengenai Myra, setahu Zubir dia baru saja menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dari Universiti LimKokWing di Cyberjaya. Terbaru, teropong Zubir berjaya menjejaki pasangan terbaru Myra. Dia kini sedang berkawan rapat dengan Zizan Raja Lawak!

"Nak kata Zizan dengan Myra adalah pasangan kekasih, aku tak pasti, tapi apa yang boleh aku beritahu kau Zubir, dah nak masuk dua bulan Zizan dan Myra berkenalan dan berkawan baik! Yang pasti, Myra pilih pelawak juga, lepas Nabil, kini Zizan. Mungkin dia selesa dengan orang yang kepala gila-gila macam Nabil dan Zizan.

"Apapun, tahniahlah buat Zizan sebab dapat awek cun macam Myra, berpelajaran tinggi pula tu dan mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Dulu pun apa kurangnya bekas kekasih Zizan, bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Leez tu, pun comel! Sekalipun profesion Zizan seorang pelawak, namun dia mempunyai cita rasa yang tinggi.

"Padanlah dua-dua tu, Zizan pula tengah top dengan rancangan game show popluar di Astro Ria, Bolos. Apabila Zizan berjaya menambat hati Myra, dia sebenarnya berjaya juga membolosi cinta Myra. Yalah, Myra suatu ketika dulu, dia pernah down selepas putus cinta. Sekarang ni apabila Zizan berada di sisinya, muka ada senyum sepanjang masa! Mereka juga khabarnya meminati sukan yang sama, kereta drift," cerita seorang sumber.

Sekiranya apa yang disampaikan ini satu kebenaran, rasa-rasanya betul sebab gambar Zizan bersama Myra dah ada dalam Facebook Myra, Zubir sekadar tumpang gembira, insya-Allah bibit-bibit kasih yang baru dibenih itu taburkan dengan baja cinta, mudah-mudahan semakin mekar mewangi.

ZUBIR: Aktor kacak luah perasan cinta kepada 'teman tapi mesranya', seorang pengacara dan aktres jelita, tapi respons sendu, kasihan dia...

mmi risau Remy, Diana Danielle 'tersangkut'


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Minta pengarah teater Natrah perhatikan gelagat kekasih

RAYA, raya dan raya lagi! Hari ini genap seminggu umat Islam meraikan kedatangan Syawal 1430 Hijrah. Zubir yakin ramai yang masih bercuti sakan, maklumlah setahun sekali barulah nak merasa berehat lama sikit. Zubir sendiri bersama keluarga masih bercuti, justeru ketika menyiapkan bahan advance gosip minggu ini, Zubir teringat untuk bercerita mengenai perkembangan terbaru kisah cinta dua pelakon remaja, Ummi Nazeera dan Remy Ishak.

Zubir pernah menemukan Ummi dan Remy sebagai penghias muka depan B*Pop sedikit masa lalu, kedua-duanya pernah mengaku mereka adalah teman rapat, namun tidak menolak kemungkinan sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti. Senang cerita mereka ini memanglah pasangan kekasih, tengah syok bercinta tu. Tapi, kenyataan mereka masih berlapik kalau ditanya mengenai berbicara hubungan mereka secara terbuka. Kedua-duanya juga pernah digandingkan menerusi drama popular Astro Ria, Awan Dania.

Sehingga saat ini Zubir tidak lagi mendengar sebarang perkhabaran negatif mengenai percintaan mereka, ini bermakna pasti hubungan itu tidak berdepan masalah besar. Masih ada cinta di hati Ummi dan Remy.

Pun begitu, ketika Zubir menghadiri majlis sidang media teater Impak Maksima - The Musical yang akan dipentaskan di The Esplanade, Singapura pada 17 dan 18 Oktober ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini, seorang sumber rapat dengan Ummi dan Remy memaklumkan kepada Zubir, pasangan berkenaan memang sedang hangat bercinta, tapi apabila Remy dan Diana Danielle digandingkan dalam teater Natrah, ada cerita baru yang timbul.

“Sekarang semuanya sudah terang lagi disuluh. Diana Danielle akan memegang watak Natrah, manakala Remy Ishak sebagai Mansor Adabi iaitu suami pertama Natrah. Aku dapat tahu, kononnya sebaik saja Diana disahkan bergandingan dengan Remy sebagai suami isteri dalam teater Natrah, kekasih Remy, Ummi, terus menghubungi pengarah Natrah, Erma Fatima.

“Ummi khabarnya minta tolong Erma tengok-tengokkan si Remy dan Diana, manalah tahu dalam asyik berlakon tu, feeling sebagai suami isteri, dia risau kedua-dua artis yang sedang laris, meletup dan popular itu boleh ‘tersangkut’ dengan perasaan masing-masing. Ringkasnya Ummi nampak seperti cuak sekiranya Remy dan Diana terjebak dengan cinta lokasi!

“Maknanya si Ummi cemburulah tu dengan Remy. Maklumlah, boyfriend popular, kacak pula tu. Orang kata kalau ada rasa cemburu tu maknanya sayang, sekarang memang betullah Ummi dan Remy tengah bercinta. Sebab tu siap pesan lagi dengan Erma, tengok-tengokkan gelagat Remy bersama Diana di pentas Natrah, takut-takut buah hatinya itu berubah hati,” kata sumber tadi bersungguh-sungguh.

Hai, Ummi tak yakin ke dengan kesetiaan Remy? Mungkin Ummi dan Remy belum cukup ranum melayari episod percintaan mereka, justeru perasaan curiga, sangsi dan tak yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing pasti wujud. Lagipun dugaan orang bercinta ni memang hebat. Bagi Zubir, apa yang penting ialah nawaitu dan kesetiaan.

Jika niat kita untuk berkasih dengan orang itu saja, insya-Allah percintaan itu akan kekal abadi, tapi jika ada niat selingkuh atau main kayu tiga, sambil menyelam minum air, kadang-kadang ikatan perkahwinan pun boleh terlerai. peliharalah perasaan pasangan masing-masing. Hormati cinta, jangan biarkan ada dusta! Kesetiaan pula tunjang keharmonian sesebuah perhubungan.

Sedikit mengenai teater Natrah, difahamkan pementasan itu diilhamkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Ia akan dipentaskan di IB mulai 17 hingga 25 November depan. Natrah antara lain mengisahkan wanita keturunan Belanda yang dilarikan keluarga kandung daripada keluarga angkatnya yang berketurunan Melayu Islam di Singapura pada 1950-an sehingga tercetusnya rusuhan dan pertumpahan darah di negara itu.

ZUBIR: Aktor popular dan artis baru berpeluk sakan di pusat hiburan apabila terlalu banyak mengambil minuman keras!

Gara-gara mercun polis beri amaran pada Lan


Oleh ABD. AZIZ ITAR dan METRA SYAHRIL MOHAMED

SETIAP kali tibanya bulan Syawal, pelbagai kenangan pahit dan manis akan terbayang di benak nostalgia bagi yang pernah melalui pengalaman itu kerana kemeriahannya yang disambut setahun sekali.

Bagi Azlan yang kini merupakan penyanyi kumpulan The Typewritter, dia juga pernah melalui pengalaman yang sukar dilupakannya setiap kali tibanya Hari Lebaran ketika merayakan sambutan perayaan tersebut beberapa tahun lalu.

Menurut bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain ini, rumahnya pernah didatangi oleh kereta peronda polis gara-gara menjadi tumpuan ramai kanak-kanak yang datang bermain mercun di situ kerana mahu memeriahkan Aidilfitri.

"Suatu ketika dulu saya menjual mercun macam bunga api dan mercun roket di rumah saya di Hulu Langat, Selangor. Selain itu, rumah saya juga menjadi tempat budak-budak bermain mercun terutamanya pada sebelah malam.

"Apabila mendapati suasana riuh rendah dengan letupan mercun, sebuah kereta peronda polis datang ke rumah saya. Apa lagi, kecut perut saya dibuatnya. Maklumlah menjual mercun secara haram. Tetapi itu cerita lama.

"Sejak tahun lepas saya sudah tidak jual mercun lagi. Saya serik dan takut juga kalau kena tangkap polis walaupun tidak menafikan perniagaan itu memang laris dan menguntungkan," ceritanya kepada Hits sambil ketawa kecil.

Bukan setakat serik, malah sebagai artis yang semakin dikenali ramai serta menjadi ikutan para peminat, menurut Azlan atau Lan dia harus menunjukkan contoh teladan yang baik termasuklah melakukan perkara yang berfaedah.

Antaranya, kata Lan, dia kini banyak memberi tumpuan terhadap pembikinan album sulung The Typewritter yang akan dirakamkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Sebelum ini mereka pernah muncul dengan album single berjudul Kelibat Si Penyair.

"Setakat ini 70 peratus persiapan rakaman itu sudah dilakukan di mana saya sudah ada lapan daripada 12 lagu untuk dirakamkan. Kalau tidak ada aral melintang awal tahun depan album itu akan berada di pasaran," ujarnya.

Bercerita tentang raya, pada 1 Syawal lalu, Lan pulang berhari raya di kampung ibunya di Tampoi dan Kota Tinggi, Johor selama tiga hari sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur bagi meneruskan semula aktiviti-aktiviti seninya.

Selain menumpukan perhatian kepada rakaman album sulungnya, Lan juga kini sedang mencari peluang membawa The Typewritter mengadakan persembahan di luar negara terutamanya di United Kingdom (UK).

Kata Lan, dia bukannya mahu meletakkan harapan menggunung tetapi inisiatif dan kejayaan kumpulan seperti Hujan yang mampu mengadakan siri persembahan bergerak di UK dan Indonesia memberi semangat kepadanya.

"Saya ada juga menerima cadangan dan tawaran daripada rakan-rakan di sana. Sebab itu, selain album lagu-lagu Melayu, saya dan The Typewritter juga akan merakamkan beberapa lagu Inggeris untuk memudahkan kami bergerak jauh.

"Ini adalah antara impian saya yang mahu pergi lebih jauh dalam bidang muzik di mana pencapaian itu tidak dapat saya lakukan semasa menganggotai Meet Uncle Hussain dulu," katanya yang menggemari nasi impit dan kuah kacang.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini Lan telah menyediakan duit raya sekitar RM500 untuk diberi kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya di mana duit raya antara RM5 hingga RM10 akan diberikan kepada mereka.

Aidilfitri penuh bermakna - Noh

Sementara itu, bagi vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh atau Noh berkata, Aidilfitri kali ini bukan sahaja memberi seribu satu makna buatnya malah terhadap kumpulannya itu sendiri.

Ini kerana, beberapa minggu sebelum Hari Raya, Hujan telah muncul dengan album terbaru mereka berjudul Mencari Konklusi yang memuatkan tujuh buah lagu.

Mencari Konklusi, kata Noh, amat berbeza daripada album terdahulu Hujan di mana proses rakamannya dijalankan secara lebih profesional.

Tampil dengan lagu-lagu rancak dan agresif, ia memperlihatkan sisi berlainan Hujan yang mahu terus relevan di persada seni tanah air.

"Semua lagu yang dimuatkan dalam Mencari Konklusi adalah lagu-lagu baru. Proses rakamannya telah dijalankan pada Julai lalu.

"Alhamdulillah, sambutan terhadap album ini amat menggalakkan biarpun ada yang mengkritik album ini lari daripada imej sebenar Hujan.

"Apa pun, Hujan tetap Hujan yang dahulu. Kali ini, Hujan juga tidak menampilkan lagu-lagu cinta dan ia lebih rancak berbanding album sebelumnya,'' kata Noh.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam Mencari Konklusi ialah 2nd Airwave, Obsesi, Mencari Konklusi, Kau Harus Ada, Benci, Romantik dan Sangkar Besi Di Hatiku.

Lagu Mencari Konklusi itu sendiri kini sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Menurut Noh, dengan kemunculan Mencari Konklusi yang diterbitkan oleh Noh Phrofile manakala FMC Music Sdn. Bhd., pula bertindak selaku pengedar, Hujan akan terlibat dengan beberapa siri jelajah promosi album itu di seluruh negara bermula 4 Oktober sehingga November ini.

Selain Mencari Konklusi, ujarnya, Hujan menjelang Ramadan lalu mencipta sejarah tersendiri apabila diundang untuk berduet dengan kumpulan nasyid Raihan menerusi lagu berjudul Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda.

"Ini merupakan kali pertama Hujan membuka ruang untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan muzik lain.

"Kami sebenarnya membesar dengan lagu-lagu Raihan. Mengikut rancangan, projek ini sepatutnya dilakukan tahun lepas tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang anggota Raihan iaitu Che' Am mengerjakan umrah,'' katanya.

Dalam pada itu, Noh ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri berkata, seperti biasa, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, dia dan keluarganya akan pulang ke Miri, Sarawak.

Berkumpul dan menemui sanak saudara, jelas Noh, dia akan bercuti sehingga 1 Oktober ini sempena sambutan perayaan tersebut.

"Syukur kerana tahun ini ada rezeki lebih. Noh pun beli dua pasang baju Melayu. Selepas Miri, pada Hari Raya keempat, Noh sekeluarga akan pulang ke Kuching pula.

"Kalau sebut tentang Hari Raya, Noh suka makan Rendang dan Laksa Sarawak,'' katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Rafidah 3R kini pensyarah


Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

WAJAH gadis berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab, Rafidah Abdullah telah menghiasi program berbentuk infortainmen, 3R selaku pengacara sejak sembilan tahun lalu.

Benar, sepanjang tempoh itu selain mengacara, wanita berusia 32 tahun itu pernah terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem Gol & Gincu yang kemudiannya di bawa ke kaca televisyen sebagai drama bersiri.

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa dia juga sebenarnya merupakan penulis skrip bagi filem arahan Bernard Chauly itu.

Mengacara sudah, berlakon pun sudah dan baru-baru ini berita yang kedengaran, Rafidah sudah melangkah ke satu lagi cabang kerjaya iaitu sebagai pensyarah.

Pada majlis berbuka puasa 3R yang berlangsung di perkarangan syarikat penerbitan, Red Communications Sdn. Bhd., di Petaling Jaya baru-baru ini, ketika bertemu Rafidah, dia mengesahkan khabar tersebut.

Menyingkap perihal kerjaya barunya itu, kata Rafidah, dia merupakan pensyarah untuk subjek Analisa Skrip Filem di Sunway University sejak 19 Ogos lalu.

"Saya ingin memanfaatkan segala ilmu yang saya peroleh ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan skrip di Goldsmiths College, University Of London.

"Jujurnya saya baru lagi mengajar. Buat masa ini saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sebagai pensyarah dan berhadapan dengan pelajar yang bukan sahaja dari negara ini tetapi juga dari Brunei dan Norway.

"Nak kata gementar memang saya akui gementar sebab bukan senang untuk mengajar kerana tidak tahu sama ada pelajar boleh faham atau tidak segala yang cuba saya sampaikan.

perasaan gemuruh

"Buat masa ini saya perlu atasi perasaan gemuruh dan melihat sama ada saya boleh meneruskan kerjaya sebagai pensyarah atau tidak," katanya.

Menulis bukan lagi baru bagi diri wanita yang selesa dengan imej berambut pendek ini.

Apatah lagi, kata Rafidah, dia telah meminati bidang penulisan sedari kecil.

Selain Gol & Gincu, skrip lain yang dihasilkannya termasuklah skrip untuk filem Pisau Cukur lakonan Fazura dan siri Blogger Boy.

"Ketika di sekolah rendah lagi saya sudah mula minat menulis. Malah, selepas tamat tingkatan enam saya pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di Universiti Malaya.

"Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa saya lupakan kerana terdorong untuk meneruskan pengajian dalam bidang guaman oleh keluarga.

"Namun, setelah menyertai produksi 3R minat saya terhadap penulisan semakin kuat dan daripada situ saya mula belajar buat skrip secara perlahan-lahan," katanya.

Terdorong oleh minat tersebut, pada tahun 2002 dia kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan di Goldsmiths College.

Tambah Rafidah, dia turut merancang menghasilkan sebuah buku yang mengisahkan kehidupannya tidak lama lagi.

Tanggungjawab sosial Dayang


Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

DALAM kita bergembira di hari lebaran, pada mereka yang kurang bernasib baik jangan sekali kita lupakan.

Mungkin itulah yang bermain di minda penyanyi bersuara serak-serak basah, Dayang Nurfaizah tatkala pihak pengurusan pusat membeli- belah terkemuka ibu negara, Mid Valley Megamall mengutarakan cadangan buatnya untuk ke sekian kalinya terlibat dalam majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak istimewa.

Terdiri daripada tiga rumah kebajikan di bawah Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, mereka merupakan antara penghuni Pusat Pertuturan KIU, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Persatuan Ibu Tunggal PPR Jelatik.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, apa yang lebih mengujakan penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu inilah kali pertama dia berkesempatan menemani seramai 51 orang kanak-kanak istimewa daripada tiga badan kebajikan tersebut.

Daripada memilih pakaian raya di gedung Kamdar, perjalanan mereka singgah ke A Cut Above Express untuk memotong rambut.

"Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun keempat Dayang berkerjasama dengan Mid Valley untuk majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak istimewa.

"Menariknya tahun ini, Dayang berpeluang menemani mereka memilih pakaian hari raya, memotong rambut dan menjalankan pelbagai lagi aktiviti bersama mereka.

"Dayang rasa seronok melihat mereka gembira.

"Biasalah kanak-kanak, walaupun mendapat sehelai baju dan ada orang melayani kerenah mereka, sudah cukup membuatkan mereka berasa begitu gembira.

"Sedikit sebanyak Dayang rasa gembira dapat buat mereka lupa sekejap tentang masalah atau kesedihan yang mereka hadapi," kata pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty itu.

Selain membeli pakaian dan memotong rambut, kanak-kanak tersebut turut di bawa ke spa ikan, Kenko Reflexology & Fish Spa untuk menyegarkan kaki dan menjalani aktiviti pertandingan permainan tradisional.

Biarpun hatinya sedikit tersentuh melihat ketabahan dan keceriaan kanak-kanak tersebut namun, perasaan itu segera dibuangnya jauh-jauh agar tidak mengganggu mood gembiranya dalam melayani kerenah dan telatah wajah-wajah luhur di hadapannya.

Berlarutan hingga majlis berbuka puasa, Dayang turut menghiburkan mereka dengan beberapa buah lagu raya serta lagu Dayang Sayang Kamu.

Rakam single untuk album baru

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu baru-baru ini baru sahaja selesai menjalani sesi rakaman dua single yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang bakal menemui peminat tahun depan.

Dua lagu tersebut ialah Sayang, ciptaan Omar K dan sebuah lagu berentak world music, ciptaan Yassin, Ku Temu Cahaya.

"Sekarang Dayang tumpukan untuk sesi rakaman album terbaru. Insya-Allah jika tiada aral album tersebut akan dipasarkan pada tahun depan.

"Sehingga kini, yang dah siap buat dua lagu. Kalau boleh Dayang tidak mahu terlalu terburu-buru dalam proses penyiapan kerana apa yang penting adalah kualiti," kata Dayang yang bercuti raya selama 21 hari di Kuching, Sarawak bermula 10 September lalu.

Antara dunia jin dan hantu


KEDUA-DUA filem ini dibuka tayangannya pada Hari Raya Aidil Fitri yang baru lepas. Walaupun kedua-dua filem ini ditayangkan sempena perayaan Aidil Fitri, tetapi kedua-dua filem ini tidak membawakan tema aidilfitri. Sebaliknya kedua-dua filem ini membawakan tema fantasi dan seram.

Jin Notti arahan Azhari M. Zain daripada skrip tulisan beliau dan Amir Hafizi adalah kisah fantasi moden tentang jin perempuan yang dihantar ke dunia atas alasan jin ini perlu dijahatkan disebabkan dia sentiasa berkelakuan baik di dunia jin yang merupakan suatu kesalahan dan sesuatu yang asing. Jin yang bernama Notti (lakonan DJ Radio Hot FM, Fara Fauzana) ini berusia lebih seratus tahun (dalam konteks jin usia ini masih muda) tercampak ke dunia manusia lalu cuba meniru perlakuan jahat manusia.

Dalam segmen pertama Notti menjadi Ruby gadis punk yang liar yang berkawan sama dengan Zulu (Sazzy Falak) juga gadis punk yang liar kerana masalah keluarga. Gagal menjadi jahat dalam segmen pertama, Notti sekali lagi dicampak ke dunia manusia di segmen kedua sebagai Yvonne, teman wanita seorang ketua gangster. Gagal dalam latihan di segmen kedua, Notti sekali lagi dicampakkan ke dunia sebagai Sharifah, seorang peguam bela yang perlu membela dan membebaskan Hisham (lakonan Aziz M. Osman) yang dituduh merogol Zulu, yang telah dipertemukan dalam segmen pertama.

Semasa di dunia, Notti yang diiringi oleh penasihatnya Jinbara (Cat Farish) yang sentiasa menasihati dan membisikkannya untuk melakukan kejahatan, sebaliknya Notti telah jatuh hati pula dengan Aziz (Mawi), pembantu ketua gangster (Corrie) seorang lelaki yang sebenarnya baik.

Pada dasarnya Jin Notti mempunyai premis cerita yang menarik, tentang dunia manusia dan jin, dua dunia yang bertentangan peraturan hidupnya. Pertentangan peraturan ini dan kesilapan dalam memahaminya sudah mampu menyediakan premis komedi yang menarik. Malangnya cerita Jin Notti tidak mempunyai olahan plot yang baik ditambah pula dengan kelemahan lakonan dan pengarahan.

Fara Fauzana sebagai Notti atau naughty (nakal), jin wanita yang membawakan variasi watak gadis punk, gangster dan peguam bela tidak dapat memberikan variasi dalam transformasi watak-wataknya dengan berkesan. Malah kelihatan kaku dalam adegan yang menuntut dia memberikan riak dan emosi. Begitu juga Mawi sebagai Aziz hanya mempamerkan keupayaan yang sederhana, tetapi jika dia mendapat arahan yang baik Mawi boleh menyerlah sebagai pelakon.

Walau bagaimanapun Jin Notti mempunyai elemen dan dialog-dialog komedi spontan yang cukup sinis dan berbau kritikan politik yang tajam. Hal ini dapat dilihat terutamanya pada adegan-adegan di mahkamah dalam aksi yang melibatkan peguam bela, pendakwa dan hakim. Sungguhpun adegan di mahkamah jin boleh menjadi metafora keadilan yang menarik tetapi sekali lagi adegan yang seharusnya menarik ini tidak dilengkapkan dengan arahan seni yang baik.

Set mahkamah jin kelihatan cukup sederhana, sedangkan set ini seharusnya memperlihatkan suasana yang hebat dan magikal. Begitu juga gambaran alam jin dan masyarakatnya yang memperlihatkan gaya hidup yang bertentangan dengan masyarakat bumi tidak ditunjukkan sedangkan aspek ini seharusnya digambarkan visualnya.

Elemen efek khas visual dan bunyi seharusnya mampu menjadi tunjang yang memperlihatkan kehebatan filem ini, tetapi sayang kemampuan Imej Janaan Komputer (CGI) yang selalu ada dalam filem-filem terbitan KRU tidak digunakan dengan berkesan dalam filem Jin Notti.

Jika filem Jin Notti bersandarkan kisah fantasi moden, tetapi filem Momok: The Movie (MTM) hanya merupakan rangkaian segmen kisah-kisah hantu yang popular di kalangan masyarakat Melayu tradisi. Pembikinan filem MTM sebenarnya lanjutan daripada kejayaan M.Jamil menghasilkan Momok dalam bentuk VCD hasil daripada sebuah pameran tentang hantu anjuran Muzium Negara yang cukup berjaya pada tahun 2002.

Kisah-kisah hantu tradisi seperti pontianak, pocong, orang bunian atau mitos orang mati yang bangkit bila dilangkah kucing hitam diceritakan oleh Kadir (Abon) kepada Adlin (Faizal) yang baru balik ke kampung itu dari Terengganu semasa mereka bertandang ke gerai mi calong kepunyaan Pak Aziz (Aziz Sattar). Sayangnya kisah-kisah hantu yang diceritakan oleh Kadir atau Pak Aziz kepada Adlin sekadar cerita kosong sahaja tanpa ada kaitan segmen antara satu sama lain, cukup sekadar mengisi masa menunggu mi calong yang hendak disiapkan oleh Pak Aziz untuk Kadir dan Adlin.

MTM nyata tidak memperlihatkan sesuatu yang lebih istimewa daripada versi VCD, sama ada daripada aspek olahan cerita atau pun teknik pembikinan apabila dipindahkan ke bentuk filem, (MTM dibikin menggunakan peralatan video digital definisi tinggi kemudian dipindahkan ke filem).

MTM cuba menggabungkan elemen seram dan lucu yang mana pada adegan tertentu memang berkesan menyeramkan biarpun dihasilkan secara yang sederhana. Tetapi lakonan Abon, Faizal dan Aziz Sattar berjaya memberikan elemen komik yang melucukan dalam filem ini. Sebagaimana kejayaan VCDnya, MTM mungkin sahaja boleh menjadi sleeper hit.

Sayang Jin Notti yang berpotensi untuk menjadi sebuah filem fantasi moden yang menarik tidak dieksploit sepenuhnya, manakala MTM walaupun masih bersandarkan kepada kisah seram tradisi Melayu tetapi seharusnya diberikan pendekatan dan olahan baru yang lebih menarik dan menyegarkan. Walaupun sekadar untuk mengisi hiburan tontonan sambutan hari raya.

Tangkap pencuri: Anak pelakon Norlia Ghani maut jatuh tingkat 7


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Niat murni anak ketiga pelakon veteran, Norlia Ghani untuk menangkap pencuri di kawasan rumahnya di Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh akibat terjatuh dari tingkat tujuh, pangsapuri tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 petang ketika Edi Rizal Ramli, 32, dikatakan cuba menyeberang tembok koridor bagi menangkap pencuri yang bersembunyi di anjung sebuah rumah di tingkat itu.

Bagaimanapun tindakan Edi gagal apabila dia tergelincir dan jatuh ke bumbung sebuah rumah di tingkat dua sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh penduduk dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Menurut saksi, Mazlan Abdullah, 36, cubaan merompak oleh pencuri itu pada mulanya disedari oleh seorang pembantu rumah di tingkat tujuh yang kemudian menjerit meminta tolong.

Katanya, Edi dan beberapa penduduk bergegas keluar rumah dan cuba mencari penjenayah berkenaan.

"Bagaimanapun Edi yang mendapat tahu pencuri itu menyorok di sebuah rumah berlari ke tingkat tujuh.

"Dia kemudian bertindak menyeberang tembok koridor rumah berkenaan untuk menangkap pencuri itu tetapi terjatuh.

"Kami telah melarang dia daripada bertindak seorang diri tapi tidak diendahkan," kata Mazlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya, pencuri tersebut bagaimanapun dapat melarikan diri dalam suasana kelam-kabut itu.

"Ini bukan kali pertama mangsa cuba menangkap pencuri. Dia memang selalu menolong menangkap pencuri tapi tidak sangka kejadian kali ini akan berakhir begini," katanya.

Abang ipar mangsa, Zainal Abidin Saad, 54, berkata, ketika kejadian ibu mertuanya tiada di rumah kerana berhari raya di rumahnya di Ampang.

"Semasa kejadian hanya abangnya, Romi sahaja berada di rumah kami di tingkat empat.

"Sebelum ini Edi pernah dirompak dan beberapa barangnya dicuri. Mungkin itu menyebabkan dia berang dan terus mengejar pencuri tanpa berfikir tentang keselamatan diri," katanya.

Zainal berkata, Allahyarham menunjukkan beberapa kelakuan pelik seperti sering mencium ibunya dan tidur berdekatan ibunya.

"Edi juga meminta duit raya daripada kakaknya yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

"Mama ada memberitahu tentang sikap pelik arwah yang sering menciumnya dan mahu tidur berdekatan tapi kami fikir itu mungkin perkara biasa dan tidak langsung terfikir itu merupakan tanda-tanda arwah akan pergi meninggalkan kami.

"Dia juga ada bersalam dengan saya semasa hari raya dan meminta supaya dimaafkan segala kesalahan dan saya hanya fikir dia cuma bergurau sahaja," katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

Sementara itu pelakon Rusdi yang dalam keadaan sedih ketika ditemui berkata, beliau ada berjumpa Edi semasa Hari Raya Aidilfitri dan arwah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.

Edi merupakan anak ketiga daripada empat beradik hasil perkongsian hidup Norlia Ghani bersama Ramli Ismail. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Rusdi, Romiza, Edi Rizal, Emie Atkashina dan seorang anak angkat, Norlina.

Umie Aida bertunang Selasa ini


SEMUA tahu yang Umie Aida kini sudah berpunya. Di jari manisnya juga sudah tersarung cincin belah rotan daripada emas putih jenama Chopard sebagai tanda sudah dirisik.

Tarikh 17 Mei lalu menjadi saksi bahawa dirinya sudah disunting ahli perniagaan yang berkulit mulus dan mempunyai senyuman manis itu.

Kini selepas hanya lima bulan menjalinkan hubungan cinta, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun ini semakin pasti dengan pilihan hatinya.

Justeru, selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak, Umie mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan lelaki impiannya.

Tarikh 29 September 2009 ini menjadi detik bersejarah buat Umie dan cinta hatinya yang dipanggil Abang itu. Bersyukur dipertemukan dengan lelaki tersebut, Umie menganggap duda beranak dua itu adalah jodoh terbaiknya.

“Alhamdulillah... ” kata Umie ringkas namun penuh makna. “Saya akhirnya menemui seseorang yang dapat menerima diri saya seadanya,” tambahnya sambil tersenyum manja.

Mungkin ramai menganggap alasannya itu terlalu klise namun tegas Umie bukan mudah bagi seseorang lelaki untuk menerima dirinya.

Bukan sahaja kerana bergelar seorang artis popular tetapi yang lebih penting dapat menerima kehadiran dua anak angkat kesayangannya.

Dan sebagai wanita, biar semoden manapun dia, Umie amat mengambil berat, menghormati dan menyayangi ahli keluarganya.

“Anak-anak dan keluarga penting dalam kehidupan saya. Orang yang menginginkan saya perlu untuk menerima hakikat tersebut.

“Dia menerima saya, anak-anak saya dan keluarga saya. Sebab itu saya katakan dia jodoh terbaik saya,” ujar Umie.

Melimpahkan rasa syukur dipertemukan dengan lelaki tersebut, Umie juga mengharapkan sikap dan sifat bakal tunang yang begitu menghormati pendiriannya terhadap anak dan keluarga akan terus berkekalan.

Malah Umie mengakui kerana sifat dan sikap itulah juga yang membuatkan pintu hatinya yang selama ini tertutup akhirnya terbuka dan bersedia untuk menerima kehadiran seorang lelaki bernama suami.

Mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk menzahirkan sebuah komitmen dalam perhubungan dua hati, Umie tidak menyangka yang semuanya berlaku dengan pantas.

Masakan tidak, berkenalan bulan April lalu dengan ahli perniagaan bertaraf jutawan dan bergelar Datuk itu, hari ini dia sudah hampir menamatkan zaman solonya.

“Ya, saya bersyukur Syawal yang mulia ini saya menjadi tunangan orang, insya- Allah,” katanya sambil melirik senyuman.

Syawal berbeza

Umie mengakui Ramadan dan Syawal kali ini memberi erti yang amat bermakna dalam kehidupannya.

Teruja melalui bulan Ramadan, Syawal juga dirai dengan suasana sedikit berbeza. Masakan tidak, sempena Lebaran ini, Umie turut menziarah keluarga bakal mertuanya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beraya ke sana pada hari kedua Syawal, Umie menziarah bersama anak-anak kesayangan, Mohd. Daniel Firdaus, 15 dan Mohd. Dzulhelmy, 14 serta adik beradiknya.

Menganggap dirinya bertuah kerana disayangi lelaki impian, Umie juga mengakui beruntung kerana mendapat bakal keluarga mertua yang menerima serta melayan dirinya dengan sangat baik.

Bukan itu sahaja, kehadiran lelaki berkumis itu juga memberikan satu kesan mendalam kepada diri Umie dan membuatkan hatinya tersentuh.

“Selalunya saya melalui kehidupan saya sendiri. Saya buat semua perkara dari A sampai Z. Hendak-hendaknya apabila menjelang raya.

“Tapi tahun ini berbeza kerana Abang tanpa diminta menguruskan segala persiapan terutama untuk anak-anak,” kata Umie.

Bukan sahaja yang melibatkan persiapan menjelang Hari Raya malah dia juga amat peka kepada kehendak dan persekitaran anak-anak bakal isterinya.

Tanggungjawab Umie selama ini kepada diri dan anak-anak digalas tanpa berkira. Dia, kata Umie, sangat mengambil berat dan mengambil tahu mengenai diri dan anak-anaknya.

“Dia rapat dengan anak-anak. Itu amat menyenangkan. Malah kadang kala dia melakukan aktiviti dengan mereka tanpa saya.”

Biarpun bakal bertunang Selasa ini, Umie masih belum mahu memperkenalkan buah hati kesayangannya.

Dia hanya menjelaskan bahawa lelaki yang dipanggilnya Abang itu adalah seorang yang sangat low profile dan simple.

Pun begitu dalam keterujaan meraikan Syawal bersama lelaki idaman, jauh di sudut hatinya tetap merindui seorang lelaki yang paling disayanginya, arwah ayahnya, Rahmad Ali yang telah meninggal dunia Mac tahun lalu.

“Ya, dia insan yang saya paling sayangi dalam dunia.”

Cincin Chopard dan dupleks

Bakal mengadakan majlis pertunangannya pada sebelah malam Selasa ini, Umie memilih tema biru firus+putih untuk persalinan di pihak perempuan manakala kelabu di pihak lelaki.

Disolek oleh Khir Khalid, persalinan Umie direka oleh Bill Keith dan dekorasi serta hiasan dalaman, pelamin dan khemah disediakan oleh Kem Salleh daripada Kapas.

Teruja menempuh hari-hari bahagianya, nyata keserian terpancar di wajah aktres bernama penuh Umi Kalsom Rahmad ini.

Jelas sekali kebahagiaan yang sedang dirasai apatah lagi impian bergelar isteri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Insya-Allah secepat mungkin,” demikian katanya kala ditanya mengenai tarikh perkahwinan.

Sibuk merancang majlis pertunangannya sepanjang Ramadan lalu, Umie bakal disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya.

Cincin tunang bertatah berlian daripada koleksi jenama mewah kegemarannya, Chopard menjadi pilihan dan Umie juga menerima sebuah kondominium dupleks sebagai hadiah perkahwinan.

Nostalgia Dafi & Fara Fauzana


SYAWAL yang menjelma tentunya banyak meninggalkan kenangan. Jika diimbas peristiwa dulu-dulu tentu sekali zaman kanak-kanak memberikan nostalgia paling indah dalam kehidupan kita.

Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana, 29, dan penyanyi Dafi, 21, juga mengakui Syawal memberi banyak pengertian kepada mereka.

Apabila teringat kisah lama, kadangkala boleh ketawa seorang diri. Ada masanya juga boleh menitiskan air mata.

Bercerita peristiwa lama menyambut lebaran, kata Fara, hobinya melakukan aktiviti yang jarang dilakukan gadis-gadis lain ketika zaman kanak-kanak iaitu bermain mercun buatan sendiri.

Bukan saja masa kecil tetapi ketika bertugas di stesen radio Era dulu pun dia masih tidak boleh meninggalkan tabiatnya itu sehinggalah kerajaan mengharamkan permainan mercun.

“Fara pernah buat mercun dengan menggunakan karbaid dan tin kosong. Bunyi tu sudah cukup kuat yang boleh didengar satu kampung,” katanya.

Tapi nasihat Fara kepada kanak-kanak supaya tidak melakukan permainan sedemikian kerana ia boleh mendatangkan bahaya selain boleh didakwa.

Sementara bagi Dafi pula dia sebenarnya lebih seronok beraya pada zaman kanak-kanak berbanding apabila sudah meningkat dewasa.

Pengalaman tidak boleh dilupa ketika beraya di kampungnya di Temerloh, Pahang apabila dia dan sepupu-sepupunya mencuba untuk membuat lemang sendiri.

Malangnya kerana keletihan akibat seharian membakar lemang, Dafi tertidur sehinggalah membuatkan lemang berkenaan menjadi keras dan hangit.

“Itu merupakan pengalaman yang tak dapat saya lupa dalam hidup setiap kali mengingati semula kenangan lama berhari raya,” katanya.

Sudah masuk tiga tahun menjadi artis, tahun ini Dafi memperuntukan wang bagi membeli hadiah untuk diberikan kepada keluarganya dan nenek tersayang.

Beraya sebagai anak seorang menteri pula kata Dafi amat berbeza kerana dia dapat mengikut ayahnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu rakyat.

Pengalaman itu adalah istimewa kerana Dafi dapat membezakan bagaimana seorang pemimpin mendekati orang ramai dan artis bersama peminat
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails