Menafikan perkara berkenaan, Zarina menegaskan yang dia masih bertudung dan tidak seperti yang didakwa. Gambar tersebut pula adalah gambar lama yang sengaja dimuat naik oleh Fathia untuk ‘membahan’ dirinya di laman sosial Instagram (IG).

“Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.
“Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat,” katanya sinis.
Pun begitu dia tidak pernah menganggap salah faham yang timbul sebagai satu perkara yang harus diperbesarkan. Jelasnya ada orang yang mungkin salah faham dan ada pula yang sengaja mencari salah untuk memperlihatkan keburukan dirinya.
Jelasnya lagi, dia sendiri sudah biasa dikecam dan dijadikan bahan kutukan peminat yang pastinya membuatkan dia lebih matang dalam menghadapi apa sahaja rintangan yang mendatang.
Dalam pada itu, Zarina juga sempat mengulas lanjut mengenai isu diganggu lelaki hidung belang baru-baru ini
“Orang mungkin nampak saya liar tapi saya masih ada maruah diri. Kalau awak rasa nak buat perkara tak senonoh dengan saya baik lupakan sahaja niat itu. Saya tak peduli sangat dengan tawaran jijik segelintir pihak. Kalau ‘merasa’ silakan!” ungkap Zarina Anjolie memberikan amaran awal.
Sejak sebulan yang lalu nama wanita ini panas apabila mendedahkan yang dia cuba ‘beli’ oleh seorang ahli politik yang tanpa segan silu mengajaknya ke ranjang. Mendedahkan perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Fathia Latiff juga dikaitkan turut menjadi sasaran lelaki tersebut.
Tidak berhenti setakat itu, Zarina masih menerima panggilan telefon dan mesej daripada pihak ketiga membabitkan isu sama.
“Saya ni jenis orang yang berterus terang, kalau tak betul pasti saya ‘tibai’ sama rata sahaja di IG. Bukan niat saya nak menjatuhkan karier politik lelaki tua itu pun cuma nak beri peringatan bukan semua wanita boleh diajak keranjang begitu sahaja.
“Dia berani nak ajak saya dan Fathia tidur bersama, dia juga kena berani hadapi segala kemungkinan kalau ditularkan. Kalau sudah beristeri tu, jagalah isteri baik-baik. Jangan esok kami pula yang jadi mangsa,” tambahnya. lagi.

Utusan