Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts

Jangan tanya asal-usul anak angkat, mereka tak berdosa -Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi meminta mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak membangkitkan status asal-usul mereka sebelum dilahirkan. Abby berkata, soal itu tidak penting kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka. "Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini... tak terulis di sini. "Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya... Wallahuallam," tulisnya. Abby mendedahkan dia mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun lalu.
Sebulan kemudian Abby sekali lagi diberikan rezeki anak apabila dia mengambil seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia. Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim. Dalam pada itu, Abby menyeru kepada wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari Abby daripada mengambil jalan melakukan perkara tidab baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah. Kata Abby, dia sentiasa terbuka untuk membantu kerana percaya setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaian daripada mengambil jalan singkat. Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga bayi itu, cari saya. "Di mana sahaja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebaygainya ya adik, kakak ya. "Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini," katanya.

AKSI MANJA ABBY ABADI BERSAMA SUAMI KETIKA MAJLIS BERTANDANG

Gembira melihatkan kehidupan Abby Abadi yang kini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta bersama suaminya Jai Ezzany. Pernikahan kali ketiga di dalam sejarah hidupnya ini diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa. Di saat ini, sudah tentu pasangan Abby dan Jai ini sedang dilamun cinta memandangkan koleksi gambar mereka yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing menunjukkan mereka sepertinya tidak boleh dipisahkan, lebih-lebih lagi dengan status manja Abby yang kadang kala menimbulkan kontroversi. Menerusi Instagram Abby dan juga Jai berkongsi detik-detik manis mereka berada di Kelantan bagi majlis bertandang yang serba sederhana. Namun begitu, Abby tetap kelihatan cantik dan lembut dengan busana berwarna hijau yang dikenakan, sesuai dengan pasangan yang kelihatan segak bergaya.

"Biarlah Ini Perkahwinan Terakhir" - Abby Abadi

Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.
"Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu. "Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis pada hari ini (Jumaat) berjalan lancar," katanya kepada mStar Online. Abby ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, Jumaat. Abby dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah. Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.
Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran. Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin. Dalam pada itu, Abby berkata, dia terbuka hati untuk menerima Muhammad Faizal kerana sikap rendah diri lelaki berkenaan selain menerima dia seadanya. "Paling penting dia terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga," ujarnya. Sementara itu, Muhammad Faizal berkata, mereka berharap dapat dikurniakan dengan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri rumah tangga mereka. "Kalau boleh (nak) kembar... Apa pun kami berharap diberikan rezeki cahaya mata secepat mungkin," katanya yang sudah mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Tambahnya lagi, mereka juga merancang untuk membawa anak-anak bercuti ketika berbulan madu nanti. Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ini. Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Sikap Penyayang Buka Hati Wartawan Harakah Terhadap Abby Abadi

Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada bekas anggota kumpulan Elite itu membuatkan dia tertarik hati untuk memperisterikan wanita berkenaan. Muhammad Faizal, 41, yang bertugas sebagai wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah berkata, sepanjang perkenalan mereka, Abby sering membantu golongan memerlukan dan dia melihat ia adalah kualiti paling baik wanita itu. "Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya," kata Muhammad Faizal kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Faizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat dekat sini manakala majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos. Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak pernah menilai Abby berdasarkan cakap-cakap negatif terhadap bakal isterinya itu sebelum ini kerana ia tidak adil.
"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan," katanya. Tambahnya lagi, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini. "Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami," ujarnya. Mengimbau perkenalan bersama Abby, Faizal berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar profesional di antara wartawan dan selebriti namun ia mula berputik selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu. "Saya seorang wartawan dan banyak membuat follow-up dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja. "Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir kami pun tidak lagi berhubung namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya. Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Abby Abadi Dan Khairul Azli Sudah Bernikah

Pelakon terkenal, Abby Abadi dikatakan sudah selamat bernikah dengan kekasihnya iaitu Ustaz Khairul Azli beberapa hari yang lepas. Hal ini disebabkan Khairul Azli telah memuatnaik gambar terbaru menerusi akaun Instagram peribadi yang menggambarkan seolah-olah mereka sudah bernikah.
Jika benar perkhabaran yang Katak Comel terima ini, penulis mengucapkan jutaan tahniah dan mendoakan mereka kekal sehingga ke jannah. Amin

Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Jadi Pelakon

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan. Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan. "Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini. "Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia. Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda. Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan. "Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya. "Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya. Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut. Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu. "Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya. Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

BILA ABBY ABADI SAMBUT BIRTHDAY 'BUAH HATI'

Surprise! Itulah ungkapan Abby Abadi ketika membuat kejutan majlis hari lahir untuk Ustaz Khairul Azli yang didakwa sebagai buah hatinya. Nampaknya, Abby seolah dapat melupakan sebentar apa yang berlaku antaranya dengan bekas suami mengenai isu hutang. Malah di sebalik belon yang berbentuk hati itu, Abby kelihatan cukup gembira disamping Khairul. Iyalah... kalau bukan Abby yang buat kejutan, siapa lagi nak buat untuk Khairul ya tak? Itulah satu hati namanya. Heh. Bukan apa, tetapi jika benar Khairul merupakan pilihan hati Abby, kami doakan semoga hubungan mereka kekal sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Amin.

"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu. Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus. "Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin. Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.
Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang. Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu. Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit. "Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian. "Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya. Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.

'GOSIP MANJA' DENGAN USTAZ - ABBY ABADI MALU KUCING

Masihkah anda ingat dengan gosip manja Aby Abadi dengan ustaz Khairul Azli yang 'dikenenkan' oleh rakan baiknya Azza? Meskipun ada video yang memaparkan mereka bergurau tentang jodoh, namun Abby tetap menafikan yang ustaz itu sebagai kekasih barunya. Katanya, lelaki itu hanya sekadar kawan lama yang dia kenal. Namun apa yang menarik, Khairul Azli sebenarnya mengajar anak-anak Abby Abadi dan dirinya mengaji Al-Quran. Perkenalan mereka kini sudah menjangkau usia 4 tahun.
"Janganlah cakap macam-macam, sebagai wanita saya malu dan tak manislah. Dia bukan kekasih baru, tapi kawan dah lama kenal. Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi mengenai status kami. "Dia bukan kekasih baru seperti yang ramai sudah salah sangka. Kami dah kenal empat tahun sebenarnya. Dia yang mengajar anak-anak dan saya mengaji sebelum ini sebab itu kami panggil dia ustaz.
"Hakikatnya kami bukan kawan biasa tapi memang baik. Cuma janganlah tanya lebih lanjut sebab tak manis saya nak cakap mengenai soal hubungan. Semuanya masih samar ketika ini. "Memanglah kalau orang tengok video itu orang akan cakap macam-macam tapi buat masa ini biarlah saya berdiam diri dulu. Saya pun tak mengharapkan apa-apa yang lebih sebab kami memang berkawan pun selama ini.
"Kalau ada apa-apa yang lebih serius atau jodoh kami, tentu saya akan beritahu nanti," ujar Abby malu-malu. Takpa la Abby... tak nak cerita sekarang pun no problem. Bak kata orang, malu tu tandanya mahu. Heh.

MANISNYA ABBY ABADI BERNIQAB

Meskipun ada yang mempertikaian penampilan terkininya, namun Abby abadi nampaknya terus melangkah ke hadapan tanpa berpaling lagi. Keputusannya untuk berniqab sejak seminggu lalu adalah atas kesedaran bahawa ia satu kewajipan yang harus dilakukan wanita Islam. Tahniah Abby!

Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi

Ketika banyak pihak menghentam Abby Abadi selepas bekas suaminya mendakwa dicederakan pelakon berkenaan, aktor Zul Ariffin pula bertindak mempertahankan bekas kekasihnya itu. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, sepanjang tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, Abby bukan seorang wanita yang digambarkan sedemikian. Malah Zul juga menepis tuduhan kononnya dia pernah mengalami nasib menjadi mangsa kekasaran Abby. "Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa," katanya kepada mStar Online. Zul ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal TV3, yang diadakan di Hotel One World di sini sini, Rabu. Terdahulu, bekas suami Abby iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakan dia dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan lebam selain pernah mencakar mukanya. Pasangan berkenaan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini selepas hampir setahun berkahwin.
Dalam pada itu, Zul turut menyangkal dakwaan kononnya dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan. Jelas Zul, perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka sebelum ini selain dia tidak mahu mengungkit kisah lama. "Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu," ujarnya. Zul juga enggan mengulas mengenai perceraian bekas kekasihnya itu dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat wanita berkenaan. Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, Zul mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sejak akhir-akhir ini kerana kesibukan. Bagaimanapun kata Zul, percintaan mereka berada dalam fasa baik namun dia tidak berani untuk bercakap tentang perancangan berkahwin buat masa ini. "Hubungan dengan Gayatri masih berjalan seperti biasa tetapi jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai perkara tetapi kami sering berhubung menerusi telefon," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dengan sebuah drama istimewa menerusi slot Akasia di TV3 pada bulan Ramadan ini berjudul Rindu Awak 200 Peratus. Drama 28 episod yang turut menampilkan Ayda Jebat yang akan ditayangkan bermula 14 Julai depan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Abby Tidak Hormat Suami?

TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24. Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai. Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini. Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. “Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya. Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga. “Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya. Tetap Dengan Pendirian Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini. Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik. "Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku. “Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya. Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya. “Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan. “Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.

Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam

Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air. "Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain. "Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan. Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya. Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. "Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal. "Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?
"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya. Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya. Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan. "Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain. "Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya. Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat. "Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat. "Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.

KELUARGA BAHAGIA ABBY ABADI

Bayangkan... jika Memey Suhaiza mahu ke mana-mana, dia akan tinggalkan anaknya Mohamed Darwisz bersama Abby Abadi. Ikatan rapat tersebut jelas menampilkan keikhlasan mereka berdua yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Melihat kehidupan Abby sekarang, teringat kami pada Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat." Allahu A`lam.

RAGAM MEMEY & ABBY SAMBUT AIDILADHA

Ragam menarik keluarga Memey Suhaiza dan Abby Abadi bersama suami mereka iaitu Norman Hakim dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar menyambut Aidiladha selasa lalu. Khabarnya, mereka juga sembahyang berjamaah serta membuat majlis doa sesama mereka di rumah Norman yang tersergam indah. Kesimpulannya, perpisahan kadangkala ada hikmah yang tersembunyi. Bak kata orang, Rezeki, Jodoh, Pertemuan, Ajal Dan Maut adalah kuasa Allah SWT. Tak gitu?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails