Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gambar Terkini Erin Malek Lepas Berkahwin Dengan Farriz Fauzy

Pelakon terkenal, Erin Malek yang memkbuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 20 tahun amat memeranjatkan segelintir peminat. Erin Malek menyatakan dirinya tidak kisah untuk bergelar ibu pada usia muda dan akan menerima sebarang kurniaan cahayamata dalam masa terdekat dengan hati terbuka. “Setakat ini, belum lagi ada tanda-tanda kehamilan. Memang ada ramai yang bertanya, walau pun usia berkahwinan Erin dan suami baru masuk dua bulan. Kalau boleh, suami memang mahukan anak seawal yang mungkin. Cuma, kami anggap belum ada rezeki lagi,” katanya. Tambahnya, dia tidak mahu terburu buru dalam soal anak kerana mereka berdua kini masih dalam fasa berbulan madu dan akan terbang ke London pula pada penghujung Disember ini untuk percutian mereka berdua. “Suami seorang yang memang suka berjalan, dan itu adalah hobinya yang dikongsi sama dengan saya. Jadi kami tak kisah berbelanja untuk tujuan itu,” tambahnya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails