PENGACARA Roslan Shah sudah tidak dapat menahan sabar dengan tindakan seorang artis popular yang didakwa cuba memburukkan dirinya di laman sosial.
Roslan menerusi video secara langsung di Facebook pada malam Ahad turut menyifatkan tindakan artis tersebut sebagai melampau dan telah merosakkan reputasinya.
"Apa lagi tak puas hati, cerita pekung aku semua di laman sosial. Memang dia tidak menyebut nama aku tetapi semua orang tahu itu aku.
"Aku mengaku dahulu aku jahat tetapi mengapa perlu dedahkan semuanya sehingga sanggup memfitnah aku?
"Aku sudah hilang sabar, dia sudah melampau kerana selama ini aku diamkan sahaja tetapi kali ini memang aku perlu bersuara," katanya.
Roslan menerusi video itu juga turut mencabar artis berkenaan untuk menonton video secara langsung itu selain menjawab beberapa tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Malah Roslan turut mendedahkan beberapa perkara dan rahsia peribadi mengenai artis tersebut sepanjang mereka berkawan sebelum ini.
"Jom kita buka pekung kau pula... kalau aku cerita semuanya kau akan mendapat malu," ujarnya.
Dalam pada itu, Roslan berkata, dia tidak melihat sebarang ruang untuk menyelesaikan masalah di antara mereka kerana sudah bersikap tawar hati terhadap artis tersebut.
"Saya bila-bila masa boleh berjumpa dengannya kerana perkara ini pun dia yang mulakan dahulu tetapi rasanya isu ini tidak boleh selesai dengan baik dah.
"Saya sudah tawar hati... kalau ada orang tuduh dan fitnah anda macam-macam, boleh ke anda bersabar? Cuba beritahu saya!," katanya lagi.
Sementara itu, Roslan menerusi video sama meminta agar artis berkenaan insaf dan bertaubat atas perbuatannya selain berhenti memburuk-burukkan namanya.
Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Roslan Shah. Show all posts
Showing posts with label Roslan Shah. Show all posts
Dah Hilang Sabar, Roslan Shah Dedah Cerita Sulit Sahabat Artis
PENGACARA Roslan Shah sudah tidak dapat menahan sabar dengan tindakan seorang artis popular yang didakwa cuba memburukkan dirinya di laman sosial.
Roslan menerusi video secara langsung di Facebook pada malam Ahad turut menyifatkan tindakan artis tersebut sebagai melampau dan telah merosakkan reputasinya.
"Apa lagi tak puas hati, cerita pekung aku semua di laman sosial. Memang dia tidak menyebut nama aku tetapi semua orang tahu itu aku.
"Aku mengaku dahulu aku jahat tetapi mengapa perlu dedahkan semuanya sehingga sanggup memfitnah aku?
"Aku sudah hilang sabar, dia sudah melampau kerana selama ini aku diamkan sahaja tetapi kali ini memang aku perlu bersuara," katanya.
Roslan menerusi video itu juga turut mencabar artis berkenaan untuk menonton video secara langsung itu selain menjawab beberapa tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Malah Roslan turut mendedahkan beberapa perkara dan rahsia peribadi mengenai artis tersebut sepanjang mereka berkawan sebelum ini.
"Jom kita buka pekung kau pula... kalau aku cerita semuanya kau akan mendapat malu," ujarnya.
Dalam pada itu, Roslan berkata, dia tidak melihat sebarang ruang untuk menyelesaikan masalah di antara mereka kerana sudah bersikap tawar hati terhadap artis tersebut.
"Saya bila-bila masa boleh berjumpa dengannya kerana perkara ini pun dia yang mulakan dahulu tetapi rasanya isu ini tidak boleh selesai dengan baik dah.
"Saya sudah tawar hati... kalau ada orang tuduh dan fitnah anda macam-macam, boleh ke anda bersabar? Cuba beritahu saya!," katanya lagi.
Sementara itu, Roslan menerusi video sama meminta agar artis berkenaan insaf dan bertaubat atas perbuatannya selain berhenti memburuk-burukkan namanya.
Roslan Shah Jual Samosa & Bihun Sup
Penghibur Roslan Shah mengambil keputusan untuk berniaga makanan di bazar Ramadan bukan kerana sudah tidak dipedulikan lagi sebagai artis.
Roslan, 45, sebaliknya berkata, undangan persembahan masih berjalan seperti biasa namun dia terpaksa mengehadkan kemunculannya kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan dan komitmen menjaga ibunya di Singapura.
"Alhamdulillah tawaran itu masih ada malah keputusan membuka gerai di bazar Ramadan ini pun adalah salah satu rezeki saya.
"Sudah lama saya berhasrat untuk berniaga secara terbuka dan hasrat itu terlaksana pada tahun ini," katanya kepada mStar Online.
Roslan membuka gerai jualan di bazar Ramadan di Bukit Indah, Ampang dekat sini dan memilih samosa dan bihun sup Utara Pak Arif sebagai menu untuk dijual kepada pelanggan.
Gerai tersebut beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadan dari pukul 3 hingga 7 petang.
Dalam pada itu, Roslan berkata, selepas seminggu menjalankan perniagaan berkenaan dia mula berasa seronok selepas melihat sambutan pelanggan hebat terhadap gerai jualannya.
Malah kata Roslan, dia tidak berasa malu untuk mempromosikan gerainya kepada pelanggan jika dia berada di sana.
"Jika berada di gerai, saya sendiri akan buat promosi dan Alhamdulillah jualan boleh mencecah sehingga RM500 sehari," ujarnya.
Roslan memberitahu tujuan lain dia membuka gerai tersebut adalah untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada tiga bekas pembantu yang banyak berjasa kepadanya sebelum ini.
Katanya lagi, ketiga-tiga mereka menguruskan segala-galanya mengenai gerai berkenaan sekiranya dia tidak berada di sana.
"Bermodalkan RM3,000 sahaja, Alhamdulillah ia semakin mendapat sambutan malah dapat memberi peluang pekerjaan kepada tiga bekas pembantu saya.
"Ini adalah cara saya untuk berkongsi rezeki dengan mereka, Insya-Allah jika ada keuntungan lebih dapatlah digunakan untuk persiapan Hari Raya bulan depan," katanya.
Tambah Roslan, dia juga bercadang untuk meneruskan perniagaan berkenaan pada bulan-bulan biasa selepas melihat sambutan hangat pelanggan.
Sementara itu, Roslan berkata, biarpun sibuk dengan persembahan dan gerai di bazar Ramadan, tanggungjawab menjaga ibunya, Mariam Karim, 78, yang sakit tua tidak pernah diabaikan.
Katanya, setiap minggu dia akan pulang ke Singapura untuk menjaga ibunya itu sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
"Setiap kali balik saya sendiri akan mandikan, suapkan makan, bagi makan ubat dan segala-galanya yang mampu saya lakukan.
"Ini adalah masa saya untuk membalas segala jasanya membesarkan saya selama ini dan Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan dan rezeki kepada saya agar dapat pulang setiap minggu ke Singapura," ujarnya.
Kata Roslan, sekiranya dia tidak berada di Singapura, kakaknya akan mengambil tanggungjawab menjaga ibu mereka.
Gosip Putus Cinta Tidak Benar, Roslan Shah Tetap Kahwin
Berita kononnya Roslan Shah sudah putus cinta adalah tidak benar sebaliknya pengacara itu bertegas akan tetap berkahwin pada hujung tahun ini seperti mana yang pernah dihebohkan.
Roslan, 41, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia tetap dengan keputusannya untuk merahsiakan identiti wanita yang berasal dari Kelantan itu sehinggalah tiba waktunya.
"Sebelum ini memang saya ada uar-uarkan akan berkahwin dan akhirnya cerita itu sudah senyap. Sebenarnya saya masih bercinta dengan wanita berkenaan dan Insya-Allah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.
Roslan diminta mengulas desas-desus mengatakan percintaannya dengan seorang wanita dari Kelantan hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam dan hubungan itu dikatakan sudah pun putus.
Dalam perkembangan sama, Roslan berkata, bakal isterinya itu mengetahui tentang sifat dirinya yang lembut dan dapat menerima kekurangan tersebut.
"Bakal isteri tahu saya lembut dan itu bukan masalah kerana apa yang penting nawaitu kita terhadap sesuatu perkara.
"Saya sukakannya kerana dia sangat sporting dan memahami diri saya di sebalik kata-kata negatif yang sering dilemparkan oleh masyarakat terhadap saya," jelasnya.
Sementara itu, Roslan berkata, dia menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis apabila mengetahui dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Jelas Roslan, dia bersyukur apabila ramai yang gembira dan mendoakan perkara yang baik dengan keputusan itu namun turut mengakui terkilan apabila ada yang melemparkan kata-kata negatif.
"Ada yang mempertikaikan 'kemampuan' saya untuk berumah tangga hanya kerana sifat saya yang lembut dan pelbagai kata-kata negatif dilemparkan.
"Bukan kata-kata negatif yang saya harapkan daripada peminat dan masyarakat sebaliknya doa supaya rumah tangga itu nanti akan berkekalan sehingga akhir hayat," ujarnya.
Bagaimanapun kata Roslan, kata-kata tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya kerana dia sedar keputusannya untuk berkahwin adalah sesuatu yang baik dan murni.
Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, dia kini sedang sibuk dengan rakaman program bual bicara kendaliannya berjudul Diva De Vida yang memfokuskan kepada topik kecantikan, kesihatan dan hiburan.
Jelas Roslan, dia sangat terharu diberikan peluang sebagai pengacara oleh penerbit eksekutif program berkenaan iaitu Datuk Dr Hasmiza Othman yang juga pengasas produk Vida Beauty.
"Ini adalah kali pertama saya menggalas tugas sebagai pengacara program televisyen dan sangat berbesar hati diberikan peluang oleh Astro dan Datuk Hasmiza untuk mengendalikan program berkenaan.
"Walaupun sudah biasa dengan pengacaraan di pentas namun saya tetap rasa gementar kerana ini adalah pengalaman pertama saya," jelasnya.
Diva De Vida akan mula bersiaran pada minggu ketiga Aidilfitri setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Prima.
Roslan Shah enggan dedah identiti bakal isteri
PENGACARA dan penghibur yang menjadi peserta pertama tersingkir (bersama pelakon Azam Pitt) daripada program realiti televisyen, Fear Factor Selebriti Malaysia, Roslan Shah tampil dengan imej baharu tahun ini sempena hari lahirnya pada 17 November yang lalu dengan berkepala botak.
Sibuk dengan undangan majlis-majlis korporat, selebriti berusia 41 tahun itu juga mempunyai azam untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini dengan gadis pilihannya.
Bermacam-macam reaksi diterima daripada orang ramai dan peminat mengenai hasrat dirinya untuk mendirikan rumah tangga. Pasti ramai yang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Roslan.
Adakah ini satu realiti atau sekadar kontroversi yang sengaja dibuat-buat Roslan bagi menarik perhatian masyarakat umum?
Ikuti temu bual Kosmo!, bersama dengan pengacara dan penghibur yang berasal dari Singapura ini ketika dia hadir untuk sesi fotografi di Studio Utusan Malaysia, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur bersama pelakon Syed Ali dan Atu Raja Lawak.
Kosmo!: Bolehkah Roslan ceritakan sedikit tentang imej baharu ini? Mengapa pilih untuk tampil dengan imej sebegini?
ROSLAN: Imej baharu ini sebenarnya adalah nazar yang sudah lama saya simpan dengan membotakkan kepala sempena hari jadi saya pada 17 November yang lalu. Selama ini saya sudah lalui bermacam-macam kontroversi, hinaan, fitnah serta kejian daripada masyarakat dan ini adalah cara saya untuk menonjolkan diri saya yang baharu sempena tahun 2013 ini.
Benarkah Roslan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini?
Ya, berkat doa keluarga dan juga peminat serta sokongan dan semangat yang diberikan, saya akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh dedahkan siapakah calonnya. Apa yang saya boleh beritahu, dia berasal dari Kelantan dan sudah tiga tahun saya mengenali dia.
Dia adalah peminat saya dan kali pertama kami berjumpa, dia jemput saya datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya. Semenjak itu kami mula berhubung dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.
Mengapakah Roslan mahu sorok bakal isteri daripada pengetahuan umum?
Saya bukan nak sorok tetapi tidak mahu perkara lalu berulang. Saya pernah bertunang tetapi sudah putus pada tahun 2004. Ketika itu saya terlampau mendedahkan bekas tunang kepada khalayak sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Biarlah ini menjadi pengajaran buat saya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Selain itu, saya menghormati permintaan keluarga dia supaya tidak mendedahkan identiti dirinya kepada umum. Saya juga tidak mahu dia tertekan dengan kutukan dan hinaan orang yang pandang serong terhadap kami.
Bagaimanakah penerimaan dia dan keluarganya terhadap Roslan?
Dia menerima saya seadanya walaupun saya seorang yang panas baran. Paling penting, dia kenal siapa saya yang sebenarnya. Saya sudah bercakap dengan kedua-dua ibu bapa serta adiknya mengenai hasrat saya untuk melamar dia dan mereka setuju. Saya dah anggap mereka macam keluarga angkat.
Keluarga dia terima Roslan dengan tangan yang terbuka, tetapi bagaimanakah pula reaksi orang ramai setelah mendapat tahu Roslan akan berkahwin?
Banyak yang memberikan maklumbalas. Ada yang mengutuk, menghina dan mengeji, tetapi ada juga memberikan semangat dan perangsang terhadap saya dan memberikan sokongan untuk saya terus berkahwin.
Bagaimanakah persiapan majlis perkahwinan itu buat masa ini?
Setakat ini, saya sedang mengumpul duit untuk mengukuhkan lagi kewangan saya. Bukan tiada duit, tetapi untuk menambah lagi simpanan yang ada sekarang. Kemungkinan pada bulan Mac nanti saya akan berkunjung ke rumahnya sekali lagi untuk berbincang mengenai hal-hal perkahwinan kami dan saya bercadang untuk mengadakan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja serta media.
Adakah dengan perkahwinan ini dapat menutup persepsi negatif orang ramai terhadap Roslan selama ini?
Mulut orang kita tidak boleh nak tutup, orang akan tetap mengata sepanjang masa. Apa yang saya harapkan hanyalah doa daripada peminat dan sesiapa yang mengenali diri ini untuk menjadi manusia yang lebih baik. Kalau orang mengata, saya akan diamkan diri sahaja. Jika saya melawan semula nanti, boleh jadi pergaduhan pula dan saya tidak mahu ia berlaku. Saya buat benda baik orang mengata, saya buat perkara yang tidak baik lagi orang akan menghentam saya. Jadi, saya akan buat tidak tahu sahaja.
Selain perancangan untuk berkahwin, apakah pula perkembangan terbaharu karier Roslan pada tahun ini?
Tahun ini saya sibuk dengan persembahan pentas untuk majlis-majlis korporat di seluruh negara bersama dengan Syed Ali dan Atu Raja Lawak. Sebenarnya saya ada menawarkan pakej persembahan bersama mereka untuk memberi kelainan dalam persembahan dengan bakat terpendam Syed Ali yang boleh menyanyikan lagu 60-an dan Hindustan ditambah dengan lawak Atu.
Roslan Shah Akui Lebih 'Macho' Berimej Botak
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Roslan Shah mengakui berasa lebih 'macho' selepas menukar imej rambutnya kepada botak baru-baru ini.
Roslan, 42, berkata, imej terbaru itu dilakukan selepas bernazar bersempena hari lahirnya pada 17 November lalu dan kali pertama dia membotakkan kepalanya.
"Dengan imej botak ini selain rasa lebih segar dan nampak muda, saya rasa lebih 'macho' sikit.
"Memang saya sudah bernazar apabila menyambut ulang tahun ke 42 saya ingin membotakkan kepala dan saya mula sukakan imej ini," jelasnya.
Roslan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia pada Isnin.
Tambah Roslan, dia akan mengekalkan imej tersebut sebagai jenama dirinya dalam bidang hiburan.
Dalam pada itu, Roslan berkata, imej berkenaan sedikit sebanyak telah menghakis imej lelaki lembut yang sering dikaitkan dengannya sebelum ini.
Menurut Roslan, dia juga tidak kisah jika dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan menukar penampilannya itu kerana apa yang dilakukan adalah kehendak diri sendiri.
"Ada juga yang tidak suka kerana mendakwa saya cuba mencari publisiti murahan tapi kata-kata seperti itu tidak memberi kesan kerana apa yang saya lakukan adalah demi diri saya sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Roslan berkata dia berbangga apabila menjadi peserta lelaki yang paling berusia menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia dan menganggap program itu mencabar kebolehan fizikal dan mentalnya.
"Saya seorang yang takut kepada ketinggian dan saya telah buktikan dalam beberapa cabaran bahawa ketakutan itu dapat diatasi.
"Menyertai program tersebut bersama rakan-rakan artis lain telah memberikan pengalaman berbeza buat kami semua," katanya.
Roslan berpasangan dengan pelakon Azam Pitt disamping 30 peserta yang lain.
Ia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).
Roslan Shah Sudah Serik Pinjam Baju Penaja
PETALING JAYA: Pengacara Roslan Shah mengakui sudah serik untuk mendapatkan mana-mana pihak bagi menaja pakaian untuk dipakainya kerana bimbang dituduh dengan sengaja “menyimpan” baju penaja.
Roslan berkata, insiden tuduhan itu itu adalah peristiwa terakhir yang tidak mungkin berulang kembali.
“Saya sudah serik nak pinjam mana-aman baju lagi lepas ni. Masa majlis hari lahir saya tahun lalu itu pun bukan saya yang cari penaja sebaliknya penaja yang cari saya. Saya terima sajalah. Apa-apa pun selepas ini saya lebih berhati-hati kerana serik kejadian serupa berulang lagi," ujarnya.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan pemilik butik Roy Busana Anggun iaitu Datuk Roy terkilan dengan sikap Roslan yang belum memulangkan baju tajaan semasa majlis sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke 41 pada 17 November tahun lalu.
Perbuatan Roslan itu menyukarkan penyewa lain untuk mendapatkan baju tersebut dari butik berkenaan.
Bagaimanapun Roslan berkata ia sekadar salah faham kerana beliau suda memaklumkan kepada pemilik butik tersebut akan kelewatan memulangkan pakaian bertema Arab itu kerana kesibukan jadual kerjayanya.
Roslan bagaimanapun berkata, dia sudah meminta maaf mengenai kejadian itu dan berjanji akan memulangkan baju berkenaan dalam masa terdekat.
"Saya dengan rendah hati mengaku bersalah kerana gagal memulangkan baju tersebut seperti yang diminta kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan sebelum ini.
"Bagaimanapun saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana ia boleh menyebabkan hubungan baik saya dan Roy sebelum ini rosak gara-gara campur tangan orang lain dalam isu ini," ujarnya.
Tambahnya dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk bermasam muka dengan Roy kerana telah meminta maaf kepada pemilik butik itu dan penjelasan telah pun dibuat kepadanya.
“Isu ini menjadi kecoh apabila ada batu api yang cuba melaga-lagakan kami namun penjelasan telah pun dibuat dan semuanya dalam keadaan baik," ujarnya.
Rezeki hari lahir Roslan Shah

WAH! WAH! WAH! Joyah dengar bukan main ramai yang bermurah hati mahu menaja sambutan meraikan hari lahir pengacara nombor dua, Roslan Shah pada 17 November (Selasa) nanti.
Sama seperti setianya Roslan di Restoran Cerana begitulah juga dengan restoran itu yang sudah tujuh tahun berturut-turut menaja sambutan hari jadi Roslan.
Bertuah badan. Itulah yang dinamakan rezeki. Lagipun, kalau kita buat baik dengan orang, jaga adab sopan, tentulah orang pun suka dengan kita.
Khabarnya ramai yang sudi menaja majlis hari lahir Roslan. Iyalah, banyak acara yang bakal berlangsung tentulah banyak juga hadiah yang perlu disediakan.
Selain persembahan artis seperti Ifa Raziah, Razali Hussain, Zed Zaidi, Aliff AF6, Salima AF4, Ery Putra dan ramai lagi, dengarnya banyak acara kejutan pada malam itu nanti.
Antaranya tentulah cabutan nombor bertuah dan hadiah misteri. Tapi yang paling menarik tentunya acara pakaian paling glamor.
Siapa yang hadir ikut tema putih-merah khabarnya berpeluang menang hadiah mahal. Joyah dengar ada pihak menaja enam bentuk cincin emas putih untuk pemenang pakaian paling glamor.
Mesti meriah majlis Roslan itu nanti. Tak sabar Joyah nak meraikannya bersama. Dengar-dengarnya selain media dan para artis, akan hadir sama memeriahkan majlis adalah kerabat di raja Perak turut hadir sebagai tetamu kehormat iaitu Raja Datuk Seri Nor'Aini.
Selamat menyambut ulang tahun Roslan. Tapi yang ke berapa ya?
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
