Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Contohi Salwa Razak

Dalam banyak-banyak artis, Miss J berbangga dengan pencapaian penyanyi Salwa Razak dalam hidupnya. Walaupun tidak terlalu popular malah mungkin banyak yang tidak kenal Salwa tetapi kerjaya sebagai penyanyi telah memberikan kehidupan yang bukan sahaja selesa tetapi agak mewah. Miss J jadi hairan kenapa artis lain yang kerap dan terlalu banyak berlakon atau menyanyi hingga penonton pun agak bosan, buka saluran itu dia, saluran ini pun dia tetapi mungkin tidak berjimat, kehidupan mereka tak seperti Salwa. Biarpun sesekali sahaja muncul Salwa membuktikan dia boleh hidup mewah. Selain menyanyi Salwa berniaga. Miss J suka dengan sikap Salwa yang merendah diri, katanya dia mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tetapi Miss J tak percaya perniagaan kecil-kecilan kerana mampu duduk di Stonor. Lagu nyanyian dia pun bukan popular sangat. Jadi kemewahan itu mesti datangnya dari perniagaan. Miss J ada risik-risik Salwa tinggal di mana? Hello bukan tinggal di Dengkil atau Kuang tau. Salwa menginap di pangsapuri di Stonor di segi tiga emas di tengah-tengah Kuala Lumpur. Miss J risik-risik juga secara purata berapa sewa di situ. Terkejut Miss J macam nak pengsan, kalau tak mampu bayar sewa RM4,000 ke atas sebulan jangan mimpi nak duduk di situ. Bagi Miss J Salwa telah mengangkat kedudukan penyanyi kita. Boleh tinggal di kawasan elit yang harganya “mampu lihat” sahaja bagi orang macam Miss J. Bukan mampu milik atau mampu sewa. Maknanya selain menyanyi kenalah berniaga, berniagalah apa sahaja asalkan boleh duit. Salwa telah membuktikannya. Bukan sahaja kediaman malah Salwa mampu pakai aksesori macam beg tangan yang mahal yang menjadi satu tanda status pada zaman ini. Kalau macam Miss J yang pakai beg LV “Made In Petaling Street” hanya bermimpi sahajalah nak pakai beg mahal. Tetapi itulah bukti imbuhan kepada golongan artis yang menjadi usahawan. Walaupun kelihatan jarang-jarang dan kadang-kadang muncul di televisyen, dengan berniaga secara Kecil-kecilan mereka bolehlah hidup mewah. Memang betul­lah ber­niaga barang kecil lebih untung daripada berniaga kayu balak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails