Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fizo Omar. Show all posts
Showing posts with label Fizo Omar. Show all posts
“Percikan Darah, Macam Tak Percaya” - Fizo Omar
EMPAT tahun menanti kehadiran zuriat pertama, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui ia pengalaman luar biasa dapat melihat sendiri kelahiran bayi sulungnya pada Jumaat lalu.
Fizo, 32, menerusi Instagramnya memberitahu perasaannya bercampur baur apabila diberi peluang melihat sendiri proses kelahiran selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum isterinya, Mawar Abdul Karim disahkan hamil.
"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama serta pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu.
"Aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik pembedahan mengharungi setiap saat, getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.
Katanya, sudah menjadi impiannya untuk bergelar seorang bapa dan saat dia bertentang mata dengan bayi perempuannya itu, Fizo memberitahu air matanya mengalir.
"Yalah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri kerana mempunyai cahaya mata adalah salah satu impian utama dalam hidup aku.
"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.
"Subhanallah aku macam tak percaya, Weh! Aku dah jadi Daddy! Itulah yang bermain di kepala aku," ujarnya.
Bagaimanapun kata Fizo, walaupun teruja namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk memegang anaknya itu dan hanya memerhatikan sambil mengalirkan air mata.
"Aku sampai tiada kekuatan nak pegang baby masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang jururawat sedang buat kat anak aku.
"Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus menangis, lagi kuat baby menangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah," katanya lagi.
Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.
Mawar Tercabar Kepakaran Memasak Fizo Omar
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar, berkata, dia berasa tercabar dengan bakat dan kebolehan suaminya yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sekali gus menuntutnya untuk mempelajari ilmu masakan secara lebih terperinci.
Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 27, berkata, biarpun diketahui mengenai bakat suaminya dalam bidang masakan, itu bukan alasan untuk dia terus bersikap lepas tangan menyerahkan tugas-tugas di dapur kepada Fizo.
"Saya akui kalau di rumah, Fizo yang banyak berada di dapur berbanding saya kerana memasak adalah kesukaan dia manakala saya pula lebih kepada mengemas. Almaklumlah, lelaki kalau buat kerja dapur akan jadi tunggang langgang dan di situlah tugas saya (mengemas).
"Tiga tahun mendirikan rumah tangga, jujur ada juga rasa tercabar dengan situasi itu. Justeru, saya tawar diri untuk cuba dalami ilmu memasak dengan Fizo apatah lagi kami sekarang telah memiliki restoran sendiri iaitu 'FizoMawar Kitchen' yang dibuka pada Disember tahun lalu,” katanya.
Mawar ditemui pada sidang media kerjasama F&N dan Fizo Mawar untuk lima mini episod bagi siaran YouTube untuk kempen 'Aroma Kasih Sayang'.
Sidang media diadakan di FizoMawar Kitchen, di sini, Selasa.
Kata Mawar lagi, hasil daripada pembelajaran itu, dia kini mahir menyediakan sajian tomyam ala Thai, kebab dan beberapa sajian pencuci mulut selain mengakui agak teruja untuk ke dapur menyediakan sajian berbuka puasa kepada suami dan keluarga.
"Satu petua yang baru saya belajar, dalam masakan bersantan Fizo tidak galakkan saya menggunakan santan sebaliknya menggantikannya dengan susu cair F&N atas beberapa sebab antaranya untuk lebih sedap dan lauk tidak cepat basi,” katanya.
Sementara itu Fizo pula berkata, memasak merupakan satu terapi buat dirinya sehingga pada satu tahap hendak ke pasar pun membuatkan dia rasa begitu teruja.
Dalam perkembangan sama, Fizo kini baru sahaja pulang dari Bangkok, dan Phuket, Thailand untuk mendalami ilmu masakan sebagai persiapan menerbitkan sebuah program masakan sendiri tidak lama lagi.
"Selama lima hari di sana, saya sempat belajar beberapa menu dalam melengkapkan 50 menu dalam senarai awal saya. InsyaAllah Ramadan nanti Chef tersebut akan datang ke Malaysia untuk menyambung tunjuk ajar," katanya.
Mengulas tawaran sebagai duta bersama produk F&N pula, Fizo dan Mawar menganggap kerjasama yang berpanjangan bersama syarikat itu sebelum ini memberi ruang kepada mereka untuk ditawarkan menjayakan kempen 'Aroma Kasih Syaang’ bagi mini episod berkenaan.
"Rancangan ini boleh disaksikan di laman YouTube sebanyak lima episod di bulan Ramadan ini di mana pihak F&N cuba mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang menerusi setiap resipi dan masakan.
"Di sini, saya dan mawar secara eksklusif akan menyediakan sajian dari ilham kami sendiri menggunakan susu pekat manis dan susu sejat dari jenama F&N,” katanya.
Fizo Omar Kongsi Kisah Hidup Menerusi Buku
Pelakon Fizo Omar berkongsi pengalaman dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar usahawan berjaya menerusi sebuah buku yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, buku berkenaan adalah terlalu peribadi buatnya kerana ia menghimpunkan segala pahit maung dalam mencari sebuah pengertian kehidupan sebenar.
"Saya pernah hampir tewas dengan dugaan hidup termasuk kes penipuan RM8 juta, sehingga saya tertanya pada diri sendiri kenapa semua ini terjadi dan mengapa saya yang kena.
"Bagaimanapun apabila saya belajar tentang sebab-sebab kenapa saya dipilih oleh Allah untuk berdepan dengan semua dugaan demi dugaan, lantas saya sebaliknya bersyukur dengan ujian itu," katanya.
Buku setebal 272 muka surat itu mendapat sentuhan penulis Abie Abdullah dilancarkan sendiri oleh mentornya, Dr Azizan Osman bersempena program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang diadakan di Shah Alam, Jumaat lalu.
Buku yang diterbitkan sepenuhnya oleh Azizan Osman Publications Sdn Bhd (AOP) ini menceritakan permulaan hidup anak jati kelahiran Kelantan ini dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar sebagai usahawan berjaya hari ini.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bersyukur buku tersebut telah pun terjual sebanyak 1,000 naskah dalam masa dua hari di IMKK dan berharap ia dapat memberi lebih inspirasi kepada golongan belia.
Buat permulaan kata Fizo, buku berkenaan hanya dijual di program-program anjuran Richworks International Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada 27 Syarikat Kumpulan Rickworks pada harga RM33 senaskhah.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor saya, Dr Azizan Osman yang mengembalikan warna di dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, Tuhan mengurniakan hikmah yang tersembunyi sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, Dr Azizan Osman, buku Fizo Omar ini menyaksikan perubahan hidup selebriti itu secara dramatik.
"Fizo Omar sangat berbeza daripada kelompok artis yang pernah saya lihat dan baca. Bukan kerana dia telah menghadiri seminar-seminar saya hingga menjadi antara pelajar contoh saya tetapi kerana dia berani dan pantas untuk bertindak.”
"Tindakan yang saya maksudkan di sini adalah keluar daripada zon selesa. Fizo walaupun namanya sudah memuncak di dalam industri hiburan tetapi masih mencari ruang yang dikatakan benar-benar 'selesa' untuk dirinya," ujarnya.
FIZO OMAR BERHARAP DIKURNIAKAN ZURIAT
Sudah dua tahun mendirikan rumahtangga Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, mengakui dia sememangnya menginginkan zuriat namun dalam masa yang sama menyerahkan perkara berkenaan kepada ketentuan Tuhan selain turut berikhtiar bagi mendapatkan zuriat.
Dalam masa sama, Fizo berharap agar peminat dan juga orang ramai dapat sama mendoakan dia dan juga isterinya, Mawar Abdul Karim agar segera beroleh cahaya mata.
"Siapa yang tidak mahukan zuriat tetapi ini soal rezeki dan terletak di tangan Allah untuk menentukannya dan sebagai manusia, saya dan isteri hanya mampu berusaha ke arah itu. Mungkin belum rezeki kami.
"Lagipun kami baru mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan masih dalam proses mengenali satu sama lain. Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin siapa tahu tahun depan kami diberikan rezeki menimang cahaya mata," ujar Fizo dipetik sebagai berkata.
Untuk rekod, Fizo dan Mawar mendirikan rumahtangga pada 10 November 2013.
Fizo Omar Serah Pada Isteri Fikir Rekaan Baju Melayu
Pelakon Fizo Omar menyerahkan sepenuhnya kepada Mawar untuk memikirkan rekaan baju Melayu sempena Hari Raya jenama Fizo Omar untuk dijual di butik Fareeda sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata dia tidak mempunyai kepakaran membuat rekaan baju terutamanya untuk mengikut kepada fesyen semasa.
"Tahun ini ada dijual baju Melayu menggunakan nama saya butik Fareeda dan rekaan-rekaan tersebut merupakan idea Mawar (isteri). Memang saya bagi sepenuhnya kepada dia untuk memikirkan rekaan baju itu.
"Ia adalah bidang kepakaran dia, saya hanya ikutkan dan bantu daripada sudut pemasaran sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Kata Fizo, koleksi baju Melayu jenamanya dan baju kurung Mawar merupakan salah satu koleksi terbaharu butik Fareeda sempana sambutan Hari Raya ini.
"Mawar lebih faham fesyen semasa dan tahu apa yang pelanggan mahukan. Baju ini dijual dengan harga RM295 sepasang dan ia mudah untuk dipakai. Jadi raya tahun ini saya pakai baju-baju raya saya sendiri sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, Fizo turut memberitahu bakal mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya ketiga di kampung halamannya di Selising, Pasir Putih, Kelantan.
Dia turut menjemput peminat-peminatnya di Pantai Timur untuk datang beraya dari pukul 1 hingga 5 petang.
"Insya-Allah saya buat rumah terbuka seperti tahun sebelum ini iaitu pada raya ketiga nanti. Bagi siapa yang nak datang boleh datang beramai-ramai bermula pukul 1 hingga 5 petang.
"Alhamdulillah, saya buat rumah terbuka lebih besar kali ini memandangkan rezeki tahun ini lebih baik," ujarnya.
Kejayaan Seseorang Bukan Kerana Gelaran Datuk - Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar menganggap gelaran Datuk tidak menentukan taraf kejayaan seseorang individu, sebaliknya ia sekadar penghargaan duniawi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, ukuran kejayaan seseorang hanya dapat dilihat daripada hasil usaha yang diperoleh dan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.
"Dalam perniagaan memang ramai yang mengejar gelaran Datuk untuk taraf yang lebih tinggi, namun pada saya bukan gelaran yang menunjukkan taraf kejayaan seseorang tetapi hasil usaha yang dilakukan.
"Pada saya, apa yang kita usahakan dapat memberi manfaat kepada orang lain itu lebih menentukan kejayaan bukan memandang pada status sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Jelas Fizo, dia lebih mengutamakan usaha untuk memajukan perniagaan dan menggalakkan lebih banyak usahawan muda agar mengikut jejak langkahnya.
Fizo kini sudah memiliki lebih 100 premis produk Hot Burger di Semenanjung dan kini dalam usaha mengembangkan cabang perniagaannya di bawah jenama FOC (Fizo Omar Company) antaranya khidmat perunding dan membuka kafe pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bakal menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang perniagaan mulai September depan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kampus Kuala Lumpur.
"Saya ditawarkan untuk sambung belajar selepas menerima anugerah Pembangunan Usahawan Muda Selangor 2014 pada akhir tahun lalu.
"Saya akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam tempoh dua tahun di UUM bermula September ini, Insya-Allah selepas itu saya ingin teruskan pengajian di peringkat doktor falasafah (PhD)," katanya.
Kongsi Gambar Tak Berbaju, Mawar Dan Fizo Omar Teruk Dikecam
Kongsi Gambar Tak Berbaju, Mawar Dan Fizo Omar Teruk Dikecam | Pengacara dan pelakon terkenal, Fizo Omar telah dikritik hebat oleh para pengikutnya apabila berkongsi gambar selfie diri dan isteri menerusi akaun Facebook peribadinya.
Gambar itu memaparkan Fizo Omar tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau.
Lebaran lebih indah - Fizo Omar
SENYUM manis terukir di bibir Fizo Omar tatkala ditanya tentang persiapan kehidupan berumah tangga. Bagi pelakon ini dia semakin bahagia meniti hari sebagai suami kepada Mawar Abdul Karim.
Walaupun masing-masing dihambat dengan kesibukan menguruskan perniagaan masing-masing tetapi mereka masih meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
"Memang sepanjang Ramadan ini kami berdua terlalu sibuk dengan kerja. Saya dengan bisnes Hot Burger manakala Mawar dengan pelbagai program tudung Fareeda.
"Sampaikan satu tahap kami tak berpeluang langsung untuk berbuka puasa di kampung saya di Kelantan. Sebab itu Aidilfitri ini saya mengambil cuti seminggu agar dapat pulang beraya di kampung masing-masing," jelas Fizo.
Sementelah ini merupakan sambutan Hari Raya pertama sebagai suami isteri, Fizo sudah mempunyai perancangan untuk meraikannya bersama-sama.
"Insya-Allah tahun ini kami meraikan Lebaran di Kelantan selama empat hari. Selepas itu baru kami ke Pulau Pinang untuk meraikan Syawal bersama-sama keluarga Mawar pula.
"Ini akan menjadi Hari Raya yang dinanti-nantikan memandangkan kali pertama Mawar beraya di Kelantan," jelasnya yang tidak sabar merasai pengalaman berhari raya sebagai suami isteri.
Akan menziarahi pusara ayahnya yang sudah tiga tahun meninggalkan mereka sekeluarga sebaik selepas solat sunat Aidilfiti Fizo juga membeeritahu, selepas itu dia akan menunggu kunjungan tetamu di rumah. Jika berkelapangan dia juga berhasrat menziarah saudara-mara dan sahabat-handai di kawasan sekitar.
"Setiap kali raya saya akan cari lemang, serunding dan tapai daun getah. Itu memang menu mesti ada setiap kali menyambut Hari Raya. Selalunya menu-menu tersebut disediakan oleh ibu saya," ujarnya.
Jika tahun-tahun sebelum ini Fizo mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat tetapi tradisi itu terpaksa dilupakan seketika memandangkan dia perlu beraya di kampung halaman Mawar.
Dia masih ingat sambutan rumah terbuka sebelum ini apabila mereka sekeluarga menyembelih lembu untuk dijadikan lauk kepada para tetamu yang datang.
Meskipun terpaksa berbelanja lebih namun itu menjadi tradisi unik keluarga Fizo meraikan tetamu setiap kali tibanya Syawal.
"Tahun ini saya tak buat rumah terbuka macam itu tapi sesiapa sahaja yang nak datang beraya pintu rumah saya sentiasa terbuka," tambah pelakon yang berasal dari Selising, Pasir Puteh ini lagi.
Mawar teruja
PERTAMA kali beraya sebagai isteri, dia tahu keluarganya semakin bertambah dan pastinya kemeriahan tersebut semakin berganda.
Tambahan pula dia meraikan Hari Raya pertama di kampung suami, itu menjadi pengalaman manis buat wanita berusia 24 tahun ini.
Acap kali mendengar kemeriahan sambutan Hari Raya termasuk cerita-cerita tentang keenakan masakan tradisional Negeri Cik Siti Wan Kembang menambahkan lagi keterujaan untuk beraya di kampung sebelah suaminya sebelum meneruskan kemeriahan lebaran di kampungnya selepas itu.
"Bagi saya sambutan Aidilfitri lebih bermakna jika dapat berkumpul bersama-sama keluarga jauh dan dekat setelah penat bekerja sepanjang tahun.
"Kalau nak ikutkan sepanjang tahun saya bekerja. Jadi inilah masa untuk saya berkumpul bersama keluarga dan merapatkan kembali silaturrahim.
"Kali ini suasananya berbeza memandangkan sudah ada dua keluarga besar untuk diraikan. Pasti banyak perkara menarik yang akan menjadi pengalaman baru buat saya," jelas Mawar lagi.
Akui Mawar, dia menyambut Lebaran serba sederhana memandangkan kesibukan tugas sebagai usahawan dan isteri yang membataskan sedikit pergerakannya.
Mengimbau kenangan Lebaran yang lalu, Mawar kebiasaannya menemani ibunya ke pasar untuk mencari keperluan memasak juadah istimewa untuk para tetamu.
"Setiap tahun itulah aktiviti kami sehari sebelum Hari Raya. Kemudian masing-masing akan bertungkus lumus di dapur menyiapkan juadah seperti nasi beriani, rendang ayam dan banyak lagi," ceritanya lagi.
Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan tudung Fareeda dengan memfitnah kononnya mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.
"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?
"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.
Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.
Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.
Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.
"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia juga sibuk menguruskan perniagaan Hot Burger yang kini mempunyai sebanyak 150 buah cawangan.
"Sekarang ini memang saya terlalu sibuk dengan pengurusan perniagaan. Sampaikan saya terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan.
"Saya juga merancang untuk meletakkan sasaran di mana Hot Burger akan mempunyai sebanyak 200 cawangan di seluruh Malaysia pada hujung tahun ini.
"Selepas itu, barulah saya boleh aktif semula dalam lakonan," tuturnya.
"Jangan Hina Isteri Saya Kerana Tudung Fareeda" - Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.
"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.
"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam.
Mawar merupakan pemilik jenama tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga.
Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama.
"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.
"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.
Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.
"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.
"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.
Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-laman sosial.
Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan.
"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.
"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu.
Pandangan Negatif Tidak Ganggu Emosi Isteri Fizo Omar
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim menjelaskan kata-kata negatif daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan dia sering menenami suaminya ke acara hiburan langsung tidak menggangu emosinya.
Mawar, 25, yang juga anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda berkata, dia tidak mampu untuk menangkis setiap pandangan negatif terhadap mereka suami isteri malah sejak awal sudah bersedia dengan gosip sedemikian.
"Mulut orang kita tidak boleh tutup daripada melemparkan kata-kata negatif tetapi ia bukan sesuatu yang menggangu saya kerana sejak awal saya bersedia dengan perkara sebegini.
"Saya tidak berkecil hati kerana suami banyak memberi sokongan dan dorongan apabila ada pihak yang mempertikaikan perkara kecil seperti itu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Mawar, dia juga tidak berkecil hati kerana apa yang diperkatakan tidak seteruk apa yang dialaminya sejak berkecimpung dalam bidang perniagaan sebelum ini.
"Jika hendak diikutkan ia tidaklah seteruk seperti mana saya perlu mengharungi cabaran dalam bidang perniagaan sebelum berada di tahap sekarang dan saya sudah terbiasa dengan perkara sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Mawar berkata, sejak berkahwin dengan Fizo, dia lebih yakin untuk berhadapan dengan pihak media berbanding sebelum ini apabila dia kelihatan pasif apabila diajukan soalan.
Jelas Mawar, dia bukan bersikap dingin dengan para wartawan sebaliknya bimbang tersalah memberi kenyataan memandangkan dia masih menyesuaikan diri dengan kehidupan suaminya sebagai seorang selebriti.
"Sebelum ini saya hanya banyak bercakap mengenai jenama tudung saya dan tidak pernah bercakap soal lain dan sebab itu saya kurang yakin untuk menjawab pertanyaan daripada media sebelum ini kerana bimbang tersalah cakap.
"Bagaimanapun kini saya semakin yakin dan suami banyak membantu dalam membina keyakinan itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mawar berkata, dia semakin bahagia melayari rumahtangga bersama Fizo dan apabila ditanya soal anak mereka menyerahkan kepada rezeki.
"Kami tidak merancang tetapi menyerahkan kepada rezeki dan ketentuan daripada Allah," ujarnya ringkas.
FIZO DAN MAWAR BERBULAN MADU DI DUBAI
Gambar menarik Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim berbulan madu di Dubai, United Arab Emirates. Antara tempat yang mereka lawati di situ ialah Burj Khalifa dan banyak lagi.
"Muah mummy rose bersaksikan burj khalifa, dubai katanya," ujar Fizo yang bergambar dengan Mawar berlatar belakang bangunan Burj Khalifa yang seolah KLCC solo.
FIZO & MAWAR, 5 HARI LEPAS KAHWIN
Sama padan, sama cantik... bagai pinang dibelah dua. Begitulah antara kata-kata pujian kepada pasangan dua sejoli iaitu Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sempena perkahwinan mereka pada 10 November lalu yang penuh warna-warni.
Dan setelah selesai perkahwinan tersebut, mereka terus ke rancangan MeleTOP sehari selepas itu bagi memenuhi undangan penerbitnya. Paling menarik, mereka juga tidak lokek bergambar dengan peminat, menziarah kaum keluarga dan kemudian 'dating' di hotel mewah. Jom tengok!
Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami?
Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta.
"Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.
"Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi.
Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini.
"Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.
Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya.
"Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing.
"Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya.
Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta.
"Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.
"Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi.
Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini.
"Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.
Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya.
"Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing.
"Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya.
Fizo Omar Sebak Bergelar Suami, Terkenang Pengorbanan Ibu
Pelakon dan pengacara Fizo Omar mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim kerana terkenangkan pengorbanan ibunya membesarkannya sehingga saat ini.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan ibunya, Hasnah Jidin, 53, dan dia berharap akan dapat mencurah bakti kepada wanita itu.
"Saya sebak kerana terkenangkan semua pengorbanan ibu selama membesarkan saya sehingga dewasa dan kini saya telah bergelar seorang suami," katanya kepada mStar Online.
Fizo dan Mawar, 24, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights di sini pada Ahad lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506.
Dalam pada itu, mengulas mengenai jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang dihadiahkan kepada Mawar, Fizo berkata, dia memang berhasrat untuk memberikan hadiah berkenaan kepada wanita yang berjaya menawan hatinya.
"Saya pernah beritahu emak yang jika suatu hari nanti saya bertemu jodoh saya ingin menghadiahkan wanita tersebut jongkong emas sebagai hadiah pada hari perkahwinan kami.
"Alhamdulillah berkat menyimpan sebelum ini saya dapat membelikan Mawar hadiah tersebut untuknya dengan ukiran ‘Fizo Love Mawar’ pada emas tersebut," ujarnya.
Tambah Fizo, kehidupannya kini semakin lengkap dan menganggap perkahwinan sebagai satu permulaan baharu dalam hidupnya sebagai seorang lelaki.
Dalam perkembangan sama, Mawar ketika ditemui berkata, dia tidak akan menghalang atau meletakkan sebarang syarat sekiranya suaminya itu mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Jelas Mawar, dia akan sentiasa menyokong sebarang keputusan Fizo berhubung kerjayanya dan yakin suaminya itu tahu akan batasan selepas berumah tangga.
Sementara itu, Fizo berkata, mereka bakal berangkat ke Eropah pada Disember ini untuk berbulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu.
Fizo berkata, dia dan isterinya akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda.
"Sudah beberapa bulan saya dan isteri bertungkus lumus untuk memastikan majlis perkahwinan kami berjalan lancar selain sibuk dengan pelbagai tugas.
"Jadi ini adalah masa paling sesuai untuk kami berehat dan mengambil keputusan untuk ke Eropah sebagai destinasi bulan madu kami," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Fizo berkata, dia berhasrat untuk memiliki empat orang cahaya mata dan menyerahkan soal anak kepada rezeki.
'Fizo Cinta Pertama Saya' - Mawar
Anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan bakal isteri kepada Fizo Omar mengakui pelakon itu adalah cinta pertamanya.
Mawar, 24, berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengenali mana-mana lelaki kerana memberikan tumpuan kepada perniagaan namun kesungguhan Fizo memikatnya telah membuatkan dia menerima cinta itu.
"Tidak mudah untuk saya menerima Fizo dan saya akui pada mulanya agak jual mahal kerana ingin menguji kesungguhan dan keikhlasannya terhadap saya.
"Bagaimanapun saya kagum dengan usahanya untuk memikat saya dan restu daripada keluarga juga telah membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," kata Mawar kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pengumuman tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Cathay e@Curve di sini, Isnin.
Fizo dan Mawar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 November depan di rumah pihak perempuan di Country Heights, Kajang. Mereka akan bertunang sehari sebelum tarikh itu.
Terdahulu Fizo sempat melakukan gimik dengan melamar Mawar di dalam panggung wayang dengan disaksikan oleh pihak media dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Selain sejambak bunga, Fizo turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Mawar.
Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, walaupun hubungan yang terjalin agak singkat iaitu selama enam bulan namun keserasian yang ada membuatkan mereka ingin berumah tangga.
Jelas Fizo, walaupun jarang bertemu dengan buah hatinya itu tetapi perbualan di telefon mengeratkan kasih di antara mereka. Malah mereka ingin bercinta selepas berumah tangga.
"Naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik selain kami sangat serasi dan berpandangan sama dalam banyak perkara. Paling penting keluarga kami merestui hubungan ini. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin," jelasnya.
Dalam pada itu, Fizo berkata, majlis perkahwinan mereka nanti akan diadakan untuk keluarga kedua-dua belah pihak, rakan rapat dan wakil media sahaja atas permintaan keluarga masing-masing.
Kata Fizo, selepas bernikah mereka merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Kelantan dan kampung halaman isterinya iaitu di Pulau Pinang.
"Majlis tunang dan akad nikah akan buat secara sederhana sahaja dan jemputan juga tidak ramai tetapi akan ada majlis resepsi lain dan Insya-Allah kami akan jemput semua pada majlis itu nanti," ujarnya.
Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu bakal disiarkan secara langsung menerusi slot program Nasi lemak Kopi O di TV9.
Fizo juga merupakan pengacara program tersebut yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 8 hingga 10 pagi.
Sidang Media Pertunangan Fizo Omar Dalam Waktu Terdekat
Pelakon dan usahawan burger, Fizo Omar bakal mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya dengan Mawar Abdul Karim dalam masa terdekat.
Fizo, 28, berkata, setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu untuk melangsungkan majlis pertunangannya dengan wanita berkenaan tetapi mengjangkakan pada awal November depan.
"Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.
Dalam perkembangan sama, Fizo mengakui dia dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar.
Malah kata Fizo, persiapan pertunangan mereka hanya dibuat menerusi telefon dan mereka hanya akan berjumpa jika ada kelapangan.
"Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan tetap berjalan walaupun kami tidak bertemu," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, dia kini berada di Kelantan bagi mengembangkan perniagaan Hot Burger miliknya dan memberitahu bakal membuka 25 buah gerai di negeri itu menjelang Oktober ini.
Malah kata Fizo, dia turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu ibu tunggal di negeri kelahirannya itu agar berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
"Memang Hot Burger ini saya perkenalkan untuk membantu golongan belia tetapi projek di Kelantan ini istimewa sedikit di mana saya dan KPWKM bekerjasama untuk membantu ibu tunggal memulakan perniagaan burger," jelasnya.
Tambah Fizo, dia juga teruja dengan sambutan di Kelantan apabila menerima 1,000 penyertaan untuk program berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, selain mengacarakan program Nasi Lemak Kopi O di TV9, dia bakal muncul dengan filem Cinderella arahan Ahmad Idham pada penghujung tahun ini.
Kata Fizo, walaupun sibuk menguruskan perniagaan burger dia tetap akan meluangkan masa untuk memenuhi tawaran berlakon kerana ia adalah minat pertamanya.
"Sesibuk mana pun saya tetap akan cari masa untuk berlakon dan walaupun penat tetapi pengorbanan perlu dilakukan namun banyak juga tawaran terpaksa ditolak kerana kekangan masa," katanya.
Fizo Omar Mahu Bercinta Selepas Kahwin
Pelakon Fizo Omar merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang baru dikenalinya pada akhir tahun ini dan bercinta selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Fizo, 28, berkata, dia yakin dengan kata hati dan nalurinya untuk melangkah ke alam rumah tangga dengan wanita tersebut.
"Saya akui ada merancang untuk bertunang dengan seorang wanita yang baru saya kenali beberapa bulan lalu, namun belum ada tarikh sebenar lagi.
"Biarpun masih awal dan baru berkawan tapi naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik dan keluarga kami merestui hubungan ini, saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin," katanya kepada mStar Online.
Tambah Fizo, buat masa ini pihak keluarganya belum memutuskan tarikh untuk majlis tersebut.
Ketika ditanya tentang wanita yang berjaya menawan hati pelakon ini, Fizo berkata, calon tunangnya itu merupakan seorang yang sopan.
"Dia seorang yang sopan dan memakai tudung, bukan daripada golongan selebriti.
"Apa yang penting dan buat saya tertarik ialah dia seorang yang sentiasa berfikir tentang bisnes dan ada perniagaan sendiri," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang kisah putus cinta dengan wanita bernama Haas Jaafar, Fizo berkata, sukar untuk mencari wanita yang memahami kerjayanya sebagai artis dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.
Fizo Omar Tunggang Motosikal Di Litar Sepang
Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.
Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.
"Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.
"Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.
"Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.
"Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati," katanya.
Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar.
Sedia kahwin bila-bila masa - Fizo Omar
TIDAK ada apa yang boleh membuat saya tersenyum saat melihat ahli keluarga saya bangga dengan kejayaan diri ini. Paling tidak dalam usia sebegini saya sudah boleh membahagiakan mereka dengan kasih sayang tak berbelah bahagi dan sedikit kesenangan," kata Fizo Omar.
Menginjak usia 28 tahun pada 19 Julai yang lalu, Fizo cukup teruja dengan sambutan yang diterima daripada peminat yang tidak putus-putus mendoakan dirinya untuk terus berjaya. Baginya apa yang berlaku hari ini merupakan pengorbanan masa lalu.
Jerih perih saat kali pertama mahu menempatkan diri sebagai anak seni sukar untuk dilupakan. Meskipun tidak ramai yang tahu apa yang berlaku ketika itu, Fizo yakin kesukaran itulah yang membuat dirinya kekal bertahan sementelah ramai yang tertewas di pertengahan jalan.
"Saya tak boleh lupa diri dan alpa dengan apa yang saya dapat hari ini. Masa mula nak naik dahulu bukan senang. Macam-macam peristiwa yang berlaku yang akhirnya membuatkan saya belajar banyak perkara.
"Paling tidak dalam usia 28 tahun ini saya mampu tersenyum melihat kejayaan sendiri. Saya bersyukur kerana dikurniakan pekerjaan yang baik, keluarga yang bahagia dan ketenangan jiwa yang sukar untuk digambarkan," ceritanya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran kelab peminatnya di ibu kota baru-baru ini.
Majlis yang dianjurkan oleh SuperF120 Family itu bukan sekadar dihadiri ahli kelab peminat malah turut disertai keluarga terdekat, rakan niaga Hot Burger dan anak-anak yatim yang dijemput khas untuk menghadiri acara berkenaan.
Selain berbuka mereka juga meraikan hari lahir pelakon ini yang kebetulan jatuh sehari sebelum majlis itu. Majlis yang pertama kali dianjurkan itu turut dihadiri ibunya, Hasnah Jidin, 53 tahun.
Bagi Fizo biarpun pernah ditimpa dengan kes penipuan berjuta-juta ringgit, perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.
"Saya tak menolak untuk terus terlibat dalam bidang seni. Cuma saya hanya mengembangkan bisnes untuk membuktikan yang saya juga boleh berjaya macam mereka.
"Nampaknya melalui rangkaian Hot Burger pun saya boleh tersenyum lebar apabila jenama berkenaan semakin dikenali dan menjadi pilihan orang ramai. Ini semua rezeki daripada Allah.
"Saya hanya berusaha dan Dia yang menentukan. Kalau kita ikhlas dalam perjuangan apa pun, insya-Allah kita akan berjaya," luahnya satu persatu.
Bercerita mengenai kisah peribadi pula, pelakon yang pernah popular dengan filem Minyak Dagu ini mengakui sering diasak dengan pertanyaan mengenai isu perkahwinan.
"Saya sedar dalam usia begini orang nak tahu pula bila saya nak kahwin. Jemu sebenarnya nak jawab soalan yang sama daripada peminat. Tapi saya faham soalan tu tak akan berhenti selagi saya tidak mendirikan rumah tangga.
"Perkara macam ini memang selalu berlaku. Saya dah bersedia dari segala segi tapi calon pula tak ada. Nak tak nak saya kena tunggu dulu sampailah saya berjumpa dengan wanita yang benar-benar sesuai.
"Perkahwinan bukan kerja main-main yang boleh dicuba-cuba. Sebab itu saya reda andai kata jodoh saya lewat sedikit asalkan saya berjumpa dengan orang yang betul," katanya sambil tersenyum.
Seperti biasa setiap kali bulan Ramadan dia tidak akan melepaskan peluang untuk berniaga serunding di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Peminat yang ingin mendapatkan serunding tersebut boleh juga membeli di cawangan Hot Burger atau menghubungi talian 010-9099191 untuk tempahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
























