Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nancie Foo Berlakon Semula Selepas 20 Tahun 'Hilang'

Tambah Nancie, dia kini terlibat dalam drama Gerak Khas terbitan Skop Production. Mengenai buku We Are Family, ia diterbitkan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rumah perlindungan untuk binatang terbiar iaitu Homeless & Orphaned Pets Exist (HOPE). Isu kandungan buku tersebut adalah mengenai kisah-kisah menarik di antara binatang peliharaan dan tuannya. Kisah selebrit antaranya seperti Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Amber Chia, Maya Karin dan Adibah Noor bersama kucing kesayangan masing-masing turut dipaparkan dalam buku tersebut. Nancie yang juga ketua kumpulan menghasilkan buku berkenaan berkata, pihaknya telah berjaya mengumpul sebanyak RM536,350 untuk disalurkan kepada HOPE. Jumlahnya nampak banyak tetapi pihak HOPE memerlukan lagi RM500,000 untuk menguruskan rumah perlindungan tersebut. "Saya harap pihak.kami dapat terus membantu HOPE mengumpulkan dana daripada pihak-pihak.lain pada masa akan datang," ujarnya. Buku We Are Family yang berharga RM100 boleh dibeli dengan menghubungi talian 03-21628232. Bagi yang ingin menderma terus kepada HOPE, boleh memasukkan wang ke akaun Persatuan Perlindungan dan Perliharaan Haiwan Terbiar Skudai iaitu 5512-0352-0262 (Maybank). Untuk maklumat lanjut layari www.hopejb.com atau akaun Facebook www.facebook.com/hopejb.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails