Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

IMPI 'BABY GIRL' TAPI NURUL WAHAB DAPAT 'BABY BOY' LAGI

Impian Nurul Wahab ingin menimang baby girl tidak kesampaian apabila anak di dalam perutnya disahkan lelaki. Semuanya diketahui setelah dia melakukan imbasan (ultra sound) sebanyak dua kali. "Sebenarnya dari bulan lepas dah tahu. Tapi sengaja aku tunggu bulan ini untuk buat scan sekali lagi. Andai kata jantina boleh berubah! Hahaha… Apalah aku ni.. Jantina telah awal-awal ditentukan ketika mula kehamilan. Jadi, mana boleh diubah sebegitu sahaja. Namun, bagi aku miracle happens kerana aku percaya akan kuasa besar Allah Taala. "Seperti bulan-bulan sebelumnya, doktor akan membuat pengimbaskan (ultra sound) setiap kali pemeriksaan dijalankan. Kali ini aku nak umumkan awal. Dah baby ketiga (kedua bagi Eric) tak banyak yang aku nak rahsiakan. "Kami bakal menimbang bayi lelaki lagi! Alhamdulillah.. Memang kami mengharapkan bayi perempuan. Tapi itu adalah yang terbaik yang diberikan kepada kami sekeluarga, kami terima dengan penuh kesyukuran. Dia sihat dan sangat aktif di dalam kandungan aku ni. Saiznya juga tak besar mana pun untuk fetus yang berusia 26 minggu. Aku je yang besar lebih! Hahahaa… Happy juga nak dapat baby boy ni. Zachary ada kawan rapat nanti!
"Nama telah pun kami senaraikan tetapi belum kami tentukan yang mana satu harus kami pilih. InsyaAllah hashtag #BabyR akan digunakan jika kami semua bersetuju akan nama tersebut. Itu akan aku umumkan selepas aku selamat melahirkan bayi lelaki kedua kami ini. "Patutlah Zach bukan main demanding dengan aku. Asyik tak nak berenggang. Kata doktor, dia tahu yang dia bakal menerima persaingan dari adiknya yang sama jantina dengannya. Akulah yang penat!" ujar Nurul dipetik melalui laman blognya. Tak apalah Nurul, lelaki atau perempuan sama sahaja. Yang penting Allah telah memberi rahmat dan rezeki kepada kita. Tahniah diucapkan!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails